KIFAYAH terus bergegas ke katil lalu segera
baring dan menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya apabila riuh rendah
kedengaran suara emaknya di luar. Tentu emaknya dan Eja sudah pulang dari
berniaga.Pintu biliknya di tolak. Kifayah meneruskan rajuknya. Entah siapa lagi
yang datang memujuknya. Rafeah duduk di sisi anaknya itu. Bahu Kifayah disentuh
lembut.
“Kifa, anak mak ni merajuk lagi ke? Orang kalau
disuruh kahwin, bukan main lagi melompat suka tapi Kifa merajuk pula? Kifa
bertuah tau, sebab Abang Man berkenankan Kifa. Apa kurangnya abang Man tu,
hensem apa orangnya? Badan dan muka dia kan comel macam teddy bear, geramnya
rasa nak cubit-cubit je kan? Soal gigi tu tak payah fikirlah sayang, setakat
rongak tu, nanti dia tampal dengan simen, okeylah tu. Yang penting Man Boroi tu
banyak duit, banyak harta. Senang-lenang hidup Kifa nanti, mak pun boleh tumpang
senang juga. Kifa tau tak, bukan main bersusunnya anak dara dalam kampung ni
yang tergila-gilakan Abang Man tau? Tapi, Abang Man hanya sukakan Kifa seorang
je.” Pujuk Rafeah.
Kifayah yang mendengar dari dalam selimut
menahan muntah mendengar kata-kata emaknya yang sangat tidak relevan.
“Ni, Abang Man kirim salam sayang pada Kifa. Dia
rindu nak tengok Kifa tapi, nak buat macam mana kan, Kifa tak nak tolong mak
berniaga hari ni? Abang Man ada belikan Kifa hadiah. Mak letak atas meja solek.
Mesti mahal hadiah ni. Mak keluar dulu ya? Oh ya, mungkin esok lusa Abang Man
nak datang merisik Kifa. Mak dah setuju, mak harap Kifa terima ya?” Kata Rafeah
dengan lembut.
Kifayah yang mendengar mula rasa bengang.
Melampau sungguh emaknya ini. Tergamak menerima pinangan Man Boroi tanpa
berbincang dulu dengannya. Kifayah terus membuka selimutnya.
“Mak? Siapa suruh mak terima lamaran Man Boroi
tu? Kifa tak nak, Kifa tak kebulurlah! Kifa lebih rela mati, dari kahwin dengan
lelaki tu! Baik mak bunuh je Kifa dari bagi Kifa pada lelaki gatal macam tu!
Kifa tak sanggup hancurkan masa depan Kifa!” Kifayah bertegas akan
pendiriannya.
Rafeah mengelengkan kepalanya. Dia buat-buat
pekak badak mendengar kata-kata anaknya itu. Rafeah hanya tersenyum. Anaknya
itu ditatap sayang, rambut Kifayah dibelai mesra.
“Hmm, mari mak tolong bukakan hadiah Abang Man.”
Rafeah terus membuka kotak hadiah yang dibalut cantik itu. Kifayah tersentak.
“Mak? Jangan buka!!!! Kifa nak bagi balik pada
Man Boroi!” Kifayah menahan emaknya namun, emaknya sudah pun membukanya.
Ternganga Rafeah apabila membuka kotak baldu
berwarna merah itu. Seutas gelang emas yang sangat cantik dan ditempah khas.
Terus menitis tiga titis air liur Rafeah.Kifayah melepas keluhan kasar. Kecewa dengan sikap emaknya ini.
“Ya
Allah, cantiknya Kifa! Bertuahnya Kifa sayang! Ini adalah calon suami yang
terbaik untuk Kifa sayang! Mak betul-betul gembira kerana Abang Man pilih Kifa.
Mak keluar dulu ya? Tidurlah, mimpikan Abang Man malam ni tau?” Rafeah
tersenyum mesra sambil melangkah keluar dengan muka selamba.
Kifayah yang melihat dan mendengar kata-kata
emaknya, benar-benar tertekan dan sakit hati. Kifayah segera bangun, menuju ke
bilik air. Ingin mengambil wuduk dan menunaikan sembahyang Istiqarah.Semoga
ALLAH SWT memberikan jalan yang terbaik untuk dirinya.
Hampir seminggu Kifayah bermimpikan seulas
senyuman dari seorang lelaki. Wajahnya kabur namun hanya senyumannya saja yang
tergambar. Senyuman yang benar-benar manis dan memikat hatinya. Senyuman
siapakah itu? Yang pasti dia lega, kerana senyuman itu bukan milik Man Boroi
kerana giginya rongak.
Kifayah menangis teresak-esak. Rombongan merisik
Man Boroi sudah pun berangkat pulang. Sejak dari tadi, Izzati berada di
sisinya. Memujuknya agar bersabar dan bertenang.
“Sabarlah Kifa, mak kau dah terima pinangan Man Boroi. Ni cincinnya, mak kau
suruh bagi kat kau. Ikutkan wakil Man Boroi tadi, pihak mereka nak majlis
pertunangan dua minggu lagi.” Kata Izzati yang benar-benar simpati dengan
Kifayah.
Mujurlah Opah Jah memberitahu wakil Man Boroi
yang merisik Kifayah, bahawa sebarang majlis pertunangan ataupun majlis
perkahwinan hanya akan berlangsung selepas keputusan STPM Kifayah keluar nanti.
Di luar bilik kini, sedang berlangsung
pertandingan perbahasan yang disertai Opah Jah yang berkumpulan dengan Eja
menentang, Rafeah dan Soffian.
“Kamu ni Peah, jangan nak memandai sangat.
Bincang dengan Kifa dulu? Tanya persetujuan dia dulu. Suka hati kamu je, nak
tentukan hidup dia! Kifa pun, ada hati dan perasaan.
Cubalah sesekali kamu fikirkan perasaan anak
kamu, Peah. Jangan pentingkan diri sendiri. Dia tu budak lagi. Dia yang nak
kahwin, tapi kamu yang terlebih over mengalahkan dia pulak.” Opah Jah meluah
kata.
“Mak, jangan nak tukar topik pula? Peah masih
tak puas hati dengan mak fasal tadi. Pandai-pandai mak kata macam tu kat wakil
Man. Buat apa nak tangguh lama-lama perkara baik ni. Peah kalau boleh, hari ni
juga nak Kifa nikah dengan Man tu! Tak payah tunggu lama-lama.” Rafea terus
berhujah. Soffian menyampuk.
“Betul cakap Peah tu mak. Dah ada orang
berkenankan Kifa, Peah dan Pian memang bersetuju nak bermenantukan Man. Jadi
tak payahlah nak tangguh lama-lama perkara baik ni.”
Eja terus mencelah. Dia mahu membela nasib
kakaknya.
“Ayah, mak, Kak Kifa kan tak nak, dia tak suka
dengan Man boroi tu, buat apa nak paksa? Kasihan dia. Lagipun Man Boroi tu, tak
sepadan langsung dengan Kak Kifa. Eeeee, Eja tak setuju lah! Eja tak suka Kak
Kifa kahwin dengan Man Boroi!” Opah Jah terus meyambung.
“Mak pun rasa macam tu. Memang tak patut kamu
kahwinkan Kifa dengan Man Boroi tu Cuba kali ni, kamu dengar cakap mak, nasihat
mak ni. Boleh tak?
Patutnya tadi mak memang nak tolak saja pinangan tu, tapi kamu Peah, selamba je tutup mulut mak tadi dengan tangan kamu yang berbau petai tu!!!!” Bangkang Opah Jah.
Rafeah mengetap bibirnya. Sakitnya hati apabila kehendaknya ini dihalang.
“Eja, jangan nak masuk campur dalam hal ni, kau
tu hingus pun mak kena lap lagi. Kalau Man Boroi tu ada kembar, dengan kau-kau
sekali mak kahwinkan tau? Okey, macam nilah mak.
Peah ikut cadangan mak, tunggu sampai keputusan
STPM Kifa keluar dulu. Tapi elok je keputusan peperiksaan keluar, majlis
pernikahan Kifa dan Man Boroi akan di adakan serentak pada hari yang sama.
Tapi, majlis pertunangan akan tetap di adakan dua minggu, dari sekarang! Faham
semua! Titik! Noktah!” Rafeah memberikan kata penutup. Soffian yang mendengar
turut bersetuju..
“Saya setuju!!!!!” Kata Soffian juga dengan
tegas. Saling bertatapan dengan isterinya dan mengangguk kepala serentak.
Bersalam dan berpegangan tangan kemudian masuk ke dalam bilik.
Sudah berkira-kira mahu membahagikan wang RM5000
yang dihadiahkan oleh Man Boroi semalam kerana pinangannya telah pun diterima.
Sekejap lagi, mereka akan ke Ipoh untuk menonton filem KL Gangster dan
membeli-belah dengan wang itu.
Opah Jah dan Eja sudah tidak mampu untuk
membantah lagi. Tidak mampu membela Kifayah.Kifayah yang mendengar kata pemutus
itu, terus menangis teresak-esak. Izzati melepas keluhan yang berat. Dia
benar-benar bersimpati dengan Kifayah.
“Sabarlah Kifa, kalau aku boleh tolong kau,
memang aku dah tolong.” Namun, apalah dayanya untuk membantu Kifayah.
“Kifa, aku balik dulu ya? Pukul 6.00 petang ni,
aku akan balik Penang dengan kakak aku.” Izzati memohon diri untuk pulang.
Kifayah yang begitu berat melepaskan sahabatnya pergi akhirnya akur.
“Terima kasih sebab datang. Nanti, kalau kau
balik, kita jumpa lagi ya?” Kata Kifayah dengan penuh sebak.
“Sabarlah Kifa. Banyakkan berdoa pada Allah SWT.
Insya-Allah, jalan keluar untuk kau mesti ada.” Kata Izzati lagi. Kifayah
menganggukkan kepalanya.
Setelah Izzati pulang, Opah Jah dan Eja masuk ke
dalam bilik. Sayu dan sedih hati mereka melihat Kifayah yang sedang berlinangan
air mata itu. Matanya sudah bengkak kerana banyak menangis.
“Kifa, sabarlah sayang. Opah pun tengah ligat
memikirkan jalan keluar untuk Kifa tau. Opah akan cuba pujuk mak dan ayah ya?
Mujurlah opah berjaya tangguhkan perkahwinan Kifa dan Man Boroi tu. Tapi tak
sangka pula, mak ayah Kifa nak tunangkan Kifa dulu.”
Eja merengus perlahan. Kenapa mak dan ayah
tergamak buat kak Kifa macam ni? Kasihan Kak Kifa.
“Mahunya ayah dan mak tak terima pinangan Man
Boroi, lelaki tu dah rasuah mak dan ayah dengan duit. Semalam, Eja nampak Man
Boroi bagi mak dan ayah lima ribu. Faham-faham sajalah, perangai mak dan ayah
yang mata duitan tu.” Cerita Eja dengan kesal. Janganlah suatu hari nanti, dia
juga menerima nasib yang sama seperti Kak Kifa.
Kifayah benar-benar sedih mendengarnya. Rasa
ingin meraung sekuat hati.
“Kenapa mak dan ayah sanggup buat Kifa macam ni?
Kifa tak nak kahwin, Kifa tak nak kahwin dengan Man Boroi tu.” Luah Kifayah
dengan tangisan.
“Opah pun dah puas menasihatkan mereka, tapi
mereka langsung tak hormatkan Opah. Kalau diikutkan hati Opah, Opah nak suruh
je Kifa pergi jauh-jauh dari sini.
Jauh dari manusia yang lebih pentingkan duit dari kebahagiaan dan masa depan anak-anak.” Kata Opah Jah dengan geram dan kesal dengan sikap tamak anaknya.
“Betul tu kak? Eja pun kalau diikutkan hati, nak
suruh je akak lari. Tapi, iyalah kan? Akak nak lari ke mana?”
Kifayah tersentak mendengarnya. Klik!!!! Satu
idea tiba-tiba muncul, menari di ruang matanya.
“Kifa tahu kat mana Kifa nak pergi,” Kifayah
terus bangun, mengambil beg pakaian tanpa berlengah lagi. Air mata disapu
kering. Dia sudah tekad. Dia mahu pergi dari sini untuk mengelakkan diri dari
berkahwin dengan Man Boroi. Opah Jah dan Eja saling berpandangan. Tidak
menyangka tindakan Kifayah itu.
“Kifa? Kifa nak ke mana? Memang Opah izinkan
Kifa pergi tadi, tapi Kifa tak berhak nak risaukan Opah kan? Tempat yang Kifa
nak pergi tu selamat ke?” Opah Jah terus bertanya dengan bimbang.
“Iyalah kak, kak nak ke mana?” Soal Eja dengan
cemas. Kifayah terus memasukkan pakaian ke dalam beg.
“Kifa akan pergi dari rumah ni, tapi Opah dan
Eja jangan risau. Kifa akan hubungi selalu. Tempat Kifa nak pergi tu, tempat
yang selamat. Jangan risau ya? Kifa pergi untuk bekerja. Kifa cadang nak ke
ikut Izzati ke Penang. Tapi janji buat masa ni, Opah dan Eja jangan cakap pada
mak dan ayah.” Pinta Kifayah.
Opah Jah dan Eja akur jika itu lebih baik dari
Kifayah terus tinggal dalam rumah ini.
“Kalau Kifa rasa tempat yang Kifa pergi, lebih baik dari rumah ni, Kifa
pergilah. Opah izinkan, tapi jaga diri baik-baik. Telefon opah tau? Fasal mak
dan ayah, Kifa jangan risau.
Tahulah Opah menjelaskan pada mereka nanti.”
Opah Jah memberikan restu pada tindakan cucunya itu.
Opah Jah keluar sekejap, kemudian masuk semula
ke dalam bilik, lalu menghulurkan wang RM300 pada cucunya itu.
“Kifa, ambillah duit ni buat belanja. Kalau Kifa
ada masalah duit, Kifa beritahu Opah tau.” Pertolongan Opah Jah membuatkan
Kifayah benar-benar terharu. Terus dia memeluk Opah Jah sambil menangis.
“Kifa minta maaf Opah, Kifa dah susahkan Opah.
Opah jaga diri ya? Terima kasih sebab izinkan Kifa pergi.” Pinta Kifayah
sebelum pergi.
“Kalau untuk kebaikan Kifa, nyawa pun sanggup
Opah dagangkan. Jaga diri tau, jangan lupa telefon Opah.” Pesan Opah Jah.
Kemudian Kifayah berpelukan pula dengan adiknya, Eja.
“Akak jaga diri tau, bila dah sampai nanti, akak
call Eja, beritahu Eja yang akak selamat sampai ya?” Kifayah menganggukkan
kepalanya.
BERSAMBUNG ;D