Followers

Monday 6 August 2012

KASIH SI KEMBAR PART 6








Fyhka Arissa merasa dia berada di satu taman yang indah. Sedang leka dia berjalan ada seseorang memberi salam kepadanya.


“Assalamualaikum sayang? Apa khabar anak ibu ini?” soal wanita yang sudah berumur tapi wajahnya masih nampak ayu lagi.


 Arissa mengerut dahinya. Dia merenung seseorang dihadapannya. Seperti dia kenal akan wajah yang berada di depannya kini. Lama matanya menjamah wajah wanita yang sedang tersenyum ke arahnya. Lama dia mendiamkan diri sebelum teragak-agak menjawab salam wanita tersebut.


“Waalaikumusalam…” Arissa menjawab salam dari wanita tersebut. Dia merenung lagi wanita yang ada di hadapannya. Dia seperti pernah melihat wajah wanita yang ada dihadapannya. Dari arah belakang kelibat seseorang yang kelihatan seperti dirinya. Matanya terlompong melihat wajah anak wanita itu serupa wajahnya. Kelihatan dirinya yang satu lagi tersenyum ke arahnya. Dia melihat anak wanita itu tersenyum kepadanya.

 
 Rahmah Khalissa tersenyum lalu memberi salam sekali lagi kepada anaknya yang masih terpaku dan tergaman melihat dia dan adik kembarnya.


Perlahan-lahan terasa air panas mengalir dipipinya. Arissa terus meluru ke arah wanita itu setelah dia yakin dengan siapa dia berhadapan. Ibu! Ya itu ibunya. Jelas sekali sebaik sahaja dia mendengar wanita itu membahasakan dirinya ibu.Dia memeluk erat ibunya seolah-olah tidak mahu berpisah lagi.


“Kakak rindu ibuuu…! Ibu kenapa ibu dengan adik tak pernah datang tengok kakak kat rumah kita? Kakak selalu tunggu ibu dengan adik tau.” Ujar Arissa manja sambil melentokkan kepalanya dibahu ibunya. Dia terlalu merindu ibu dan adiknya. Tangan Fika Farisya disebelah digengam erat. 


 “Alaa…alaaa…kesian anak ibu ini. Rindu dekat ibu dengan adik ya. Mari ibu peluk kakak kuat-kuat biar rindu kakak terbayar” Rahmah Khalissa ketawa mengusik anaknya. Pelukan diketatkan. Kasihnya terlalu kuat untuk kedua-dua anak kembarnya. Itu la permata yang paling berharga dari segalanya.


“Ibu sayang sangat dekat kakak dan adik” Rahmah Khalissa mengusap kedua-dua rambut si kembarnya dengan lembut.


“Kakak nanti kalau ibu dah tak ada kakak jaga ayah dengan adik tau” Rahmah Khalissa bersuara setelah lama mereka diam di dalam pelukkan.


“Ibu, ini soalan apa yang ibu bagi dekat kakak ini? Kitakan dah lama tak jumpa tapi ibu saja nak bagi kakak menangis pulak. Sepanjang 12 tahun ibu dengan adik tak ada kakak sunyi taw. Tak ada siapa nak teman kakak kat rumah besar itu yang ada hanya Pak Dollah dengan isterinya, Mak Kiah yang selalu teman kakak kat rumah itu” adu Arissa. Cuba memberitahu ibunya betapa sunyinya dia setelah Rahmah Khalissa dan adiknya keluar dari rumah itu.


 Rahmah Khalissa memeluk kedua-dua anak kembarnya. Arissa melihat mata ibunya seakan berkaca-kaca seperti ibunya menahan airmata daripada jatuh ke pipi. Sikap ibunya yang satu itu sudah sebati dalam dirinya. Menyembunyikan kesedihan.


 “Kakak anak sulung ibu. Walaupun kita berjauhan tapi hati ibu selalu merindui kakak. Hanya kakak tempat ibu mengadu dan meminta tolong. Dengar apa yang ibu nak cakap dekat kakak nanti. Bila ibu tiada lagi didunia ini tolong jaga adik, kakak. Kakak sayangi dia seperti mana ibu menyayangi kakak dan ayah” ulas Rahmah Khalissa. Terasa sebak dalam menutur kata-kata tersebut. 


Air mata yang berhenti seketika tadi, kini kembali. Dia mengesat kuat airmata dipipi. Cuba menghapus segala resah dihati.


“Apa ibu ini, cakap macam itu” ngomel Arissa sambil mulutnya dimucungkan.


“Kakak, ibu sayang  kakak” bisik ibunya ke telinga Arissa. Dia terdiam. 


“Kakak…jaga diri, solat jangan culas lagi. Ingat semua yang ibu dan ayah ajar kakak. Jangan ikutkan perasaan marah dan jangan sesekali kakak lupa setiap yang kita lakukan kerana ALLAH” suara ibunya kedengaran sayup.Jadi anak yang berbakti pada orang tua. Pandangannya semakin kabur dek air matanya mengalir.









 “Ibu…ibu!! “Arissa menjerit sekuat hati dikala bayang ibunya hilang. Kini digantikan dengan bayang adiknya yang berdiri dan dia melihat mata adiknya merah seperti adiknya menahan airmata dari turun di pipinya. Arissa berjalan pantas dan memeluk adiknya dengan sekuat hati. Lama mereka berpelukakan sebelum adiknya menolak kuat tubuhnya untuk merenggangkan pelukkan.


Arissa yang tersentak tolakan dari adik kembarnya,mengerutkan dahinya.Dia diam sambil matanya memandang tepat ke anak mata adiknya.


“Kakak ibu dah pergi tinggalkan adik keseorangan di sini…ibu dah tinggalkan kita. Tak ada siapa yang akan temani adik, kak” jerit Fika kepada kakaknya dengan sayu. Wajah itu sayu.

 
“Apa yang adik cakap ini? Ibu masih ada, ibu baru bercakap dengan kita tadi” potong Arissa sambil airmatanya mengalir dengan sendiri tanpa dapat ditahannya.


“Kak mari ikut adik” ujar Fika sambil mengenggam tangan kakaknya.


 Fika menggenggam kuat tangan kakaknya, dia cuba membawa kakaknya naik ke atas sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari taman yang di mana dia baru memeluk adik dan ibunya.


“Mari kak, adik bawak akak ke rumah adik dengan ibu” Arissa yang kelihatan terpukau hanya mengekor langkah adiknya sambil memimpin tangannnya. Arissa melihat ramai orang yang berada disekeliling rumah itu, dia  tersenyum ke arah orang yang berada di situ.


“Ehh! Adik, ibu buat kenduri untuk sambut kedatangan akak errkk?” bisik Arissa perlahan di telinga adiknya.Dia cuma menangkis debaran di hatinya.


 “Tapi kenapa akak tengok semua wajah orang yang ada kat rumah ini macam sedih je, dik?"


Adik siapa yang tengah tidur lepas itu kena tutup pulak?” soal Arissa bertalu-talu. Fika hanya mampu mendiamkan diri. Kebisuan Fika menambah resah Arissa.


Arissa nampak ada seorang wanita yang mungkin sebaya umurnya dengan ibunya duduk bersimpuh sambil menyeka airmata yang mengalir laju dipipi wanita itu.


"Adik jawablah apa yang akak tanya? kenapa diam?"
 

Dik…ini apa pakat ramai-ramai menangis dekat rumah ini? Semua nak tipu akakkan? Ini mesti adik punya idea? Adikkan yang buat semua ini, adik sejak kecil sampai dah besar memang tak ubah nak mengenakan akak yea?” Soal Arissa dalam ketawa.


“Kakak….dengar cakap adik. Pandang adik, adik harap akak kuat. Bawak mengucap, ingat ALLAH dan terima ketentuan-NYA.”  Fika memegang bahu kakaknya.


“Kakak….ibu..uuu dah tinggalkan kita buat selamanya kak” sambung Fika perlahan.


“Ibu sakit kak, ibu dah lama sakit. Kak redakan pemergian ibu kak. Doakan ibu bahagia di sana kak,” Fika menjelaskan satu persatu apa yang terjadi kepada kakaknya.


Arissa kaku. Terasa nyawanya direntap dengan kejam setelah mendengar kata-kata adik kembarnya. Gengaman ditangan semakin kuat digengam adiknya, seolah-olah memberi kekuatan.


Dia mengekor adiknya dan duduk bersimpuh disebelah sekujur tubuh yang ditutupi oleh selendang putih. Jelas dimatanya yang terbaring disebalik selendang itu wajah yang sangat dia rindui siang dan malam. Dia memandang adiknya yang telah bangun lalu mencium dahi dan pipi ibunya lama.



Kak, cium ibu kak. Ibu nak sangat kakak cium dia. Adik tahu kakak nak peluk dan cium ibukan. Sekarang masanya kak. Lap airmata akak jangan setitik pun jatuh di muka ibu, kak. Nanti ibu sakit” kata-kata Fika diiringi oleh air mata. Arissa menyesat lembut airmata adiknya yang jatuh dipipi. Perbuatan yang sama dilakukan oleh Fika. Air mata dipipi Arissa dilap.


 
 Airmata Arissa tetap jua mengalir dipipinya, walaupun adiknya telah menyeka airmtanya. Dia bagai tidak ada kekuatan untuk menerima berita ini. Baru sebentar tadi berborak dengan ibunya tapi kini, ibunya terbujur di situ.



Kak, cepat kak jangan buat ibu kita sakit kak. Jangan halang dia untuk pergi ke alam lain kak. Jangan ditangisi, kak. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya”ujar Fika memberi semangat pada kakaknya.



 Arissa menyeka airmatanya. Di sapu airmatanya sehingga bersih. Di tahan airmatanya. Sambil memandang adiknya. Dia nampak adiknya mengangguk dan bangun dari tempat duduknya. Adiknya memberi ruang untuk kakaknya.


Dengan sisa kekuatan yang ditiupkan oleh adiknya kembarnya, akhirnya Arissa bangun lalu mencium dahi ibunya diikuti pipi ibunya dan akhir sekali dia memeluk erat tubuh ibunya lama. 


“Ibu, kakak sayang ibu. Kenapa ibu tinggalkan kakak dan adik, bu…” Dia berbisik ditelinga ibunya.


Arissa terasa badannya lemah lantas dipaut tubuh adiknya sebelum dia menutup matanya. Dia melihat wajah kembarnya langsung tidak mengeluarkan setitik airmata pun jatuh di pipi adiknya. Samar-samar kelihatan adiknya tersenyum padanya. Senyuman dalam keterpaksaan dia tahu walau sekuat mana pun adiknya menahan rasa, pasti didalam hatinya menangis ketika ini. Hati Fyhka Arissa kuat mengatakan. Akhirnya pandangannya gelap.




**************
           


Megat Ihsan yang baru mahu mengetuk pintu bilik anaknya, terdengar esakan tangisan anaknya. Dia lantas menolak kasar pintu anaknya, terkejut dia melihat anaknya menangis dalam tidur. Dia berjalan mendekati anaknya lalu duduk disisi katil sambil tangannya mengoncang perlahan bahu anaknya.


“Sayang…..sayang kenapa menangis…? bangun kakak. Ayah ada dekat sini, kakak mimipi ini..bangun sayang” bisik Megat Ihsan perlahan mengejutkan anaknya.


Arissa yang terasa ada seseorang mengoncang bahunya dan memanggil menyuruh dia bangun tersentak lalu terus duduk dari pembaringannya. Dia merenung ayahnya yang duduk disisinya terus meluru memeluk tubuh ayahnya.Tangisan Arissa mula kedengaran lagi disetiap penjuru biliknya.


 Megat Ihsan memeluk anaknya, mungkin anaknya mimpi ngeri. Detik hati Megat Ihsan. Dia menolak perlahan tubuh anaknya untuk merungkai pelukan sambil tangannya menyeka airmata yang mengalir dipipi anaknya.


“Ssshhyyy….kenapa sayang ayah menangis ini? Sayang mimpi apa sampai nangis dalam tidur?” Megat Ihsan menyoal anaknya. Jelas riak risau diwajah Megat Ihsan.

"Kaaakak…..kaa...kak mimpi ibu dengan adik yah” dengan suara yang teresak-esak bersuara.


“Kakak nampak ibu terbaring sambil orang disekelilingnya membaca yassin untuknya…ibu dah meninggal, yah….’’ Sambung Arissa berserta tangisan yang semakin kuat.


Tersentak Megat Ihsan, mendengar kata yang keluar dari Fyhka Arissa. Namun dia cuba menenangkan perasaannya.


A…dik...adik sekarang tak ada siapa yang menjaganya sekarang. Ayah kita cari adik biar dia duduk dengan kita. Akak rindu adik, yah” sendu tangisan Arissa masih kedengaran. Arissa merayu ayahnya.


 Megat Ihsan yang terdiam dan terkaku dengan apa yang anaknya ceritakan apa yang di mimpikannya satu-persatu benar-benar menyentap hatinya. Dia juga merasa sejak beberapa hari ini tidak sedap hati terutamanya pagi tadi fikirannya banyak mengasak ingatannya pada wajah isteri dan anaknya yang sorang lagi, Fika Farisya. Namun dia cuba menyedapkan hati yang mereka tiada apa-apa sekadar meredakan debaran hatinya.


Megat Ihsan memegang bahu anaknya.“Kakak pandang ayah nak…kakak cuma mimpi…kakak tahukan mimpi hanya mainan tidur. Ayah percaya tak ada apa-apa yang berlaku pada mereka. Ayah percaya sekarang mesti ibu sedang berada disisi adik tak mungkin ibu sanggup tinggalkan adik hidup sendiri.” Megat Ihsan cuba menenangkan anaknya.Walaupun hatinya sendiri sedang bergolak hebat didalam.


Tak….tak…tak ayah kakak yakin adik keseorangan sekarang, sebab perasaan kakak kuat menyatakan yang adik sedih ayah, mimpi itu macam betul…betul berlaku percayalah, yah..kakak yakin adik perlukan kita sekarang. Ayah kita cari adik, yah” Fyhka Arissa menyakinkan ayahnya supaya mencari adik dan ibunya. Dia tahu jauh disudut hati ayahnya paling dalam ayahnya terseksa merindui ibu dan adik kembarnya.


Dia pernah melihat ketika ayahnya berada di dalam bilik bacaan, dia nampak dengan jelas yang ayahnya memegang foto keluarga mereka yang masih disimpan oleh ayah. Bertapa egonya Megat Ihsan menafikan perasaannya sendiri.



Bersambung.......... 





p/s terima kasih FR ucapkan pada pembaca :D yang sudi menanti KSK... Selamat membaca :D 
        segala komen dari anda amat FR hargai untuk meningkatkan lagi penulisan FR.
        sekian terima kasih....


7 comments:

  1. entry kali ni sedih...menitis air mata baca..kak fyka nak lagi boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam arifuka kashirin...

      terima kasih setia membaca karya FR...FYKA ngan FR orang yang berbeza tau jangan keliru....hihi nak lagi errkk~~~ :D

      ~~FIKA RAINA~~

      Delete
  2. Best , walaupon sedih , kak fyka nak lagi next n3 :) , hehehehhe , anyway gud luck kak n fighting !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fae...

      terima kasih sudi membaca dan setia menanti karya2 dari FR.... FYKA ngan FR org yang berbeza hihi...... insyallah akn FR tingkatkan lagi penulisan FR terima kasih...

      ~~FIKA RAINA~~

      Delete
  3. ok.. Bab nie mmg sdih.. Serius sdih sngt smpai menitik airmata.. Eemh kak fika nak tny sikit ayt yg ( rahmah khalisa memeluk kedua dua anak kembar nya ) mksd kat stu bkn ke rahmah dgn arissa je yg berpeluk tdi.. Agak keliru sikit kat stu... Ap pun like :-) RD

    ReplyDelete
  4. sedih, tersngt lah sedih! :'( sobs...sobss

    ReplyDelete
  5. Sedihnye... uwaaaaa... saya yang dah kehilangan abah turut dapat rasa sedihnya... sakitnya dada ni tuhan saja yang tahu... :(

    ReplyDelete