Followers

Tuesday, 5 February 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 11


OLEH : NUR DAEYA 



“Apa?!!”terjerit Datin Zafiah ditalian apabila Nur Adriana memaklumkan yang Zeril Iskandar masuk ke hospital. Terbangun dia dari kerusi meja makan itu.

Nur Adriana sudah mula gelabah. Mesti  Datin marah dia lepas ni. Dia pun sengal jugak. Patutnya dia memberitahu pada Datin Zafiah supaya dia datang ke hospital dan menjaga anaknya. 

“Kenapa dengan anak saya, Nur Adriana? Apa yang buat dia sampai masuk hospital? Dia accident ke?”bertubi-tubi soalan dari Datin Zafiah membuatkan dia tertelan air liur.

“Err…saya tak boleh nak cakap kenapa, Datin. Tapi, Datin jangan bimbang. Saya akan jaga dia sebaik mungkin.”

“Awak nak jaga dia?Huh! Saya tak boleh sabar lagi. Awak bagi tahu saya, apa nama hospital Zeril. Saya nak ambil dia bawa balik rumah. Saya nak harapkan awak jaga dia, tut..tut..anak saya dah masuk hospital.

Tak boleh diharap langsung!”marah Datin Zafiah. Nur Adriana terdiam.  Kan dah kena marah! Tapi, bukan salahnya dia sampai Zeril terlantar kat hospital ni.

“Datin, jangan salah anggap. Ini bukan salah saya. Salah anak Datin jugak sampai…,”mati kutu Nur Adriana mahu meneruskan kata. Takkan dia nak beritahu yang anaknya minum arak dan makan pil ekstasi. Nanti meraung pulak Datin tu sebab anak dia makan dan minum benda yang haram.

“Sampai apa? Oh…awak nak salahkan anak saya lah ni. Patutlah awak telefon guna telefon awam. Awak nak duit dari anak saya kan sampai Zeril Iskandar tak balik rumah. Awak nak culik dia ke?”sambung Datin Zafiah dengan kemarahan yang memuncak. Dia tidak boleh membiarkan perempuan ini sewenang-wenangnya mendapat wang dari anaknya. Satu sen pun dia takkan bagi!

“Datin, bukan itu maksud saya.”kata Dhia perlahan. Ingatkan bila telefon Datin Zafiah, dia akan berasa lega. Ini tidak, bertambah gelisah.

“Awak jangan sampai saya call polis sebab awak buat anak saya accident.”ugut Datin Zafiah. Nur Adriana terdiam. Sudah hilang kewarasan ke Datin ni sampai nak call polis bagai? Dia tak salah apa-apa pun.

“Datin! Datin ni kenapa sampai nak membabitkan polis dalam hal ini? Saya perempuan yang masih ada rendah diri dan maruah. Saya dah cukup baik jaga anak Datin sampai sekarang. Saya bukannya nak sangat jaga anak Datin ni. Tapi, saya terpaksa! Saya yang hantar dia sampai ke hospital. Dia bukan accident, dia sakit jantung. Datin ambil jelah anak Datin ni bawa balik rumah. Saya tak nak jaga dia lagi.”marah Nur Adriana pula. Orang dah cakap baik-baik, dibalas pulak dengan kasar. Apa? Dia ingat aku ni perempuan  jahat ke sampai nak culik anak dia. 

“Zeril Iskandar sakit jantung?!!”.Terlepas gagang telefon yang dipegangnya. Dia terduduk. Madz Hazrul yang sejak tadi mendiamkan diri disebelah Datin Zafiah tergamam apabila Datin Zafiah melepaskan telefon bimbitnya.

“Datin…are you okay?”Madz Hazrul mengambil telefon bimbit yang sudah berada diatas lantai. Nasib baik telefon itu tidak dihentak dengan kuat. Kalau tidak, habis rosak. Perempuan tu ada cakap benda yang tak elok ke kat bos aku?

Datin Zafiah mendiamkan diri. Hatinya bagai ditusuk pilu. Anaknya masuk hospital satu hal. Lepas tu, perempuan ni pulak cakap yang Zeril Iskandar menghidap penyakit jantung. Sebab apa anaknya mendapat penyakit begitu pun dia tidak tahu. Adakah anaknya terlalu merindui Irma Amanda sehingga terjadinya sakit jantung itu?

“Saya tak mahu cakap dengan dia. Awak tolong jawab bagi pihak saya.”balas Datin Hadijah tanpa mengendahkan pertanyaan Madz Hazrul. Dia mahu masuk ke bilik. Menenangkan fikiran, hati dan jiwa.
Datin Zafiah menolak kerusi yang di duduk lalu dia bangun meninggalkan Madz Hazrul keseorangan disitu.

Nur Adriana terdengar bunyi jatuh dihujung talian. Telefon Datin Zafiah jatuh ke? Mesti dia terkejut aku cakap anak dia sakit jantung. Tu yang sampai jatuh telefon. Tapi memang betul kan anak dia sakit? Kalau tak bagi tahu, Datin sumpah seranah aku pulak.

“Hello…hello?”Nur Adriana bersuara setelah beberapa ketika. Dah rosak betul ke telefon dia ni?
Madz Hazrul yang mendengar suara sayup-sayup di telefon yang dipegangnya segera melekapkan ke pipi. 

“Hello! Maafkan saya sebab lambat menjawab. Awak Nur Adriana yang telefon Datin Zafiah kan?

Erk? Suara lelaki mana pulak ni? Takkan Datin Zafiah dah bertukar suara lelaki kut?

“Memang saya Nur Adriana. Saya nak cakap dengan Datin sekarang ni. Siapa ni?”

Madz Hazrul tergelak kecil. Perempuan ni memang membuat hatinya terpautlah. Dengar suara pun dah rasa kelakar. Macam mana lah kalau jumpa depan-depan erk? Mesti lagi kelam-kabut suaranya.

“Saya pembantu peribadi Datin Zafiah, saya pernah cakap dengan awak sebelum ni. Masa tu awak call sebab Zeril Iskandar ada dengan awak. So, how about Tuan Zeril Iskandar  sekarang? Saya dengar dia ada di hospital. Boleh saya tahu hospital tu kat mana. Senang sikit nak pergi jenguk Tuan Zeril.”

“Awak dengar tadi? Telinga lintah betullah awak ni. Semuanya nak dengar. Tak mengapalah, nanti saya beritahu Datin Zafiah bila dia sudi cakap dengan saya.”

“Saya sebagai pembantu peribadi kepada Datin Zafiah haruslah tahu apa yang dikatakan. Takkan saya nak mendiamkan diri. Apa guna saya jadi pembantu peribadi kalau tak tahu hal yang berkaitan dengan bos sendiri.”katanya sedikit tegas. Terpempan Nur Adriana mendengar jawapan itu.

“Yalah…yalah, pembantu peribadi.”perilnya tanpa rasa malu.

“Saya tak boleh cakap lama-lama ni. Awak bagi aje alamat hospital yang menempatkan Tuan Zeril Iskandar duduk,  insya-allah saya dan Datin Zafiah akan ke sana.”

Nur Adriana termalu sendiri. Nampaknya pembantu peribadi Datin Zafiah ini agak tegas orangnya. Lelaki ini mesti tak kahwin lagi. Itu sebab suaranya tegas saja. Perempuan zaman moden sepertinya mana suka lelaki yang terlampau tegas. 

“Alamatnya…,”belum Nur Adriana memberi alamat hospital, pembantu peribadi itu menyuruhnya menunggu sebentar. Nak ambil pen dan kertas katanya. Haii…terpaksalah tunggu kejap jawabnya.

Setelah dua minit tercari-cari pen dan kertas, akhirnya dia jumpa juga. Telefon diatas meja digapai semula lalu dia kembali melekapkan telefon ke pipi.

“Maaf. Saya lambat sedikit. Apa nama dan alamat hospital tu?”soal Madz Hazrul . Nur Adriana yang masih setia dihujung talian mencebik geram. Lambat betul lelaki ni! Orang kat sini dah berminit tunggu. 

“Alamatnya…Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000  Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.”gurau Nur Adriana. Sengaja dia menyebut nama Malaysia.  Lelaki ni cakap terlalu tegas sangat. Macam manalah nak dapat awek kalau asyik tegas aje. Eheh…aku ni memandai aje cakap  dia tak ada awek. Mana tahu, dia dah kahwin ke?Hehe…aku pun bengong jugak. 

Madz Hazrul yang menulis nama dan alamat hospital itu terkesima apabila nama Hospital Serdang meniti dibibir Nur Adriana.

“Wait. Hospital Serdang? Awak ada kat hospital Serdang ke?”tanya Madz Hazrul  tidak sabar. Pen dan kertas ditolak ke tepi lalu dia melabuhkan punggung ke kerusi yang diduduki Datin Zafiah tadi. 

“Betullah. Kalau tak, saya takkan bagi awak almat sebenar tu.”Dalam diam, dia meluat dengan pembantu peribadi Datin Zafiah. Dah terang-terang kan dia sebut Hospital Serdang, mestilah  betul. 

“Bagus…bagus! Sekarang jugak saya akan arahkan Datin Zafiah ke sana!.”kata Madz Hazrul teruja. Nampknya penantian mencari Tuan Zeril Iskandar akan berakhir selepas ini.

“Amboi! Cepatnya awak nak datang sini.”jawab Nur Adriana . Selepas ini, dia tidak akan berjumpa  Zeril Iskandar lagi. Tapi, bagus jugak mereka datang. Lagi cepat, lagi bagus! Tak payah aku jaga mamat ni lagi. 

Nanti aku kena cakap dengan Prof.Dr.Azmi yang aku tak boleh jaga si Zeril lagi sebab mama dia nak datang ambil.

“Saya akan ke sana secepat mungkin sebab rumah Datin Zafiah berhampiran dengan Hospital Serdang tu. Mungkin lepas satu jam, kami akan ke sana mengambil Zeril Iskandar pulang ke rumah.”

Terlopong Nur Adriana mendengarnya. Tak sangka rumah Datin Zafiah tu dekat dengan hospital ni. 

Kalautak dah lama aku hantar Zeril Isandar tu kat rumah dia. Nampaknya, dia kena keluar dari hospital ni cepat-cepat. Biar jelah si Zeril tu sorang-sorang. Lagipun dia mesti tak sedar aku  keluar dari bilik ni. Orang tidurlah katakan. 

“Memang bagus awak datang sekarang. Saya pun tak nak jaga Tuan Zeril Iskandar awak tu.”Ambik lah dia cepat-cepat. Saya tak heran pun.”sindir Nur Adriana.  Selepas ini, dia akan keluar dari kehidupan Zeril Iskandar. “Datang cepat sikit ye. Saya ada banyak hal lain nak kena buat.”sambungnya lagi. Waktu dah tengah hari ni. Kejap lagi nak zuhur. Dia mandi pun belum lagi. Hesy…kalau orang lain dekat dengan aku ni, mesti ramai yang buat signal busuk.

“Perangai awak memang dari kecik macam ni ke? Cakap tak ada budi bahasa langsung?”

Nur Adriana sudah mengepal tangan. Mulutnya diketap geram. Makin dia meluat dengan lelaki  ini. Hishh…kalau aku jumpa dia depan mata, memang dah kena silat sulung aku ni.cebiknya didalam hati. 

“Awak ni, kenapa haa? Tetiba aje nak  cakap saya tak ada budi bahasa? Awak pun apa kurangnya? 
Perangai tak semenggah. Ada hati nak menilai orang.”cebiknya lagi. Dia cukup pantang apabila ada orang menilai keperibadiaan  orang lain. 

Madz hazrul mendengus geram. Sepatutnya dia tidak perlu memuji suara perempuan ini sewaktu pertama kali berhubung. Dasar perempuan tak ada akhlak! Dia merapatkan bibirnya ke telefon Datin Zafiah. 

Perempuan seperti Nur Adriana ini tidak perlu bagi muka sangat.

“Kau tak boleh cakap baik-baik ke perempuan? Aku dah lama tak tampar muka orang. Lama sangat. “sinis suaranya disertai dengan nada yang  sedikit tinggi.

Nur Adriana tersentak. Lelaki ni mengingatkannya pada Zeril Iskandar apabila berada dilorong gelap dua hari yang lalu. Waktu itu, dia sedang duduk bersandar ditepi dinding yang berhampiran dengan tangga. 

Marah betul si Zeril tu apabila dia memegang lengan lelaki itu.

“Wah!! Dah cakap kasar nampaknya si pembantu peribadi Datin Zafiah ni. Huh! Kalau kau nak tampar aku, marilah datang sini. Kau tampar aku, aku silat kau balik.”gertak Nur Adriana dengan nada yang sama seperti Madz hazrul. 

Madz Hazrul bangun dari kerusi. Perempuan ni memang dah melampau! 

“Woi, perempuan! Kalau aku datang sana nanti, muka kau aku nak jumpa dulu. “nyaring suaranya. Nasib baik Datin Zafiah sudah berada dibilik dan tidak mendengar apa yang diperkatakan. Jika tidak, memang gaji aku kena potonglah jawabnya. “Aku memang geram betul dengan kau ni . Kau tunggu kedatangan aku nanti. Kau tunggulah!.”

Nur Adriana mula rasa nak ketawa. Kalau lelaki ni datang kat sini pun, masa tu dia dah blah dari hospital ni. Nak main ugut-ugut pulak. Pirahh!!

“Hah?Aku tak dengar lah kau cakap apa?Kau nak jumpa aku? Betul ke aku tak salah dengar ni?Haha…Sorrylah wahai encik. Masa kau dah datang tu, aku dah tak ada.  Kau bukannya kenal muka aku pun kalau kau datang sini. Dahlah, aku nak  letak telefon dulu. Kau jagalah Tuan kau tu dengan baik ye. 

 Aku tutuptelefon dulu ye. Daa…,”ucapnya sinis sebelum dia menghempaskan telefon.

Baru puas hati dia! Nak gertak-gerak aku konon! Ingat aku takut dengan ugutan kau?

Boleh blahlah!!!

“Kau!!”

Madz Hazrul mengucap panjang apabila mendengar talian disana sudah tidak berbunyi lagi. Dia benar-benar tidak berpuas hati dengan perempuan itu. Lebih baik dia arahkan Datin Zafiah agar ke hospital dengan segera.  Dapat jumpa perempuan tu kejap lagi, akan ku ‘belasah’ kau cukup-cukup! Tak takut? Huh! Ku tunggu kedatangan aku.

Tunggu ye wahai cik Nur Adriana! Aku datang sekejap je lagi…

****
“Lepas ni, aku dah tak tengok muka kau lagi.”ujar Nur Adriana sambil matanya galak meneliti seraut wajah Zeril Iskandar yang masih lena dibuai mimpi.  Selesai dia menamatkan perbualan yang bagaikan ‘perang’, dia  terus menuju ke katil pesakit yang menempatkan Zeril Iskandar. Kesian pulak dia melihat sekujur tubuh yang gagah terdampar dikatil pesakit. Lama jugak lelaki ini tidur. Ingatkan tadi Zeril ni dah sedar terus dan boleh bercakap seperti biasa. Ini lain pulak jadinya. Tak bukak mata langsung!

“Aku harap kau berubahlah lepas sihat nanti. Jangan makan pil  haram dan minum arak lagi. Kau tu dah ada penyakit. Aku tak nak kau mati awal.. Ingat tau apa yang aku kata ni! Bagi aku, mungkin kau makan ubat and minum arak tu sebab kau stress, tu yang jadi sampai macam ni. Eh, aku cakap seorang diri pulak. 

“nasihatnya diiringi dengan ketawa kecil. Dia bagi nasihat pada orang yang sedang tidur. Manalah dia nak dengar. Bengong jugak aku ni.

“Dahlah, aku nak chow dulu. Nak jumpa ayah aku. Kau jaga diri tau. Jangan marah orang teruk sangat. 

Nanti jantung kau bertambah teruk pulak. Aku pergi dulu tau. Selamat tinggal Zeril Iskandar!”katanya perlahan. Kunci kereta yang dipegang selama sehari diletakkan dengan cermat disisi Zeril Iskandar. Terselit jugak rasa sedih dihati kerana membiarkan Zeril Iskandar keseorangan disini tanpa ditemani sesiapa. Tapi, bila difikir balik, kejap lagi mamat kurang ajar dan Datin Zafiah nak datang sini. Tak adalah Zeril duduk sini sorang-sorang. Ada jugak yang datang tengok-tengokkan dia.

Dia berpaling mengadap pintu keluar bilik kecemasan ini. Langkahnya perlu diteruskan. Dia tidak perlu berpaling ke belakang lagi. Sebaik sahaja keluar dari pintu bilik kecemasan ini sahaja, kehidupannya akan bermula seperti biasa. Tiada nama Zeril Iskandar, tiada nama Datin Zafiah dan tiada lagi nama Madz Hazrul. Yang ada, hanyalah Wan Zubair dihatinya. 

Tiba-tiba…

"Awak...," suara perlahan dibelakang membuatkan dia terkaku disitu. Err..suara Zeril Iskandar ke? Takkan..dia dah sedar kut??Kakinya terasa lemah disaat ini. Maknanya Zeril dengarlah apa yang aku cakap pada dia tadi.

'Aduh...malunya aku!!'




 BERSAMBUNG... ;)

Monday, 4 February 2013

PULANGLAH PADAKU BAB 14


OLEH : NUR DAEYA



Hati Dhia melonjak kegembiraan saat mendapat panggilan dari operator syarikat yang dia hubungi semalam.Dia menjadi teruja untuk ditemuduga.Sebelum ini, dia tidak pernah melakukan temuduga.Muzaffar yang membantunya bekerja dibawah pengurusan Puan Kamelia.Teringin juga untuk ditemuduga dihadapan pegawai yang bertugas.

Walaupun begitu, kegembiraannya tidak kekal lama.Dia terlupa tentang satu benda yang penting untuk berhadapan dengan pegawai bertugas itu nanti. Resume! Macam mana ni? Takkan kena pergi rumah bekas suami aku kut?Dhia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dahlah dia malas lagi nak jejakkan kaki kat rumah tu. Kalau jumpa bekas ibu mertua, tak pasal-pasal kena sound direct! Apatah lagi si perampas suami orang tu, Mariana!

Nak kena cakap dengan Rayyan ke pasal resume sendiri kat rumah Muzaffar? Aduhai, dugaan…dugaan…

“Aik? Tadi ibu tengok dari jauh muka tu gembira aje bila letak telefon. Dhia dapat kerja erk?”soal Puan Suria sambil menatap seraut wajah anaknya yang mencuka.

Dhia mengangguk. Wajahnya tidak menunjukkan kegembiraan.

“Dah tu, kenapa muka anak ibu ni masam aje?Ada yang tak kenalah tu!”sambung Puan Suria lagi. Dia membawa Dhia duduk di sofa.Digenggam erat tangan anaknya.

“Hmm…”Dhia mengeluh.

“Hah! Tengok anak ibu ni. Mengeluh aje bila muka masam.Senyum sikit tak boleh ke? Ibu sedihlah anak ibu ni masam aje.”Puan Suria sedikit marah.Bukan marah betul-betul. Marah-marah sayang…

“Ibu…”Dhia mengenggam pula tangan ibunya. Puan Suria tersenyum.

“Cakaplah, kenapa masam muka ni?”

“Ibu…Dhia kena pergi temuduga hari Isnin minggu depan.”katanya dengan berterus-terang.

Puan Suria tercengang.Terbuka mulutnya sedikit. “ Dhia nak pergi interview? Dhia nak kerja balik ye?”Allah telah memakbulkan doanya.Tak sangka Dhia ingin bekerja kembali. Dia berharap kegembiraan dalam diri Dhia akan bercambah semula dan melenyapkan kedukaan selepas bergelar janda baru-baru ini.

“Ya, ibu. Dhia rasa nak pulihkan balik diri Dhia yang agak tunggang-langgang ini dan Dhia perlukan keizinan dari ibu sendiri untuk…”terhenti ayat Dhia disitu. Ayat seterusnya mampu membuatkan ibunya marah dengan dia. Dhia tahu, ibunya tidak suka dia menjejakkan kaki ke rumah yang penuh dengan manusia yang bertopengkan iblis. Tapi, apa boleh buat? Dia perlukan sangat resume itu! Tanpa resume itu, dia tidak mampu menunjukkan pengalaman dan kejayaannya dalam bidang pelajaran kepada pegawai yang akan menemuduganya nanti.

Semalam dia telefon dan khabarkan kepada operator yang bertugas bahawa dia mempunyai pengalaman sebagai coordinator dibahagian production. Jika tidak dibawa resume yang lengkap, malulah dia! Mana nak letak muka ini.

Puan Suria meramas rambut anaknya lembut dan penuh kasih sayang.“Dhia, ibu izinkan Dhia bekerja.Ibu takkan menghalang Dhia dari membuat perkara yang baik.Kerjalah selagi terdaya. Asalkan niat Dhia itu ikhlas dan mampu membawa Dhia ke tahap yang membanggakan orang sekeliling Dhia.”ungkapan ayat dari ibunya membuatkan Dhia sayu sedikit. Bukan ini yang dia mahu ibu katakan padanya.

“Ibu!!”Dhia terus memeluk ibunya.

Puan Suria tersentak.

“Eh, sayang. Kenapa ni? Ibu kan dah bagi keizinan. Dahlah, Dhia tak payah risau. Ibu doakan dari jauh.”Puan Suria mengusap rambut Dhia dari atas hingga ke akhir rambut. Menenangkan anaknya.

Bertambah erat Dhia memeluk ibunya. Ya Allah! Harap ibu kasi aku pergi rumah jantan tak guna tu.

“Ibu, Dhia tahu ibu bagi izin Dhia pergi kerja, tapi Dhia nak beritahu ibu yang…”kelu lidahnya untuk berkata. 

“Dhia nak pergi rumah Muzaffar ambik resume.”Dia masih tidak berganjak dari memeluk ibunya.Dia tidak mahu memandang wajah ibunya saat ini.Dia takut kena marah dengan ibunya.

Puan Suria terkejut. Dhia nak pergi rumah Muzaffar ambik resume? Bahaya ni! Tak pasal-pasal anak aku kena tampar pulak dengan Muzaffar.

“Ibu tak izinkan!” Puan Suria bernada tegas.Dilepaskan pelukan Dhia. Memang pantang dirinya apabila menyebut nama yang membuatnya marah memuncak! Dia bangun sambil mulutnya merengus tidak puas hati.Dia berpeluk tubuh menghadap dinding putih bersih itu.Tidak memandang anaknya langsung.

Dhia terkedu. Kan betul apa yang aku fikirkan. Mesti tak bagi punya!

Dia bangun dari situ dalam keadaan sedikit lemah.Dihampiri ibunya yang telah menunjukkan protes terhadapnya.Bab pujuk memujuk ni yang aku lemah sekali. Aduh! Cara macam mana lagi nak yakinkan ibu supaya dia bersetuju.

“Ibu..”Ini sahaja cara yang ada. Memeluk ibunya dari belakang dan meletakkan mukanya diatas bahu.
Puan Suria menarik nafas. Pelukan anaknya.

“Ibu tetap tak izinkan! Puan Suria melepaskan pegangan anaknya dan beralih tempat. Dhia mengeluh. Mukanya memandang ibunya.

“Ibu, please. Fahami Dhia untuk kali ini sahaja.Dhia pergi rumah Muzaffar bukan untuk suka-suka. Dhia just nak ambil balik resume Dhia. Itu aje.”pohon Dhia bersungguh-sungguh. Cuba menyakinkan ibu bukannya perkara senang.Walaupun ibunya lembut diluar, dalamannya terlalu keras untuk diyakinkan.Sekali dia berkata ‘tidak’, sekali itulah dia berpegang teguh pada janjinya.

“Ibu dah cakap banyak kali yang ibu tak suka Dhia pergi rumah jantan tak guna tu. Resume Dhia tak ada kat rumah ini ke sampai tercari-cari sampai ke sana?”sedikit tinggi suara Puan Suria. Dia menoleh ke belakang.Pandangan tajam ditujukan kepada anaknya.Dhia mengetap bibir.

“Semua barang Dhia masih lagi tinggal kat rumah tu termasuk resume. Dhia nak minta tolong ibu, berilah Dhia peluang untuk pergi ke rumah itu. Dhia tak kisah mereka nak maki, kutuk atau apa yang boleh menyakitkan hati Dhia, Dhia tak kisah. Janji Dhia dapat resume tu.”

“Dhia sedar tak apa yang Dhia cakapkan ni? Dhia tahu tak, semua orang kat dalam rumah itu dah jelas-jelas tak suka Dhia datang situ lagi?Ibu tak rasa Muzaffar masih simpan barang Dhia. Entah-entah dah kena buang dalam tong sampah!”

“Dhia sedar,ibu. Dan Dhia sanggup redah apa jua cemuhan yang menimpa diri Dhia asalkan Dhia dapat resume itu dan Dhia boleh bekerja dengan senang hati. Dhia janji, Dhia takkan pergi keseorangan. Rayyan akan pergi bersama Dhia. Dialah kekuatan Dhia untuk berhadapan dengan tiga orang manusia kat dalam rumah itu.”

“Ibu tak nak cakap pasal hal ini lagi. Ibu takkan benarkan Dhia pergi rumah itu lagi. Dhia pergi rumah tu, jangan harap ibu akan cakap dengan Dhia sampai bila-bila!”arahan tegas dari ibunya menyentapkan hati Dhia. Puan Suria naik ke atas tanpa memandang Dhia yang kaku disitu.

Terjelepok Dhia saat ibunya naik ke atas.Matanya mengalirkan airmata jernih.Dia sedih dengan sikap tegas ibunya. Dengan siapa dia perlu luahkan agar ketegasan ibunya akan kembali surut? Takkan dia harus meminta pertolongan dengan Rayyan lagi?Dia sudah banyak susahkan lelaki itu.Mahu meminta pertolongan dengan lelaki itu, dia rasa segan.

Airmatanya diseka pantas.Mungkin nenek boleh membantu dalam hal ini.Kalau dengan nenek, ibu pasti setuju dan tidak membantah. Dia bangun dengan satu semangat! Semangat untuk mendapatkan resume di rumah Muzaffar dan bekerja!
****
“Bolehlah nek? Dhia perlukan sangat resume tu. Ibu tak izinkan Dhia pergi rumah Muzaffar. Dhia bukan pergi sana nak berbaik-baik dengan Muzaffar, Dhia nak dapatkan resume tu aje. Lagipun minggu depan Dhia dah kena pergi temuduga.”luah Dhia tanpa rasa segan kepada nenek Rayyan yang dianggap seperti neneknya sendiri.

“Betul jugak kata ibu kamu tu, Dhia. Kalau nenek jadi ibu kamu pun, nenek takkan benarkan Dhia pergi rumah Muzaffar. Resume tak ada pun tak mengapa.Kerja dekat syarikat nenek tak payah resume pun.Dhia tak nak kerja dengan Razree ke?Kat syarikat nenek, memang memerlukan coordinator.Sama dengan kerja yang Dhia buat dulu.

“Nenek, tolonglah Dhia! Sekali ini aje. Pujuk ibu supaya Dhia dapat pergi rumah Muzaffar.Dhia akan pergi bersama Rayyan.”luahnya lagi dengan wajah gusar. Jika nenek nampak raut wajahnya yang sebegini, pasti nenek tidak akan sekali-kali membantah dengan apa yang diperkatakan.

Puan Hadijah mendiamkan diri buat seketika.Dia perlu berfikir secara realistik.Sekiranya Dhia mengetahui keadaan Muzaffar yang sekarang ini masih lagi didalam kawalan hospital, pasti Dhia terkejut.Suasana sunyi sepi dihujung talian membuatkan perasaan Dhia makin terdesak untuk memaksa nenek Rayyan membantunya.

“Please, nek. Jangan berdiam diri lagi.Dhia harap sangat-sangat.Bantulah Dhia kali ini aje. Dhia janji lepas ini Dhia tak akan minta pertolongan dari nenek lagi.”

“Nenek akan bantu Dhia.”

“Betul ni? Dhia tak silap dengar ke?

“Betul. Tapi nenek nak beritahu Dhia sesuatu ni.”

“Apa dia?”

Puan Hadijah menarik nafas panjang.Dhia mendengar helaan nafas nenek ditalian. Kenapa pulak nenek ni?Ada yang tak kena ke?

“Sebenarnya, Muzaffar kena pukul dengan orang-orang nenek. Sekarang ni, dia ada kat hospital.”

“Muzaffar ke…kena be…belasah?”tergagap-gagap Dhia menuturkan kata.Puan Hadijah mengetap bibir.Serba-salah juga untuk dia memberitahu Dhia pasal hal ini.Lagipun, mereka sudah bercerai. Buat apa lagi untuk Dhia tahu tentang apa yang berlaku pada bekas suaminya. Namun, dia tidak mahu pendamkan apa yang berlaku pada Muzaffar didalam hati. Lebih baik dia katakan pada Dhia secara menerus supaya  Dhia mengerti apa yang dia buat selama ini untuk membantu Dhia dan Rayyan dalam mengenipikan ego yang bersarang di hati Muzaffar.

“Ya. Muzaffar kena belasah. Tapi itu semua nenek lakukan sebab Dhia dan Rayyan.”

“Nenek cakap apa ni?”suara Dhia sedikit meninggi. Puan Hadijah tersentak.Sampai hati Dhia meninggikan suara padanya. Dia tak tahu ke yang dengan siapa dia bercakap?Tapi dia tahu, Dhia pasti memarahinya kerana bertindak sejauh itu. 

“Nenek mengaku nenek bersalah. Tapi nenek buat semua ini demi kebaikan kamu berdua.Nenek tak mahu Muzaffar ganggu kehidupan korang lagi. Maafkan nenek sebab tak beritahu Dhia awal-awal lagi.”Puan Hadijah tunduk menekur lantai.Dia rasa bersalah sangat. Jika Rayyan tahu, entah apalah reaksi yang akan ditunjukkan nanti. Marah atau suka dengan apa yang dibuat.

Dhia pula yang rasa bersalah.Bersalah kerana meninggikan suara kepada orang yang lebih tua darinya.Tapi bagus juga nenek ‘mengerjakan’ Muzaffar itu. Harap jantan keparat tu menyesal selepas apa yang nenek buat pada dia.

“Tak payah rasa menyesal, nek. Nenek tak salah apa-apa pun. Mungkin itu yang terbaik untuk menyedarkan Muzaffar.”

“Dhia tak salahkan nenek? Betul ni?”Puan Hadijah mengangkat muka.Bersinar-sinar matanya apabila Dhia berkata begitu.Jadi dia tidak perlulah terlalu risau untuk memaklumkan kepada Dhia lagi.

Dhia tersenyum. “Betul. Dhia lagi gembira nenek buat macam tu.Nenek tak payah risau erk?Nanti nenek cakap dengan Rayyan yang Dhia dah dapat kerja tau. Mana tahu kalau ada satu lagi jawatan kosong untuk coordinator kat sana, Dhia boleh bantu Rayyan dapatkan kerja.”

“Bagus jugak cadangan kamu tu. Insyallah…nenek akan khabarkan pada dia tentang temuduga yang kamu akan pergi tu”Puan Hadijah turut tersenyum juga.

“Haa..nek. Rayyan mana? Dia terperap kat dalam bilik lagi ke?”Dhia tidak lagi memperlihatkan wajah yang sedih. Dia tahu yang nenek akan membantu memujuk ibunya, dia tidak lagi gusar.

Puan Hadijah mematikan senyumannya. Dia mengeluh.Inilah masalah terbaru yang meresahkan dirinya.Sejak kebelakangan ini, sikap Rayyan agak pelik.Tidak seperti biasa-biasa. Selalunya cucunya akan bangun lambat dan merungut sekirannya ada yang mengejutkan dia bangun dari tidur. Tapi ini lain. Dia bangun lebih awal daripada biasa.Bila dia masuk ke bilik Rayyan menggunakan kunci pendua, dia terkejut melihat batang tubuh Rayyan tiada diatas katil.

“Dia tak ada kat rumah. Keluar jumpa kawanlah tu.”padahal dia tidak tahu dengan siapa dia Rayyan berjumpa.

“Aik? Dia tak cakap dengan Dhia pun yang dia jumpa kawan. Biasa kalau keluar nak jumpa kawan, dia akan ajak Dhia sekali. Aneh, “kata Dhia sedikit pelik. “Macam ada yang tak kena aje dengan Rayyan tu. Nenek kena siasat mana dia pergi.”

“Nenek pun rasa aneh jugak. Dia pergi langsung tak bagi tahu nenek.Nanti kalau dia balik, nenek tanyalah dia pergi mana. Sekarang ni, Dhia bagi telefon ni kat ibu. Nenek nak cakap dengan ibu.”

“Haa..baguslah tu! Nenek cubalah sedaya upaya nenek supaya ibu bagi Dhia pergi rumah Muzaffar.Kalau boleh, Dhia nak pergi esok.Lagi cepat ambil, lagi bagus.Senang Dhia nak buat persediaan.Kejap tau, nek.Dhia panggil ibu kejap.Nanti Dhia telefon nenek lagi ye. Sayang nenek sangat-sangat.”

Puan Hadijah tergelak kecil. Dhia…Dhia…tahu nak cepat aje.

Selelsai berborak dengan nenek, Dhia melaung nama ibunya yang masih berada didalam bilik. Berkali-kali dia memanggil nama ibunya. Akhirnya, laungan kali ketiganya baru pintu bilik dibuka dan kaki ibu memijak tangga turun ke bawah.

“Ada apa?”kata Puan Suria dengan muka masam. Suaranya tegas, tidak seperti biasa.

“Err…nenek nak cakap.”kelu lidah Dhia untuk bersuara. Janganlah ibu tahu yang aku mengadu pada nenek pasal resume tu.kata hatinya.

“Bak sini telefon tu.”sambung Puan Suria tanpa menghiraukan perubahan pada wajah anaknya.

“Nah.”Dhia memberi telefon itu pada ibunya seraya dia naik ke atas.Takut jugak melihat wajah ibunya yang masih masam itu. Marah lagilah tu.

Puan Suria memandang Dhia yang berlari anak naik ke atas. Tau takut! Telefon segera dilekapkan ke pipi.Bercakap dengan Puan Hadijah, kenalah sopan-santun.Wajahnya sengaja dimaniskan.

“Ada apa, Puan?”

Dhia yang masuk ke bilik bersandar dibelakang pintu bilik sebentar.Dihela nafas panjang. “Harap-harap lepas ni ibu boleh izinkan aku pergi rumah Muzaffar.”ngomelnya dalam hati. Tidak mahu mendengar perbualan nenek dan ibu, dia duduk diatas katil.Telefon bimbit yang terdampar diatas katil dicapai.Rayyan pergi mana sampai tak beritahu nenek?

****
“Bila dia nak balik ni, Adam? Lama betul aku tunggu dia balik. Tak nampak pun batang hidung dia.”rungut Rayyan sambil mengerling jam ditangan. Adam yang sedang membelai mesra rambut Natasha tertoleh kearah Rayyan yang nampaknya bosan. Natasha turut sama menoleh kearah Rayyan.Mesti Rayyan bosan tunggu Nur Imani. Dah gila bayang ke Rayyan ni?

“Kejap lagi Imani balik la tu. Biasanya hari rabu ni, ada kokurikulum kat sekolah. Tu yang lambat balik.You sanggup ke tunggu dia sampai lewat petang?”celah Natasha. Satu lagi penipuan yang dilakukan olehnya.Adam yang berada disitu berasa serba-salah sebab satu lagi penipuan berlaku hari ini.Pandai betul teman wanitanya mereka cerita.

“Alamak!Dia ada kokurikulum kat sekolah?Kenapa you tak beritahu I?Penat tau I tunggu dari pagi sampai petang.Patutnya you maklumkan pada I awal-awal.Kalau I tahu, baik I balik rumah.”rengusnya sambil mengangkat tubuh. Dia tidak betah untuk duduk disitu lama-lama. Buat apa duduk disitu tanpa melihat insan yang makin mendapat tempat dihatinya. Haishh..baru nak tengok muka dia, dia tak ada pulak.

“I baru aje dapat mesej dari dia tengah hari tadi.Sorry, I lupa nak cakap pada you.”katanya perlahan.
“Memanglah you lupa nak cakap pada I sebab Adam ada kat sebelah you. I yang ada kat tepi Adam pun you macam nampak tak nampak aje.”dengusnya geram. Suaranya Dia berpeluk tubuh.Adam menjeling tajam ke arah Rayyan. Bad mood lah tu!

“Kau kenapa? Dah buang tebiat nak marah-marah awek aku ni.”Adam pulak yang meninggikan suara.Kesal dengan sikap kawannya yang sesuka hati memarahi teman wanitanya.

“Dahlah, aku nak blah dulu.Dulu lama-lama kat sini bukannya dapat tengok Imani. Dapat tengok ‘benda’ lain pulak.”peril Rayyan tanpa mempedulikan raut wajah Adam dan Natasha yang sudah berubah. Tidak lain tidak bukan, kemesraan yang ditonjolkan mereka berdua sejak dari tengah hari tadi. 

Rayyan keluar dari rumah Natasha tanpa memberi salam. Adam dan Natasha berpandangan sesama sendiri.
Baru sahaja Rayyan menapak keluar ke pintu pagar, bunyi telefonnya kedengaran.Tangan kanan yang mempunyai telefon bimbitnya diseluk lalu dibuka.

Dhia?Rayyan menatap cermin telefonnya. Mesti ada hal yang nak dia beritahu aku ni. Diangkat telefon itu sambil kakinya bergerak meninggalkan perkarangan rumah Natasha.

“Haa, Dhia. Kau nak apa telefon aku petang-petang ni?”katanya dengan nada tidak berpuas hati. Bengang pada Nur Imani yang tidak memberitahu tentang kokurikulum di sekolah membawa ke Dhia. Dhia apalagi, pelik dengan sikap Rayyan yang seakan-akan tidak suka dia menelefon.

“Kau pergi mana?Tak bagi tahu aku pun yang kau keluar.Nenek risau tau tak?”

“Ala…aku dah besarlah.Aku keluar ke aku tak balik rumah ke, itu urusan aku.”

Dhia menjadi pelik.Apa kena dengan mamat ni?

“Kau ni kenapa? Tetiba nak marah-marah ni. Aku ada buat salah kat kau ke?”kata Dhia sedikit merajuk.
“Hmm…Dhia. Sorry. I’m not in the mood. Aku datang rumah kau nak cakap sesuatu boleh?”

“Okay jugak tu. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau. Tapi aku nak kau datang dengan muka yang manis tau. Kau marah kat aku, aku tak nak kawan kau lagi.”ujar Dhia sedikit tegas.

“Yelah…yelah.Aku janji aku tak marah-marah.Aku kan sayang kau, buat apa aku nak marah kau.”pujuk Rayyan. Jika Dhia tidak berkawan dengannya, dengan siapa lagi dia harus meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Baginya, Dhia lah sahabat sejatinya.

“Kan bagus macam tu.Aku pun sayang kat kau jugak.Cepat tau datang.Aku tunggu.”ujar Dhia manja. Jantungnya berdebar-debar apabila Rayyan berkata begitu padanya. Sayang?Semestinya dia sayang pada Rayyan.Tapi dia tidak tahu, sayang yang macam mana kerana semenjak Rayyan bersamanya dibilik dia sewaktu di Melaka, hatinya seakan terpaku melihat mata redup Rayyan.

Ah, hati! Janganlah kau menaruh perasaan pada sahabat sendiri.








 P/S : Tak mengapalah kalau cerita kali ni x best pun..Eya dh buat yg trmampu aje..
           Insyaallah, Eya akn edit sebaik mungkin sblum hntr kt syarikt penertbitan..tunggu... 

 MEMO: PULANGLAH PADAKU DI HENTIKAN UNTUK MENYIAPKAN MANUSKRIP
  SEMOGA CERIA MENANTI PP NUR DAEYA KE VERSI CETAK INSYALLAH..... :) [sama-sama kita doakan]