Followers

Saturday, 13 April 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 20



OLEH : FIKA NAJWA


What!! Apa yang Uncle Fuad cakap ni?Takkan Amm nak jadi suami dia, cinta pun tidak Amm pada dia?” Megat Ammar menggeleng laju kepalanya tanda tidak bersetuju dengan amanat arwah mamanya. Ini kerja gila. Dia dah ada pilihan hati sendiri tak mungkin dia nak mengangkat Fika Farisya sebagai isterinya sedangkan mereka hanya kali ini bertemu. Tidak ada cinta di hatinya buat insan yang bernama Fika Farisya.

“Amm, tenang dulu.” Megat Ilman cuba menenangkan anaknya dan di tarik tangan anaknya untuk kembali duduk semula. Ammar menurut namun riak wajahnya jelas tidak berpuas hati. Bibir Ammar di ketap menahan perasaan marah yang mula menguasai diri.

“Bukan macam itu Amm, mama kamu cuma..”Fuad mengeluh dan serba salah.

“Cuma apa Uncle? Papa?” cantas Megat Ammar.

“Mama kamu mahu kamu memperisterikan Fika Farisya dan menjaganya.” Megat Ilman bersuara tegas.

Megat Ammar terkaku. Terjawab sudah teka –teki yang berada dia dalam kepalanya.

Fhyka Arissa yang berada disisi adiknya mengenggam erat tangan adiknya, menyatakan dia berada di sisi adiknya. Jelas wajah adiknya kelihatan tenang. Tidak ada riak terkejut seperti Ammar. Dia pasti Ammar akan membantah. Dia kenal Ammar.

Permintaan apa yang mama dia amanat kepadanya? Mengahwini Fika Farisya?Gila! Mengarut sungguh! Dia tidak cintakan Fika Farisya.

“No! Ini semua mengarut papa. Amm takkan berkahwin dengan perempuan kasar ini.”

Ammar bangkit menentang. Dia harus menentang amanat ini. Dia tidak rela ada orang menentukan hala tuju hidupnya kelak. Dia berhak menentukan pasangan hidupnya kelak, bukan secara paksa begini.

“Papa tolonglah, ini semua kerja gila! Tok Wan say something!” Mata Megat Ammar memandang Engku Habibah.

“Amm..tolong bertenang kita dengar apa yang uncle Fuad kamu nak sampaikan,” balas Megat Ilman.

“Papa,please. Amm tak nak macam ini. Amm dah ada pilihan hati. Dia bukan perempuan yang Amm cinta, bukan dia!! Dia bukan perempuan yang Amm nak angkat sebagai isteri Amm…bukan dia.” jari telunjuk Megat Ammar lurus menunjuk ke arah Fika Farisya yang sejak tadi menunduk memandang ke permaidani sambil tangannya digenggam oleh Arissa.

“Ammar itu salah satu yang arwah amanatkan pada kamu. Arwah mama kamu juga menyerahkan syer sebanyak 40 peratus kepada kamu dengan syarat Megat Ammar bin Megat Ilman mesti mengahwini Puteri Fika Farisya binti Megat Ihsan.Dan selepas setahun perkahwinan ini,barulah syer sebanyak 40 peratus itu akan di serah pada kamu secara rasmi kepada Megat Ammar Syah bin Megat Ilman. Jika perkahwinan ini gagal dilaksanakan dalam tempoh setahun maka secara rasminya syer sebanyak 40 peratus itu akan kekal sebagai hak Puteri Fika Farisya. Manakala syer MIFA Holding yang 20 peratus lagi memang sah milik Fika Farisya,30 peratus syer lagi milik Fhyka Arissa." kata-kata Fuad membuatkan Megat Ammar tersandar lesu di sofa. Engku Habibah hanya berdiam diri sebelum bersuara.

“Mama setuju Ammar di kahwinkan dengan Fika Farisya.” Engku Habibah tiba-tiba bersuara.
 Bagai di panah petir,semua memandang Engku Habibah yang bersuara bersetuju dengan wasiat yang di baca oleh peguam keluarganya.

Fika Farisya tersenyum sinis, dia tahu kenapa Mak Engku bersetuju. Dia tahu. Dia telah siap untuk menghadapi hari esok. Dia menoleh ke belakang matanya saling berpandangan dengan mata Zafril Zafuan. Saat mata Fika Farisya memandang sekilas ke arah Megat Ammar jelas jelingan tajam di hadiakan padanya. Di lihat Megat Ammar bingkas bangun. Dia tahu pasti Megat Ammar tidak boleh berlama di sini,silap-silap boleh jadi anak derhaka, di lihat Megat Ammar melangkah keluar dari ruang tamu menuju ke arah pintu utama. Panggilan dari Megat Ilman dan Mak Engku langsung tidak di endahkan.Dia tahu Ammar benci pada dirinya,pasti lelaki itu mahu menjauh darinya yang tiba-tiba muncul di banglo mewah itu.

*****
Mata Engku Habibah terbutang mendengar apa yang baru disampaikan Megat Ammar kepadanya.
Engku Habibah bagaikan kehilangan kata-kata. Hanya keluhan kedengaran sedari tadi,terasa hasratnya untuk Megat Ammar bersetuju dengan segala syarat yang telah dibaca oleh peguam keluarga. Tidak dia harus memujuk cucunya.

“Tok Wan, Amm dah habis fikir masa Amm keluar dari rumah tadi dan Amm yakin ini keputusan yang terbaik untuk diri Amm dan masa depan yang akan datang.” menggunung harapan Megat Ammar agar Tok Wannya setuju dengan jawapan yang diberi.

Engku Habibah mengeluh lagi, nafasnya di tarik panjang. Tangannya mula memicit dahi, keputusan Megat Ammar cukup menghampakannya. Dia jadi risau.

“Sekarang ini terpulang pada Tok Wan, Amm memang tak setuju dengan wasiat arwah mama.” Tegas Megat Ammar mengulangi pendiriannya.

“Amm, yakin yang Tok Wan boleh halau anak auntie Lissa keluar dari syarikat dan serahkan balik syer 40% itu tanpa Amm terpaksa kahwin dengan dia." Keras Megat Ammar. Bukan dia tak tahu sejarah keluarga mereka dulu. Walaupun tidak secara keseluruhan dia yakin dengan cerita yang dibawa oleh Tok Wan, Engku Habibah. Engku Habibah menggeleng.

“Bukan semudah itu, Amm. Tok Wan tak boleh halau dia dengan kuasa yang ada pada Tok Wan.Tok Wan tak boleh halau dia macam itu” keluh Engku Habibah perlahan. dulu mungkin dia berjaya untuk semua itu. Kini? susah untuk dia melakukan sesuatu kerana wasiat itu berkuasa.

Megat Ammar yang mendengar sudah memandang wajah Tok Wan tanpa berkelip.

“Apa maksud Tok Wan? Kenapa Tok Wan kata yang Tok wan tak boleh halau dia dari syarikat kita? Kenapa? Tok Wan ada hak sebagai pemegang syer yang terbesar jugak dekat syarikat itu.? Takkan Tok Wan nak Amm ikut amanat yang arwah mama wasiatkan? This not fair for me.Tok Wan gunalah kuasa yang memang ada pada Tok Wan untuk dia transferkan 40 peratus syer tu pada Tok Wan balik, bukan ke sekarang syer 40 peratus itu atas nama dia. Kita boleh manfaatkan perkara ini supaya dia boleh transfer.” Megat Ammar menyoal dan memberi pendapatnya. seboleh-boleh dia akan cuba mengelak dan mencari jalan untuk tidak berkahwin dengan Fika Farisya.

“Tok Wan pun ada terfikir perkara yang Amm katakan tadi tapi Uncle Fuad kata secara dasarnya dia memang pemegang saham yang terbesar di syarikat MIFA Holding, walaupun 40 peratus syer syarikat yang dipegang itu masih belum pasti milik dia,tapi dia masih pemegang saham terbesar buat masa ini.

Kalau dia setuju pun untuk transfer 40 peratus syer tu pada kita, ianya tidak sah sebab arwah mama kamu dah wasiatkan pemindahan share tersebut hanya selepas setahun Amm kahwin dengan dia, untuk 20 milik dia dan 30 peratus lagi itu memang milik Arissa itu tak akan jadi masalah jika Amm dapat kembali 40 peratus share itu nanti, Amm boleh aje tendang dia keluar dari MIFA Holding. Sekarang yang Amm perlu fikirkan macam mana nak dapatkan balik 40 peratus itu, Tok Wan tak nampak jalan lain selain amanat yang sudah diwasiatkan oleh arwah mama Amm. Amm kena kahwin dengan dia buat sementara ini.” Jelas Engku Habibah buntu.

Megat Ammar terlopong mendengarnya. Kepalanya digeleng laju tanda dia tidak setuju dengan idea Tok Wan dia, dari gayanya tidak ada harapan dia mahu membuat keputusan sendiri.

What? Tok Wan, want to ask me to marry him.? Nonsense! Because the shares 40 percent, I have to marry him? This is not fair to me, Tok Wan. Ini semua idea yang paling bodoh! No way…no way…Tak Tok Wan! Tak! Amm tak akan setuju dengan idea yang Tok Wan bagi.” Megat Ammar mula bangun mundar-mandir seperti orang yang tiada pilihan untuk menentukan masa depannya.

“Tapi Amm, Tok wan terpaksa setuju dengan jalan ini.Hanya jalan ini aje yang terfikir oleh Tok wan macam mana kita nak dapatkan balik syer tu.”

Megat Ammar menggeleng terus-terusan. Mulutnya bagai terkunci, dia bagaikan ingin menbangkang kata-kata Tok wan namun hanya tersekat di kerongkong.

“Amm..” Engku Habibah bersuara perlahan.

“Memanglah Amm kena kahwin dengan dia tapi hanya untuk setahun saja. In fact Amm tak perlu commit diri Amm apa-apa pun bila kahwin dengan dia. Ini semua hanya diatas kertas. Kalau Amm tak suka atau cintakan dia pun tak apa yang penting  sekarang diatas kertas Amm dan dia, Suami isteri. That's all, as simple as that. After one year, Amm, divorced with her, terserah Amm nak ceraikan dia dengan talak berapa pun tak apa. Then lepas Amm dah dapat  40 peratus syer. Tok wan akan minta apa-apa lagi pada Amm. Please.. Tok Wan beg you, Amm.” rayu Engku Habibah pada cucunya.

Megat  Ammar meramas  rambutnya berkali-kali. Dia bingung ketika ini.

“Tok wan penting sangat ke syer tu pada Tok wan?Amm tak kisah kalau tak dapat syer tu pun! Amm tak rela nama Amm tertera walaupun di atas kertas sebagai suami dia. Amm tak dapat bayangkan bila dia dah sah jadi isteri Amm nanti! Sah, Tok wan tahu? Tok wan kenal Amm macam mana jika Amm tak suka dekat seseorang, Amm takut Tok wan dengan semua ini.Amm tak suka dia,tak cinta dia,dia perempuan kasar.Tok wan dengan apa yang kita ada dan ditambah pula aset yang sedia ada Amm yakin yang Amm mampu bangunkan satu lagi empayar perniagaaan yang baru dan setanding dengan MIFA Holding kelak walaupun kita terpaksa bermula dari bawah.”Begitu beri-ria Megat Ammar menyakinkan  Tok wannya.

Engku Habibah yang duduk diatas katil cucunya merengus dan bangun sambil berjalan ke pintu bilik Megat Ammar. Sebelum dia memulas tombol pintu bilik tu,Engku Habibah berpaling ke belakang.

“Amm ni tak faham ke apa yang Tok wan mahu! Tak akan Amm nak biar dia merampas hak yang sepatutnya menjadi milik Amm! Amm pun tahu bukan semua syer yang dia dapat tu hak milik keluarga kita, bukan keluarga Lissa atau anak-anak dia! Tok wan tak rela,Tok wan tak akan biarkan dia mewah dengan cara tu! Tok wan tak peduli apa pun Amm mesti dapatkan syer 40 peratus tu balik.

Kalau Amm memang cucu kesayangan Tok wan ,Amm mesti kahwin dengan dia! Kalau tak Tok wan tak akan maafkan Amm sampai bila-bila!Amm fikir elok-elok Tok wan tunggu jawapan dari kamu!”ucap Engku Habibah lalu terus melangkah keluar dari Megat Ammar.

Megat Ammar boleh mendengar bunyi dentuman pintu biliknya yang ditutup dengan kuat. Megat Ammar merenung pintu yang sudah tertutup rapat seperti fikirannya di kala ini yang tertutup jalannya.

******
Fika…Fika…dekat sini rupanya kau” tercungap-cungap Zafril Zafuan sambil melabuhkan duduknya di atas buaian.Terhenti seketika buaian yang sedang berhayun.

Fika Farisya terus memandang pelik temannya dengan perasaan yang mendongkol.

“Apa kau nak Zaf, potong stim betullah orang baru nak berhayun sambil ditiup angin sempoi-sempoi kat taman mewah ini, belum sempat lagi aku berangan nak jadi ‘mam besar’ kat banglo ini.” marah Fika Farisya.

Zafril Zafuan bangun dan dia melabuhkan duduknya disebelah Fika Farisya.

“Arghh…ini bukan masanya kau nak makan angin sempoi-sempoi kat sini tak ada maknannya, kau tahu! Kau lupakan dulu angan-angan minah jenin kau tu. Weii.. Fika kau pandanglah aku, aku nak bercakap ini. Hish,sibuk pulak dia pejam-pejam mata.Kau ingat cantik ke kalau kau pejam-pejam mata tu,”ujur Zafril Zafuan geram.

“Kau nak tahu tak Fika…”

“Entah aku tak tahu..”pantas sahaja Fika Farisya memotong.

“Ehh..cuba kau dengar apa yang aku nak sampaikan pada kau ini. Kau tahu tak masa aku nak turun cari kau tadi aku tak sengaja terdengar perbualan Mak Engku dengan mamat yang akan di kahwinkan dengan kau tu. Siapa erkk. nama mamat tu? Lantaklah aku tak ingat nama dia. Mak Engku dan mamat tu bercerita pasal kau…”

Fika Farisya hanya membuat muka blurr. Dia seperti dapat meneka apa yang cuba di sampaikan oleh Zafril Zafuan padanya.

“Amboi,kau pergi pasang telinga kuali kau kat tepi dinding bilik ‘mamat besi’ ke Zaf?Kau nak take over Mak Tiah gosip ke dalam segmen gosip sekampung?Tak sangka-sangka kau pun ada bakat macam Mak Tiah yang jiran awek lama kau,Shahrini erkk..”jawab Fika Farisya Spontan.

Zafril Zafuan sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih pada Fika Farisya.
“Kau ini, Fika.Kau tahu tak apa yang aku nak sampaikan kat kau ini.Tapi sebelum aku bukak cerita aku nak bagitahu yang aku tak sama dengan Mak Tiah gosip kat kampung kita tau, ini lagi satu Shahrini tu bukan awek aku.” ujur Zafril Zafuan menyangkal kata-kata Fika Farisya tadi.

“Yealah tu…cepatlah aku tunggu ini. Apa yang kau nak cakap kat aku?” Fika Farisya mencebikan bibirnya.

“Tengok baru aku buat penafian muka kau dah muka bosan kau, kau tak nak tahu ke apa yang dia orang bincangkan?” marah Zafril Zafuan.

“Aku tahu apa yang kau nak sampaikan kat aku, kau nak cakap yang dia orang mengata aku lagi? Emm..aku rasa bukan sekali ini dia orang mengata aku dan ibu. Biarla, aku okey apa. Aku untung adalah lagi dapat pahala percuma. Aku bukan nak kata aku tak pernah mengata sekarang ini pun kita dah duk mengata pasal diaorang kan? Dahlah aku malas nak ambik tahu apa yang dia orang cakap baik aku berangan kejap sambil berhayun kat buaian ini lagi banyak faedah yang aku dapat. Belum sempat Fika Farisya berpaling wajahnya di pegang kejap oleh Zafril Zafuan.

“Kau dengar dulu apa yang aku nak info dekat kau..”

Fika Farisya membulatkan matanya, lalu ditepis tangan sahabatnya. ’Hish…si Zaf ini ada ke main pegang-pegang kang aku tumbuk lebam mata tu’ gerutu Fika Farisya.

Zafril Zafuan yang sedar yang di terlajur salah cepat-cepat dia bersuara sebelum mood Fika Farisya bertukar mendung.

“Opss…sorry aku tak sengaja lagipun ini memang salah kau, cuba kau dengar apa yang aku nak cakap kat kau mesti tangan aku ini tak gatal nak pegang-pegang wajah anak dara orang, dahlah aku tahu kau tak suka aku buat macam tu maafkan aku,Fika…”seloroh Zafril Zafuan sambil merayu meminta maaf.

“Dahlah aku dah maafkan pun, cepatlah cakap aku mengantuk ini!” Fika Farisya berpura-pura menguap.




BERSAMBUNG :D...

Monday, 8 April 2013

DILARANG MASUK KE HATIKU BAB 6

OLEH : MYA AZLISHA


ENGKU Edry Ashman melingkarkan tangannya rapat ke pinggang spesies kerengga milik Dorina. Model baru Agensi Modelling milik Robert yang seringkali membekalkan dia model-model fresh and white! Dah serupa jenama ubat gigi pula jadinya.

'Dorina, Dorina, boleh tahan jugak perempuan ni! Cun, putih melepak, pipinya bagai pauh dilayang, kaki panjang macam galah. Almaklumlah, model catwalk. Arghhh, tak kisahlah, janji malam ni aku enjoy dan perempuan ni, senang je nak ikut aku balik tanpa sebarang caj!'Engku Edry Ashman tersengih-sengih suka.
Dorina dan Engku Edry Ashman menuju ke suite hotel yang telah di tempah. Almaklumlah, dapat model cun kenalah tempat bilik ekslusif sikit. Senang saja hendak memikat model yang tinggi macam galah ni, Engku Edry Ashman hanya mengumpannya dengan jambangan bunga ros dan mengajaknya makan di restoren ekslusif di KL ini. Terus gadis ini bersetuju menghabiskan malam ini bersamanya. 

Setelah mandi bersama, mereka berbaring atas katil sambil menonton televisyen.
“You handsome lah! First time I tengok you, I dah jatuh cinta tau? Handsome macam, er.. macam Amitabh Bachan! Kih...kih.....kih....” Puji Dorina dengan gelak besarnya. 

Engku Edry Ashman yang mendengar tersengih janggal. Amitabh Bachan? Tak ada iras langsung? Bayang pun jauh sekali. Takut pula dengar Dorina ni ketawa. 'Jangan-jangan, hantu yang aku bawa balik ni, bukannya orang.'

Engku Edry Ashman pasrah menerimanya.Amitabh Bachan pun, Amitabh Bachan lah! Giliran dia pula mengayat gadis setinggi galah panjang ini. Itu memang bakal semulajadinya yang tidak dapat dinafikan lagi. 

“Iya ke? Tak sangkanya muka I macam Amitabh Bachan tu. Mesti I sangat hensem di mata you kan? Sebenarnya, I pun dah lama meminati you, lepas menghadiri fashion show you minggu lepas, terus I jadi gila bayang. Sampaikan tiang elektrik, pokok kelapa, Pasaraya Tesco pun nampak seperti you.
Oh, betapa kroniknya gila bayang I, sampaikan I pergi membeli majerin Dorina demi menghilangkan kegilaan I pada you. Hari-hari I makan majerin tu, sampai kembung perut I. 

I lega sangat sayang, you kini berada disebelah I, sudi temankan I malam ni. Terubat penyakit angau I akhirnya. Rasa macam mimpi dalam pula. You cantik sangat, superb macam Lady Gaga, ” bersungguh Engku Edry Ashman berkata dengan nada yang romantis. 

Matanya merenung romantis wajah gadis ini. Pasti Dorina akan cair kerana kata orang renungan matanya sangat seksi. Dorina yang mendengar ketawa lagi kuat. Mengilai, seram sejuk pula mendengarnya.
Dorina menampar bahu Engku Edry Ashman berkali-kali kerana tidak mampu menahan kelucuan sampai senget bahu Engku Edry Ashman dibuatnya. 

'Perempuan jenis apa ni, kasarnya, nak gelak pun, control lah sikit suara tu. Mengilai-gilai macam langsuir. Tangan pula kerja merayap je. Tak tau diam. Kalau meraba aku, syoklah juga. Ini tidak sekejap tampar, sekejap cubit, sakit nak mampus satu badan aku ni! Mahu lebam karang.' Desis hati Engku Edry Ashman. 

“Okey, I nak urutkan badan you boleh, sayang?” Pinta Dorina dengan gedik. Engku Edry Ashman berasa lega. Penderitaan sudah berakhir. Dia kembali tersengih. 

“Wow, sayang, baiknya hati you. Urutlah, badan I pun sakit-sakit, lenguh-lenguh ni.”

“I baru belajar satu kaedah urutan, namanya cakar kucing. Urutan ni bagus untuk pengedaran darah tau dan mengeratkan kasih sayang sesama kita. I tak nak hubungan kita tamat malam ni je, I nak hubungan kita berpanjangan,” balas Dorina. 

“Hah? Cakar kucing? Apa tu? I tak pernah dengar pun?” Tanya Engku Edry Ashman dengan pelik. Bab cakar-cakar ni bukan benda main-main, tengoklah kuku si Dorina yang panjang tu. 

Engku Edry Ashman tidak sempat menolak kerana Dorina telah menolak badannya sehingga tertiarap. Terasa belakangnya dicakar-cakar manja. Engku Edry Ashman tergelak geli.

“You ni urut ke mengeletek?” Seloroh Engku Edry Ashman sambil tergelak. 

“Relakslah darling, ini baru permulaan untuk longgarkan urat belakang you dulu. Orang kata apa, pemanasan, macam kita senaman tu. Hah, ini urutan yang sebetulnya. Ada bunyi macam kucing sikit. Miaw!!!” 

Shrekkk!!! Terus kuku Dorina yang tajam dan panjang itu mencakar belakang Engku Edry. Terkedu dan terbeliak mata Engku Edry Ashman dibuatnya, yang pasti mukanya merah padam menahan pedih akibat cakaran itu. Ini cakar kucing ke, cakar harimau? Dorina ni, serigala jadi-jadian ke?

“Macam mana darling? Rasa sedap tak urat-urat badan you? I menuntut dari kawan I tau. Dia kata urutan cakar ni, akan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. I akan praktikkan cakaran sebelum kita jadi suami isteri. You mesti bertambah sayang kat I kan sekarang?” Tanya Dorina dengan penuh manja sambil terus mencakar dengan tahap keyakinan yang cukup tinggi. 

Lampu yang malap, membuatkan dia tidak nampak belakang Engku Edry Ashman yang sudah berbirat merah itu. Engku Edry Ashman tersenyum pahit lepang. 'Teramatlah sayang pada kau Dorina, sampai aku rasa nak humban kau dalam kandang harimau. Baru sama spesiesnya!' Lemah rasa suara hati ini kerana sakit. 

“Cukuplah sayang, I dah bertrilion rasa sayang pada you ni.....cukup....cukup.....” Engku Edry Ashman terus berpusing ke depan. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menahan pedih dan sakit. 

'Mahunya seminggu aku mengelupur masa mandi. Betul ke tak betul otak si Dorina ni? Model cap ayam agaknya?' Getus hati Engku Edry Ashman.

'Ini adalah kali terakhir aku bertemu dengan Dorina pencakar kucing, cukuplah hanya sekali aku pakai dia!' Balas Engku Edry Ashman dengan geram.

“Abang! Baru balik? Apasal abang ni? Macam sakit ja?” Soal Engku Evana apabila melihat muka kelat abang yang dari tadi memegang belakang badan. Sesudah menghabiskan masa dua jam bersama Dorina, Engku Edry Ashman terus pulang dari KL ke Villa Sentosa.

“Adik, cuba tengok belakang abang ni, apa yang dah jadi?” Soal Engku Edry Ashman menahan pedih. Berdesit dia menahan pedih.

Engku Evana menyelak belakang baju abangnya itu. Terlopong mulutnya melihat bekas cakaran yang memerah di belakang abangnya.

“Apa ni abang? Apasal calar-balar ni? Siap berdarah lagi. Abang kena sebat dengan siapa ni?” Soal Engku Evana dengan risau. Cemas dan panik mukanya. 

'Tak guna! Memang gila betul perempuan tu! Terpaksa aku kontrol macho tau tak tadi, itu yang aku tahan je, macam tak sakit. Padahal, mahu saja menjerit satu KL tadi.' Bebel Engku Edry Ashman dalam hati.
“Abang...errr....abang.....errrr,” aduhai, alasan apa harus diberikan pada adiknya ini.Engku Evana mengelengkan kepalanya. Engku Evana cukup maklum perangai kaki betina abangnya ini.

“Perempuan kan yang cakar abang? Abang ni tak habis-habis dengan perangai playboy dia. Sejak bercerai semakin menjadi-jadi. Menyampah betul dengan perangai abang tau tak?” 

Kehidupan sosial yang melingkari mereka sekeluarga membuatkan mummy dan daddy tidak pernah melarang abang-abangnya untuk melakukan apa sahaja yang diingini mereka tanpa sekatan.

“Janganlah menyampah pada abang. Biasalah orang lelaki. Itu yang abang tak bagi Eva dekat-dekat dengan orang lelaki, sebab lelaki zaman sekarang ni ramai yang hidung belang. Eva, tolong sapukan ubat kat belakang abang. Pedih lah!” Engku Edry Ashman menahan pedih. Engku Evana lantas bangun mengambil krim luka.

“Padan muka abang! Tahu nak berseronok je, tak kira siapa. Entah-entah perempuan gila yang abang tidur ni. Janganlah bebas sangat abang, Eva takut abang tertidur dengan pembawa HIV ke, macam mana? Berseronok tak ingat mati!” Tegur Engku Evana dengan penuh bimbang. Krim luka terus disapu ke belakang abangnya yang berbirat luka itu. 

“Eva ni membebel macam mak nenek. Bukan abang yang kejar perempuan, perempuan yang kejar abang. Mana ada kucing nak tolak ikan. Hidup solo macam ni, lebih banyak save tau dari membela isteri. Perempuan-perempuan yang ikut abang tu, abang cuma perlu mengayat je, terus cair. Tak payah nak berhabis duit pun. Jangan risaulah, abang pakai protection. 

Tak akan kena penyakit punya. Abang pun bukan sesuka hati nak tidur dengan mana-mana perempuan. Mesti abang siasat dulu latar belakang perempuan tu. Tapi hampeh perempuan zaman sekarang, nampak baik, kadang-kadang tu yang bertudung pun abang sebat juga ingatkan suci lagi, tapi dah rosak. Susah nak cari perempuan baik-baik,” jawab Engku Edry Ashman. Dalam kebanyakan perempuan yang dipikat, semuanya sudah habis madunya. 

Tinggal sisa saja untuknya. 

“Lelaki macam abang, dah gitu je perempuan yang selayaknya untuk abang. Kalau nak perempuan baik-baik, jadilah lelaki yang baik-baik. Kalau nak isteri yang baik, jadilah suami yang baik. Perangai macam hantu, nak isteri macam malaikat!” Bebel Engku Evana geram.

Engku Ejah yang turun ke bawah kehairanan melihat belakang anak sulungnya yang berbirat.

“Edry, kenapa belakang tu? Lain macam je mummy tengok?” Tanya Engku Ejah. Engku Edry Ashman bingkas bangun, duduk di sisi adiknya itu.

“Tak ada apalah mummy. Sikit je, biasalah dapat yang ganas malam ni. Mummy tak tidur lagi?” Soal Engku Edry Ashman. Masih terasa kesakitan di belakangnya. Engku Ejah mengelengkan kepalanya.

“Macam-macam kamu ni, Edry. Ikut suka kamulah, janji jangan abaikan kilang-kilang kita tu sudahlah. Daddy pun, puji perkembangan kilang bawah jagaan Edry tu, tapi ingat, jangan sibuk sangat menghabiskan duit pada perempuan. 

Perempuan zaman sekarang ni, semuanya mata duitan. Tahu nak mengikis harta orang je kerjanya.” Bebel Engku Ejah dengan kesal.

“Tak teringin ke abang nak kahwin lagi? Kalau lepas ni, kiranya isteri yang ke empatlah kan?” Engku Evana tergelak lucu. 

Engku Edry Ashman terdiam seketika. Malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Kahwin ke tidak sama sahaja, tiada apa pun yang mengubah kehidupannya. Engku Ejah mengelengkan kepalanya melihat anak sulungnya sedang mengelamun sendirian.

“Edry nak kahwin lagi ke? Baik tak payah, buat membebankan je. Setakat kahwin tak sampai seminggu pun, lepas tu dah jemu mengadap isteri. Kemudian, cerai. Lepas tu jadi satu kerja pula nak naik turun mahkamah. Mummy dah malas nak fikir fasal masalah Edry ni. Buang masa je Edry,” Engku Ejah terus bangun dan berlalu ke bilik.Engku Edry Ashman cukup bersetuju dengan pendapat mummynya. Biarlah dia menduda, bukanlah susah pun nak dapatkan mana-mana perempuan untuk melepaskan keinginannya. 






BERSAMBUNG.... :D