BAB 5
Sudah hampir
dua jam ummi dan babah Khaliff dirawat dalam wad kecemasan. Khaliff benar-benar
risau dan tidak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap berdiri. Mundar-mandir
dia ke sana ke mari.
“Sabarlah abang. Banyakkan berdoa agar ummi
dan babah abang Khaliff selamat.”
Dania juga turut mengikut
Khaliff ke hospital kerana dia benar-benar risaukan keadaan mangsa kemalangan
yang diselamatkan itu. Lagipun, Khaliff yang memintanya memangku umminya yang
luka parah di kepala. Begitu kusut dan serabut sekali diri Khaliff tatkala ini.
Dia benar-benar diamuk resah dan bimbang.
“Terima kasih Dania kerana dah
selamatkan nyawa ummi dan babah abang. Kalau Nia tak keluarkan mereka dari
kereta tu, abang tak tahulah bagaimana nasib mereka. Abang berhutang nyawa
dengan Nia.” Ucap Khaliff dengan suara yang begitu lirih.
Matanya sarat dengan kesedihan dan kerisauan.
“Tak apa. Dah menjadi
tanggungjawab Nia tolong mereka. Abang jangan risau, Nia yakin mereka akan
selamat. Banyak-banyakkanlah berdoa...” Syukur alhamdullilah, doktor yang
merawat ummi dan babah Khaliff memaklumkan yang mereka selamat serta tiada
kecederaan yang serius. Babah Khaliff telah pun sedar dan tulang tangannya
patah manakala umminya masih belum sedar tapi pendarahan di kepalanya sudah
berhenti dan dia dilaporkan stabil.
Dania
dan Khaliff masuk melawat ummi yang masih belum sedar kemudian melawat babah
Khaliff pula yang sudah pun sedar.
“Babah...babah okey?”Soal
Khaliff dengan risau.
Johari tersenyum kemudian
matanya tertancap ke arah seraut wajah yang sudah berjasa kepadanya.
“Babah okey. Nak, terima kasih
kerana selamatkan pakcik dan makcik. Budi baik anak, hanya Allah sahaja yang
membalasnya,” ucap Johari dengan penuh terharu.
Dania tersenyum. “Yang penting pakcik dan
makcik selamat. Saya hanya menolong sekadar yang termampu sahaja.”Luah Dania
dengan lembut.
Johari mengangguk. Tiba-tiba
Dania teringatkan sesuatu. Mulutnya terlopong dan mukanya cemas.
“Ya Allah, dah lama Nia kat
sini. Nia tinggalkan ayah saya sorang-sorang...”kata Dania dengan wajah risau.
Bimbang dengan keadaan ayahnya yang lumpuh itu
menguruskan dirinya seorang diri.
“Jom abang hantarkan Nia balik.
Babah, Khaliff hantarkan Dania pulang. Nanti Khaliff datang semula..” Babah
Khaliff mengangguk tanda mengerti.
“Ya
Allah!!!!!!!!” Terbeliak mata Dania melihat kepulan asap yang terbit dari
api yang marak, begitu rakus menjilat rumahnya. Dania segera berlari keluar
dari kereta. Jantungnya bagaikan tercampak keluar, dia benar-benar cemas dan
bimbang dengan keselamatan ayahnya.
“Ayah!!!!! Ayah!!!!!!!!!!!”
Jerit Dania dengan kuat sekali. Air mata terus jatuh berjuraian ke pipi. Pihak
bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus memadamkan api. Dania terus
menjerit-jerit dan berlari pantas ke arah rumahnya. Tiba-tiba badannya
disambar. Dania terus meronta-ronta sambil matanya tidak lepas-lepas memandang
ke arah rumahnya yang sedang dijilat api yang marak itu. Dia memikirkan betapa
menderitanya ayahnya yang terpaksa menahan kepanasan. Ya Allah selamatkan ayah
aku....
“Lepaskan Nia...ayah ada kat dalam tu....ayah
lumpuh, macam mana dia nak selamatkan diri dia ...Ya Allah, selamatkan
ayah....Ayah....Tunggu Nia, Nia nak selamatkan ayah....Ayah....” Dania terus
meraung dalam tangisan.
Khaliff terpaksa memeluk Dania
yang sudah seperti hilang akal itu.
“Nia, sabar Nia. Api sedang
marak tu…Bomba sedang memadamkan api…” Pujuk Khaliff yang berusaha menenangkan
Dania yang sudah hilang kawalan.
“Macam mana Nia nak bersabar?
Ayah Nia ada dalam rumah. Ayah Nia lumpuh…ayah Nia lumpuh! Macam mana ayah nak
selamatkan diri dia. Ya Allah….tolonglah…. Lepaskan Nia…lepaskan Nia, Nia nak
selamatkan ayah Nia…Nia nak selamatkan ayah Nia…….” Jerit Dania bersama air
mata yang bercucuran.
Dania terus meratap sayu,
menangis dan meraung sekuat hatinya. Ayahnya tidak dapat diselamatkan kerana
api sudah semakin marak menjilat rumah Dania. Setengah jam kemudian, barulah
api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya. Dania terduduk lemah di hadapan
rumahnya. Dia meraung sekuat hati.
“Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Hampir seminggu
pemergian ayah Dania ke rahmatullah kerana terkorban dalam kebakaran itu.
Rupa-rupa kebakaran itu dirancang. Budin yang merupakan dalang kejadian itu
telah pun ditangkap polis dan didapati bersalah atas cubaan membunuh. Dania
benar-benar tidak menyangka sekejam itu Budin. Semoga lelaki itu mendapat
balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Khaliff sentiasa berada disisi Dania
menguruskan tempat tinggal dan makan minumnya. Siapa lagi yang harus
diharapkan? Rumahnya hangus dijilat api. Dania kini anak yatim piatu yang tidak
mempunyai saudara mara terdekat. Dia sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana
tinggalnya saudara mara arwah ayah dan emaknya kerana kebanyakannya tinggal di
Sarawak. Lagipun ayah dan emaknya tidak pernah menceritakan apa-apa pun padanya
mengenai saudara maranya disana dan tidak pernah saling menghubungi antara satu
sama lain.
“Dania, makan sikit. Dah
seminggu Dania hilang selera makan.” Pujuk Khaliff dengan lembut. Mak Munah,
orang gaji Khaliff telah di bawa ke sini untuk menjaga Dania di Home stay yang di sewa untuk Dania
tinggal.
Khaliff rasa bertanggungjawab
atas segala yang berlaku. Sangat kasihan memikirkan nasib Dania. Kalau Dania
tidak bersamanya menyelamatkan umi dan babah tempoh hari, mungkin nasib Dania
tidak begini malang. Ya Allah, tabahkanlah hati Dania untuk menempuhi segala
dugaan ini. Berikanlah dia kekuatan untuk meneruskan hari mukanya. Dia masih
muda untuk berdepan dengan dugaan berat ini.
Dania mengelengkan kepalanya.
Selera makannya bagaikan mati. Wajahnya murung dan sedih. Air mata berlinangan
lagi. Matanya tertancap ke arah slip peperiksaan STPM nya yang baru diambil
pagi tadi. Dia mendapat 5 prinsipal, dengan gred A dalam semua mata pelajaran.
Dia merupakan pelajar terbaik STPM di sekolahnya. Sepatutnya berita gembira ini
dikongsi bersama ayahnya yang pasti berbangga dengannya. Ucapan tahniah yang
datang silih berganti dari guru dan teman-temannya tidak mampu mengusir
kesedihan yang dirasainya kini. Dia hilang tempat bergantung dan dia sudah
bergelar anak yatim.
“Dania...”panggil Khaliff
lembut tatkala melihat mata bundar itu menerbitkan mutiara jernih entah kali ke
berapa.
“Abang tahu, Nia sedih tapi Nia
kena kuatkan semangat. Mati itu pasti bagi sesiapa sahaja. Semua ini takdir,
redakan pemergian ayah Nia, kalau arwah tahu yang Nia asyik menangis siang
malam, sampai tak lalu makan, arwah tentu sedih dan tak tenang bersemadi
disana. Hidup perlu diteruskan. Nia jangan risau, memang kita ni tiada
pertalian, tapi abang tak akan biarkan Nia sendiri. Abang akan berada disisi
Nia. Abang akan jaga Nia seperti menjaga nyawa abang sendiri.” Pujuk Khaliff
lagi yang sejak seminggu tidak pernah berputus asa memberikan kata-kata
semangat untuk Dania bangkit dari kesedihan.
Mendengarnya membuatkan Dania
berada dadanya mahu pecah menahan sebak.
“Nia dah tak ada siapa-siapa lagi...Nia dah
jadi anak yatim piatu...mak dah tinggalkan Nia, ayah dah tinggalkan Nia...Siapa
lagi yang Nia ada? Semua dah pergi tinggalkan Nia, apa salah dan dosa Nia,”
hilang semangat Dania meluahkan kepiluan hatinya. tiba-tiba bahunya
disentuhnya.
Dania segera menoleh. Ummi,
Khaliff? Wanita sebaya arwah emaknya itu tersenyum padanya.
“Siapa kata Nia bersendiri? Nia
ada ummi, Nia ada babah. Mulai hari ini, kami adalah keluarga Nia. Nia dah
selamatkan nyawa ummi dan babah, kami terhutang nyawa dengan Nia. Izinkan kami
menganggap Nia sebagai anak kandung kami sendiri.” Pujuk Maimun dengan lembut.
Dania terkesima mendengarnya.
Ya Allah, beginikah nasibnya? Hidup menumpang atas ehsan orang lain? Dia tidak
mampu menyusahkan orang lain terutama dari orang yang tidak dikenalinya. Siapa
Khaliff, ummi dan babahnya? Dania akui, dia kini bergantung hidup dengan
Khaliff yang begitu prihatin dengan keperluannya. Tapi, jika dia bersendiri
kemana dia harus pergi? Dia sudah tiada sesiapapun dalam dunia ini. Rumahnya
sudah hangus terbakar. Dia sudah hilang tempat bergantung dan tempat berteduh.
“Nia tak mahu hidup menyusahkan
orang lain. Nia tak mahu berhutang budi seumur hidup....”balas Dania dengan
sayu.
Maimun memeluk Dania dan mengelus rambut Dania
dengan lembut seakan menumpahkan rasa kasih seorang ibu kepada Dania.
“Nia. Sebenarnya, ummi dan
babah yang berhutang budi dan nyawa dengan Nia seumur hidup kami. Kalau Nia tak
selamatkan ummi dan babah, entah macam mana nasib kami sekarang ni. Ummi
sebenarnya teringin nak mempunyai anak perempuan semanis Nia, Alhamdullilah
hari ini doa ummi telah pun dimakbulkan.Nia jangan fikirkan yang Nia akan
menyusahkan kami kerana kasih sayang kami pada Nia tak ubah seperti anak
kandung kami sendiri. Pertama kali ummi tengok Nia, ummi dah jatuh sayang
dengan Nia. Ummi dan babah berjanji, tak akan sia-siakan Nia dan pastikan Nia
akan gembira dan bahagia bersama kami. Masa depan Nia pun, tak akan kami
sia-siakan. Percayalah......” Air mata Dania diseka oleh Maimun dan Dania terus
mengeratkan pelukannya kerana rasa terharu.
BAB 6
PERTAMA kali
melangkah kaki di banglo milik keluarga Khaliff membuatkan Dania rasa kagum
melihat hiasan dalamannya yang kreatif dan menarik. Cantik, mewah dan
menenangkan kerana warna hijau lembut menatari seluruh ruang banglo mewah ini.
Tiba-tiba Dania rasa dirinya begitu kerdil disini. Tidak layak untuknya
menikmati kemewahan ini kerana dia hanyalah anak seorang pemandu lori. Hidupnya
hanya serba sederhana. Dania rasa benar-benar berasa rendah diri.
“Nia, tunggu apalagi? Jom masuk
sayang?”Ajak Maimun dengan mesra sambil memeluk bahu Dania.
“Nia, babah harap Nia janganlah rasa rendah
diri ke malu ke.... anggap ni adalah rumah Nia juga. Mari....”Ajak Johari pula.
Khaliff tersenyum lega melihat
layanan keluarganya pada Dania. ‘Adik’? Rasanya, tempat Dania dihatinya bukan
seorang ‘adik’ tapi tempat Dania ‘istimewa’.
Dania akhirnya akur. Keluarga
baik begitu baik melayaninya. Dia diberi sebuah bilik tidur yang begitu cantik,
luas dan selesa. Perabotnya juga mewah. Bertuah aku, kerana menjadi anak angkat
mereka? Tidak, walau macam mana sekalipun baiknya mereka terhadap aku, mereka
tetap orang luar dan aku hanya menumpang ehsan mereka. Aku tidak harus berdiam
dan bergoyang kaki di sini. Aku harus membantu ummi membuat kerja-kerja rumah,
kalau aku menjadi orang gaji pun aku sanggup. Usai solat maghrib, Dania keluar
dari kamar beradunya.
Perlahan-lahan melangkah ke
ruang dapur. Dalam perjalanan, kakinya bagaikan dipaku tatkala matanya
terpandang potret seorang lelaki yang berambut paras bahu sedang tersenyum
manis. Serta merta jantung Dania rasa berdebar dan bagaikan hanyut dibawa ke
dunia lain. Begitu tampan sekali, dia berkulit cerah, matanya yang bening
beralis lentik dan berkening lebat, hidungnya mancung dan bibirnya yang merah
menawan dan tubuhnya yang sasa.
“Kacakkan?” Suara Maimun
membuatkan Dania tersentak.
Dania kalut sendiri, merah
padam mukanya menahan malu kerana membiarkan dirinya terpukau sehingga Maimun
boleh tersedar melihat tingkahnya.
“Ummi....Errr.....Nia...errr,
Nia saja tengok gambar family ummi
ni.” Dania terus sahaja menunjukkan gambar Khaliff sekeluarga.
Rupa-rupanya mereka cuma dua
beradik. Tapi kenapa wajah Khaliff dan lelaki ini agak berbeza? Khaliff
berkulit hitam manis sedangkan lelaki itu berkulit cerah. Maimun tergelak
kecil.
“Ini anak tunggal kesayangan
ummi. Hensem kan? Namanya Afiff. Dia
sekarang ni sedang sambung master di UK. Orangnya bijak pandai macam Nia juga.”
Terang Maimun.
Hairan Dania mendengarnya, anak
tunggal? Habis itu, Khaliff siapa?
“Tapi abang Khaliff.....”terus
sahaja Maimun menyampuk. Nampak sedikit ketegangan diwajahnya.
“Khaliff tu anak tiri umi.
Babah pernah memadukan umi, masa tu kami dah enam tahun berkahwin tapi belum
dikurniakan cahaya mata. Kerana ingatkan ummi ni mandul, babah berkahwin dengan
kawan lamanya secara rahsia. Ummi memang kecewa dengan babah dan hampir-hampir
bercerai. Namun ummi disahkan mengandung dan kandungan ummi itu telah
menyelamatkan rumahtangga ummi dan babah. Perasaan terluka ummi terus ummi bawa
sehingga ke hari ini, setiap kali ummi melihat wajah Khaliff, setiap kali
itulah hati ummi bagaikan dihiris. Bila Khaliff berusia setahun, madu ummi
meninggal kerana kanser hati. Sejak hari itu ummi yang membelanya sehinggalah
sekarang.” Mata Maimun mula berkaca-kaca.
Sehingga hari ini lukanya masih
belum terubat pada suaminya yang pernah mengkhianati cinta sucinya, pada arwah
Kartika dan pada Khaliff. Biarpun Kartika sudah meninggal, dendamnya terus
membara dan dia melepaskan marahnya pada Khaliff. Sehingga ke hari ini, dia
masih belum dapat menerima Khaliff dan layanannya padanya tidak pernah istimewa
sepertimana layanannya terhadap Afiff. Segala kasih sayangnya tertumpah pada
Afiff seorang.
“Umi seorang wanita yang tabah,
Nia kagum dengan ummi.” Puji Dania dengan ikhlas. Maimun tersenyum pahit dan
menghela nafasnya.
“Di luar memang ummi nampak tabah, tapi luka
itu tidak pernah terubat Nia, walaupun babah sudah berjanji tidak akan
mengkhianati ummi lagi buat kali ke dua, ummi tetap rasa curiga dan sukar untuk
percaya. Tapi alhamdullilah, babah memang mengotakan janji.” Ujar Maimun.
“Dahlah cakap fasal ni, kita ke
dapur ummi. Nia cadang nak masak sesuatu untuk malam ni.”Ajak Dania dengan
mesra.
“Ishh, tak payah. Mak Munah dah masakkan untuk
kita. Jom, babah dan si Khaliff dah tunggu kita kat meja makan.” Dania dan Maimun
saling berbalas senyum.
BAB 7
Dania benar-benar
gembira kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti
Malaya dalam jurusan Bahasa Melayu dengan Pendidikan. Hasrat Dania yang ingin
bergelar seorang guru akhirnya tercapai jua.
“Nia, ingat pesan abang,
belajar rajin-rajin. Ini buku akaun Nia, abang dah masukkan duit. Gunalah duit
tu untuk perbelanjaan. Tiap-tiap bulan abang akan bank in lagi duit. Lagi satu,
jangan sesekali nak mohon pinjaman PTPTN ke, biasiswa ke, biarlah kemudahan tu
untuk mereka yang memerlukan. Nia sekarang ni dibawah tanggungjawab abang.”
Pesan Khaliff.
Dania tersenyum mendengar kata-kata dari
lelaki yang sudah dianggap abang itu. Dia menyenangi budi pekerti Khaliff.
Orangnya baik hati dan menghormati orang tua. Kenapa ummi begitu membenci dan
mendendami Khaliff? Bukan salah Khaliff jika babah yang bertindak mengahwini
arwah ibu Khaliff. Kenapa Khaliff yang harus dihukum? Kasihan Khaliff.
Dania dapat merasakan setiap
kali ummi berdepan dengan Khaliff, bahasanya agak kasar dan begitu dingin
sekali melayan Khaliff biarpun Khaliff masih tetap berlembut dan
menghormatinya.
“Abang harap Nia dapat mencapai
cita-cita untuk menjadi seorang guru. Abang akan sentiasa ada disisi Nia dan
mendoakan Nia berjaya,” Kata Khaliff lagi.
Dania mengangguk dan tersenyum mesra. “Terima
kasih abang. Abang dan keluarga abang, dah banyak berjasa dengan Nia. Terima
kasih sebab layan Nia dengan baik,” balas Dania. Khaliff tersenyum.
“Apa saja untuk Nia, abang sanggup lakukan
asalkan abang dapat lihat Nia senyum dan gembira. Belajar rajin-rajin tau,
cikgu Dania yang cute!” Dania ketawa kecil mendengarnya.
“Iyalah, Nia akan ingat pesanan
abang Khaliff ni sepanjang masa. Budi baik abang, hanya ALLAH saja yang mampu
membalasnya.” Ucap Dania.
“Abang ikhlas Nia. Tak pernah
abang mengharapkan budi baik abang akan dibalas. Baiklah abang balik dulu,
kirim salam kat room mate Nia ya?”
Dania mengangguk sambil mata tertancap ke arah Maizi yang sedang
tersengih-sengih sambil melambai-lambai ke arah Khaliff.
Setelah Toyota
Harier Khaliff berlalu, Dania melangkah ke arah Maizi.
“Wah, hensem lah abang Khaliff kau tu! Kau dengan dia tu, ada apa-apa ke?
Kalau ada, tak apalah tapi kalau tak ada, kasi je kat aku.” Pinta Maizi tanpa
segan silu.
Dania menampar bahu Maizi
perlahan.
“Ishh, kau ni....abang Khaliff
tu dah macam abang kandung aku lah. Dia dah ada kekasihlah. Namanya Arnie
Shuhaida, cantik. Minggu lepas, masa aku keluar shopping ngan abang
Khaliff, kami terserempak. Mesra sangat mereka..”
“Alah, yea ke? Melepas aku! Tolong aku Nia, belum
bercinta aku dah frust menonggeng.
Kalau kau belanja aku ais batu campur, aku sure
hilang frust aku tu!” Maizi mengeluh
panjang lalu meraup wajahnya.
“Banyaklah kau punya frust! Kalau nak minta aku belanja ABC,
bagitau jelah. Tak payah nak buat drama depan aku!” Mereka sama-sama ketawa.
Dania yang
baru keluar dari dewan peperiksaan tersenyum melihat Khaliff yang sedang
menantinya. Sudah hampir dua tahun Dania belajar di Universiti Malaya. Syukur
alhamdullilah, keputusan peperiksaannya cemerlang dan dia pernah mendapat 4.00
pointer selama dua semester berturut-turut. Cuma semester ke tiga agak kantoi
sedikit dan dia hanya mendapat 3.96 pointer berpunca dari tugasan yang
diberikan oleh pensyarah Ramona tidak mendapat markah penuh. Minta-minta
semester kali ini Dania mendapat 4.00 pointer lagi.
“Macam mana last paper tadi?”
Soal Khaliff.
“Bolehlah, dari tak boleh.....”
jawab Dania.
Khaliff mengangguk faham. Setiap
hari dia akan menghubungi Dania, tidak pernah lengkap hidupnya tanpa berbual
dengan gadis ini. Dania memang nampak lembut, tapi seorang yang matang. Mungkin
pengalaman mendewasakan dia.
“Boleh dari tak boleh? Iya ke
tu? Tapi, setiap kali keluar result, kemain lagi dia skor. Kali ni, kalau Nia
dapat 4.00 pointer lagi, abang Khaliff akan belikan Nia hadiah.....” umpan
Khaliff sambil menjungkitkan keningnya yang tebal.
Dania tergelak mendengarnya.
Khaliff memang selalu membelikannya hadiah. Hadiah yang menjadi kesayangan
Dania adalah Teddy bear yang sebesar orang, rantai emas putih, telefon bimbit,
dan laptop.
“Ala, tak dapat 4.00 pointer
abang Khaliff beli juga hadiah. Dah jadi hobi abang pun. Nia dah faham sangat
dah. Abang Khaliff dah makan ke? Nia lapar lah…” Soal Dania menukar topik.
Khaliff begitu memanjakannya seperti seorang adik.
Dania benar-benar rasa
disayangi.
“Belum. Abang tahan perut tau,
semata-mata nak makan dengan Nia. Jom kita makan KFC nak? Abang laparlah...”
Dania terus bersetuju.
Sebaik sahaja masuk dalam
kereta, hampir hendak termuntah Dania apabila mendapat ada bau rokok yang
begitu menusuk hidung. Dania segera menutup hidungnya.
“Abang Khaliff ni, busuknya bau
rokok. Ishhh, tak habis-habis dengan tabiat merokok dia. Geramnya…tak sukalah!”
Dania membebel sambil menahan nafas.
Dikeluarkan perfumenya dari
dalam beg lalu disemburnya ke seluruh kereta Toyota Harrier milik Khaliff ini. Khaliff hanya mengelengkan kepala
melihat tingkah Dania itu.
“Wangi apa bau rokok?”Soal
Khaliff.
Dia memang perokok tegar, sukar
untuk dia membuang tabiat merokoknya yang sudah menjadi darah dagingnya semasa
remaja lagi. Dahulu dia melepaskan tekanan perasaannya dengan merokok, semua
itu kerana pengaruh rakan sebaya. Bukannya dia tidak cuba berhenti, pelbagai
kaedah telah digunakan untuk menghilangkan ketagihan merokoknya tapi, Khaliff
tidak berupaya. Badannya rasa seperti hendak demam, mengantuk dan otaknya
bagaikan tidak berfungsi.
“Ishh, bila abang nak berhenti merokok?
Merokok tak baik untuk kesihatan tau.” Leter Dania lagi sebaik sahaja kereta
Khaliff meluncur laju.
Khaliff hanya tersengih, sudah
beberapa kali Dania menasihatkannya dan dia telah pun cuba berhenti, tapi tidak
boleh. Dia juga tahu, padahnya merokok untuk kesihatan.
“Kenapa? Nia takut abang Khaliff
mati cepat ke? Tak sempat kita kahwin? Hehehehe, sayang juga Nia pada abang ya?
Alah, ajal maut ditangan Tuhan.
Merokok ke, tak merokok ke, kalau dah ajal
kita, mati juga kan?” Jawab Khaliff selamba.
“Tengok tu, orang bagi nasihat, degil! Mulalah
nak merapu.
Nia tak suka lelaki merokok tau, kalau nak
kahwin, Nia akan pastikan bibir dia merah. Baru Nia setuju! Memanglah ajal di
tangan Tuhan, kalau mati terus tak apalah, masalahnya kalau dapat penyakit yang
kronik yang berpunca dari merokok tu. Sanggup menderita? Tak payah cakap lah
penyakit apa, sebab abang Khaliff pun tahukan? Berhenti lah abang, Nia akan
menghargai abang sangat-sangat,” bebel Dania panjang lebar.
Khaliff menghembus nafas
perlahan. Kecewa. Hurmm, nampak gayanya dia sudah tersingkir dari ciri-ciri
lelaki idaman Dania.
“Nia…. Nia, boleh tak minta sesuatu yang
senang abang nak buat. Susahlah, bukan abang tak cuba, dah macam-macam cara
abang guna tapi, abang memang tak boleh berhenti.Abang hanya boleh kurangnya
jumlahnya sahaja. Maafkan abang, Nia. Abang tahu Nia tak suka, tapi abang
memang susah nak berhenti.” Luah Khaliff dengan sayu dan tunjuk muka kasihan.
Dania turut tersentuh
mendengarnya. Nampak wajah Khaliff agak tertekan.
“Terpulang pada abang, Nia ni
tak ada hak nak memaksa. Abang berhak membuat keputusan untuk diri abang
sendiri. Nia bukannya apa, niat Nia baik kerana Nia mengambil berat terhadap
insan yang selama ini mengambil berat tentang Nia bila Nia sihat dan sakit.”
Serta merta situasi yang ceria sebentar lagi bertukar hening. Khaliff
mengerling Dania sekilas. Nampak redup air mukanya.
“Nia marahkan abang ke? Abang
betul-betul minta maaf. Nia tahukan abang sayangkan Nia, demi Nia abang sanggup
lakukan apa sahaja, cuma satu perkara ni saja yang abang masih belum mampu nak
lakukan. Tapi abang akan sentiasa cuba. Cuma kalau abang berhenti merokok kan,
macam tak best lah pula. Sebab dah
tak dengar Nia membebel lagi. Semua perangai abang jadi sempurna, dah takde
cacat cela. Nak bibir yang merah, senang je. Abang pakai gincu…” Usik Khaliff
lalu tergelak kecil.
Dania menjeling dalam masa yang
sama tidak mampu menahan gelak.
“Hahahaha…. Abang ni. Eeee, ada hati lagi nak
bergurau! Perasan! Hurmm….Nia, tengah bayangkan abang pakai gincu. Sedangkan
Nia pun tak pakai,” Dania dan Khaliff sama-sama ketawa.
BERSAMBUNG... ;) NANTIKAN 'GISA' AKAN KE VERSI CETAK TERBITAN GedeBook Sdn Bhd AWAL BULAN OKTOBER INSYA-ALLAH KARYA DARI MIA KIFF.