Followers

Thursday 16 August 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI PART 3










Arina yang tersentak terus mematikan langkahnya.Dia memandang tepat ke arah Fika  yang tersengih-sengih seperti kerang tak cukup vitamin.Dia tahu pasti ada sesuatu yang Fika mahukan apabila Fika mempamerkan wajah sedemikian.

Dia meliarkan pandangannya ke arah sekeliling sambil cuba mencari apa yang mak cik seorang ini mahukan.Barulah dia sedar yang mereka sedang berdiri terpacak seperti tugu pahlawan di depan pintu masuk kedai buku Popular.
 
“Grrrrrrrrrr…..kau ini kenapa Fika?”

Dah la suruh aku berhenti secara mengejut macam ini depan kedai buku Popular.Jangan cakap kau nak beli novel lagi.Memang hantu novel betul ! “.Aku berpura-pura marah kepadanya.

Fika Najwa hanya diam sambil menayangkan muka sedih dan mengelipkan matanya beberapa kali.Nak raih simpati.

“Kau ingat comel la buat muka macam tu. Pergi lah cepat aku tunggu kau kat luar”. Arina bersuara lagi.

“Ini yang membuatkan aku bertambah sayang kat kau ni. Kalau belanja aku novel sebuah lagi aku sayang”. Fika mengenyitkan matanya.

“Banyak handsome muka kau nak aku belanja.Dah dah pergi beli cepat”.

Sambil melangkah masuk ke dalam kedai buku Fika sempat lagi berpaling ke arah Arina lalu melayangkan flying kiss buat sahabatnya itu.Arina mencebik.

Hampir lima belas minit barulah Fika melangkah keluar dari kedai buku dan mendapatkan Arina yang dah macam jaga atau nama glamornya mak guard di depan pintu kedai buku.

“Okay! Aku dah siap membeli. Jom kita pergi makan pulak”. Fika  bersuara riang.

 Maklumlah baru dapat beli novel.Fika Najwa mula melangkah,belum sempat di melangkah.Arina menahan Fika dari terus melangkah.Di pengang kejap tangan sahabatnya.

“Kejap lah aku nak soal siasat kau tentang novel yang kau beli ini.”

Fika merenung wajah sahabatnya yang cantik sambil menanti soalan yang bakal dikeluarkan dari mulut Arina.Dia tahu Arina juga minat membaca novel.

“Uuurrmm….apa yang kau nak tanya Rina?”

“Tajuk apa yang kau beli? Siapa penulisnya?Best ke?”.Soal Arina bertubi-tubi tanpa sempat dijawab oleh Fika Najwa.

“Eeeeeeeeerrrrr…..tadi bukan kau marah ke sebab aku tambah koleksi?”

“Ini kau banyak tanya mesti kau nak pinjam kan?”

Arina mengangguk tanda mengiakan.Fika tersenyum lalu menjawab.

 “Boleh...boleh blah”. Sambil ketawa Fika Najwa memasukan buku yang dibelinya tadi ke dalam troli lalu menolaknya.


Fika memulakan langkah untuk menuju ke KFC  kerana cacing di dalam perutnya sudah mula membuat konsert hari raya.Eeerk bulan puasa belum datang lagi dah ingat raya.Lapar tahap kebuluran dah ni.

Namun tangannya ditarik oleh Arina bagi menahan dia dari berlalu.Dia nampak wajah Arina yang masam mencuka sambil bibirnya di muncungkan kerana setiap soalan yang diutarakan tidak di jawab olehnya.

“Selagi kau tak bagi tajuk dengan nama penulis dia aku tetap akan tahan kau kat sini...so cacing kau yang mula meragam berbunyi tu aku tak peduli.Biar cacing ka utu mati kelaparan.Aku tetap nak kau jawab soalan aku dulu”.Tegas Arina kepada Fika Najwa.

“Amboiii.....…ugut nampak!”

“Kau ini tak sah kalau sehari tak main ugut-ugut dengan aku”

“Yela...yela...kau ini memang jenis yang tak tahu bersabar tau”.Akhirnya Fika Najwa mengalah.

“Nama penulis ini Fyka Fiqah tajuk novel dia yang pertama Penyelamat Cinta  yang keluar tahun lepas,dan novel kedua dia Cinta Yang Tiada Kepastian.Puas hati kau dengan penerangan aku?”

“Jom lah perut aku dah lapar ini Rina.Biar aku tolak troli ini,”ujar Fika Najwa.

“Tak payah tolak! Kau melenggang je lah. Biar aku yang tolak troli ini”. Potong Arina.Fika tidak peduli akan arahan Arina padanya, dia tetap menolak troli itu.

Tiba-tiba telefon bimbit Fika berbunyi.Pantas dia mengeluarkan Samsung Galaxy Note dari poket seluar jeansnya.Fika lebih selesa berpakaian santai dan simple.T-shirt berwarna hijau epal berlengan panjang dipadankan dengan jeans biru lusuh.Di kakinya tersarung sneaker berwarna merah. Ringkas dan mudah bergerak.Tapi pada hari jumaat pula dia akan mengayakan  baju kurung. Arina juga mempunyai gaya pemakaian yang sama seperti Fika tetapi dia lebih cenderung ke arah pakaian yang lebih feminine.Skirt labuh berwarna kelabu dan t-shirt megikut badan tetapi tidak terlalu ketat berwarna biru. 

Arina yang mengerling pada sahabatnya yang leka bercakap di telefon bimbit.Sambil berjalan Arina mendengar perbualan Fika. Dia tahu mamanya yang menelefon Fika.Pasti mamanya menghubungi telefon bimbitnya terlebih dahulu tetapi tidak berjawab.Lepas ni terpaksalah dia mendengar bebelan panjang mamanya gara-gara tidak menjawab panggilan.Dia memang sengaja meninggalkan telefon bimbitnya di rumah kerana tidak mahu diganggu oleh Miqael yang tidak henti-henti menelefonnya sejak kejadian dia menyimbah Miqael dengan air.Miqael mahu meraih cintanya lagi.Dia tidak akan sesekali tunduk akan cinta Miqael lagi.
 
“Okay..okay mama nanti Fika sampaikan pada Rina.Ini Fika dengan Arina nak pergi makanlah ni mama.Sekarang tengah jalan.Nanti bila dah sampai di rumah kami akan telefon mama balik.”

“Ya….ya janji.” Fika yang leka bercakap dengan Pn.Sri Qasidah Qaseh tidak menyedari ada orang di hadapannya.

 Arina yang melihat keadaan tersebut tidak sempat menghalang pergerakan laju Fika. Hanya mampu menjerit memanggil nama Fika.Tapi sayang troli yang di tolak oleh Fika mengenai seseorang.

“Bbuk......adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……...”

 Orang yang di langgar oleh Fika Najwa menjerit kesakitan sambil merunggut-rungut. Lelaki tersebut membongkokkan  badannya sambil tangannya menahan sakit di bahagian perut.

“Adoi sakit perut aku”. Kata Syabil Ezery.

 Dengan riak terkejut dan pucat Fika terus mendapatkan orang yang di langgar tadi.Telefon bimbit yang terpelanting entah ke mana tidak dihiraukan .Apa yang penting disaat ini adalah keadaan orang yang dilanggarnya.

“Are you okay,encik?” Fika serba salah. Gara-gara kelekaannya orang lain mendapat sakit.

“Encik maaaaa..aaaffff….maaafff…. maaafff…. Encik,saya salah encik”.

Ezery yang mendengar orang yang melanggarnya memohon maaf.Dia mengetap bibirnya sekuat hati menahan senak diperutnya.Dia terus menarik nafasnya dalam-dalam sambil cuba mengurangkan perasaan geram di hatinya.Dia seperti pernah mendengar suara orang yang melanggarnya itu.Perlahan-lahan dia meluruskan badannya semula.Ya, memang tekaannya tidak salah lagi.Suara itu milik Fika Najwa!

Kata-kata Fika masih tersemat di dalam otaknya.Kata-kata yang penuh penolakan dan sinis terhadap dia dan Miqael.Dia nampak wajah pucat Fika setelah dia mengangkat wajahnya.Ezery nampak Fika pun terkejut melihat dia di situ.Dia nampak Fika menunduk seperti pasrah dengan apa yang bakal di keluarkan sebentar lagi.Ezery yang melihat Fika menunduk dan diam,mula geram kata-kata gadis itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Maaf...maaf… maaf je kau tahu errkk perempuan!!” Ezery melepaskan amarahnya kepada  Fika.Fika tahu dia bersalah,dia hanya diam melihat kemarahan Ezery padanya.

Arina terpegun pada satu wajah yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya.Satu wajah yang cuba di lupakan dan mahu dikikiskan terus dari ingatannya.Dia melihat Miqael jugak turut memandang ke arahnya.Padangan mereka bersatu.Macam rasa yang di rasa saat ini oleh Arina.









 “Miqaaaaaaa”. Arina berbisik perlahan.

Mata Arina masih memandang ke arah Miqael yang tidak jauh dari Ezery.Dia bagaikan terpukau disitu tanpa menghiraukan Fika Najwa yang teruk di marahi oleh Syabil Ezery.

“Hoiii kau letak kat mana haaa…mata kau!”

 “Kau letak kat lutut ke?” Kata Syabil Ezery lagi.

“Maaf.... Ez…maaf saya tak segaja nak langgar Ezery tadi.”Fika terus meminta maaf kepada Ezery. Dia tahu,dia yang salah dalam hal ini.

“Apa kau panggil aku Ez?”Kau tak ada hak nak panggil nama aku!” Tengking Syabil Ezery.

“Perempuan macam kau tak layak panggil nama aku!”

“Macam mana kau nak perasan aku ada kat depan kalau kau asyik bergayut dengan boyfriend  kau kat telefon. Ada mata tak nak guna,atau segaja nak langgar aku tadi sebab kau ada agenda tersendiri haaa!!”

“Kau  punya mak bapak tak ajar ke adab sopan? Atau memang kau tak di ajar pasal tu kau sesuka hati langgar-langgar orang.”

“Mak bapak kau suruh goda orang-orang kaya macam kami kan?Supaya nanti kau dan keluarga kau hidup senang dengan kekayaan orang macam kami?”

“Aku tahu selama ini pun kau hanya menumpang kesenangan Arina je”. Kata-kata Ezery yang agak kuat menarik Arina mengalihkan pandangan ke arah Fika yang sedang menudukan wajahnya tanpa membalas setiap bait kata yang keluar dari mulut Ezery.

Fika Najwa menahan rasa.Airmatanya di tahan dari gugur.Dia tidak mahu menangis di depan Ezery dan Arina.Hatinya kini menangis apabila ayah dan ibunya tidak  pernah dia kenal turut di salahkan.Apa tidak bolehkah orang sepertinya berkawan dengan orang-orang kaya?Salah ke aku jadi anak yatim piatu,anak yatim yang menumpang kasih”hati Fika bermonolog.Sambil menunduk Fika meminta maaf sekali lagi.

“Maafkan saya Encik Syabil Ezery Tan Sri Syahmil.Terima kasih sebab ingatkan saya tentang sesuatu.”

“Memang saya tak pernah diajar oleh mak dan bapak saya”Fika bersuara sayu setelah dia hanya mendiamkan diri dari tadi.

Setelah membalas kata-kata Ezery ,Fika terus berlalu pergi.Sedaya upaya dia menahan airmatanya daripada gugur di hadapan manusia yang telah menghina dirinya dan kedua-dua ibu bapanya.Ahh Ezery memang dah melampau!

Syabil Ezery yang mendengar suara Fika yang sayu itu terpaku sambil memandang ke arah Fika yang mula menjauh berjalan ke luar.Arina yang melihat sahabatnya disakiti terus berjalan ke arah trolinya dan mencapai Twister Tropicana berperisa oren yang dibeli sebentar tadi.Dia membuka penutup jus tersebut lalu meluru ke arah Ezery yang masih berdiri disitu.

Setelah tiba betul-betul dihadapan Ezery,Arina dengan spontannya,dia menyimbah sebotol Twister Tropicana di atas kepala Ezery.Ezery yang mula terasa seperti ada air yang membasahi kepalanya terkejut dan berpaling ke arah belakang.

“Ehhh apa ni! Apa yang kau dah buat ni SINGA PERIOD ?!” Arina yang angin bertambah-tambah amarahnya terhadap lelaki bermulut celupar ini.

Kurang asam punya lelaki! Sekali lagi Arina menyiram semua  air oren di atas kepala Syabil Ezery.

Miqael hanya terpaku menyaksikan kemarahan Arina.Dia tidak berani masuk campur kerana dia takut Arina akan lebih marah kepadanya. Riak wajah Arina  kemerah-merahan kerana menahan marah di pandangnya.

Arina membuang botol yang sudah kosong ke tepi sambil menundingkan jari telunjukkanya tepat ke arah muka Syabil  Ezery.

“Kau dengar sini baik-baik Ezery.Sekali lagi kau sakiti hati sahabat yang paling aku sayang kau bakal berdepan dengan Nurul Arina Tan Sri Saeni!!”

“Kau sematkan kat dalam kepala kau elok-elok.”

“Oh yea sebelum aku beredar terima kasih sebab kau tolong ingatkan seorang anak yatim piatu yang hidupnya sebatang kara kat dunia!!”

“Lagi satu untuk pengetahuan kau memang dia tak pernah diajar dan tak kenal siapa mak bapak dia sejak dia lahir ke dunia.Dia tak pernah kenal wajah mak dan bapak dia!!’

“Terima kasih kawan.Sebelum Nurul Arina berlalu dia menepuk bahu Ezery yang terkaku dari tadi.Nurul Arina melangkah sambil menolak troli yang sarat dengan barang.Dia perlu mendapatkan sahabatnya.Dia tahu sahabatnya ketika ini terguris dengan kelancangan mulut Syabil Ezery.

Assalamualaikum”..... Arina melangkah laju meninggalkan dua manusia yang terpaku dengan ugutan dan kata-katanya yang tegas.



 
Bersambung..... :D




P/S:Di sini FR dan semua WARGA MSF nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin jika selama ini ada karya FR yang menyinggung anda secara tidak sengaja mahu pun sengaja mohon di maafkan segala khilaf FR dalam menulis sebuah nukilan untuk tatapan pembaca....terus menyokong FR. :D


1 comment:

  1. Ngeee...cek kt google nma kte ada dlm bab ni rpa2nya...hehe.. ;)

    ReplyDelete