OLEH : HIDAYATUL AHMAD
Pejam celik pejam
celik dah nak hujung persekolahan.Ini menandakan juga peperiksaan SPM hampir
tiba.Hari ni pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam atas ada kelas
tambahan.Sampai ke petang baru aku sampai di rumah.Alhamdulillah untuk
pengetahuan korang,tahap kesihatan aku pun makin baik.
“Letihnya
badan.Kepala pun mulalah nak berdenyut.” Aku mengadu dengan mak.
“Hurm…kenalah
tahan sikit.Tambah-tambah dekat nak periksa ni.Jagalah kesihatan sama.Nanti
sakit,semua orang susah.” Mak menjawab.
“Tahan dahlah ni
mak,nasib baiklah badan Zahra ni masih kuat imunisasinya.Kalau masuk wad
dekat-dekat nak exam,susahlah.” Aku mengeluh.
“Dugaan semua tu
Zahra oii.Jangan selalu mengeluh.Kuatkan semangat.Doa banyak-banyak biar
semakin sihat.” Lagi nasihat mak beri.Tak putus-putus member aku kata-kata
semangat.Sayang mak!
“Yalah mak.Oklah
mak,Zahra nak masuk bilik dulu.Nak tidur.Rasa letih pulak badan ni.” Terus aku
melangkah menuju ke bilik aku.Perkara pertama yang aku buat,tulis dairi! Ada
cerita best nak dilakarkan untuk dijadikan kenangan.Dairi kuning air yang
terselit antara buku-buku latihan aku ambil.Peristiwa petang tadi selepas habis
kelas tambahan terlayar difikiran aku.
Ahad,9.52pm.
Assalamualaikum dairi.Jumpa lagi kita ya.Aku ada ‘hot story’ nak dikongsi
disini.Semuanya mengenai ‘secrect admire’ aku dekat sekolah,Mohd Mukhris nama
dia.Aku selalu dok usha-usha dia dari kelas aku.Oh ya,kelas kami
bertentangan.Dia pelajar tingkatan enam atas.Memang dia pun terlibat dengan
kelas tambahan jugak hari ini.Pasal Mukhris ni,aku tengok sejak dua,tiga bulan
ni apasal dia suka usha aku? Dah tu semacam aje! Macam dia tahu-tahu aje aku
pun suka usha dia jugak.Aku bukan apa,hairan aje dengan perangai dia.Dah tu
petang tadi (tak tahulah pulak aku dia tunggu siapa),aku rasa kelas dia habis
awal.Aku dok sembang dengan Zandra dan Izra masa on the way nak balik.Aku
bising-bisinglah sebab aku ingat Mukhris dah balik sebabnya sewaktu aku lalu di
hadapan kelasnya tadi,kelas itu dah kosong.Melepaslah aku nak tatap muka
handsome dia tu huhu.Tup-tup aku ternampak dia elok aje duduk terpacak atas
motor dia.Kebetulan aku pula berjalan dihadapan dari Zandra dan Izra.Mengelabah
aku! Lepas aku terkejut tengok si dia elok aje duduk di atas motor dia,aku apa
lagi kelam-kabut patah balik pergi dekat diorang.Ceh..ceh..boleh pulak kantoi!
Aku berpura-pura tanya diorang padahal aku nak cover malu.Entah-entah dia
dengar tak apa yang aku bisingkan tadi? Dahlah sunyi aje kawasan sekolah.Kami
tiga orang jalan buat bodoh aje time lalu depan dia.Tapi yang aku hairan,dia
tunggu siapa? Yang itu tak apa lagi.yang buat aku makin hairan plus
perasan,bila kami tiga orang turun dari kelas dan berjalan balikke pintu pagar
utama,dia pun start motor lepas tu blah terus.Mek dua orang tu termasuk aku dok
lawan tanya dia tunggu siapa.Yang jebonnya,Zandra dan Izra teka dia tunggu
aku.Ni yang tak best ni.Buat malu aku aje.Aku tayang muka toya aje tapi dalam
hati kalau betul dia tunggu aku,yabedabeduu!! Bertuahnya aku.Oklah,aku nak buat
kerja sekolah pulak.Bye dairi.
Aku terus menutup dan menyimpan kenbali dairi kesayangan aku tu.Kemudian,terus
mencapai buku-buku yang perlu aku sudahkan tugasannya.Huarghhhh…banyaknya!
Tengah
sedap-sedap membuat kerja sekolah,tetiba muncul wajah si dia di kepala otak
aku.Aku sempat layan blues kejap.Parah betul aku ni! Tengah asyik layan
blues,tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.Potong stim betullah! Baru nak
berangan.
“Lahh…mak
rupanya.Ada apa mak?” Apahal mak ketuk pintu bilik aku ni? Bukan mak dah masuk
tidur ke tadi?
“Kau tak tidur
lagi rupanya.Aku ingat kau dah tidur tapi lampu tak tutup.Tak apalah kalau
macam tu.” Lepas memastikan keadaan,mak aku terus berlalu ke biliknya.
“Nak tidur macam
mana mak oii,kerja sekolah tak siap-siap lagi.Asyik berangan aje.” Aku bercakap
sendirian.
Setelah membuat
tugasan yang tak pernah nak habis,aku mula rasa letih yang teramat
sangat.Lantas aku terus mencapai jam loceng diatas meja sisiku.
“Mak aihh..dah
pukul dua belas tengah malam! Patut rasa mengantuk semacam aje.” Lepas berkemas
buku-buku,aku terus makan ubat kemudian tidur.Sekelip mata aku terus hanyut.
“Awak,sudikah
awak jadi teman hidup saya?” Mukhris melutut sambil menghulurkan cincin
kearahku.
“Giler tak sudi?
Dah lama saya tunggu lamaran dari awak.” Giler gelojoh jawapan aku.
“Heiii…berani kau
mencuba merampas bakal suami aku ya? Tak takut kena hempuk dengan badan aku
yang mantap ni ke hah?” Tiba-tiba kena sergah.Terkejut aku!
‘Ah sudah! Suara
gergasi betina mana pulak ni?’ aku dan Mukhris sudah mengelabah tapir.
“Awak,itu
macam suara tunang paksaan saya.Saya tak nak dia jadi isteri saya.Tolong
selamatkan saya dari dia,awak.” Mendayu-dayu aje suara tuan putera aku ni
meminta pertolongan dari aku.Bangga beb!
“Tak apa,awak
jangan bimbang.Saya akan lindungi awak dari anasir jahat lagi kejam itu.” Aku
menjawab.Ini siapa hero siapa heroin ni? Aku pulak kena protect putera charming
yang sorang ni.
“Mari cepat kita
larikan diri.Saya bilang sampai tiga,kita lari sama-sama ya.Satu,dua,tiga..lari
awak!!” Kami terus memulakan acara larian beratus-ratus kilometer.
Tiba disebuah
rumah kosong,aku mengajak Mukhris bersembunyi didalam sana.Sukanya dapat tolong
tuan putera aku ni!
Tiba-tiba,kami dikejutkan
dengan bunyi ketukan diluar rumah.Kuat sangat! Nasib baik bukan ketuk pintu
rumah aku,kalau tidak aku ketuk-ketuk kepala orang yang tengah mengetuk pintu
rumah ini dengan kuat! Hish…boleh pulak aku membebel dalam keadaan tegang macam
ni.
Selepas ketukan
yang kuat tak mendapat reaksi dari orang yang berada didalam rumah iaitu
kami,aku terdengar pula jeritan ala-ala gergasi betina yang lapar menjerit nama
aku dan Mukhris.Alamak! Bala dah datang! Macam mana ni? Fikir Zahra
fikir.Putera Mukhris memerlukan perlindungan dari kau ni.Kang tak kahwin pulak
aku kalau si gergasi betina tu dapat rampas Putera Mukhris dari aku.
Ting! Hah…idea
dah dapat.Jaga kau gergasi.Panglima Izz Zahra akan sembelih kau buat satay baru
tahu.
“Kau nak apa hah?
Baik kau pergi sebelum aku karate kau.” Aku menyoal.Garang!
“Aku nak Putera
Mukhris.Mana dia?” Si gergasi menyoal aku kembali.
Hek
eleh…suka-suki kau aje nak Tanya bakal suami aku.Nak kena ajar ni!
“Dia tak ada.Dia
dah lari bersembunyi sebab takutkan kau.Kau tak kesiankan dia ke? Terlari
sana-sini sebab tak nak jumpa kau.Kau cari ajelah gergasi lai buat ganti.Kau
pun lawa ap Cuma saiz momentum aje yang terlebih dari biasa.” Aku bermain
physicology! Cuba nasib mana tahu berjaya.Kalau nak test siapa lebih kuat,memang
automatic aku kalah.Memang tak berdaya.
“Betul ke dia
lari sebab takutkan aku? Bukan dia cintakan aku ker?” Si gergasi menyoal tak
puas hati.
Cintakan kau?
Memang ‘bukan’ sangat! Cinta? Buwekk…nak muntah aku.
“Betullah.Dia
sendiri yang mengaku.tak percaya? Cuba kau tanya dia sendiri.Tuan Putera!!” Aku
menjerit memanggil Putera Mukhris untuk keluar dari persembunyiannya.
“Ya.Beta tak
sukakan kau,beta tak cintakan kau dan beta takut untuk bertemu dengan kau.Kau
carilah pengganti yang sepadan dan lebih baik untuk kau!” Putera Mukhris
bersuara.Tapi masih dari tempat persembunyiannya.Cehh..penakut sangat rupanya
prince charming aku ni!
“Baiklah kalau
macam itu,kau pun takkan dapat Tuan Putera Mukhris.Biar sama-sama tidak
merasa.Padan muka!” Terus sang gergasi betina itu dengan tiba-tiba menjatuhkan
dirinya keatas tubuhku.
“Arghh…mana aci
main tipu! Pukul curi.Aku tak bersedia lagilah!” Bentakku tak puas hati.
“Hahaha…ada aku
kisah?” Gergasi itu menjawab tanpa rasa bersalah dan kasihankan aku yang dah
hampir terpenyek.Siot betul!
Aku dengan sekuat
tenaga dan usaha berhabis-habisan melawan sang gergasi itu.Sehinggakan kami
bergolek-golek macam dalam filem Hindustan bezanya itu hero dan heroin,aku
heroin dengan raksaksa! Si hero pula bersembunyi.Agak-agak drama genre apa yang
patut diklasifikasikan untuk situasi kami sekarang? Aku tak peduli dah.Janji
aku menang!
Golek punya
golek,sedar-sedar aku dah tergolek atas lantai.Sekali mimpi da! Lepas itu,aku
sambung tidur balik.Buat drama lain pulak.
Bersambung.... :)
Didalam bilik
pengantin yang dihias indah oleh ibu mertuanya, Nur Mariana duduk di hadapan
meja solek melepaskan rambutnya yang agak lama dibiarkan bersanggul.
Muzaffar yang
baru keluar dari bilik air terkaku melihat isterinya melepaskan rambut.
Mariana memerhatikan dirinya dihadapan cermin solek terkejut melihat suaminya
di sebalik cermin. Nafasnya rasa tidak menentu dikala ini. Pertama kali didalam
hidupnya, dia dapat melihat tubuh badan sang suami tanpa pakaian.
“Abang.”perlahan suaranya. Dia menoleh ke belakang dengan rasa malu yang
menebal dalam diri. Padahal dalam hati, memang berasa teruja dengan suaminya
yang tidak berbaju. Sudah lama dia mengimpikan tubuh Muzaffar, malam ini
gerenti Muzaffar akan menjadi miliknya!
“Err..saya nak salin baju kejap. Boleh awak turun ke ruang tamu, layan tetamu
kat bawah?”Muzaffar kurang selesa untuk menukar baju dihadapan isteri barunya.
Mariana mengetap bibir. Baru nak syok sikit, potong stim betul la! “Ala abang.
Saya kan dah jadi isteri abang, buat apa nak malu-malu lagi depan saya. Tukar
ajelah.”Suara Mariana kedengaran agak manja di telinga Muzaffar.Membuatkannya
berada didalam keadaan serba-salah.
“Saya tak selesa. Harap awak faham.”pinta Muzaffar. Tak sangka dalam diam
personal assistantnya mempunyai sikap manja yang melampau. Aduh! Tak
pasal-pasal nak kena layan karenah dia lagi. Kalau Dhia lainlah. Tak adalah
manja melampau sangat macam Mariana ni. Sempat lagi dia memuji bekas isterinya
dalam hati.
Mariana masih tidak mahu mengalah. Dia ingin tetap disamping suaminya malam
ini. Bila dia turun ke bawah, dia mahu ahli keluarga yang berada di ruang tamu
nanti memandang mereka berdua sebagai pasangan yang ideal. Itu motifnya.
Alangkah seronoknya jika dia mendapat perhatian dari kedua-dua belah pihak
keluarganya dan Muzaffar.
“Kalau macam tu, saya duduk diatas katil sambil tutup mata. Saya janji saya
takkan tengok.”ujarnya. Mariana bangun dan duduk diatas katil bersaiz king yang
kini menjadi miliknya. Dulu, perempuan tak guna tu yang tidur sebelah Muzaffar,
sekarang aku pulak yang akan baring kat sebelah Muzaffar. Tangannya menutupi
keseluruhan wajahnya.
Muzaffar menarik nafas panjang. Dia mula tidak suka dengan sikap perempuan ini
yang tidak faham bahasa. Memang tak faham bahasa betul!
Tanpa memandang isterinya yang masih menutup wajahnya dengan tangan, dia
berlalu semula ke bilik air. Baik dia tukar baju dalam bilik air lagi bagus!
Pintu bilik air terus ditutup.
“Dah ke bang, saya tunggu ni.”luahnya. Mungkin Mariana tidak perasan yang
suaminya sudah masuk ke dalam bilik air.
‘Lama betul suami aku ni pakai baju.’rungutnya sendirian.
‘Hah, apa kata aku tengok dia pakai baju dalam diam? Bestnya!’ Mariana mendapat
idea.Tak dapat tengok depan-depan pun tidak mengapalah. Janji dapat ditunaikan.
Mariana mengerakkan sedikit jari-jemarinya agar matanya dapat melihat badan
suaminya. Namun, dia terkejut. Suaminya tiada didepan mata! Kedua-dua tangannya
jatuh ke sisi semula. Alamak, mana Muzaffar ni? Takkan dah masuk bilik air
balik kot? Melepas aku nak tengok badan dia! Dia mengeluh panjang.
Beberapa minit selepas itu, Muzaffar keluar berpakaian lengkap. Dilihat
isterinya masih lagi duduk diatas katil itu. Bengang lah tu! Tapi peduli apa
aku? Dia bengang ke tak, itu bukan masalah aku. Nak merajuk, sorry aku takkan
layan Nur Mariana!
Baik dia turun sekarang dari melihat sikap manja isterinya itu.
Nur Mariana perasan yang Muzaffar ingin keluar dari bilik itu tanpa membawanya
sekali. Hatinya mendongkol geram. Dengan tidak semena-mena, dia bangun dari
katil itu dan meluru kearah Muzaffar. Tangan suaminya dipaut erat dari
belakang.
Muzaffar tersentak.“Eh! Kenapa pulak ni?”
“Saya nak ikut. Kenapa abang tak ajak saya turun sekali?”Mariana merengek
manja. Dikuis-kuis baju yang dipakai suaminya. Hensemnya Muzaffar malam ni.
Nasib baik dia dah jadi milik aku. Padan muka kau Dhia!
Muzaffar kegelian. Dekat office tak ada pulak dia tunjukkan aksi manja kat
pekerja lain, kat aku pulak yang lebih-lebih. Ini tak boleh jadi. Aku mesti
bersikap tegas sebagaimana aku buat dipejabat. Kalau tidak, perempuan ni mesti
ambik kesempatan punya.
“Awak turunlah seorang diri.”suara Muzaffar bertukar tegas. Pautan dari tangan
Mariana dilepaskan.
Mariana gelisah. ‘Ini tak boleh jadi. Aku kena pastikan juga yang aku dapat
memaut tangan Muzaffar.’Dalam hati dia bertekad.
“Janganlah macam ni abang, nanti apa pulak kata ahli keluarga kita kat bawah
tu.”sambungnya lagi. Cuba memujuk suaminya seboleh mungkin.
Muzaffar mendengus kasar. Perempuan ni memang tak faham bahasa betul! Ada jugak
yang kena penampar nanti.
“Awak ni tak faham bahasa ke hah? Saya dah cakap, awak turunlah seorang diri.
Kenapa degil sangat ni?”
“Abang, please?Mariana memujuk lagi. “Sekali aje. Lepas ni saya takkan pegang
tangan abang lagi kalau itu yang abang nak.”Saja dia buat janji begitu. Padahal
didalam hati dia ingin memegang tangan Muzaffar setiap masa.
“Mengada-ngada!”Muzaffar bengang. Tombol pintu bilik dibuka luas.
“Cepatlah!”marah Muzaffar. Mariana hanya tersengih-sengih. Pujukannya sudah
mengena! Kemarahan Muzaffar tiada makna baginya buat masa sekarang. Apa yang
penting, dia mahu memegang tangan suaminya dan mendapat perhatian dari
kedua-dua belah pihak keluarga. Itu sahaja!
**********
Malam itu,
berlangsung dengan meriah sesi membuka hadiah dihadapan ahli keluarga kedua-dua
belah pihak. Paling teruja untuk membuka hadiah semestinya isterinya.
Macam tak pernah
tengok hadiah lagaknya. Cepat aje nak buka hadiah tu. Tergeleng-geleng kepala dengan
sikap Mariana yang sukar dijangka. Malu jugak pada ahli keluarga yang melihat
kegopohan Mariana membuka hadiah.
Muzaffar memandang saja gelagat Mariana yang tidak serupa bikin itu. Dalam pada
itu, sempat juga dia melihat hadiah-hadiah yang sudah dibuka balutannya. Agak
banyak juga hadiah yang diterimanya. Jam dinding, rice cooker, blender, pinggan
mangkuk, set cawan & gelas, set sudu garpu, lampu tidur, buku-buku agama
& doa, album perkahwinan, set perfume and bodycare, dan macam-macam lagi
yang mereka dapat pada hari ini.
“Banyak jugak hadiah kita ya, bang. Saya teruja sangat!”ucap Mariana dengan
nada gembira sambil memandang suaminya. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia
memperolehi hadiah sebanyak ini. Mengenangkan teman lelakinya, Hazrul memang payah
betul nak dapat hadiah sebegini banyak. Nasib baik dia dapat suami kaya, nanti
boleh mintak banyak-banyak lagi hadiah!
Muzaffar memandang Mariana tajam. ‘Mengada-ngada betullah perempuan ni.
Patutnya aku pilih perempuan lain jadi isteri.’keluhnya dalam hati. Dia memilih
Nur Mariana pun bersebab! Dia mahu Dhia rasa bila dirinya yang curang.Ini
kerana dalam office Nur Mariana adalah pekerja paling rapat dengannya dan
Mariana jugalah yang memberitahu pasal CD itu.
CD? Bila mengenangkan CD itu, dia terfikirkan bekas isterinya. Perempuan tak
guna itu patut diajar! Takkan dia nak berdiam diri kan setelah dia tahu apa
yang terjadi.
Moodnya berubah
tiba-tiba. Dia perlu memikirkan cara untuk membalas dendam pada bekas isterinya
dan tidak lupa juga Rayyan. Ya! Dialah penyebab segala-galanya.
Tapi, mengapa Dhia tetap tenang sehingga sanggup menyanyikan sebuah lagu
untuknya di khemah tadi? Adakah bekas isterinya gembira dengan perceraian ini
dalam diam?
‘Ada baiknya aku masuk bilik dulu. Kalau Mariana ada kat sebelah aku nak
bermanja-manja, lagi bertambah rimas dibuatnya!
Muzaffar pantas bangun dan beredar dari situ dengan wajah yang suram. Puan
Halimah yang sedang meletakkan hadiah-hadiah diatas meja terkejut melihat
anaknya bangun secara tiba-tiba. Mariana dan ahli keluarga yang lain turut
terkejut sama.
“Kenapa tu?”bisik salah seorang ahli keluarga yang berdiri disebelah Puan
Halimah.
“Dia penatlah tu.”Itu saja yang mampu diucapkan Puan Halimah. Dia hanya
memandang sayu anaknya naik ke tangga.
*********
Rayyan tiba juga dirumahnya tidak sampai setengah jam. Pintu garaj dibuka
secara automatik dan dilihat ada pengawal keselamatan yang sedang berdiri tegak
memberi hormat. Dibuka cermin tingkap disebelahnya lalu tersenyum kepada
pengawal tersebut sebelum masuk ke lobi utama.
Tiga pembantu rumah lelaki dan perempuan yang sedang mengelap gelas berkaki di
ruang tamu terkejut tatkala mendengar deruman kereta dari bahagian pintu utama.
Tuan Muda balik!
Cepat-cepat mereka tinggalkan kerja mengelap itu dan berlari anak ke pintu
utama.
Kesemua pembantu
rumah itu berbaris dan menunduk hormat.
Rayyan tiba di lobi utama rumahnya. Keretanya berhenti di tengah-tengah yang
bertentangan dengan red carpet.
Sebenarnya dia tidak gemar ada red carpet berada dirumahnya, tapi mengenangkan neneknya
yang cerewet itu, dia terpaksa akur. Biasanya red carpet ini khas untuk orang
kenamaan. Dia bukan orang kenamaan, buat apa nak sediakan red capret?
Keluar dari kereta, muncul enam pembantu rumahnya yang menunduk hormat
dihadapannya. Rayyan mengeleng kepala. Tidak suka dengan tundukan hormat itu.
Buat biasa-biasa sudahlah. Yang nak menunduk sampai nak rukuk tu nak buat apa.
Aku bukan orang atasan pun sampai nak buat macam tu sekali! Lainlah kalau nenek
aku tu. Semuanya nak kena tunduk, tunduk dan tunduk.
Rayyan memandang pembantu rumah lelaki yang berada di depannya, Hidayat Romli.
Dalam ramai-ramai pembantu rumah, Hidayat Romli yang paling rapat dengannya.
Lima pembantu rumah masuk ke dalam menyambung semula kerja yang tergendala
sebentar tadi.
“Hmm..mana nenek?soalnya. Tapi Hidayat Romli masih mendiamkan diri. Mungkin
pelik dengan kata-katanya. Aduhai. Lupa pulak. Pembantu rumah mana boleh
panggil nenek. Nanti tak pasal-pasal kena fired!
“Opss..Lupa pulak. Mana Puan Hadijah?”Biasanya, nenek akan call dan tanya dia
berada dimana. Tapi hari ini tiada pulak nak telefon. Apa yang nenek buat kat
bilik aku ni?
“Puan Hadijah ada di bilik Tuan.”jawab Hidayat Romli.
“Bilik saya?”Rayyan sedikit pelik. Takkan nenek tahu kot yang aku balik hari
ni? Rasanya aku tak inform pun pada nenek yang aku balik bila.
Dia harap janganlah neneknya menjumpai album yang dia simpan didalam laci
disebelah katilnya. Dalam album itu banyak gambar perempuan yang sengaja
ditangkap. Sekadar hiburan.
“Ya Tuan. Puan Hadijah semenjak seminggu dua ni sering masuk ke bilik Tuan.
Untuk apa, saya kurang pasti.”sambung Hidayat Romli lagi.
Rayyan mengeluh. ‘Ni mesti nak tengok kad-kad yang kawan-kawan prempuan aku
bagi ni. Kalau bukan kad, mesti album aku. Ish..nenek ni, semua nak ambil tahu.’rungutnya.
Selain Dhia, dia mempunyai ramai kawan-kawan perempuan yang dikenali sewaktu
dia dan Dhia di Universiti dulu. Ada saja kad-kad yang diterimanya. Malahan ada
perempuan yang memburunya sehingga sanggup datang ke rumahnya semata-mata untuk
memberi hadiah.
“Kalau macam tu, tak mengapalah. Saya masuk dulu. Nanti jangan lupa keluarkan
bagasi saya didalam bonet.”arah Rayyan serta-merta. Diberi kunci keretanya
kepada Hidayat Romli.
“Baik, Tuan.”Hidayat Romli menganggukkan kepala. Tanpa berfikir panjang,
Hidayat Romli membuka bonet belakang kereta tuannya. Dua bagasi diangkat dan
ditutup bonet sebelum masuk ke dalam.
Tanpa membuka kasut, Rayyan masuk ke dalam rumah. Biasalah, kalau rumah orang
kaya, kenalah pakai kasut. Nanti kaki kotor. Begitulah kata-kata dari neneknya.
Apa yang dikatakan dari mulut neneknya, semua kena ikut. Tak boleh membantah
sikit pun.
‘Nenek..nenek..’Rayyan menggeleng kepala. Cerewet tak habis-habis!
Terus dia naik ke atas dengan keadaan terburu-buru. Nanti apa pulak kata
neneknya nanti.
*******
Tombol pintu dibuka perlahan-lahan agar tidak memeranjatkan neneknya yang
berada didalam biliknya. Dijenguk sedikit kepalanya. Ingin memerhatikan apa
yang neneknya buat didalam bilik.
Ternyata jangkaanya tepat! Memang nenek sedang melihat albumnya. Habislah dia
malam ni! Nasib baik nenek tidak melihat kad-kad yang diberi kawan-kawan
perempuannya. Kalau tidak, memang teruklah dia kena sound dengan nenek.
Rayyan menarik nafas panjang sebelum tangannya membuka pintu seluasnya.
Puan Hadijah yang sedang asyik membelek album kepunyaan Rayyan diatas katil
terkejut dengan kedatangan yang tidak terduga dari cucunya. Lantas, album yang
dipegangnya ditutup dengan perasaan gelabah. Diletakkan album itu ditepi.
“Eh,Cucu nenek. Bila sampai?”soal Puan Hadijah dengan nada terkejut.
Rayyan tersenyum.Tangan nenek dicapai lalu dicium penuh hormat. Soalan nenek
hanya dibiarkan. Dia lihat nenek masih tergamam dengan kedatangannya secara
mengejut itu.
Rayyan mengambil tempat disebelah neneknya .“Apa nenek buat kat dalam bilik Ray
malam-malam begini?soalnya sinis. Sengaja dia bertanya begitu. Mahu tahu
bagaimana reaksi nenek.
Matanya tertancap pada albumnya yang diletak ditepi nenek. ‘Hmm… nenek ni suka
selongkar barang akulah.’rungutnya dalam diam.
Puan Hadijah agak gelabah dengan soalan dari cucunya. Diambil album ditepinya
lalu dibuka semula album itu. Dia tahu Rayyan memang pantang tengok perempuan
cantik. Ada aje gambar perempuan cantik yang mahu ditangkap.
“Saja nenek nak tengok. Cantik perempuan-perempuan kat dalam album ni.”sempat
lagi dia memerli cucunya. Padahal dia membenci kesemua perempuan yang ada
didalam album ini.
Selagi dia masih hidup dimuka bumi ini dan masih lagi memegang title sebagai
nenek dan penjaga kepada Rayyan, dia tidak akan sekali-kali membiarkan cucunya
memilih perempuan yang tidak tergolong dalam ciri-ciri wanita pilihannya.
“Hmm..tak ada apa yang menarik untuk dilihat nek.”Rayyan cuba untuk
menyembunyikan apa yang dibuat selama ini. Sudah menjadi tabiat dalam hidupnya,
sering mencari perempuan cantik.
Asal ada perempuan cantik yang lalu-lalang di
hadapannya, dia akan mulakan dengan kenyitan mata. Bila perempuan itu membalas,
dia akan menuju ke arah perempuan itu dan memintanya nombor telefon. Itulah
taktiknya. Mengeyit mata.
Dhia yang kadang-kadang berada disebelahnya, geram dengan sikap nakalnya yang
seakan-akan playboy itu. Namun, dia tidak mengendahkan. Malah makin
menjadi-jadi perangainya. Dhia pun sudah maklum dengan perangainya suka kacau
anak dara orang itu.
“Awal Ray balik? Nenek tak sangka pulak Ray balik dua hari lebih awal. Macamana
dengan seminar tu, ok?soal Puan Hadijah ingin tahu.
“Bolehlah. Cuma bosan sikit nek.”Rayyan mengeluh.
“Itulah, nenek dah pesan awal-awal lagi. Bantu abang kamu kat syarikat tu.
Kesian dia.
Pagi petang siang malam, asyik bertenggek aje
kat ofis tu semata-mata nak naikkan profit syarikat. Tapi kamu degil, sengaja
nak kerja kat tempat lain.”Puan Hadijah meluahkan ketidakpuashatinya.
Rayyan mengeluh. Perkara itu juga yang dibangkitkan. Asyik-asyik syarikat
keluarga! Buat dia rasa rimas. Sudah berulang kali dia mendengar leteran dari
neneknya. Telinga memang tak boleh nak terima lagi apa-apa leteran neneknya.
“Oh ya, mana abang? Dari Ray masuk tadi, tak nampak abang pun? Tak balik ke
hari ini?” Sengaja dia menukar topik.
“Abang kamu dekat ofis la. Ke mana lagi dia nak pergi selain ofis. Ofis itulah
rumah kedua dia.”jawab Puan Hadijah dengan selambanya.
Abangnya, Muhd Razree sudah lama mereka tidak bertemu dan berbual bersama. Jika
dia berada dirumah, abangnya pasti tiada dirumah. Memang payah untuk bertemu
dengan abangnya. Kalau berjumpa pun, bercakap hal-hal yang penting saja.
“Pasal kerja kat company kita tu, Ray akan fikirkan kemudian.”Rayyan mula
bangun dari katil. Malas mahu berbual-bual dengan neneknya. Lagi lama dia duduk
disebelah nenek, lagi banyaklah leteran yang akan masuk ke telinganya. Baik dia
pergi mandi dulu. Dapat juga menghilangkan lekit di badan.
“Nak pergi mana tu?Nenek tak habis cakap lagi ni.”geram dia dengan sikap
cucunya yang tidak mendengar kata. Ada saja yang dibantahnya.
“Mandi.”Itu sahaja yang mampu dikatakan. Tuala yang disangkut di dinding
diambil. Butang kemejanya dibuka satu persatu. Puan Hadijah hanya memandang
cucunya membuka kemeja. Dia sudah biasa melihat tubuh badan cucunya.
“Hmm..tak mengapalah. Nenek keluar dulu. Pergilah mandi dulu. Nenek bawa album
ni masuk bilik nenek. Nak tengok perempuan-perempuan cantik dalam album
ni.”sempat lagi nenek menyindirnya.
Puan Hadijah bangun dari sambil tangannya memegang album. Ingin melangkah
keluar tapi dihalang cucunya. Tersentak Puan Hadijah disitu.
“Biar ajelah album tu kat sini. Lagipun nenek nak buat apa dengan album ni? Tak
ada apa yang best untuk ditengok pun.”jawabnya tergagap-gagap. Sebenarnya, dia
tidak mahu neneknya membawa album itu. Dia takut neneknya akan mengambil
kesempatan dengan membuang album itu.
Puan Hadijah tersenyum sinis. Tak ada apa yang best kat album ni? Muka cucunya
masam mencuka.
“Kalau tak ada apa yang menarik, kenapa mesti simpan album ni? Nak cari calon
isteri ke?pedas soalan yang ditanya Puan Hadijah kepada Rayyan.
Tanpa menjawab soalan neneknya, terus dia merampas album itu dan berlalu ke
bilik air. Dibawa sekali album itu. Biarlah nenek nak menengking atau
memarahinya, dia tidak kisah. Sebab album itu kepunyaannya, bukan milik
neneknya.
“Tak boleh diharap langsung! Tengoklah nanti Ray. Nenek akan balas balik apa
yang Ray buat kat nenek. Tunggu dan lihat sajalah.”Puan Hadijah cukup pantang
apabila cucunya membalas setiap kata-katanya. Dia tak suka. Cucu sepatutnya
menghormati nenek sendiri.
Puan Hadijah keluar dengan perasaan yang bengang. Ditutup pintu bilik cucunya
dengan kasar.
bersambung :D.... maaf DJ lambat up cite ini patutnya semalam tapi DJ terlelap awal semalam nak ini DJ up hari ini sila layan PP bab 5 sudi2 lah tinggalkan komen anda tuk adik NUR DAEYA kita....