Tengku
Danial duduk
termenung diluar taman rumahnya.Keluahan berat terbit dibibirnya.Hampir sebulan
Farisya bermasam muka dengannya.Tiada lagi gurau senda diantara mereka.Dia
hampir berputus asa dengan sikap Farisya yang keras kepala.Pelbagai cara telah
dia lakukan untuk meminta maaf pada gadis kecil ini tetapi segala usahanya
gagal.Ingat lagi dia pada tiga minggu yang lepas.Bunga yang telah diberikan kepada Farisya telah bertukar
tangan dengan Maisara.Dia ternampak bunga pemberiaannya berada didalam pegangan
Maisara ketika mahu pulang dari tempat kerja.Kecewa hatinya kerana
pemberiaannya tidak diterima malah diberikan pula kepada orang lain.Terasa
segala usahanya sia-sia.Badannya disandarkan.Rambutnya pula dikuak kebelakang.
“Bang..Are
you okey?”
Bahu
Tengku Danial ditepuk lembut dari arah belakang.Tengku Danial menoleh sekilas
sebelum menyambung melihat kolam ikan dimana tempat dia dan Farisya mula
bermasam muka.Dia tahu tindakannya salah.Tapi dia tidak menyangka Farisya akan
membesar-besarkan hal yang sekecil ini.Betul-betul kebudakkan.Yer!Dia harus
sedar yang Farisya masih berusia 19 tahun dan masih berfikiran
kebudak-budakkan.Tengku Danial menekup mukanya sekejap sebelum mengeluh
kecil.Tengku Balqis yang berdiri disisinya memandang pelik.Keningya bercantum
sebelum mengambil tempat disebelah abangnya.
“Kenapa
dengan abang Danny ni?Nampak kusut jek”
Tengku
Danial hanya menggeleng.Tengku Balqis memeluk tubuhnya sebelum menyandarkan
tubuhnya kebelakang.Kepalanya diangkat memandang langit yang gelap tanpa
sebarang bintang.
“Adik
Qis tahu abang dengan abang?”
Tengku
Balqis tersenyum sebaris sebelum memandang abangnya yang masih termenung.
“Abang
mesti tengah kusut pasal budak umur 19 tahun tu kan.”Duga Tengku Balqis
menyentakkan Tengku Danial.Pantas dia menoleh memandang adiknya.
“Macam
mana Qis..”
“Mestilah!Qis
ni kan pandai.Mestilah tahu segalanya.Macam abang tak kenal adik abang ni”
Tengku
Balqis menepuk dadanya.Bangga.Tengku Danial ketawa kecil sebelum mengosok kasar
rambut adiknya yang panjangnya paras bahu.Tengku Balqis mendengus.
“Teruklah
abang ni..Habis rosak rambut orang tau”Marah Tengku Balqis.Dia menarik-narik
rambutnya dengan mengunakan hujung jari.Tapi didalamnya terselit tawa.
Tidak
sangka abangnya yang sudah berpuluh tahun kecewa akhirnya kalah dengan gadis
yang baru sahaja nak mengenal dunia.Macam mana agaknya gadis itu sehinggakan
berjaya membuat hidup abangnya kucar-kacir sehingga macam ini.Tahulah budak tu
nanti dia kerjakan.Hatinya ketawa girang.Suka hatinya melihat perubahan
abangnya yang amat ketara.Tengku Balqis memandang abangnya yang masih tersenyum
lebar.Mungkin dia sedar yang dia telah terperangap dengan adiknya sendiri.Dia
sedar dia tidak dapat sembunyikan apa sahaja daripada pengetahuan adiknya
seorang ini.
“Beruntung
budak tu kan..”ujar Tengku Balqis memecah hening diantara mereka.Tengku Danial
menggeleng.Senyuman yang dilemparkan kembali tawar.
“Tidak
Balqis.Kamu dah salah faham”Tengku Danial cuba menidakkan kata-kata adiknya.Dia
merenung lantai.Wajahnya kembali muram.
“Apa
yang Balqis salah fahamnya abang?Sudah terang lagi bersuluh yang abang sudah
mula sukakan budak itu kan”Tengku Balqis sudah mula meninggikan sedikit
suaranya.Dia tahu didalam hati abangnya masih ada lagi luka dahulu.Tetapi dia
tidak mahu abangnya masih tergelam didalam kisah yang lalu.Dia akan pastikan
abangnya kembali dengan hidup baru.
“Abang
tak mungkin akan suka budak seperti dia tu.Hidup kita dengan hidupnya berbeza
Balqis.Kita tidak setaraf”
Tengku Balqis
berdesis.Taraf!Apa ada dengan semua itu.Keluarganya terlalu memikirkan tentang
status mereka yang tinggi itu.Tidakkah mereka sedar itu semua hanyalah
sementara.Tengku Balqis tersenyum sengget sebelum bersila diatas kerusi.
“Tidak
setaraf abang kata!Semua itu tidak penting abang.”Tengku Balqis meluahkan
ketiak puasa hatinya.Wajah abangnya dipegang.Mata mereka bertentangan.
“Balqis
tak akan faham”
Tengku
Danial menarik tangan Tengku Balqis yang memegang wajahnya.Tengku Balqis
mencebik.
“Abang
nak tahu tak benda apa yang paling berharga dalam dunia ni?” Wajah Tengku
Danial dipandang.
“Tak
tahu.”Tengku Danial mengangkat bahunya sambil mengeleng.
“Cinta!”
“Kenapa?”Dahi
Tengku Danial berkerut.Kenapa Cinta?Baginya cinta itu tiada harga.Mudah dijual
beli.Terlalu murah.Dia memangku dagunya diatas peha sambil matanya masih
memandang adiknya.
“Sebab
macam mana pun kita kaya.Duit berbillion-billion tetap kita tak mampu membeli
cinta itu.Abang percaya tak?”
Tengku
Danial menggeleng lagi.
“Sebab
cinta itu bagaikan satu permata yang cantik.Dia terlalu indah dan bernilai
sekali.Mungkin pada pandangan kita cinta itu tiada harga.Tapi zahirnya kalau
abang nak tahu.Cinta itulah benda yang paling mahal sekali.Orang yang
betul-betul bertuah sahaja yang mampu memilikinya.Jadi abang,jika kita telah
diberikan cinta itu jangan sia-siakan.Faham!”Tengku Balqis menepuk bahu
abangnya.Keningnya diangkat.Tengku Danial mengangkat tangan adiknya yang berada
diatas bahunya sambil diluahkan keluhan yang berat sekali.Dahi Tengku Balqis
berkerut.Tidak faham dengan keluhan abangnya.
“Sayang
sekali adik.Abang tak faham lagsung dengan kata-kata adik itu”
Kata-kata
itu membuatkan Tengku Balqis hampir jatuh dari dudukannya.Bukan main panjang
lebar dia membebel dengan abangnya.Satu pun dia tidak faham.Teruk betul.Tengku
Balqis memeluk tubuh.Dia memegang dagu abangnya lalu didonggakkan keatas.Dia
turut memandang kelanggit.Tengku Danial hanya menurut.
“Abang
nampak tak langgit tu?”
“Nampak”
“Kalau
abang nak tahu apa yang sedang berada didalam hati abang sama seperti apa yang
berada diatas langgit itu sekarang”
Tengku
Danial menjatuhkan pandangannya kebawah.Matanya merenung Tengku Balqis
dalam.Kali ini kata adiknya seperti menusuk terus kehatinya.
“Adik
tahu.Sekarang hati abang kosong.Yang ada hanyalah kegelapan dan adik percaya
suatu hari nanti hati abang akan bersinar selepas hadirnya sinaran bintang yang
satu ini.Dia akan bersinar gemerlapan dan akan menyinari hidup abang buat
selama-lamanya.Adik percaya itu!”Sambung Tengku Balqis lagi sambil tangannya
dinaikkan keatas sambil menunjuk satu bintang yang bersinar tapi jaraknya jauh
sekali.Tengku Danial mendonggak kembali.Sebaris senyuman terbit dibirnya yang
merah jambu.Sedikit sebanyak kata-kata adiknya telah menyedarkannya.Dia tahu
adiknya telah melakukan pelbagai cara untuk membahagiakan dirinya.Dia amat
berterima kasih.Adiknya ditarik kesisi.Bahunya dipeluk.Tengku Balqis
menyandarkan kepalanya.
“Adik
sayang abang.Adik tidak mahu hidup abang berterusan menderita”ujar Tengku
Balqis lembut.Tengku Danial tersenyum sebelum mengucup kepala adiknya.
“Abang
pun sayang adik.Terima kasih”Kepala Tengku Balqis diusap lembut.Mereka kembali
menyambung melihat langit yang kegelapan dan hanya disinari cahaya bulan yang
kelam.
****************************
Farisya
menjenggahkan kepalanya melihat Tengku Danial yang berada didalam pejabat
bersama seorang gadis yang cantik paras rupanya.Tubuhnya yang ramping dan
tinggi menampakkan lagi kecantikkannya.Gadis itu kelihatan sempoi kerana mengenakan seluar Jeans panjang dan
T-shirt lengan pendek,rambutnya yang panjang lurus dilepaskan.Nampak biasa
tetapi masih kelihatan bergaya.Farisya seakan-akan kagum dengan cara permakaian
gadis tersebut.Cantik!Desisnya.
“Siapa
agaknya perempuan tu.Kekasih dia agaknya.Untunglah Tengku Danial dapat kekasih
cantik macam tu.Dia pun kacak.Tiada pelik pun”Ujar Farisya perlahan.Kedengaran
suaranya sedikit sayu.Cemburu.Dia menggeleng.
“Eishh..Yang
aku sibuk sanggat ni apasal.Biarlah kalau perempuan itu awek dia
ke.Eii..Sibuk!Sibuk!”
Farisya
mengetuk kepalanya dengan sebatang pen yang berada ditangannya.Kepalanya
dijenggahkan lagi.Kelihatan Tengku Danial sedang berbual rancak dengan wanita
tersebut dengan gelak tawanya membuatkan Farisya semakin cemburu.Dia mencebik.
‘Macam
aku heran’Desisnya.Matanya ditumpukan pada kertas yang berada diatas mejanya
tetapi tumpuannya pada kerja hanya seketika.Minat untuk melihat kemesraan
Tengku Danial lebih menariknya.Dia mengeluh.Tidak tahu kenapa dengan dirinya
hari ini.Perasaan cemburu seperti membuak-buak dihatinya.Dia melabuhkan
kepalanya diatas meja.Pen yang berada ditangannya digerakkan kekiri dan
kekanan.
“Hoi!Termenung”Sergah
seseorang dari arah belakang menyebabkan Pen yang dipegang Farisya terpelanting
kedepan.Kedengaran Maisara sudah ketawa mengekek melihat tindakan Farisya yang
mendadak itu.Dia tahu Farisya memang gadis yang mudah terkejut.Apa yang
dipegangnya pasti akan dibaling jika terkejut.Betul-betul kelakar.Dengan
mukanya lagi.Dah serupa beruk maklumlah terkejut beruk.Maisara menekan-nekan
perutnya geli hati melihat muka Farisya yang sudah mencuka.
“Kau
memang nak kena dengan aku kan”Farisya menjengkilkan biji matanya.Pantas
tangannya mencubit pingang Maisara.Mengerang kesakitan dia dibuatnya.
“Sakitlah
Risya”Ngaduh Maisara manja.Dia tersenyum manis sebelum menjenggahkan kepalanya
melihat Tengku Danial dari arah luar melalui tingkap.
“Siapa
tu?”Muncung dipanjangkan.Hanya jongketkan bahu yang membalas soalan
Maisara.Farisya turut melihat tetapi hanya seketika.Menyampah pula dia
rasa.Tengku Danial sudah tidak lagi mahu memujuknya seperti selalu.Mungkin dia
sudah ada kekasih hati jadi tidak mahu kekasihnya berfikiran lain terhadapnya.
“Wei
..Aku cakap dengan kau ni ,Boleh pula kau termenung”Bahu Farisya
ditolak.Farisya mendonggak.
“Apa
dia”
“Itu
kekasih Tengku ke?”
Farisya
mengeluh.
“Kau
pergi tanya aku buat apa.Pergilah tanya Tengku sendiri.”Ujar Farisya
geram.Ingat dia ni wartawan ke?
“Manalah
tahu kalau kau tahu ke.Kau kan PA dia.”Sambung Maisara lagi.Dia
tersenggih.Farisya mendengus.
“Aku
PA dia dalam hal kerja bukan PA hal hidup dan mati dia”
Maisara
mengatup mulutnya.Tangannya diangkat.
“Sorry”
“Dahlah
pergi buat kerja kau.Yang kau pergi busy body dekat sini dah tak ada kerja
ke”Marah Farisya geram.
Maisra
mengaru kepalanya.
“Ada”jawabnya
sepatah.
“Dah
tu tak reti nak pergi buat.Aku mengadu dekat Bos baru tahu”Ugut Farisya.Maisara
mencebik.
“Amboi..Mentang-mentang
PA bos nak main ugut-ugut dengan kita”’
“Dah
tak payah nak buat ayat sedih dekat sini.Pergi!Pergi buat kerja tu”
Farisya
menolak tubuh Maisara agar meninggalkannya sendirian dimeja kerjanya.Maisara
menjelir.
“Berlagak”
Farisya
ketawa kecil sambil mengeleng.Perangai Maisara ni kalau dilayan lama-lama boleh
pusing kepala dia.Silap-silap masuk hospital.Farisya menyambung
kerjanya.Dagunya ditongkat.Dinding yang berada didepannya ditenung.Lama.Sehinggakan
tidak perasan ada orang sedang berdiri didepannya.
“Assalammualaikum.Hello!Miss..”Tangan
dilambai-lambai didepan muka Farisya.Tiada respon.
‘Tidur
ke apa budak ni?Tapi mata terbuka’ujarnya.Kepala digaru.Farisya yang memangku
dagu dipandang pelik.
“Cik!Hello
Cik!”Panggilnya lagi.Jarinya dipetik.Tetap tiada tindak balas.Tengku Balqis
yang berang panggilannya tidak disambut sudah bercekak pinggang.
“Hoi!Cik
pekak ke?..”Sergahanya menyebabkan Farisya jatuh terhentak.Kepalanya yang terhentak
kecil digosok.
“Aduh!Sakitnya”Farisya
mengadu.
“Apasallah
orang asyik nak terkejutkan aku jek dari tadi.Tak reti-reti agaknya nak beri
salam dekat aku.Sakit hati betullah”Ngadu Farisya yang masih tidak sedar ada
orang yang sedang berdiri didepan mejanya.Dia kembali menyambung kerjanya tanpa
mendonggakkan kepalanya.Manusia yang berdiri didepan mejanya seakan-akan patung
cendana yang diangap tidak wujud pada Farisya.
Tengku
Balqis sudah memeluk tubuhnya.Farisya yang baru menyambung kerjanya terasa
seperti ada sepasang sedang merenungnya.Kedengaran satu suara sedang berdehem
kuat.Pantas Farisya mengankat pandangannya.
“Alamak!”
Farisya
terlopong.Terkejut beruk dia dengan kehadiran manusia yang sedang berdiri didepannya.
‘Bukan
ke ni perempuan yang berada dia dalam bilik Tengku Danial tadi?’Bisik hati
Farisya.Dia kalut.
“Ye!Boleh
saya tolong.”Pantas Farisya berdiri tegak.Tengku Balqis dipandang.
“Awak
Farisya kan”
Farisya
mengeleng sebelum menganggukan kepalanya.
“Mana
satu ni.Ya ke tidak?”Soal perempuan itu serius.Farisya mengangguk.
“Ya
Puan,Eh!Cik”Farisya mengelabah.
“Jom
ikut saya”Tangan Farisya ditarik agar mengikut langkahnya.
“Eh!Eh!Kita
nak pergi mana ni Cik.Cik ni siapa?”Farisya menarik kembali tangannya.
“Awak
ikut dulu nanti saya bagi tahu”Tangannya kembali memaut pergelangan
Farisya.Farisya menarik kembali.
“Tapi
saya tak kenal Cik”Ujarnya lagi.
Tangan
Farisya dilepaskan.Tengku Balqis mencekak pingangnya.
“Awak
tak perlu risau saya dah cakap dengan Bos awak yang saya nak pinjam awak sekejap.”Tutur
Tengku Balqis perlahan.Kening Farisya bercantum.
“Pinjam
saya tapi kenapa?”
“Awak
ni banyak soal pula.Sudahlah jom ikut saya”Tangan Farisya terus ditarik.Farisya
yang temanggu hanya menurut.Kemana agaknya wanita ini ingin membawanya.Farisya
pelik.Maisara yang terkejut Farisya dibawa Tengku Balqis menjongketkan
keningnya.Farisya mengeleng sambil tangannya diangkat sebelah.
“Aku
tak tahu”bisiknya sebelum berlalu.
****************************
“Apa
ni Tengku Balqis.Saya tak naklah pakai baju macam ni”Farisya menolak baju yang
diberikan Tengku Balqis.Dia memperkenalkan dirinya kepada Farisya semasa mereka
berada dalam perjalanan menuju ke Butik Ternama.Terlopong Farisya apabila
mendengar kata Tengku Balqis yang dia merupakan adik kepada Tengku Danial.Mati-mati
dia ingat yang Tengku Balqis ini kekasih Tengku Danial.Nasib baik dia tidak
mengumpat kalau tidak tak pasal-pasal dapat dosa free.Lebih-lebih lagi kalau
dengan Maisara.Ada sahaja yang mahu diumpatkannya.
“Alah..Awak
cubalah dulu.Lawa apa baju ni.Sesuai dengan awak.Ini jubahlah bukannya
skirt”Ujar Tengku Balqis sambil menolak baju itu ketubuh Farisya.
“Tapi
Tengku. Baju ni tak sesuai dengan saya.Baju ni terlalu cantik.”Farisya menolak
kembali.Tengku Balqis mendengus.
“Kalau
saya cakap cuba, awak cuba sajalah”Tengku Balqis menolak Farisya masuk kedalam
bilik persalinan.Farisya cuba mengelak tetapi arahan Tengku Balqis tidak dapat
dibantahnya.Wajahnya yang sudah berubah seruis mematikan hajatnya untuk
membatah.Akhirnya diturutkan sahaja.
‘Aduh.Adik
dengan abang sama saja.Kuat membuli orang.’Desis Farisya didalam biliknya.Baju
jubah berwarna ungu pekat yang berada didalam pegangannya dipandang
kecermin.Cantik!Satu senyuman manis terukir dibibir tatkala baju dipadankan
ketubuhnya.
“Hah!Kan
cantik tu”
Tengku
Balqis tersenyum lebar melihat Farisya yang keluar dari bilik persalinan.Dia
berdiri dan menuju kearah Farisya yang menunduk.Tidak selesa mengenakan pakaian
tersebut.Sekejap-kejap ditarik baju tersebut yang sengget.
“Emm..Nice.”Tengku
Balqis memegang dagunya sambil memusingkan tubuh Farisya kekiri dan kekanan.
“Okey
saya ambil baju ni.”Ujar Tengku Balqis kepada pekerja butik tersebut.Pekerja
itu hanya mengangguk.
“Dah
jom!” Tangan Farisya ditarik menuju ke kaunter bayaran.Farisya ternganga.Tak
akanlah dia nak kena pakai baju ni.
“Tengku
saya tak tukar lagi baju ni”Farisya menarik tangan Maisara yang sudah bergerak
menuju kepintu keluar.Tengku Balqis menoleh.Satu senyuman manis dihadiahkannya.
“Tak
perlu.Sekarang saya nak awak pakai saja baju ni terus.Sebab saya nak bawa awak
pergi kesuatu tempat”Balas Tengku Balqis sebelum keluar dari Butik
tersebut.Farisya mengaru kepalanya.
“Apa
benda semua ni”Keluh Farisya sebelum menurut langkah Tengku Balqis yang sudah
berada didalam perut kereta.
“Kita
nak pergi mana pula lepas ni Tengku Balqis?”Soal Farisya selepas masuk kedalam
perut kereta.Tengku Balqis mengetuk bibirnya dengan jari telunjuknya sebelum
dihala kecermin depan pemandu.
“Kita
nak pergi salon pula.Saya nak mereka tolong solekkan awak.Lepas itu kita nak
pergi kedai kasut untuk cari kasut yang sesuai dengan baju awak.Dan selepas itu
saya nak awak teman saya pergi kesatu majlis hari jadi kawan lama saya.Okey!”
“Apa?”
Terjerit kecil Farisya.Terkejut beruk dia mendengar kata-kata Tengku
Balqis.Sudahlah dia tidak memberitahu ibunya yang dia balik lambat.Ini kena
pula ikut adik majikannya kesemua majlis.Sudahlah Majlis anak orang
kaya.Matilah dia lepas ni.Wajah Farisya pucat.
“Dah
kenapa?”Pelik Tengku Balqis melihat wajah Farisya yang tiba-tiba berubah.
“Tengku,Saya
tak boleh ikut Tengku.Nanti ibu saya marah”Luah Farisya sedikit bergetar.Takut
Tengku Balqis melenting tiba-tiba dan mungkin juga dia takut diserang ibunya
selepas ini.Farisya mengetap bibirnya.Harap-harap Tengku Balqis faham
situasinya.Kelihatan Tengku Balqis hanya tersenyum sebelum menyuruh pemandunya
meneruskan perjalanan.Farisya mengeluh.
“Dont
worry.Saya dah suruh abang saya telefon keluarga awak cakap yang awak akan
balik lambat hari ini kerana ada urusan kerja.Jadi jangan risau okey.”Bahu
Farisya dipegang.Farisya tersenyum kelat.Air liur ditelan kelat.Nak tak nak
kenalah juga dia menurut.Memang dah nasib dia.
****************************
“Jom
Farisya masuk!”
Tengku
Balqis mempelawa Farisya agar menurutnya masuk kedalam rumah sebuah Banglo
Empat tingkat.Farisya hanya berdiri kaku disebelah keretanya.Farisya mengeleng.
“Tak
lah Tengku.Saya tak biasa dengan tempat-tempat macam ni”
“Tak
payahlah awak risau.Saya bukan mengajak awak pergi kelab kea pa.Saya ajak awak
pergi Party Birthday kawan saya aje.”Balas Tengku Balqis sambil menarik tangan
Farisya.Farisya mengikut dari arah berlakang sahaja.Takut dia dengan situasi
sekarang.Permakaian Tengku Balqis juga sudah berubah.Dia memakai Skirt paras
peha dan kasut tumit tinggi tiga inci.Farisya memandang kasutnya pula.Nasib
baik satu inci sahaja.Kalau tidak mahu patah kaki dia.
Tengku
Danial menuju kebelakang rumah Banglo tersebut.Kelihatan ramai tetamu sedang
berbual dan menjamu selera berdekatan kolam renang.Tengku Balqis melambaikan
tangannya kesalah satu kumpulan gadis yang sedang seronok bergelak
ketawa.Farisya hanya memerhati dari jauh.Takut dia mahu mengikuti langkah
Tengku Balqis memandangkan tiada seorang pun yang dia kenali.
Farisya
melilaukan pandangannya melihat setiap sudut.Ini kali kedua dia kagum melihat
rumah agam yang bergitu besar selain rumah Nenda.Tiba-tiba mata Farisya
tertacap pada sekunjur tubuh lelaki yang berdiri betul-betul bertentangan
dengannya.Lelaki itu sedang menyandarkan tubuhnya disebalik tiang yang ada
disitu.Lelaki itu memandangnya dari bawah keatas.Wajah Farisya berubah pucat
lesi.Terkejut dengan kehadiran manusia tersebut.
“Tengku
Danial!”Jerit Farisya kecil sambil tangannya menunding kearah Tengku Danial
yang segak berpakaian kemeja berwarna ungu cair dan tangannya diseluk kedalam
kocek.Sesiapa yang melihatnya pasti akan bergetar jantung.Farisya memegang
jantungnya pula.
‘Kenapa
dengan aku ni’
Tengku
Danial tersenyum sebaris sambil memerhati Farisya dari jauh.Dia turut terkejut
melihat perubahan Farisya yang bergitu lain sekali.Adiknya memang bijak.Tengku
Danial mengorak langkahnya menuju kearah Farisya yang diam terkaku.
“Alamak!Dia
menuju kesini lah.Habislah aku lepas ni”
Farisya
sudah beragak-agak mahu melepaskan dirinya.Tetapi Tengku Danial lebih pantas
darinya.Pergelangan tangannya dipegang.Farisya tergamam.Tengku Balqis hanya
memerhati dari jauh.Tidak mahu mengacau daun.Senyuman senang terbit dibibirnya.
BERSAMBUNG... :D
P/s:Okey!Cukup
sampai disini sahaja.Hehe.Maaf kalau lambat terbitkan sambungan CSC.Banyak
benda yang nak dilakukan.heee..Hope enjoying.Maaf kalau ada kekurangan.Komenlah
sikit yekk.Bagi idea pun boleh.Saya terima dengan hati terbuka. ::PEACE::