Followers

Tuesday 7 August 2012

KASIH SI KEMBAR PART 7









 “Cukup….cukup kakak! Ayah tak nak dengar lagi cerita yang hanya berlandasan mimpi entah betul entah tidak kita sendiri pun tak tahu. Ayah dah cakap yang kakak hanya mimpi, mimpi hanya mainan tidur.”


“ Dah pergi  bersiap untuk turun makan. Malam ini uncle Najib dan Ammar datang makan malam di rumah kita.”


 Megat Ihsan bangun dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Dia langsung membuka pintu lalu keluar dari bilik anaknya dan menutup pintu. Di sebalik pintu bilik anaknya Megat Ihsan terkaku dan berfikir sendiri. Hatinya berat menyatakan yang Fika kini keseorangan dan sedih. Dia meraup mukanya lalu berlalu masuk ke bilik bacaannya.


Arissa yang melihat ayahnya keluar tanpa menoleh kebelakang. Setelah pintu di tutup dari luar. Terus airmatanya kembali mengalir kini lebih laju dan deras kerana dia yakin yang adik kembarnya memerlukan dia sekarang, tapi dia tidak tahu di mana lagi mahu mencari adiknya. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Dia yakin mimpi yang dialaminya sebentar tadi macam benar-benar berlaku. Dia berdoa di dalam hati agar ibu dan adiknya sentiasa dilindungi oleh-NYA.


Megat Ihsan duduk di bilik bacaannya.Dia cuba menyibukkan dirinya.Kata-kata Arissa masih jelas bermain-main difikirannya.Hatinya runsing.Dalam dia sibuk mencari fail dari laci mejanya,satu demi satu laci dibuka.Semasa membuka laci yang terakhir,pandangan mata Megat Ihsan tertancap pada sekeping foto lama,foto keluarganya.Wajah insan yang amat disayangi,jelas kegembiraan terpancar diwajah anak-anak kembarnya dan Rahmah Khalissa semasa mereka menyambut hari lahir anak kembar mereka.


“Kenapa abang tak pernah nak mendengar penjelasan Lissa pada ketika itu sayang,abang tahu Lissa tak pernah curang."


"Abang malu nak berhadapan dengan Lissa,abang takut kalau abang muncul kembali Lissa akan membenci abang.Maafkan abang Lissa…maafkan abang sayang.” Megat Ihsan memandang lama ke arah foto,semakin lama di pandang semakin mengebu rasa rindunya pada Rahmah Khalissa.


"Abang menyesal Lissa….menyesal, abang tak tahu nak cari Lissa dekat mana lagi.Maafkan abang sayang sebab dah buat anak-anak kita menderita."


"Hidup abang kosong sejak Lissa dan Fika keluar dari rumah kita.Setiap hari abang tidak pernah berhenti merindui Lissa dan Fika Farisya…”Perlahan-lahan foto keluarganya dibawa ke dalam dakapannya.


“Fika tunggu ayah nak! Ayah akan menjemput kamu dengan ibu,kita akan tinggal seperti dulu lagi.Ayah akan mencari kamu sayang…”Megat Ihsan menangisi keterlanjuran dirinya.Dia malu dengan anak-anaknya dan Rahmah Khalissa.




**************
           


Fika…Fika…kita dah sampai nak !” suara Haji Hassan memanggil membuatkan Fika Farisya tersedar dari lena.Fika turun dari kereta Honda City hitam dengan perlahan-lahan.Dia terus berjalan perlahan-lahan.


Sesampai sahaja Fika Farisya didepan rumahnya,dia dapat melihat wajah-wajah yang berkumpul dirumahnya berwajah sayu dan sedih.Yea, dia kenal semua penduduk kampung disitu.Dia merenung semua yang berada disitu.


 Di muka pintu kelibat Hajar Khadijah dan Iman Idrus dihadapan pintu rumahnya. Dia melihat dengan jelas Hajar Khadijah menyeka airmatanya, dan matanya sembab dan
bengkak.Dia merenung semua yang berada disitu.Terkaku tanpa bergerak.



“Ibu…ibu” panggilan perlahan dan sayu terucap dibibir Fika. Kakinya yang mula mahu melangkah terasa lemah seluruh badan, belum sempat di berjalan jauh dia berpaut pada tubuh Zafril. Pandangannya gelap.


 “Fika..Fika!! YA-ALLAH…Fika!!” jerit Haji Hassan.Hajar Khadijah yang melihat berlari ke arah suami dan anaknya yang sedang memangku Fika Farisya yang pengsan.



“Zaf! Cepat tolong angkat Fika masuk ke dalam rumah” ucap Haji Hassan dan Hajar khadijah serentak. Zafril mengangguk lalu menggangkat Fika Farisya masuk kedalam rumah.


Hajar Khadijah sayu melihat wajah pucat Fika Farisya setelah sedar dari pengsan.Walaupun hanya dia seorang yang berada disisi ibunya saat akhir tanpa di temani oleh ayah dan kakak kembarnya yang sepatut berada bersama-sama ketika ini.Dari tadi Hajar Khadijah melihat Fika hanya tunduk dan duduk bersimpuh disisi ibunya sambil membaca yassin disisi ibunya.Dia merasa hairan melihat Fika ,kerana tiada lagi titisan mutiara jernih diwajahnya.Fika seperti tiada perasaan di kala ini.


“Fika…” panggil Haji Hassan perlahan. Fika memberhentikan bacaannya lalu menoleh ke arah Haji Hassan.


“Fika pun dah ada dekat sini, hujan pun dah reda, eloklah kita percepatkan urusan pengebumian ibu Fika” Haji Hassan memberitahu Fika .


“Fika pergilah jumpa ibumu buat kali terakhir sayang”  bisik Hajar Khadijah yang berada disisi Fika sejak dia sedar dari pengsan di halaman rumah tadi.


 Fika hanya melihat dua orang insan yang menegurnya tanpa sebarang respon pergerakakan darinya.Pandangan mata Fika kembali kepada ibunya yang sudah berpakaian serba putih untuk kembali pada pencipta-NYA.‘Tiada lagi ibu selepas ini’ bisik hati Fika.


Hajar Khadijah sesekali mengelap airmatanya yang menitis laju dan dia melihat Fika membisikan sesuatu buat ibunya.


Tangan Fika terketar-ketar saat mengusap lembut wajah ibunya. Fika memejamkan matanya perlahan. Sedaya upaya dia cuba menahan airmatanya dari keluar. Dia tahu andai dia menangis pasti ibunya akan sedih melihatnya. Lama wajah ibunya ditatap. Mereka yang berada disitu mula teresak melihat Fika Farisya.

 
“Sayang, Ibu sayang anak ibu ini, andai ibu tiada lagi di dunia ini. Ibu nak adik kuat dan tabah melalui ujian yang bakal mendatang” Bagai terdengar suara ibunya.


 “Adik pun sayang ibu banyak tapi sayang adik pada ibu lebih sikit” Jawab Fika seakan-akan dia berbual dengan ibunya.


Fika bagai teringat perbualan dia dan ibunya suatu ketika dulu. Ya. Dia akan menyimpan semua kenangan bersama ibunya. Perlahan dahi ibunya dicium lama, seluruh wajah ibunya di cium dengan perlahan dan lama. Perlahan-lahan tangan ibunya disalami dan dikucup buat kali terakhir. Perlahan ciuman terakhir ditinggalkan buat ibu tersayang.


‘Semoga ibu berbahagia disana, tunggu adik disana. Adik akan menyusul ke sana untuk berjumpa ibu’ bisik Fika ditelinga ibunya.


 Hajar Khadijah sudah menahan esakan. Sayu hati tuanya melihat Fika. Walaupun tiada setitik airmata yang jatuh dipipi mulusnya tapi mata redupnya itu sudah cukup menyatakan segalanya.


Haji Hassan tunduk menahan perasaan. Zafril sudah hilang disebalik pintu. Dia takut tidak dapat menahan perasaan sedih yang kini beraja dihatinya.Walaupun dia banyak menghabiskan masanya di rumah Rahmah Khalissa dari dirumahnya sendiri,dia tidak akan melupakan segala yang di ajar oleh Rahmah khalissa untuk berbakti dan menjadi anak yang soleh untuk kedua orang tuanya.Dia akan menjaga Fika seperti yang telah di amanahkan oleh Rahmah Khalissa padanya.


“Makcik Lissa jangan risau saya akan jaga dan lindungi Fika untuk makcik.”Zafril Zafuan bermonolog didalam hati.


Jenazah Rahmah Khalissa sudah disempurnakan,  yang tinggal hanya beberapa orang kampung yang menolong mengemas rumah Fika. Hajar Khadijah yang sibuk mengemas barang-barang diruang tamu dibantu oleh suami dan anaknya. Dalam mengemas Hajar Khadijah teringat Fika Farisya yang duduk disudut dinding itu tadi.


“Mana Fika?” Pertanyaan Hajar Khadijah menyedarkan mereka tentang ketiadaan Fika disitu.

“Tadi dia ada dekat sudut dinding biliknya. Tapi sekarang dah tak ada” Hajar Khadijah mula risau.


“Zaf! Tolong cari Fika.” Arah Haji Hassan.Zafril Zafuan mengangguk dan mula beredar dari ruang tamu. Hajar Khadijah menghantar anaknya dengan pandangan mata sampai kelibat anaknya menhilang disebalik pintu untuk mencari Fika Farisya.


Di dalam hati Hajar Khadijah tidak putus-putus berdoa agar Fika selamat dan tabah menghadapi ujian untuk dirinya. Hajar Khadijah yakin yang Fika seorang yang sabar dan tabah. Keceriaan dan senyuman Fika bakal berseri diwajah itu semula.




**********************



Fika menyandar lesu di beranda depan rumahnya.Dia merenung jauh,kosong,hatinya bagai tiada rasa itu yang di rasa kali ini.Zafril yang melihat Fika Farisya duduk di beranda,dia pun melabuhkan punggungnya,duduk di sebelah sahabatnya.


“Fika,jom kita masuk.Dah malam,kat luar ini sejuk.Buat apa kau duduk kat sini sorang-sorang.”Zafril Zafuan memujuk Fika Farisya yang merenung jauh di kepekatan malam.


“Zaf,kau rasa ibu aku marah tak dekat aku sebab aku tak dapat tunaikan impian ibu aku?”


“Fika aku yakin yang makcik Lissa tak pernah marah dekat kau,aku yakin ibu kau bangga dapat anak macam kau.” Zafril cuba menyakinkan Fika Farisya.


“Zaf...” Fika Farisya bersuara semula.Kau salah Zaf mesti ibu aku terkilan sebab aku pernah berjanji yang aku nak satukan keluarga aku.Mesti masa aku jumpa kakak kembar aku nanti kau rasa dia salahkan aku tak Zaf?” sayu suara Fika menyoal Zafril.


Hajar Khadijah yang mendengar perbualan anaknya dan Fika Farisya,terus meluru memeluk Fika dengan erat.


“Mak Tija yakin yang ibu tak marah dekat Fika nak,andai suatu hari nanti Fika bertemu dengan ayah dan kakak kembar Fika Mak Tija yakin yang mereka tidak akan marah pada Fika.”


“Ini dah takdir sayang.Mari kita masuk ke dalam nak" Hajar Khadijah memujuk Fika.


Fika yang mendengar bangun dari duduknya.Zafril yang melihat ibu dan Fika bangun turut bangun mengekori mereka dari belakang.Tiba-tiba Zafril bersuara. 


“Fika kau tak akan keseorangan aku dan keluarga aku sayang dekat kau Fika,kau boleh harapkan kami.” Zafril bersuara.


Kaki Fika terhenti di muka pintu dia berpaling dan memberi senyuman pada Zafril.


“Terima kasih kat kau Zaf” ujar Fika dan berlalu ke dalam.Zafril juga turut mengikut langkah ibu dan Fika masuk kedalam.


Shahrini merengus di sebalik pokok jambu.Bibirnya mencebik benci.Rasa meluat melihat Zafril memujuk Fika.Shahrini cemburu melihat Fika yang telah lama dimusuhi.Shahrini rasa tercabar,dia tidak suka melihat Zafril dekat dengan Fika.Fika tidak layak bersaing dengannya.Fika hanya menumpang ehsan penduduk kampung dan keluarga Zafril.Dia tidak akan berdiam diri saja,dia akan melakukan sesuatu pada Fika.Dia yakin pada kali ini Fika akan malu,hati kecil Shahrini merancang sesuatu.Dia yakin dengan keadaan Fika sekarang segala yang di rancangnya bakal berjaya.Shahrini tersenyum.dari jauh di memerhati Fika yang di papah masuk oleh Hajar Khadijah  masuk ke dalam di ikuti Zafril di belakang.


“Aku akan pastikan kau akan lebih menderita lagi Fika! Kau memang patut terima ini semua!” momok hati Shahrini.Seorang lagi cucu adam terpedaya dengan hasutan syaitan.




bersambung......


p/s  terima kasih sudi menyokong FR. :D sudi-sudi lah tinggalkan komen anda :D

3 comments:

  1. tendang sharini tu bru tau..sesuka hati je nk musnahkan hidup org..nak lagi kak fyka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...ARIFUKA KASHIRIN....

      apa nak tendang???eehh jangan tak baik...sian dia kang...terima kasih sudi membaca karya tak seberapa ini...

      ~~FIKA RAINA~~

      Delete
  2. karate kan aje si Sharini tuu..wooo, sedap dia aje nk musnahkan org...terbaik dri ladang kak Fyka!

    ReplyDelete