Followers

Wednesday 1 August 2012

KASIH SI KEMBAR PART 5



                                                                                                                

“Tak Fika Pak Hassan tak tipu.Pak Hassan dan Mak Tija yang berada di sisi ibu kamu yang lagi tak bernafas dan berlumuran darah nak,”ujar Haji Hassan cuba untuk menyakinkan Fika Farisya.


Fika terus menggeleng masih tidak dapat menerima berita yang di sampaikan oleh Haji Hassan.

“Fika tak percaya! Pak Hassan tipu!Fika yakin ibu tengah tunggu Fika dekat rumah.Ibu dah janji akan tunggu Fika balik dari sekolah.Fika tahu tu.”


 Airmata yang ditahannya sudah mula mengalir perlahan-lahan mengikut lekuk wajah Fika Farisya.Dia masih tidak percaya dengan berita yang di bawa oleh Haji Hassan.

“Janganlah buat Fika macam ini Pak Hassan.Fika dah tak ada sesiapa selain ibu…kalau ibu tak ada siapa yang nak teman dan jaga Fika Pak Hassan,siapa yang nak sayang Fika lagi?”

“Pak Hassan bawak Fika jumpa ibu Pak Hassan….Fika nak jumpa ibu..Fika nak jumpa ibu..”

Fika sudah mengongoi sambil tangannya dengan kasar menyesat airmata yang mengalir di wajahnya.Dia tidak akan menangis itu janji dia pada ibunya.Dia tidak mahu ibunya sedih.

“Ibu kenapa ibu tak tunggu adik balik ibu…adik dah janji dengan ibu yang adik akan satukan keluarga kita kenapa ibu pergi dulu,”rintih hati Fika Farisya sambil wajahnya menunduk.Dia menahan airmatanya dari jatuh.Bibirnya diketap.

Zafril Zafuan yang duduk bertentangan Fika dan ayahnya menahan perasaan.Di tahan airmatanya dari jatuh.Dia berpaling ke arah lain,dia tidak sanggup melihat kawan rapatnya menangis seperti ini.Tidak pernah dia melihat Fika seperti sekarang.

“Ya Pak Hassan bawak Fika jumpa ibu.Kita akan jumpa ibu Fika,”pujuk Haji Hassan.

Sedih hati tuanya melihat Fika Farisya yang seakan-akan menahan airmatanya dari jatuh,di kesat airmatanya yang mengalir di pipinya dengan kasar.Sejak dia mengenali Fika,dia tahu Fika seorang anak yang kuat dan tabah dia tidak pernah merungut walaupun hidup  dia dan ibunya serba kekurangan.Dia dah mula jatuh sayang dengan Fika Farisya sama bagaimana dia menyayangi Zafril anaknya.

Haji Hassan tidak mahu Fika larut dalam kesedihannya.Dia memberi isyarat mata pada anaknya.Zafril yang faham isyarat dari ayahnya mula berkata.

“Fika…kau nak jumpa ibu kau kan?”

“Mari kita balik ibu kau mesti tunggu kau sekarang.”Zafril memujuk Fika.

Fika mengangkat kepalanya perlahan-lahan merenung kosong ke arah Zafril.Tanpa mengangguk dia terus bangun dari kerusi yang didudukinya.Dia mula melangkah perlahan-lahan ke arah kereta Honda City hitam yang berada di parking lot sekolahnya.Zafril dan Haji Hassan mengekor Fika dari belakang.Ketika enjin kereta Honda City mula di hidupkan hujan mula turun renai-renai.Fika menyandarkan kepalanya di kusyen sambil merenung kosong.Hujan yang ketika itu renai-renai mula turun dengan lebatnya, membasahi bumi.Seperti ketika ini alam turut menangisi kepergian Rahmah Khalissa dan kesedihan yang di alami Fika Farisya.

Akibat hujan lebat yang mengilai di luar.Pecutan kereta Honda City Haji Hassan menjadi perlahan.Haji Hassan terpaksa memperlahankan pergerakan keretanya.Dia tidak mahu berlaku apa-apa sepanjang perjalanannya  pulang ke rumah,hati dan mulut Haji Hassan sentiasa dibasahi dengan zkir dan doa agar mereka selamat sampai.

“Pak Hassan kenapa kereta ini bergerak perlahan?”

“Tolong bawak laju Pak Hassan Fika nak jumpa ibu,mesti ibu dah tunggu lama kat rumah,”tiba-tiba Fika bersuara.

“Sabar nak…sabar Pak Hassan cuba tapi Pak Hassan tak boleh nak bawak kereta ini laju-laju nak. Dekat luar tu hujan lebat jalan pun tak berapa nak nampak sangat.Insyallah tak lama lagi kita sampai ke rumah..,”ujar Pak Hassan pada Fika.Dia tahu hati Fika tidak tenang ketika ini.

Zafril menoleh ke belakang,dia nampak Fika tersandar lesu sambil matanya merenung ke luar.Di lihat lama sahabatnya,dia tidak pernah melihat Fika lemah seperti ini, bibir yang selalu tersenyum kita hilang,mata yang bersinar seperti hilang sinar.Dia faham apa yang di alami sahabatnya.Tiada lagi airmata yang mengalir diwajah Fika,dia tahu jauh di sudut hati sahabatnya kini sedang menangis.Jika dia di tempat Fika belum tentu di sekuat Fika.



**********************


 

Fhyka Arissa menyandarkan kepalanya di kusyen kereta yang sedang meluncur laju menuju ke rumahnya.Nafasnya dihela lembut, matanya cuba dipejamkan seketika.Ingatan pada dua wajah yang telah lama pergi iaitu ibu dan adik kembarnya walaupun sudah 12 tahun mereka tidak bertemu tidak pernah hilang sejak pagi tadi terus mengasak fikirannya.Hatinya tidak tenang.

Arissa cuba merumuskan sendiri, ibu dan adik kembarnya pasti baik-baik sahaja di sana. Dia yakin suatu hari nanti dia akan bertemu ibu dan adik kembarnya.Dia akan terus memujuk ayahnya untuk mencari ibu dan adik kembarnya.Dia tidak akan sekali berputus asa.Biarlah dia memberi ruang pada ayahnya untuk menilai betul-betul bahawa ibunya tidak pernah curang pada ayahnya seperti yang ayahnya anggap.

Pintu Pagar mula terbuka sendiri mengunakan remote dari dalam kereta,Arissa mula merenung kosong sebaik sahaja kereta yang menjemputnya di sekolah berhenti di depan rumah banglo yang tersergam indah, rumah yang sepi tiada lagi gelak dan ketawa di rumah itu.Penghuninya kini hanya dia,ayah, Pak Dollah dan Mak Kiah yang tinggal disitu.

Pak Dollah turun dari kereta dan membukakan pintu di bahagian belakang kereta BMW 5 series milik majiakannya. Kereta itu di khas untuk menghantar dan mengambil Arissa dan Megat Ihsan serta membeli keperluan harian di dalam rumah.

“Terima kasih Pak Dollah, kan Rissa dah cakap tak payah lagi bukakkan pintu kereta untuk Rissa. Rissa tahu nak bukak sendiri” Protes Rissa pada Pak Dollah sudah berulang kali Rissa mengingat orang tua tu supaya tidak lagi membuka pintu untuknya seperti yang selalu dilakukan oleh Pak Dollah ketika ayahnya berada didalam kereta.

“Maafkan Pak Dollah,Pak Dollah dah terbiasa bukakan pintu untuk ayah Rissa.”ujar Pak Dollah.

“Pak Dollah bukak pintu untuk ayah je tapi kalau dengan Rissa pak Dollah tak payah bukakkan lagi pintu untuk Rissa, janji tau.”

Pak Dollah yang mendengar hanya mengangguk tanda setuju dan tersenyum dengan anak majikannya.

“Okeylah Pak Dollah, Rissa masuk dululah.”pamit Arissa.

“Assalamualaikum…” Rissa memberi salam.

Elok kaki Rissa melangkah masuk ke dalam rumahnya.Hatinya terasa sunyi.Kenapa dia tidak boleh bahagia seperti keluarga orang lain?Dia memekik didalam hati.Dia terus menuju ke arah sofa di ruang tamu dan dicampakkan beg sekolahnya ketepi.Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil menyandarkan kepalanya dengan mata yang terpejam.Wajah terakhir ibu dan adik kembarnya terlayar diruangan fikirannya.Rasa rindu yang dipendamnya begitu mengasak jiwanya.

'Rissa rindu ibu dan adik” bisik hatinya.

Rokiah yang berada di dapur seperti mendengar ada orang memberi salam di luar. Dia bergegas ke ruang tamu.Saat matanya ternampak susuk tubuh seseorang di sofa, hatinya berasa sedih mengenangkan seorang anak yang menanggung rindu pada ibu dan adik kembarnya. Walaupun dia melihat Rissa sentiasa ceria dihadapannya dan suaminya, tapi di sebalik matanya langsung tiada sinar.Dia tahu hati anak itu berat menanggung rindu.

Ya, dia yang mengasuh Rissa sejak berumur 6 tahun lagi. Dia yang memberi segala didikan dan kasih sayang seorang ibu pada Rissa.Pernah dulu semasa usia Rissa mencecah 6 tahun dia akan menangis sendiri di tiang seri rumahnya sambil memanggil-manggil ibu dan adik kembarnya.Kini setiap petang dia melihat Rissa akan berdiri di tiang seri rumahnya sambil memandang ke arah gate di depan rumahnya menunggu insan yang sentiasa di rindunya untuk kembali ke rumah itu.Setia menunggu mereka.

Mak Kiah yang tidak mahu larut kenangan lama terus melangkah perlahan-lahan mendekati anak majikannya. Lalu disentuh lembut bahu Rissa.

“Rissa..”



“Kenapa ini?”

“Nak Mak Kiah sediakan makan petang ke?” Rokiah menyoal anak majikannya.

Fhyka Arissa yang terasa bahunya di sentuh terus membuka matanya.Dia hanya merenung Mak Kiah tanpa berminat untuk membalas semua pertanyaan dari Mak Kiah.Arissa yang merenung Mak Kiah terus berdiri meluru memeluk tubuh tua itu.Dipeluk tubuh tua tu dengan erat.Mak Kiah yang terkejut dengan tindakan Rissa turut membalas pelukkan Rissa sambil mengusap belakang anak majikannya.

“Kenapa ini bergaduh lagi ke dengan Ammar?”soal Mak kiah.

Arissa  masih diam.

“Kali ini Ammar buat apa sampai Rissa sedih?”soal Mak Kiah balik.
Arissa langsung tidak menjawab pertanyaan dari Mak Kiah, ketika ini di perlukan seseorang untuk di peluk. Rindu pada ibu dan adik kembarnya sering bermain di fikirannya tidak pernah sekali dalam hidupnya melupakan mereka.Kerana keegoan Megat Ihsan, Arissa kehilangan pelukan dari seorang ibu yang selalu di dambakannya.Adiknya pula tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang ayah.


“Rissa kenapa ini 'nak' cuba cakap dekat Mak Kiah apa yang buat Rissa sedih?”

Arissa masih berdiam diri sambil memeluk erat Mak Kiah. Mak Kiah lah tempat dia mengadu dan merasai kasih sayang seorang ibu. Lama mereka berkeadaan seperti tu,akhirnya Arissa menolak tubuh Mak kiah perlahan-lahan. Dia nampak riak risau dari wajah Mak Kiah.Perlahan-lahan Arissa mengukir senyuman untuk Mak Kiah.

Mak Kiah yang melihat senyuman di wajah Arissa turut membalas sambil tangannya menyeka sisa airmata di wajah Fhyka Arissa.Di belainya rambut anak majikannya.Dia pernah melihat gambar Rahmah Khalissa ketika dia sedang mengemas bilik Arissa.Wajah Arissa saling tak tumpah seiras seperti ibunya,pasti adik kembarnya juga cantik seperti kakaknya.Mak Kiah bermonolog di dalam hati.

“Rissa tak ada apa-apa Mak Kiah,Rissa tak gaduh pun dengan Ammar.”

“Rissaa…cuma rindukan ibu, rindu sangat Mak Kiah,” Fhyka Arissa bersuara sayu.”

“Insyallah kalau semua doa-doa Rissa di perkenankan oleh-NYA pasti suatu hari nanti Rissa akan berjumpa dengan ibu dan adik kembar Rissa,” ujar Mak Kiah yang cuba menenangkan Rissa ketika ini.

“Terima kasih Mak Kiah,Rissa sayang Mak Kiah,” sambil dia memeluk erat Mak Kiah.Pipi tua itu di cium dengan kasih.

“Rissa nak Mak Kiah sediakan makanan petang untuk Rissa ke?” Mak Kiah bertanya pada
 Fhyka Arissa.

Arissa tidak menjawab,dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan.


Di kala ini dia tidak mempunyai nafsu untuk makan.Apa yang ada di dalam di fikirannya ialah di mana ibu dan adiknya.

“Hhmm.. Rissa naik dulu Mak Kiah,nanti Rissa makan bersama dengan ayah” jawab Fhyka
 Arissa.

“Yelah, pergilah naik ke atas berehat. Jangan lupa solat zohor.” Mak Kiah mengingatkan Arissa.

“Baiklah, nanti kalau Rissa tertidur Mak Kiah tolong kejutkan Rissa tau. Rissa nak makan
 dengan ayah.” ujar Rissa dengan manja.Cepat dia memujuk hatinya.


“Baiklah Rissa nanti Mak Kiah kejutkan Rissa kalau ayah Rissa dah balik. "Kata Mak Kiah,Fyhka Arissa membalas dengan anggukan sahaja.


 
**************


 
Fhyka Arissa melangkah perlahan-lahan meniti satu persatu anak tangga,sampai di anak tangga terakhir dia berhenti dan mula berjalan ke arah pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Dia berdiri lama di depan pintu itu tanpa mahu masuk ke dalam,  dia tidak kuat untuk masuk ke dalam bilik itu. Dia mula berpaling ke arah pintu biliknya. Dia melangkah lemah ,begnya hanya di campak ke sudut meja belajar yang tersedia di biliknya.Setelah dia mengerjakan solat zohor dia berteleku di tepi katilnya sampai mendengar radio. Perlahan-lahan dia mula merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Kedengaran di corong radio ketika itu lagu D’masiv ,bait-bait dari lirik lagu itu mengingatkan dia pada ibu dan adik kembarnya.Rindunya datang lagi.



 
Aku ingin engkau ada disini

menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

 
berat hidup ini tanpa dirimu

ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu

 
aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu setengah mati

 
meski tlah lama kita tak bertemu

ku slalu memimpikan kamu

ku tak bisa hidup tanpamu

 
aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu…

 

Ketika lagu dari kumpulan tersebut habis mata Arissa perlahan-lahan mula tertutup.Ada airmata di lihat jatuh ke pipi Arissa. Sebelum Arissa menutup matanya dia sempat berkata, 
“Ibu,Adik kakak rindu.”

YA-ALLAH kau kuatkan dia menjadi tabah dalam menempuh ujianmu YA-ALLAH.


Bersambung.....


:D tadaaa ada lagi Si Kembar dari FR....terima kasih sudi membaca  tulisan FR...maaf episod kali ini sedih sob..sob... hihi sudi-sudilah drop komen errkk...dengan komen anda dpt meningkatkan lagi penulisan FR,sekian terima kasih.


5 comments:

  1. menyedihkan betul la entry kali ni...semoga bapak fika ngan risa tu cpt2lah sedar kesalahan die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Arifuka kashirin....

      terima kasih sudi membaca karya tak seberapa dari FR~~ :D

      Delete
  2. sedihnya... moga fika n rissa dpt jumpe kembali.. x dapat la rissa nk jumpe mak die.. hope ayh die sedar kesilapan yg die buat..

    ReplyDelete
  3. eemh ok gak da en3 x nie.. Hope d dpn hri lbg perfect lg... RD

    ReplyDelete