Followers

Saturday 9 June 2012

Cuti-cuti cinta

CUTI - CUTI CINTA   salam.... nie frist cerpen dekat blog MSF.... akn datang insyllh ad..tggu je..
harap korang dapat komen ye..baik atau buruk kami terima..
kalau ad kekurangan atau salah ejaan dalam cerpen kali ini minta maaf ye...



 




 Syazril Iswan seorang jejaka yang tampan dan bergaya serta mempunyai sifat yang sempurna bagi seorang lelaki yangg diidamkan oleh perempuan-perempuan di luar sana. Dia adalah seorang anak usahawan yang menjadi kegilaan ramai pekerja di cawangan syarikat keluarga dia , Syazril Iswan seorang yang baik hati ,peramah,bertanggungjawab dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam tapi hobinya tiada seorang pun tahu kerana dia selalu sibuk dengan kerja pejabatnya. Selain itu, Syazril Iswan adalah anak bongsu  kepada Datuk Samad iaitu ahli usahawan mempunyai rangkaian makanan sejuk beku yang terkenal dan Berjaya di Malaysia.

Syazril Iswan mempuyai  perwatakkan yang unik iaitu seorang yang cintakan alam semulajadi kerana alam semulajadi yang mengajar dia sesuatu yang bernilai selain memberi semangat kepadanya kerana kehijauan pokok,rumput dan lain-lain yang berhijauan memberikan kesegaran pada dirinya dan  warna kebiruan memberi ketenangan padanya. Maka dia telah mngambil cuti selama sebulan untuk melancong dari mengrehatkan diri dari masalah pejabat sambil mencari pengalaman yang belum dia temui. Sebelum Syazril Iswan bercuti, Datuk Samad ada bertanya kepada anaknya tentang percutian yang di rancang oleh anak bongsu beliau.

“ Syaz, papa nak tanya ini. Jadi ke kamu nak bercuti selama sebulan? ” kata Datuk Samad selepas mesyuarat mingguan yang di diadakan pada hari itu. Mesyuarat tersebut memang tiap-tiap minggu Datuk Samad buat supaya beliau tahu tentang perkembangan syarikat yang di uruskan oleh anak bongsu beliau. Bukan tak percaya Cuma kurang yakin sahaja.

“ Jadi papa, Syaz memang dah plan untuk bercuti selepas projek Tempeh Goreng dah selesai. Syaz dah lama la papa tak bercuti so bagilah anak papa bercuti sebelum nak tumpukan projek rangkaian makanan dari syarikat pihak kita dengan Syarikat Arina itu.” kata Syaz sambil membayangkan seorang gadis yang bernama Arina yang mempunyai jawatan tertinggi dalam syarikat tersebut tapi itu Cuma angan-angan sahaja sebab Arina sekarang sudah bertunang dengan Mikail Arshad seorang anak jutawan yang paling top di Malaysia dan tidak lama lagi akan mendirikan masjid. Syaz cepat-cepat tepis bayangan Arina kerana tak nak hal tersebut akan menghilangakan mood dia yang tengah berseronok nak bercuti. Itulah bila si Arina single, kau tak nak mengayat sekarang ini kau hanya mampu tengok jelah… hahaha.

“ Ok, kalau dah macam itu keputusan Syaz. Papa luluskan permohonan cuti kamu itu. Ingat Cuma sebulan sahaja cuti tak boleh lebih. Kalau nak lebih boleh, sila cepat-cepat cari calon la ye ” Datuk Samad berkata dengan nada tegas sambil mengusik anak teruna beliau. Bukan apa, pernah dahulu si Syaz ini tipu beliau dengan isterinya dengan berkata dia akan pulang ke Malaysia dalam tempoh sebulan tetapi  penantian mereka sia-sia sebab Syazril Iswan tak balik seperti di harapkan. Tiba-tiba si Syaz ini dalam masa enam bulan baru muncul dan pada masa itu seluruh keluarga Datuk Samad terkejut. Nasib baik Datuk Samad ini takada sakit jantung,  kalau tak dah lama jalan kot. Alasan si Syaz dia pergi melancong di Benua Amerika. Ala yangada hutan Amazon itu. Memang si Syaz ini tak da perasaan betul la..sanggup buat macam itu dekat kelaurga dia. ( adik2, jangan ikut sikap Syaz ye..tak patut- patut…ish.ish..ank siapa la ini).

“ Erk.. papa ini ke situ pulak kalau ada jodoh mai dan dah sampai seru baru Syaz kahwin papa, tak perlu tergesa-gesa lah papa, syaz masih muda dan nak bersukaria dulu. Apa kes papa kahwin awal-awal ini ” Kata Syaz dengan riak bangga. Ala papa ini, aku masih muda ini tak kan nak kahwin awal kot. Lagipun ada lagi cita-cita aku yang belum tercapai lagi iaitu buka galeri gambar yang bertemakan panaorama alam sekitar. Bila nak buka galeri itu tak tahu. Syaz bermonolog sendiri.

“ Kamu ini, papa dah tak tahu lah nak cakap apa lagi. Suka hati kamulah nak buat apa-apa pun janji jangan jadi bujang lapok sudah lah. Eh kamu pilih tempat mana kamu bercuti ini? Dalam Negara atau Luar Negara? ”Kata Datuk Samad dengan rasa nak ketawa bila tengok muka anak bongsu beliau kalau sebut pasal kahwin pasti akan mengelak atas sebab masih muda lah dan sebagainya. Dah hampir muak bila dengar si Syaz bagi jawapan kepada dia dan isteri, bukan apa umur Syazril Iswan dah nak masuk 27 tahun tapi belum ada calon. Mana Datuk Samad dan isteri tak risau. Beliau dan isteri hanya mampu berdoa sahaja supaya hati anak bongsunya terbuka untuk kahwin.

“ Syaz pilih dalam Negara la papa, malas nak ke luar Negara sebab passport Syaz masih belum di perbahrui lagi. Syaz pilih Negeri Pahang untuk percutian kali ini ” Syazril Iswan berkata dengan lembut. Ada sebab dia pilih Negeri Pahang kerana ada banyak tempat menarik untuk menghayati alam semulajadi ditambah dengan untuk dapat elakan kesibukan di pejabat. Selain itu, mungkin dia dapat ihlam untuk menjalankan misi dia iaitu mencukupkan koleksi gambar tentang panorama alam semula jadi yang di sukai.

Datuk Samad terus menanggukkan kepala dan terus meninggalkan Syaz dalam bilik mesyuarat kerana dia ada temu janji dengan Datuk Majid utuk bermain golf. Manakala, Syaz meneruskan kerja yang tergendala sebab mesyuarat tersebut dan di tambah Datuk Samad datang ke bilik untuk menanyakan percutian kali ini. Pada minggu ini, Syaril Iswan dah niat untuk menghabiskan kerja yang tertunggak sebelum dia bercuti kerana dia tak nak masa dia bercuti dia ingat akan kerja-kerja pejabat.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

 Hari ini hari yang di tunggu oleh Syazril Iswan kerana hari ini dia mula bercuti. Sebelum dia bercuti dia telah mencari maklumat tentang tempat yang ingin dia lewati masa bercuti ini. Maka dia telah memilih Pulau Tioman sebagai destinasi pilihan pertama dia. Dia telah menyewa sebuah chalet di Berjaya Tioman Resort  yang berdekat dengan pantai yang cantik. Selepas itu, Syazril Iswan telah mengambil gambar dari dasar laut dengan cara menyelam ke dasar laut, dia berasa teruja ketika menyelam ke dasar laut kerana macam- macam jenis kehidupan dia jumpa dan berasa bersyukur atas kebesaran Allah. Keesokan harinya, dia telah ke pantai untuk melihat matahari terbenam. Dia tak ingin melepaskan  peluang ini sebab peluang ini bukan senang dia dapat melihat kerana di Kuala Lumpur amat jarang sekali dapat tengok matahari terbenam. Dia tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar matahari terbenam dengan menggunakan kemera kesayangan dia iaitu DSLR Canon yang dia beli ketika  dia belajar di London. Ketika dia sedang khusyuk menangkap gambar matahari terbenam, dia termelihat seseorang yang juga mempunyai minat yang sama dengan beliau. Syazril Iswan telah mendekati perempuan tersebut.

“  Hai, awak suka ambik gambar ke? ” soal Syazril Iswan dengan mermahatikan gelagat perempuan yang khusyuk menangkap gambar teletah kanak-kanak yang tengah main air di gerigi air pantai. Syazril Iswan menilai perempuan tersebuat itu dengan tajam. Seorang yang perempuan yang lasak, lincah, mempunyai muka yang lembut, seorang yang ranggi walaupun dia memakai tudung ala- ala Dian Pelangi. Nampak comel pulak hati Syazril Iswan bermonolog sendiri.

“ Assalamuilakum, Awak ini siapa ye?…maafkan saya bertanya macam itu sebab saya tak akan jawab pertanyaan orang lain kalau orang itu saya tak kenal ” Fea Ameera jawab denagn sopan walaupun dalam hati dia masih dengan rasa terkejut dengan teguran Syazril Iswan yang secara tiba-tiba. Fea Ameera melihat Syazril seorang lelaki yang kacak dan bergaya walaupun mengenakan seluar pendek yang separas lutut dan berbaju Polo. Cair Fea Ameera di buatnya. Ini kalau jadi suami aku, gerenti aku tak akan keluar rumah untuk sebulan. Fea Ameera bermonolog sendiri dengan membayangkan kalau Syazril Iswan itu suami dia. Tiba-tiba Fea Ameera tersedar dan cepat- cepat tepis semua bayangan itu.

“ Walaikumsalam, saya Syazril Iswan. Awak pulak siapa nama? ”;Syazril Iswan bercakap dengan tenang walaupun dia gugup ketika berhadapan dengan Fea Ameera.

“ Saya Fea Ameera, saya akan jawab soalan pertama Encik Syazril Iswan tadi. Saya suka ambik gambar kerana setiap gambar mempunyai cerita masing-masing. Encik Syazril Iswan pun suka ambik gambar juga ke? ” jawab Fea Ameera yang berasa segan pula ketika berhadapan dengan Syazril Iswan walaupun dia sudah banyak kali berhadapan pelanggan yang berjantina lelaki tetapi dengan Syazril Iswan dia berasa malu sangat. Fea  Ameera melihat kemera DSLR Canon yang tergantung di leher Syazril Iswan.

“ Ya, saya suka mengambil gambar tapi gambar yang berunsurkan alam semula jadi sebab saya minat alam semula jadi. Hrm..awak tak payah panggil  saya Encik, awak boleh panggil Syaz sahaja. Saya panggil awk Fea boleh tak? ” Syazril Iswan menjawab dengan penuh yakin pada masa yang sama hati dia berasa berdebar-debar pulak ketika melihat muka comel Fea Ameera dan dia tidak suka Fea Ameera panggil dia dengan gelaran Encik sebab sekarang ini bukan pejabat tapi di tepi pantai yang indah sambil menyaksikan matahari terbenam.

Fea Ameera terus mengangguk kepala menandakan dia bersetuju dengan penyatan Syazril Iswan panggil dia Fea kerana nama tesebut terlihat agak mesra. Mereka menghayati keindahan dengan matahari terbenam sambil bercerita tentang kisah mereka. Rupanya, Fea Ameera adalah seorang pereka iklan disyarikat yang terkenal di ibu kota. Setelah beberapa hari di Pulau Tioman, Syazril Iswan telah check in keluar dari chalet untuk ke tempat yang seterusya iaitu di Ladang Teh yang terletak  di Cameron Highlands. Dia telah mengajak Fea Ameera untuk mengikuti dia untuk percutian yang seterusya. Fea Ameera terus bersetuju kerana tugasan dia dekat Pulau Tioman telah selesai dan dia telah memohon cuti pada bosnya dengan mengatakan bahawa dia perlukan cuti sebelum mula bekerja untuk siapkan projek dia yang sedang menanti di syarikat yang Fea Ameera bekerja.

Di Cameron Highlands, Syazril Iswan dan Fea Ameera telah telah sewa hotel yang berdekatan dengan Ladang Teh Boh yang di mana menjadi salah satu produk Teh  yang terkenal di Malaysia. Syazril Iswan dan Fea Ameera tidak ketinggalan untuk menikmati air teh yang di hasilkan oleh ladang teh tersebut. Teh yang di minum oleh Syazril Iswan dan Fea Ameera amat sedap dan panas, sesesuai dengan cuaca di ladang tersebut sejuk dan nyaman dengan aroma Nasi Lemak, membuat mereka rasa lapar, lalau mereka makn nasi lemak tersebut. Setelah menghayati air teh yang di hidangkan oleh pihak Ladang teh. Syazril Iswan terus mengajak Fea Ameera untuk menangkap gambar suasana Ladang Teh yang masih sejuk dan nyaman. Syazril Iswan berasa seronok dan puas hati dengan gambar yang di tangkap oleh dia. Syazril Iswan juga tidak melepaskan peluang juga dengan menangkap gambar Fea Ameera yang sedang khusyuk menghayati suasana ladang tersebut. Syazril Iswan tersenyum melihat keletah Fea Ameera yang comel macam tak pernah melihat suasana tersebut.

Ketika menghayati suasana pagi diladang Teh boh yang sejuk dan nyaman tiba-tiba Syazril Iswan berkata-kata manis tanpa dia sedari...Fea Ameera khusyuk memandang suasana kawasan lading tersebut tiba-tiba tersentak  mendengar puisi yang dikatakan oleh syazril Iswan..
 
indahnya mentari pagi
mentari yang cantik berseri
berseri ada teman disisi
bagaikan sinar baru dalam diri
membuatku tesenyum sendiri
dengan keindahan diri oleh Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
bertemankan dengan kekasih hati yang ku sayangi..

dengan tak berkata apa Fea tersenyum dengan kata-kata terakhir syaz.. bagaikan berbunga-bunga hati fea bersama syaz..dalam hati fea berkata “kalaulah syaz luahkan isi hatinya pada aku ,gerenti aku terimanya seadanya” Fea Ameera bermonolog sendiri sambil mengalamun sampai syaz panggil pun tak dengar..
“ Fea, awak rasa seronok ke? Syaz nampak awak macam teruja sahaja” Syazril Iswan berkata dengan berjalan mendekati Fea Ameera sambil kemera kesayangan dia masuk ke dalam beg khas yang telah di sediakan.
“ Hurm… memang Fea teruja sangat dengan suasana dekat sini, suasana yang sejuk dan nyaman buat Fea tak nak balik ke Kuala Lumpur terasa nak duduk sini sahaja” Fea Ameera menjawab dengan perasaan malu kerana keletah dia yang sedang menghayati suasana di ladang Teh  tersebut telah di lihat oleh Syazril Iswan.

“ Kalau macam itu Fea kahwin dengan pemilik Ladang Teh dekat sini sahajalah kalau tak nak balik Kuala Lumpur, hari-hari boleh pergi ke sini dengan percuma . tak ada siapa nak halang Fea.” kata Syazril Iswan dengan nada mengusik Fea Ameera tapi dia tengok Fea Ameera telah memuncungkan mulut dia, dah macam boleh ikat dengan tali getah nasi lemak yang mereka makan tadi. Hahaha

“ Syaz ini, nak kena tau dengan Fea.. tak nak kawan lah macam ini ” Fea Ameera berasa geram denagn usikan Syazril Iswan, lalu dia cubit lengan Syazril Iswan dengan kuat.Fea berasa puas hati lalu memandang Syazril Iswan yang meraba-raba lengan dia dan ada niat nak balas cubitan Fea Ameera. Fea Ameera terus lari meninggalkan Syazril Iswan dengan sekuat hati. Mereka pun main kejar-kejar ala-ala Hindustan  di Ladang Teh tanpa menghiraukan pandangan orang lain yang penting mereka berasa seronok dan gembira. Selepas itu, mereka pergi ke Ladang Strewberri dan Ladang Tebuan untuk membeli buah tangan untuk ahli keluarga mereka.


Setelah dua minggu berada di Cameron Highlands, Syazril Iswan dan Fea Ameera terus kan pejalanan ke Sungai Perting Fall atau Lata Hammers untuk melengkapkan percutian yang terakhir yang hampir habis ini. Di sini mereka mangambil meredah hutan iaitu Jungle Terkking kerana mereka hendak mengambil gambar sepesis Flora dan Fauna untuk di jadikan koleksi mereka. Syazril Iswan dan Fea Ameera berasa puas kerana dapat melengkapkan koleksi mereka dan juga percutian mereka kali ini. Mereka berasa gembira kerana dapat bercuti tanpa ganguan panggilan kerja.

“ Fea, Syaz rasa gembira dengan percutian kali ini sebab dapat merehatkan minda syaz yang dah lama rosak dengan tugasan kerja yang tidak berhenti sejak Syaz mula bekerja di syarikat keluarga Syaz ” Syazril Iswan berkata denagn puas hati sebab matlamat dia bercuti telah tercapai iaitu merehatakan minda tanpa ada ganguan oleh siapa.
“ Fea pun sama dengan Syaz berasa gembira sangat-sangat. Ini percutian yang paling Fea akan ingat sampai bila-bila” Fea berkata denagn gembira. Daia memang gembira sebab dia dapat jumpa dengan Syazril Iswan . adakah dia dah jatuh cinta dekat Syazril Iswan? Ya, memang tidak di nafikan lagi dia memang dah jatuh cinta dekat Syazril Iswan tapi dia malu nak menyatakan perasaan dia kepada Syazril Iswan. Adakah Syazril Iswan mempunyai persaan yang sama denagn dia. Dia mengeluh.

“ Fea, kenapa ini?kenapa mengeluh? ” Tanya Syazril Iswan dengan rasa bimbang. Yelah mana tahu Fea Ameera rasa tak selesa dengan dia ke. Sebenarnya Syazril Iswan sudah mula jatuh cinta dekat Fea Ameera Cuma dia tak tahu nak nyatakan macam mana sebab dia tak pernah bercinta ini kali pertama dia merasa debaran jatuh cinta.

“ Tak ada apa-apalah Syaz, Fea rasa sedih sahaja lepas ini kita akan berpisah. Ikut haluan masing-masing. Fea harap lepas ini, kita dapat berjumpa lagi ” Fea Ameera berkata dengan nada berharap supaya Syazril Iswan faham dengan kehendak dia. Fea Ameera faham akan percaturan jodoh ini, Bak kata orang kalau dah jodoh, tak kan mana dia pergi insyallah.

“ Fea, jangan rasa sedih ea, nanti kita boleh berhubung dekat facebook. Fea nanti bagilah nama facebook Fea dekat Syaz ye ” Syazril Iswan faham dengan perasaan Fea Ameera sebab dia pun merasa apa yang Fea Ameera rasa. Harap lepas ini dia dapat bertemu kembali dengan Fea Ameera. Insyallah
“ Ok, Fea tak akan sedih ok. Syaz jangan mungkir janji dan jangan lupa tau add Fea dekat facebook ” Fea Ameera berkata dengan riangnya. Dia amat pasti yang Syazril Iswan tak akan mungkir janji.
Syazril Iswan menanggukkan kepala seraya mengajak Fea Ameera untuk mengemas barang mereka dekat chalet untuk pulang setelah hamapir sebulan dia bercuti. Selepas ini, dia akan fokus pada kerja yang sedang menunggu di syarikat dia tersebut. Dia pun tak tahu bila akan bercuti lagi. Mungkin pada masa bulan madu dia nanti. Syazril Iswan tersenyum.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

Setahun berlalu, Syazril Iswan dan Fea Ameera telah membuka galeri mereka yang pertama di Kuala Lumpur, di mana gambar-gambar mereka ambik pada bercuti di Negeri Pahang antara  yang buat koleksi telah di pamerkan di sini untuk tatapan umum. Mereka berasa bangga hajat mereka telah tercapai dan pada masa yang sama mereka telah berkahwin. Harapan Datuk Samad dan isteru tercapai bila anak bogsunya menyatakan dia ingin berkahwin. Nak tahu tak macam mana mereka berkahwin. Jomm roll tv sekejap.

SEBELUM SETAHUN

Syazril Iswan telah bertekad hendak berjumpa keluarga Fea Ameera untuk meminta izin untuk berkahwin denagn anak gadis mereka dan keluarga Fea Ameera telah mengizinkan Syazril Iswan untuk berkahwin. Dari situ, Syazril telah membuat plan untuk melamar Fea Ameera dengan bantuan kawan baik Mikail Arshad iaitu Ariee. Ariee mencadangkan Syazril Iswan supaya memasak untuk menunjuk kan keikhlasan kepada Fea Ameera. Syazril Iswan pun mengikut idea yang di sarankan oleh Ariee. Dia pun masak dan nasib baik Syazril Iswan mempunyai skill memasak semasa di London dan meletakkan cincin perkahwinan itu dalam makanan yang di masak. Ternyata idea Ariee tercapai juga kerana Fea Ameera berasa terharu dan dia bersetuju dengan lamaran Syazril Iswan serta Fea Ameera rasa terharu sangat dengan usaha Syazril Iswan.

Alhamdullah Syazril Iswan dan Fea Ameera telah menjalani kehidupan yang bahagia dengan kehadiran anak kembar enam yang diberi nama oleh Liya sepupu Fea Ameera serta rezeki mereka melimpah ruah apabila salah satu gamabr mereka tercalon dalam pesta gambar Antarabangsa di Jordan. Pada masa yang sama, mereka teruskan hobi mereka denagn mengambil gambar suasana alam semula jadi. Mereka berasa bersyukur dengan rahmat yang di beri oleh Allah. 
 
Indahnya alam semula jadi yang KAU berikan
Indahnya ciptaanMU di seluruh dunia
Indahnya kecantikan alam flora dan fauna
Indahnya dunia yang KAU berikan pada manusia

Kecantikan kehidupan kehijauan menbuat ku terpukau
Terpukau kerana keunikan ciptaan Allah
ku bersyukur kerana dilahirkan diatas bumi ini
Dapat melihat kecantikan alam ini

Awan, langit,air,tanah,bukit bakau,gunung ganang mempunyai sifatnya tersendiri
Setiap hari ia menjalankan tugasnya yang Allah tetapkan
Keunikan alam semulajadi boleh mehilangkan masalah,kemurungan
Kesibukkan dan lain-lain.

Kehijauan boleh melambangkan kesan semulajadi pada diri, kesegaran,menwujudkan Kesimbangan emosi dan kejiwaan
Biru yang harmoni  ,kebenaran ,tenang,dingin rasa tenteram ,hening dan nyaman apabila memandang langit yang kebiruan.
Apabila melihat melihat fajar  terbenam ia bagaikan memberi impak bertenaga ,cergas,mesra dan kreatif memberi aura positif,senang ,gembira dan penuh
Tenaga mampu mengurangakanresi ataupun tekanan ..semua masalah atau kesulitan dalam diri akan hilang melihat kejinggaannya itu..

Bila fajar mentari pagi mebuatku ingin melakukan kehidupan baru dan ingin mencintai alam semesta kerana keindahan,kecantikannya dan keunikkan membuat ku hargainya..dengan penuh kasih sayang..
Cintai alam sangat unik dalam diri ini...

CREATED BY : NURUL ARINA SAYUTHI  & HAFIZ WLEO ( 8/06/12 ON 1.20 PAGI)

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIK GALAH TOLONG JOLOKKAN,
KAMI BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG AJARKAN dan tolong tunjukkan ..
:)
 kami amat alu2 kan komen yang mebina dari anda semua... :)

11 comments:

  1. Wah, ada nama Liya :D hehehehe! kembar Z tu kan? :) Terima kasih!

    okey2, cerpen ni best cuma agak tergesa2. maybe akan jadi lebih best bila arina cerita dengan lebih lanjut macam mana syaz lamar fea. gambarkan scene tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tq..bukan tergesa2 kot cuma nk target bbrpe pages buat cerpen..kalau pnjng sngt takut reader boring pulak..hihi

      yup...hihi..ttba teringat name kmbar tu terus sumbat dekat situ hihi
      ape2 pun tq ye komen...insyllh kan berusha lagi buat yang terbaik..hihi

      Delete
  2. best! cerita yg tak cliche! tapi boleh dikembangkan lagi idea tu! thumbs up! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awk..idea dah kering dah..hihi..ape2 pun tq ye...insyllh saya kan berusha lagi... buat yng terbaik :)

      Delete
  3. perhhh tak tahan ank kembr 6,,,,serius kalakar,,ermm teroskan usaha bekarya,,insyaallah kot3 leh diterbitkan ker an,,mne kite tahu,,,usaha tngga kejayaan seorang mukmin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq azzah...erk..di terbitkan insyllh..mudahan2..insyllh akn berusha sebaik mungkin.. :)

      Delete
  4. Orait Arina..ni nk beri komen yg pedas2 kt awk..hehehe...Overall, cter ni ok..Cuma awat cpat sngt hbs nyer? hehehe..bru nk feel ni..kiki...da tu mcm bse..krya yg prtama msti akn ada yg kurangnya...Tp sume tu msti dpt dprbaiki lg bla awk byk menulis n mmbca..msti ttbhasa awk akn brtmbh bek..Crpen ni gya die smpoi..cma mcm apa yg sy ckp td la..kne byk mnulis dn mmbca bla nk tgktkn lg pnguasaan bhsa..sy pn mcm awk dlu..kui2..mlu klu sruh org bce bab awl CYTK tu..hehe..sbb tunggng lnggng aytnya..so sy mmhami..apa2pn, good job for both of u..Sy akn stiasa mnunggu krya2 wrga MSF strusnya... <3 awk ktat2..hehe.. ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. pnjang nye komen dia..hahaha..tq fyka..insyllh saya akn berusaha sebaik nya....
      sayang awak ketah <3 <3 <3.. hihi

      admin arina

      Delete
  5. gud luck...akak dah komen kat inbox kamu...oh duet ke??wah...gud luck lagi sekali wokey???

    ReplyDelete
  6. oh ye duet kak.. kalau sorang nie mmng tak mampu nk publish cepat..
    tq kak :)

    by admin arin

    ReplyDelete
  7. best2.. kelakar part anak kembar enam.. hehe

    ReplyDelete