Followers

Tuesday, 31 July 2012

KU AKUI PART 3









Adi Irwansyah cuba memejamkan matanya. Sudah 2 bulan dia berhenti kerja. Setiap malam dia pasti tidak dapat melelapkaan matanya. Sampai sekarang dia tidak boleh melupakan seraut wajah yang sering hadir mengasak ingatannnya terhadap Nadia. Banyak yang bermain di fikirannya saat ini. Dia tidak menyangka luahan hatinya terhadap gadis kesayangannya 2 bulan lepas di tolak mentah-mentah. Betul kata sahabatnya Rizal yang Tengku Nadia sangat membenci lelaki. Bukan sahaja luahannya di tolak tapi kata-kata hinaan yang keluar dari mulut gadis kesayangan cukup membunuh hati dan perasaannya. Kejadian 2 bulan terlayar di ingatannya.

Pintu terkuak dari luar, Rizal melangkah masuk kedalam bilik sahabatnya. Adi yang melihat Rizal yang melangkah masuk tersenyum.

“Kau kenapa senyum-senyum tak tentu pasal ini?”

“Kau ingat aku masuk ini nak tengok kau senyum semacam ke?’’

“Kau kenapa Adi dah buang tabiat,”  Rizal mengerut wajahnya.

“Aku nak pergi berjuang dalam percintaan ni.” jawab Adi dengan tenang.

Rizal yang mendengar luahan Adi hanya mampu mengeluh. Dia menarik nafasnya.

“Kau yakin yang kau nak luahkan perasaan kau pada dia?” jelas tergambar riak risau di wajah sahabatnya.

“Aku yakin!”

“Aku tak boleh menahan rasa aku yang setiap hari bercambah.Setiap masa hati aku meronta-ronta untuk meluahkan cinta aku padanya. Aku nak dia tahu yang aku mencintai dia Zal.”

“Kalau kau yakin aku tetap akan sokong kau kawan,” Rizal tersenyum.

Good luck... Aku doakan kau Adi,” potong Rizal.

Dalam mereka berborak tentang rancangan Adi untuk meluahkan isi hatinya, Butang intercom diatas meja kerja Adi berkelip.

Adi terus menekan butang intercom.

“Yea Ika, Ada apa?” tanya Adi dengan suara yang ceria.

“Encik Adi,Tengku Nadia minta encik jumpa di biliknya sekarang.” 

“Baiklah...”

Selepas Adi menjawab intercom dari Ika dia terus bangun dan menghampiri Rizal.

“Zal, aku nak pergi jumpa Nadia. Kau doakan aku tau.”

“Aku sentiasa doakan kau dan semoga kau berjaya mendapat cinta yang kau dambakan selama ini.”

Nadia yang sedang khusuk membuat kerjanya terganggu dengan bunyi butang intercom yang sudah berkelip.Lalu dia menekan butang merah dan menjawab.

“Ada apa Hana?”

“ Nad, Adi ada di luar dia nak jumpa kau. Boleh ke dia masuk sekarang?”

“Okey biar dia masuk,terima kasih Hana.”

Pintu bilik Nadia di ketuk dari luar. Nadia yang mendengar ketukan itu membenarkan Adi untuk masuk ke biliknya. Matanya terarah ke arah pintu. Dia mendengar suara Hana meminta izin dari luar.

Excuse me Nad, boleh kami masuk?

“Masuk!!”

Pintu biliknya terkuak dari luar, Seraut wajah Adi Irwansyah melangkah masuk dengan tenang. Malah sempat mengucapkan terima kasih pada Hana yang masih berdiri tegak membukakan pintu untuk Adi.

Ketika Adi masuk ke dalam bilik Nadia. Dia melihat gadis kesayangannya sedang bercakap dengan seseorang di talian. Dia nampak isyarat tangan dari Nadia yang menyuruhnya duduk.Adi melabuhkan punggungnya ke kerusi lalu dia melihat wajah yang tak pernah di lupakan sejak di mengenal Nadia.

“Kenapa perkara macam ini boleh terjadi?”

“Baik sebentar lagi saya akan turun site untuk tengok tapak itu”

“Terima kasih, Kalau ada apa-apa masalah terus bagi tahu saya atau Encik Adi,” potong Nadia memberitahu orang yang berada di talian.

“Ada apa Cik Nad nak jumpa saya?” Adi menyoal Nadia sebaik sahaja  talian di matikan oleh Nadia.

“Tapak bangunan perumahan yang sedang kita bangun mempunyai masalah. Dinding bangunan itu mula retak,” terang Nadia serius. Hal ini boleh menjejaskan nama syarikatnya.

“Boleh kita pergi sekarang ke site?”

Adi yang mendengar hanya mengangguk tanda mengiakan dia akan mengikut Nadia ke tapak projek yang mempunyai masalah di dengkil.


***********


Sesampai mereka di tapak projek mereka terus berjumpa Encik Ashraf selaku penyelia di tapak projek.

“Mana dinding yang retak?” Soal Tengku Nadia.

Adi dan Nadia memandang bahagian yang ditunjukkan oleh Encik Ashraf.

“Encik Zakuan tahu  perkara yang berlaku ini?” soal Adi pada Ashraf. Kelihatan Ashraf mengeleng. Dia mengeluh.

“Takpe saya sendiri akan berjumpa Zakuan esok nak tanya sendiri. Dia sebagai Project Manager harus tahu tentang pekara ini.” Tegas Nadia. Dia perlu face to face dengan Zakuan. Kenapa hal ini boleh timbul?. Sedangkan bahan yang syarikat dia guna adalah dari bahan yang berkualiti tinggi.

“Okey Encik Ashraf , kami balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah lagi terus beritahu Encik Zakuan.” Nadia meminta diri untuk beredar dari tapak projek.

Adi bersalaman dengan Ashraf selaku penyelia tapak projek. Dia dan Nadia terus menuju pantas ke arah kereta. Adi berpaling sekilas kearah Nadia yang sedang memakai seat belt. Ada pekara yang pelu dia sampaikan. Perkara terbesar dalam hidupnya. Dia tidak akan menunda lagi. Semakin ditunda semakin berat beban hatinya.

“Nad apa kata kita pergi lunch dulu sebelum masuk office. Lagipun kalau balik ke office kita akan sampai masa lunch time jugak.”

Nadia mengerutkan dahi sebelum mengangguk tanda setuju dengan cadangan Adi.

“Nak lunch dekat mana?”soal Nadia.

“Saya ikut Nadia nak lunch dekat mana,” ajak Adi

“Hhhmm..kita lunch dekat starbuck je lah. Saya tak lalu nak makan lah Adi.” Lembut tutur Nadia. Kepenatan.

“Okey. Segalanya untukmu” perlahan suara Adi menjawab. Antara dengar atau tidak.

“Awak cakap apa tadi Adi,saya kurang dengar tadi”. Berkerut dahi Nadia. Tadi dia rasa Adi ada cakap sesuatu.

“Ehh..saya tak ada cakap apa-apa pun kat Nad,” dalih Adi.

“Saya cakap okey kita pergi ke sana”Adi memotong percakapan Nadia. Sambil tersenyum Adi menarik nafas lega kerana Nadia tidak mendengar apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

“Okey jomlah” Ujar Nadia.

Adi tersenyum puas mendengar jawapan dari Nadia.

Adi menghidupkan keretanya, Kereta mula bergerak dan meluncur laju membelah jalan raya menuju ke starbuck Alamanda di Putrajaya. Waktu di dalam kereta diam-diam Nadia menoleh ke arah Adi yang sedang memandu di sisinya. Adi tak la hensem tapi boleh la buat dia berpaling berkali-kali. Kalau dah berkali-kali tu mesti hensemkan.

Dia terkedu melihat secara kebetulan Adi pun menoleh ke arahnya. Apa yang pasti sejak mereka di site, Nad merasa yang Adi merenungnya. Yang pasti renungan dari Adi kali ini agak berlainan. Cukup membuat hatinya bagai berlari.

‘Alamak aku terpandaang dia lah pulak tengok aku jugak.Eee....malu aku.’ Nad berkata perlahan akibat malu mencuri pandang ke arah Adi.

“Nad cakap apa tadi?” soal Adi.

Errrrr…tak ada apa-apa pun,” Nad tersenyum dan matanya cepat di alihkan ke luar. Buat malu aku je. 

Adi hanya tersenyum melihat Nad ,bukan dia tak dengar apa yang gadis itu katakan tadi. Adi menoleh sekilas pandang ke arah Nadia. Pipi gadis kesayangannya merah. Mesti malu dengan situasi tadi di mana mata mereka bertentangan.

“Alahai cantiknya Nad,dengan pipinya yg merah akibat menahan malu,”hati Adi bermonolog.

Hampir sejam mereka berdiam diri tanpa tiada seorang pun yang bersuara. Akhirnya mereka sampai di Alamanda Putrajaya, Precint 1. Adi Irwansyah memberhentikan keretanya di dalam parking lot yang di sediakan. Mereka berjalan beriringan bersama masuk ke dalam Starbuck. Mereka memilih tempat duduk di dalam cafe berkenaan. Seorang pelayan tiba di meja mereka.

Good afternoon Sir. Can I take your order please?” 

Okey wait, " Adi berpaling ke arah Nadia.

 “Nad nak minum apa?” soal Adi dengan senyuman.

“Hhhmm…bagi saya banana nut loaf dan cool lime.”

“Sir?” soal pelayan tersebut. Menanti pesanan dari Adi.

“Give us one coffee latte, one cool lime and one banana nut loaf. That’s all” Adi memberitahu pesanannya.

“Hari ini biar saya yang belanja Nad,”Adi memulakan bicara sebaik sahaja pelayan tersebut berlalu. 

Nadia tidak tahu bagaimana caranya untuk menjawab dia masih malu dengan kejadian di dalam kereta tadi. Dia menoleh ke arah Adi yang sedang tersenyum memandangnya. Renungan dari mata Adi membuat lidahnya kelu.

“Thanks, sudi belanja saya,” ujar Nadia pada Adi.

“Kasihmu selalu di terima Nad.”

Nadia terdiam dan hanya menundukan wajah selepas Adi berkata begitu. Di dalam hatinya sedang berbunga indah bagaikan taman kupu-kupu tapi cepat-cepat di cantasnya. Dia tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Dia tak mahu rasa sakit yang di alaminya dulu berulang kembali. Dia perlu menepis kata-kata manis dari seorang lelaki.Kepercayaannya pada lelaki kosong. Makanan dan minuman yang di pesan mereka telah tiba di meja makan.

“Err…awak minum dulu. Saya nak ke toilet.”Nadia meminta diri.

Di dalam toilet Nadia merasa debaran di hatinya kian laju. ‘Kenapa ada getar di hatinya ketika dia berada dekat dengan Adi?Adakah dia sudah jatuh cinta lagi ketika ini?’ Nad menyoal dirinya.

“Tidak…tidak aku tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Apa yang aku rasa sekarang bukan perasaan cinta tapi perasaan seorang sahabat tak lebih dari itu," Nadia bermonolog sendiri.

Chaiyok Nad, jangan mudah kalah dengan perasan kau,” kata-kata semangat dilaungkan cuba memberi motivasi kepada diri sendiri ajar tidak bermain dengan perasan dihatinya.

“Maaf..saya lama di toilet,”ujar Nad memohon maaf pada Adi.

“Takpe saya faham,”potong Adi.

Mereka menikmati menu masing-masing dengan tenang. Nadia menyedari seperti ada orang sedang merenungnya,dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia menyedari renungan Adi hanya tertumpu ke arahnya.Irama di jantungnya ketika ini seperti bernyanyi dengan rancak.Jantungnya terasa mengepam laju.Kenapa Adi memandangnya begitu?Nadia serba salah ketika ini. Nak di tanya dia malu tak ditanya hatinya kian berdebar laju.

Adi memulakan langkah. Dia perlu meluahkannya pada hari ini. Nadia harus tahu apa yang di rasaakannya ketika ini.

“Saya nak cakap sesuatu dengan awak,Nad,”ujar Adi.

“Cakaplah.” Potong Nadia. Nadia mengerutkan dahinya. Dia melihat Adi menarik nafas panjang seperti ada sesuatu yang bakal di ucapkan oleh Adi. Terasa gerun pun ada bila melihat muka serius Adi tanpa sebarang senyuman di wajahnya.

Bersambung.....

 P/S:Terima kasih sudi membaca karya FR...segala komen dari kamu semua amat d hargai...selamat membaca kisah Nad dan Adi :D ......

2 comments:

  1. ^ ^
    tidak sabar untuk menunggu sambungan

    ReplyDelete
  2. saspen betul! cepat sambung ye akak! ^_^

    ReplyDelete