Followers

Thursday 30 August 2012

KASIH SI KEMBAR PART 9









“Ini I  lah, Rissa. Ammar.”

Fika Farisya tergaman. Saat nama kakak kembarnya keluar dari mulut pemuda yang baru melanggarnya. Fhyka Arissa, itu nama yang cukup sebati terukir di hati dan ingatannya.
 Mungkin kakaknya ada bersama pemuda ini. Tapi dimana? Dia teringin memeluk kakaknya dikala ini.Rindu yang di tahan makin menyesak dihatinya.Ammar yang melihat Fika terdiam mula melayang-layangkan tangannya ke arah Fika Farisya.Ammar masih tidak dapat meneka lagi yang dihadapannya buka Fhyka Arissa tapi Fika Farisya adik kembarnya Arissa.

“Hey!” Megat Ammar menguatkan suaranya. Fika Farisya tersentak.

“Maaf aku tak kenal kau.Aku rasa kau salah orang aku bukan Rissa, aku Fika.” ujar Fika Farisya tegas.

Dia ingin beredar dari situ.Tapi tangannya disambar oleh pemuda yang mengenalkan dirinya Ammar.Ammar mengerutkan dahinya dia pelik dengan kelakuan Arissa.Arissa seolah-olah tidak mengenal dirinya.Bahasa yang di gunakan pun agak kasar dari bibir gadis itu.Arissa yang dia kenal penuh lembut dan sopan dalam setiap butir bicaranya walaupun di suka mengusik Arissa.Tapi hari ini Arissa yang ada di hadapannya sangat berbeza dari segi percakapan dan pakaiannya.Tangan Fika Farisya tetap digenggam erat oleh Ammar.Mata mereka kini bertaut satu sama lain.Ammar merasa hatinya bergetar saat ini.Panahan mata dari Fhyka Arissa di kala ini melahirkan sesuatu yang aneh di dalam hatinya.Dia pelik kenapa hatinya bergetar saat ini.Biasanya bila bersama Fhyka Arissa dia merasa tiada sebarang debaran tapi hari ini hatinya bergetar saat mata mereka bertaut. Lama dia memandang wajah gadis yang ada di depannya,dia sudah jatuh cinta ke dengan Fyhka Arissa?Pelbagai soalan timbul di benaknya kini.Cepat-cepat Ammar menepis semua yang bertamu di fikirannya.

“Lepaslah!!” marah Fika Farisya.

“Okey I tahu you marah dekat I pasal sikap playboy I. Tapi you tahukan selagi I tak jumpa soulmate I.Selagi tu I tak akan berhenti.I  harap you faham Rissa.Hanya you yang faham diri I.” Tegas nada suara Megat Ammar.

Dah banyak kali dia bagi tahu pendiriannya pasal hal yang berkaitan cinta.Sebelum ini Rissa cukup faham dengan pendiriannya  itu malah dia sendiri sudi menolong dalam hal ini.Tapi kena hari ini. Gadis itu seakan lupa akan prinsip dan janjinya.Dia seolah-olah aneh melihat Fhyka Arissa.

Hey..Aku cakap kau bodoh nanti kau marah dekat aku pulak.Kau ini masa sekolah subjek bahasa melayu kau gagal ke?Aku dah cakap aku bukan Rissa!” Jerit Fika Farisya naik bosan dia dengan pemuda yang ada di hadapannya.Dah berkali-kali dia menyatakan bahawa dia bukan Rissa tapi Fika tapi masih pemuda di hadapan ini degil.

“Boleh kau lepaskan tangan aku, kalau tak lunyai kau aku kerjakan.” Ugut Fika Farisya pada Megat Ammar.

Genggaman yang cuba dileraikan oleh Fika Farisya bertambah erat di genggam oleh pemuda yang ada di hadapannya.Kesabaran Fika semakin menipis.Tanpa di sangka Fika menghayunkan sebijik penumbuk ke muka pemuda yang memegangnya.

“Bbukk…”

Terjerit Ammar menerima penumbuk sulung dari Fika Farisya.Kini matanya terasa berpinar-pinar akibat tumbukan padu yang di hadiahkan.Bukan calang-calang penumbuk yang di beri Fika Farisya.

“Apa ini Rissa?” runngut Megat Ammar.

Belum sempat Fika menjawab Zafril sudah mendapatkannya.Lelaki itu masih tercunggap-cunggap mengambil oksigen akibat larian yang dibuatnya.Dia dah agak pasti akan berlaku seperti ini.Tengok si Fika dah tumbuk mamat hensem ini.Mesti jatuh saham dia pasal kena tumbuk dengan Fika Farisya.Dia cukup faham akan perangai Fika.Dia tahu Fika tidak suka di sentuh lelaki.Nasib baik aku dia tak buat macam ini kalau tak masak aku hari-hari kena makan penumbuk Si Fika.

“Fika kenapa? Siapa ini kau kenal ke?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Zafril Zafuan.

“Entah aku tak kenal siapa dia.Tiba-tiba panggil aku Rissa.Aku rasa dia dah gila lah.Jom blah dari sini kang kau pulak berjangkit dengan badak besi ini.” ucap Fika Farisya selamba sambil melangkah menuju ke restron yang ada di hadapannya.’Tak pasal-pasal cacing ternakan aku kat dalam perut ini lapar’ gerutu hati Fika Farisya.Zafril yang melihat Fika mula melangkah mengekori dari belakang.Sebelum dia melangkah dia sempat meminta maaf dengan pemuda yang di tumbuk oleh Fika Farisya.
“Maafkan kawan saya Encik, dia memang tak suka lelaki pegang dia.Angin satu badan. Saya rasa Encik pergi klinik sebab dari kecederaan Encik ini agak teruk jugak mata Encik kena dengan si Fika ini.” Zafril menepuk bahu Ammar dan mula melangkah.

Ammar masih berdiri di situ.Dia masih tergaman dengan kejadian sebentar tadi.Dia yakin yang tu Rissa.Tapi kena Rissa seolah-olah tidak mengenalnya.Dia pelik.Pandangan matanya masih dihalakan ke arah Fika Farisya yang berjalan dengan Zafril.Tiba-tiba I-Phone 4s Megat Ammar berbunyi di dalam kocek seluarnya.Dia meyeluk saku seluar jeans miliknya lalu terkelu melihat nombor Fhyka Arissa terpapar pada skrin I-phone 4nya.Dia pelik perlahan-lahan dia menjawab panggilan dari Fhyka Arissa.

“Assalamualaikum… Ammar you dekat mana? I cari you dekat rumah Mak Leha cakap you pergi Melaka? Kenapa you tinggalkan I  macam itu je? Nanti I  merajuk baru you tahu.” Soalan bertalu-talu dari Fhyka Arissa.

Hello!! Ammar are you still there ?Heloo…” Tiada sahutan dari Ammar.Arissa menguatkan lagi suaranya. Megat Ammar tersentak.Telefon dijarakkan dari telinga. Pedih telinga akibat dari jeritan Fhyka Arissa yang nyaring. 

Hhmmm….I masih ada kat sini Rissa.Ada apa you call I ni?”Mata Ammar tetap memandang Fika Farisya dan Zafril Zafuan yang beringin masuk ke dalam restoran.

“Yeaa..Yeaa…I  nak balik sekarang.” Terus dia menamatkan talian telefonnya.Dia masih binggung dengan situasi sekarang.

“Jangan-jangan Arissa ada kembar ke? Tapi aku tak pernah tanya pulak anak uncle Megat Ihsan kembar ke tak? Muka perempuan tadi seiras dengan muka Arissa” bisik hati  Ammar. Mungkin pelanduk dua serupa kot  tapi takkan lah seiras gila wajah mereka. Sebijik dah macam copy paste pulak.

Argghhh….yang aku susah-susah fikir buat apa bila sampai Kuala Lumpur nanti aku tanyalah kat Rissa.Apa susah.Tengok awek tadi tak sempat aku nak pujuk.Awek tak dapat lebam pulak yang dapat.Sakit jugak penumbuk perempuan itu bukan calang-calang tumbukan yang dihadiahkan oleh perempuan tu.”Bebel Megat Ammar sendirian.
 
Megat Ammar terasa mahu pulang saja. Hatinya tiada mood  lagi untuk berjalan-jalan di kota yang bersejarah ini.Apa yang di rasakan kini wajah perempuan tadi begitu mengasak fikirannya.Kenapa hatinya bergetar saat mata dia bertaut dengan perempuan yang berwajah seiras dengan Fhyka Arissa.Siapa dia?Dia berjalan menuju ke arah Nissan Skyline GTR hitam yang terlelak di parking lot.Dia terus menhidupkan enjin kereta GTRnya dan meluncur laju menuju ke Kuala Lumpur.Memang patut pun Kota Melaka digelar bandaraya bersejarah. Bukan hanya sejarah kelahiran Malaysia tapi sejarah yang membuatkan dirinya diselubungi persoalan.Sejarah dalam hidupnya bila terpaksa menyemakkan fikiran dengan persoalan tadi.

Fhyka Arissa yang masih di dalam rumah Megat Ammar merunggut kerana Ammar meletakkan telefonnya sebelum dia sempat dia habis cakap. Geram betul dengan mamat ini, ini pergi Melaka mesti tengah buat ayat nak cairkan hati perempuan lagi lah ini tak habis-habis perangai playboy dia ini.Suka jatuh cinta kalau tengok perempuan berdahi licin.Fhyka Arissa bosan menunggu Megat Ammar dia bangun dari sofa yang di dudukinya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu.

“Mak Leha, Rissa balik dululah Mak Leha.Kalau nak tunggu si Ammar memang lambatlah jawabnya.”Rungut Arissa.

Eeehhnak  balik dah tak nak  tunggu Tuan dulu ke? Boleh makan bersama nanti” pelawa Mak Leha.

Tak pelah Mak Leha lain kali je kirim salam dekat uncle Najib dan Ammar. Rissa balik dulu Mak Leha, assalamualaikum.”Nada suara dia pun dah semakin sayu.Merajuk mungkin.
Setelah Rissa menyalami Mak Leha dia terus menuju ke arah keretanya.Dia menghampiri Pak Dollah yang setia menunggunya di luar.Tangannya di lambai ke arah Mak Leha.

Suasana di dalam Restron itu sibuk dengan pelayan yang mengambil oder makanan.Sibuk pelayan di Restoren itu macam tak cukup tangan melayani orang yang dari tadi tak surut-surut masuk ke dalam Restoren ini.Melihat ramai orang yang sedang menikmati makanan masing-masing.

“Fika, kenapa kau bagi mamat tadi penumbuk? Dia buat apa dengan kau sampai kau angin satu badan?” Soal Zafril Zafuan.Dia memandang tepat ke arah Fika mencari jawapan dari soalan yang tak berapa cerdik keluar dari mulut Zafril Zafuan.

Fika menjeling sambil bibirnya di muncungkan.Dia menarik nafas yang panjang.

“Macam mana aku tak marah.Sesuka hati jiwa raga dia je letak tangan atas bahu aku. Pegang tangan aku mana aku tak angin.Selamat angin bawah aku tak keluar” seloroh Fika Farisya.

“Kau kenal ke dengan mamat tu? Aku tengok dia macam kenal kau je ” Zafril menahan tawa.Sempat lagi Fika buat lawak tak kena tempat.

“Aku tak  kenal lah siapa mamat badak besi tu. Dah lah tak payah cerita tentang mamat itu buat terbantut selera aku je” marah Fika Farisya.Kalau boleh dia nak lupakan peristiwa tadi.Memang sah mamat tu badak besi.Masih terasa sengal akibat dari pelanggaran tadi.

“Lepas ini kau nak jalan lagi tak?” Zafril Zafuan mengubah topik.Dia tahu yang Fika tidak selesa dengan peristiwa tadi.

“Aku rasa mood aku dah hilang nak pergi mana-mana.Kita balik je lah nanti Mak Tija risau pulak kat rumah kita tak balik-balik lagi.” Ujar Fika Farisya.

Zafril hanya mengangguk kepalanya tanda setuju.Sebaik sahaja selesai membuat bayaran makanan yang mereka makan tadi, mereka berjalan beriringan ke kereta.Di dalam kereta macam-macam yang di buat oleh Zafril untuk menarik perhatian Fika yang hanya membisu selepas mereka keluar dari restron.Dia tidak tahu apa yang buat Fika mendiamkan diri seperti ini macam ada sesuatu yang di fikirkan gadis tersebut.Puas di tanya kenapa Fika diam. Jawapan Fika cukup ringkas padanya.Tak ada apa-apa aku okey je.

“Entah-entah si Fika ini dah jatuh cinta pandang pertama dengan mamat badak besi tu kot” hati Zafril Zafuan cuba meneka.





Bersambung....:D

3 comments:

  1. best2... next n3.... he3... dh terjatuh cinta kt fika plak... hehehehe... amar tue spupu die ke???

    ReplyDelete
  2. mesti fyka tgh fikir pasal rissa kan..kak fyka cptlah temukan dorang ni..kesian kat dorang..sya lg kesian kat fyka..dahlah mak die dah meninggal..dia dah takde keluarga walaupun yg sebenarnya ada lagi..

    ReplyDelete
  3. eemh agak rsa krg puas bab yg nie... Cam cite kat tv je.. Ap pun wait next n3..

    ReplyDelete