Followers

Wednesday, 7 November 2012

PROLOG CINTA MATA HATI





 PROLOG

 Izz Zahra merenung slip peperiksaan semester tiganya.Nampak gayanya memang jodoh dia hendak sambung pengajiannya di kolej itu terhenti setakat ini sahaja.Masih terngiang-ngiang kata-kata yang terkeluar dari mulut maknya pagi tadi semasa dia pergi berjumpa dengan keluarganya yang mengiringi dia memdaftar kemasukan sem baru.

"Pointer bawah daripada 2.00 lagi,Zahra kena menamatkan pengajian serta-merta." Tegas suara mak Izz Zahra memberi arahan.Ahli keluarganya yang berada sekali disitu juga mengangguk setuju.

Ini kerana sudah tiga sem berturut-turut dia mendapat pointer bawah daripada 2.00.Kini kelayakan yang tercetak dislip keputusan peperiksaannya juga tertera perkataan GB(Gagal Berhenti).Kalau Izz Zahra ingin melanjutkan pengajiannya juga,dia dikehendaki membayar yuran pengajian sendiri.Mana nak cari duit?

Selepas menyelesaikan pengambilan slip keputusan peperiksaannya,Izz Zahra menemui beberapa orang kawan-kawan baiknya lalu mengucapkan selamat tinggal.

"Syikin,akak hendak bagitahu ni,akak dah last kat sini.Akak dah ambil keputusan untuk berhenti belajar dari kolej.InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi." Sedih giler nih.Tahan Zahra.Jangan sampai air mata kau meleleh dekat dewan ni.Dah lah orang ramai.Malu kot!

Mungkin pertemuan ini pertemuan terakhir mereka.Selepas itu,Izz Zahra pergi menemui keluarganya dan meminta abangnya untuk ke kolej mengambil borang berhenti belajar dan terus ke rumah sewanya untuk mengambil barang-barang peribadinya di situ.Sedih memang sedih untuk meninggalkan bumi Alor Star itu tetapi mungkin rezekinya ada di tempat lain.



*******

Kini,setelah beberapa lama bergelar penganggur,Izz Zahra diterima bekerja disebuah kedai telekomunikasi yang terletak berdekatan bandar tempat tinggalnya.Dia bekerja sebagai jurujual.

Malangnya,jodoh Izz Zahra untuk bekerja di kedai telekomunikasi itu tidak panjang disebabkan salah faham dengan pemilik kedai a.k.a tauke tempat dia bekerja.

"Eh..Mr.Khee,kenapa gaji saya minggu ni kurang dari gaji saya dua minggu lepas? Padahal dalam dua minggu ni saya banyak buat overtime?" Aku bertanya tak puas hati.Duit aku kot!

Korang tahu tauke cina tu jawab apa?

"Haiya Zahla,itu gaji you punya lepas saya kasi bonus sikit.Sebab itu dapat lebih."

Tengkorak kau punya tauke! Kalau banyak itu gaji aku termasuk bonus,habis berapa sepatutnya gaji aku dapat? Sudahlah bayar gaji dua kali sebulan.Ini mendatangkan marah!!

"Apa pulak macam tu Mr.Khee!" Aku masih meluahkan rasa tak puas hati.Adakah patut bayar gaji main ikut sedap hati dia aje.Kerja tak kira waktu.Tahulah dia tu tauke.

Setelah berdiskusi dengan mak dan ayahnya,lebih baik dia berhenti sebelum terletus perang dunia dengan bekas majikannya nanti.Kepala anginnya boleh tahan jugak.

Nampak gayanya,kehidupan sebagai penganggur terhormat disandangnya sekali lagi.Ada juga saudara-mara dan kenalannya memberitahu ada jawatan kosong di bandar memerlukan pekerja tetapi ditolaknya Izz Zahra.Dia ini ada satu masalah,tidak pandai membawa sebarang jenis kenderaan.Jadi pergerakkannya pun terbataslah.Pergi kerja sebelum ini pun,ayahnya saja yang menjadi pemandu yang tidak berbayarnya.So,kalau dapat kerja,automatik ayahnya yang nak kena hantar.

Jadi keputusan untuk meminta sebarang pekerjaan semestilah memerlukan persetujuan ayahnya dahulu.Kalau ayahnya tak mampu nak hantar,alamat dia kena meneruskan kerjaya asalnya sajalah sebagai penganggur a.k.a surirumah sepenuh masa.Ala..bukan untuk orang lain pun,untuk mak ayah aku jugak.Begitulah kehidupan seorang Izz Zahra binti Ahmad yang tidak berapa menarik untuk diceritakan.Opss..tapi ini baru permulaan cerita saja tau.Banyak lagi liku-liku kehidupan yang Izz Zahra nak share dengan kawan-kawan yang sudi.So...check it out!!!





BERSAMBUNG.....TUNGGU SAMBUNGAN CITE DARI HIDAYATUL AHMAD.... :)















Thursday, 1 November 2012

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 1




OLEH : NUR DAEYA

Tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata tatkala mendengar perempuan yang memakai baju berwarna hitam itu mengucapkan satu ayat yang membuatkan Nur Adriana terasa sangat bersyukur kepada yang maha Esa.

“Mulai esok, awak boleh keluar dari sini!”

Walaupun nada perempuan itu sangat tegas, namun dia tidak peduli.Apa yang penting, dia harus keluar dari sini dan memulakan kehidupan baru sebagai seorang wanita yang boleh dibanggakan dan berjanji tidak akan berdendam dengan sesiapapun diluar sana. Dia sudah serik untuk berada dipenjara lagi!

Enam bulan dia disumbat ke dalam penjara akibat mencuri wang syarikat yang bernilai RM7,800 didalam laci kecil bilik bosnya. Dia tahu itu adalah kesalahan besar sebagai seorang pekerja, tapi dia tidak peduli itu semua. Janji apa yang dihajatkan dapat ditunaikan.

Sudah lama dia berdendam dengan bosnya, Puan Kamariah Adnan.Seringkali dia dihukum bosnya membuat kerja sehingga lewat tengah malam. Akibatnya, dendam didalam hati semakin hari semakin membara sehinggakan syaitan bagaikan merasuk otaknya untuk membuat sesuatu diluar jangkaannya iaitu mencuri!

Dan inilah akibatnya! Terperuk didalam penjara selama enam bulan tanpa dikunjungi oleh sesiapapun diluar sana! Ayah dan ibu tirinya langsung tidak menjenguk apatah lagi ingin mendengar luahan hatinya sepanjang dia berada disini. Sampai hati mereka semua!

Jeriji besi berwarna hitam itu digenggam kuat.Alangkah seronoknya jika jeriji besi ini dapat dikerat-kerat dan dia dapat keluar dari sini secepat mungkin. Tidak sanggup dia berlama di sini walaupun hanya seminit!

Selama berada disini walaupun hanya enam bulan, namun dia gembira kerana ada yang sudi menegur dengannya.Alhamdulilah, tiada yang bersikap sombong atau sinis dengannya.Semuanya baik-baik sahaja.Ternyata berada di penjara ini menyedarkannya tentang mana yang baik dan yang buruk.

Nur Adriana berharap akanada sirna kebahagiaan pada dirinya apabila dia keluar dari Penjara Wanita Kajang ini dan masyarakat akan menerimanya semula. Amin…


********


Sejak disahkan akan keluar dari penjara ini, malam itu dia sanggup tidak memejamkan matanya  kerana mahu mendengar suara dari pegawai wanita yang kerap kali meronda ke kawasan penjara yang didudukinya membuat pengumuman.

“Bilalah aku dapat keluar ni?”rungutNur Adriana . Memang dia tak boleh tunggu lama-lama.

Dia mula terfikir. Mungkin esok dia akan keluar dengan memakai pakaian formal semasa dia ditahan polis di office enam bulan yang lalu. Teringat kembali pakaian formalnya ketika dipejabat dulu.Elegan dan menarik perhatian pekerja-pekerja lelaki di syarikat yang dia bekerja.

Sekarang ini, dia hanya memakai baju lusuh penjara yang berwarna orange sahaja.Tanpa dipenuhi dengan rantai dan gelang bertatahkan berlian, kini dia rasa selesa. Insyallah, tatkala dia meninggalkan penjara ini, dia akan cuba tidak menonjolkan kecantikannya di depan orang ramai nanti. Itu janjinya.

Matanya perlu dipejamkan sekarang. Dia berharap waktu akan berputar dengan cepat.Dituju ke katil yang berwarna putih disertakan bantal yang senada lalu dibaringkan dirinya diatas katil itu.

Bismillahirahmanirahim…Matanya ditutup rapat diiringi dengan senyuman.

************

Pagi itu, pegawai penjara mengejutkannya diluar jeriji besi menggunakan kayu keras berbentuk bulat.Agak kasar bunyi pukulan itu.

“Nur Adriana, bangun solat subuh!”suara tegas itu membuatkannya tersedar dari tidur. Terpisat-pisat dia hendak bangun pagi. Itulah padahnya kerana tidur lambat! Kan dah susah nak bangun.gumamnya sendiri.

“Ya, Puan, saya bangun ni.”Lemah suaranya.Rasa malas pulak mahu bangun.Tapi digagahkan juga dirinya untuk bangun.Nanti tak pasal-pasal kena melenting dengan pegawai penjara yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Hamidah.Tak ke niaya?

Puan Hamidah membuka pintu jeriji besi yang diduduki Nur Adriana itu. Diberi laluan untuk banduan itu keluar mengambil wuduk di luar.

“Terima kasih, Puan.” Ucapnya dengan senyuman yang terpaksa dibuat-buat.Maklumlah.Dia masih dalam keadaan mengantuk lagi.

“Pergi cepat.Nanti terlepas pulak sembahyang jemaah beramai-ramai.”tegas suaranya Puan Hamidaha memberi arahan.

“Baik Puan. Saya pergi sekarang.”akur dengan arahan itu lantas dia terkoncoh-koncoh ke surau yang berdekatan dengan penjara yang didudukinya.

Nur Adriana meninggalkan pegawai penjara itu dan segera mengambil wuduk.Sesudah itu, dia masuk kedalam surau itu dan memakai telekung yang disediakan diatas meja.

Dengan senang hati, dirapatkan dirinya berdekatan dengan banduan yang sudah berdiri menghadap kiblat.Dia menarik nafas sebelum berniat menunaikan solat subuh.

********

“Sebelum keluar dari penjara ini, sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan diluar.”kata Puan Hamidah usai solat subuh di surau.

“Baik Puan. Tapi waktu bila saya akan keluar dari sini, Puan?”soalnya. Dia teruja sebenarnya untuk mengetahui pukul berapa yang dia akan keluar dari sini.

Puan Hamidah meneliti jam tangannya. “Rasa-rasanya dalam pukul 9 pagi nanti awak dah boleh keluar dari sini.”balasnya dengan nada tegas.

Nur Adriana tersenyum lebar. Lagi berapa jam aje lagi. Masih sempat lagi untuk dia menukar baju banduan yang dipakai selama empat bulan ke baju yang formal.
“Awak boleh siap sekarang. Kemas apa yang patut. Jangan tinggalkan apa-apa barang peribadi pun.”ujarnya.

“Terima kasih, Puan Hamidah.Segala budi baik Puan selama saya disini tidak mampu saya membalasnya.Saya menginsafi apa yang telah berlaku pada diri saya.”jawabnya dengan  jujur.

“Sama-sama.Awak boleh berkemas sekarang.Beg pakaian awak boleh minta ke pembantu penjara”tuturnya yang tadi tegas sudah menjadi lembut sedikit.Dia rasa lega. Tiadalah nada tegas yang akan didengarinya nanti.

“Saya pergi dulu.”ucapnya dengan senyuman. Terus dia meninggalkan Puan Hamidah yang turut sama meninggalkan dirinya walaupun diarah yang berlainan.


******

Beg pakaiannya sudah diambil. Nampaknya dia perlu menukar pakaian banduannya sekarang.Tanpa berlengah lagi, segera dia menuju ke tandas dengan hati yang sangat gembira. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi.

Berapa minit selepas itu, Nur Adriana keluar dengan berpakaian formal yang berwarna hitam dan biru itu sambil tangan kanannya memegang baju banduan.

Dia menarik nafas lega.Akhirnya… setelah lama pakaian ini tidak disarungkan ditubuhku, barulah hari ini dia berjaya memakainya semula.

Baju banduan yang dipakainya tadi diserahkan kepada Puan Hamidah.Sekarang ini, tugasnya sebelum keluar dari sini hanya makan. Lepas itu, dia akan keluar dari sini.

Sampainya dikantin, ramai yang terkejut dengan penampilannya yang lain dari yang lain. Masing-masing saling berbisik.Nur Adriana tahu, mesti ramai banduan yang merupakan kawannya juga tertanya-tanya dengan penmapilan barunya.Namun, dia hanya tersenyum sahaja.

Tanpa melengahkan masa, Nur Adriana beratur panjang sambil mengambil cawan dan pinggan plastik yang diletakkan kedalam baldi biru.

Menu hari ini hanya nasi lemak. Hmm..makanan yang sama lagi.”keluhnya dalam hati. Tapi tak mengapa. Selepas dia keluar dari sini, dia akan makan sepuas hatinya.

******

Puan Hamidah berdiri tegak disisinya ketika dia sedang membasuh pinggan dan cawan.“Dah pukul 9.00pagi Nur Adriana.Awak boleh keluar dari sini sekarang.”tegas suaranya walaupun kedengaran perlahan.

“Saya tahu, Puan.”Nur Adriana mengangguk. Yeah! Masa yang ditunggu dah tiba!kata hatinya.

Pegawai penjara itu hanya mengikut kemana sahaja dia pergi. Sampainya di bilik pembantu penjara, beg pakaiannya sudah tersedia di atas meja.

“Ini dompet awak, Nur Adriana.” Pembantu peribadi yang sedang duduk diatas kerusi menyerahkan kepadanya beg dompet yang berwarna kelabu kepunyaannya sambil diperhatikan Puan Hamidah yang setia dibelakangnya.

“Terima kasih, Puan.”lebar senyumannya tatkala ini. Dompetnya sudah berada ditangannya. Ingatkan tadi pembantu penjara ini memberikan kesemua barangnya termasuk beg dompet. Tapi tidak.Mungkin mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana ramai yang berada disini merupakan banduan yang mengamalkan gangsterisme.Itu sebab tidak diberi kepadanya.

“Mari ikut saya.Saya akan temankan awak sehingga ke luar pintu.”ajaknya dengan nada tegas.

“Baik Puan.”tanpa berlengah lagi, Nur Adriana hanya menurut perintah Puan Hamidah.
Sampainya mereka di depan pintu utama yang berwarna merah gelap itu, langkah pegawai penjara itu berhenti.

“Sampai dilaluan ini saja yang saya dapat hantarkan awak Nur Adriana.Selamat jalan!”Tangan Puan Hamidah dihulurkan ke arahnya.Tanda mahu berjabat tangan, Faham dengan kehendak itu, Nur Adriana terus menyenyuh tangan pegawai penjara itu lalu dikucup tangannya.

“Terima kasih Puan”ucapnya sekali lagi.Dengan langkah penuh bersemangat, dia terus keluar dari Penjara Wanita Kajang itu tanpa memandang ke belakang lagi.

Puan Hamidah hanya memandang pemergian Nur Adriana dengan senyuman…







bersambung...:D e-novel baru dari nur daeya penulis pulanglah padaku harap setia menyokong adik eya kita...terima kasih sudi baca ..mai2 kita drop komen tuk adik eya kita :)