Followers

Wednesday 18 July 2012

promo "ARINAMIKAIL"

"awak tolong jangn pergi, saya sayang awk sangat", kata arina sambil pegang lengan si Miqael.

 
 Pada masa itu Arina dah tak peduli pasal haram dan halal bagi dia, Miqael perlu di halang dia tidak sanggup untuk hilang orang yang dia sayang, memang di akui yang dia memang sudah jatuh cinta kepada Miqael.

 
"Arina, saya terpaksa pergi sebab awak dah tak perlukan kan saya, lagipun awak bukan nya cintakan saya kan?

 
 Saya aje yang terhenggeh-henggeh nak berkawan dengan awak, walaupun saya tahu yang awak tak akan berkawan dengan saya sebab awak masih ingat masa lalu awak kan?", soal Miqael dengan perasaan kecewa.

 
 Dia akui dia sudah jatuh cinta pada  Nurul Arina binti Tan Sri Sayuthi. Bila dia jatuh cinta,entah dia pun tak tahu bila, sebab cinta tu hadir dengan sendiri.

 
" Awak saya nak bagi tahu awak nie... yang saya cinta kan awak dan saya sayang awak, saya dah lupakan masa lalu saya...saya janji awk yang saya akan setia dan cinta pada awak.

 
Sayang tak akan berubah walaupun badai yang melanda, awak please jangan tinggal kan saya ye", arina berkata denagn lafaz janji dari hati yang ikhlas.

 
 Dikala ini dia sanggup buat apa sahaja, janji Miqael tidak akan meninggalkan dia.Dia sanggup merendahkan egonya untuk bersama Miqael.

 
***********
Alhamdulillah...." Miqael ucap syukur. Aidil angkat kening duduk menghadap Miqael.
 
"The best of perfomance?" Ezery keliru.

 
"Publisiti murahan menjadi..." Air teh o ais disedut.

 
"Maksud kau?" soal Syabil Ezery pada Miqael.

 
"Ini dia publisiti murahan!" Tiba-tiba satu baldi air disimbah ke atas kepala Miqael.

 
Ezery tercengang melihat Miqael lencun. Muka Miqael nampak kasihan.Dia nampak Miqa terus bangun dari kerusi yang didudukinya dan berpaling ke arah belakang.

 
Mata Miqa bulat melihat Arina yang berada dibelakangnya.Dari wajah Arina dia tahu yang Arina sudah tahu pekara sebenar. 

 
"Oh... sengaja awak malukan saya depan kawan-kawan saya, ucap love me love me... sayang sayang.... awak ingat saya ini apa? Perempuan yang tak ada maruah? Cermin la dulu muka awak tu wahai encik berlagak bagus!"Jerit Arina kepada Miqa,Arina tidak peduli orang yang sedang memandang kearahnya ketika itu.

 
Arina bercekak pinggang, baldi yang sudah kosong dicampak ke tepi. Dengan jelingan yang tajam dari Arina terus melangkah beredar. Miqael pula hilang kata-kata.Miqael hanya memandang sampai lah  kelibat Arina hilang dari pandangannya.

 
Ezery ketawa terbahak-bahak,melihat Miqa yang bagai patung cendana yang basah akibat di simbah oleh Arina.

 
"Ooo kau ketawakan aku ya? Nah!" Miqael terus mengambil minumannya yang baru di minum sedikit lalu di simpah air teh o ais yang berada di dalam gelas ke arah Ezery.

 
“Tak apa Nurul Arina Sayuthi...”

 
ada pelangi ada bintang, kau berani aku tentang! Gumam Miqael dalam
hatinya.... suatu hari nanti kau akan jatuh cinta pada aku juga!

 
Miqael yakin yang suatu saat Arina akan jatuh cinta dengannya.Dia pasti akan datang hari itu.

 
**********
Miqael tersengih-sengih sendiri. Senyuman itu merelat sampai ke telinga. Tidak syak lagi Miqa sedang senang hati. Mulutnya kembali termuncung gara-gara mahu bersiul. Siulan kebahagian melucur laju menjadi irama yang paling indah.

 
"Orang gila dah terlepas! Tolong!" Ezery terpekik melihat Miqa tersenyum dan bersiul.

 
 Miqa menoleh di sebelah tempat duduk pemandu itu. Ezery yang faham akan pandangan sinis dari Miqa segera menarikseat belt dengan muka panik.

 
"Kau kenapa?" Mika berkerut dahi sambil menyoal Ezery.Miqa kembali tersenyum dan memandang kehadapan.

 
 Pedal minyak ditekan. Mahu melajukan kenderaannya. Pancuan empat roda Myvi SE warna Oren melucur laju sebaik sahaja lampu hijau hampir bertukar merah. "Nasib baik sempat!" Gumam Syabil Ezery sambil mengurut dadanya.

 
"Kau ni macam orang tak betul!"

 
"Ya memang. Kau fikir Arina tu betul-betul sayangkan aku ke tak?" Tiba-tiba sahaja nama Arina meniti di bibir Miqa.

2 comments:

  1. Best sesangat , jalan cerita yang menarik :)

    ~Fae~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudari FAE...nantikan kemuculan ARINAMIKAIL insyallah bln puasa ini akn diup cite ini.Terima kasih sekali lagi sudi menyokong hasil karya warga MSF.


      ~~Fika~~

      Delete