Di dalam sebuah kelab, kedengaran muzik yang kuat membuat
manusia di dalamnya bagaikan orang gila
yang terangguk-angguk mengikut alunan. Pengujung tidak putus-putus masuk ke
kelab yang sememangnya amat terkenal di ibu kota.
Kelihatan gadis dan lelaki leka berpeleseran menari sambil
meneguk minuman keras. Warga kota menghilangkan tekanan pada malam minggu,
hari-hari biasa, dengan menari, menjerit dan berhibur sehingga subuh menjelang.
Mawarnis duduk di satu sudut sambil kepalanya digoyangkan
menghayati rentak yang di mainkan oleh DJ kelab itu. Dia senang berkunjung ke
kelab dan terasa bebas berada di situ. Pasti semua masalah yang dihadapinya
bagaikan berterbangan hilang entah ke mana.
“Hai..sayang!”
Sentuhan lembut yang dirasai dari arah belakang membuatkan
dia segera menoleh.
Bibir Mawarnis mengukir senyuman manis sebaik saja
terpandang jejaka yang sering menemaninya hampir setiap malam di kelab itu.
“Kenapa you lambat dear?”, tanya Mawarnis sambil tangannya
mencapai minuman keras. Dia meneguknya dengan rakus.
“Sorry dear, I lambat. Maklumlah I kena tunggu Mummy I masuk
tidur dulu baru I boleh jumpa you sayang.”, Balas Randy lalu melabuhkan
punggungnya di sisi gadis yang dikenali setahun lalu. Tangan Randy memaut mesra
bahu Mawarnis. Randy mengambil kotak rokok lalu disuakan sebatang rokok kepada
Mawarnis. Tangannya masih setia memaut tubuh
Mawarnis sambil dia turut menggoyangkan kepala mengikut retak muzik yang
sedang rancak.
“Mana Sally?”, tanya Mawarnis yang separuh menjerit di
cuping telinga Randy untuk melawan bunyi muzik yang kuat di kelab itu. Mawarnis
nampak Randy menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.
“Apa kata sayang call dia.”, ungkap Randy di cuping telinga
Mawarnis.
“Tadi I dah call dia”, kata Mawarnis. Dia kata on the way ke sini. Sepatutnya dia dah
sampai. Biasanya di antara kami berempat, dia yang sampai dulu”, sambung gadis
manis itu lagi.
“Sayang tak payahlah risau pasal mereka. Apa kata kita
menari, hilangkan tekanan”, bisik Randy sambil tangannya meliar mengusap pipi
Mawarnis. Randy terus menarik lembut tangan Mawarnis ke pentas dipenuhi orang
yang sedang khayal menari tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Mereka dengan
dunia mereka.
Hampir setengah jam Mawarnis dan Randy menari mengikut
rentak yang dimainkan. Kini Mawarnis terasa kakinya lenguh kerana terlalu
banyak melompat dan menari. Dia rasa letih dan mood dia bagai hilang untuk
meneruskan lagi tariannya. Mawarnis memeluk leher Randy dan berkata dengan
manja.
“Dear, I penatlah. You menarilah sorang-sorang ye? Nanti I
join balik”, Mawarnis cuba merungkai pelukan Randy di pinggangnya.
“Oh, come on sayang! Kita baru nak enjoy. Malam masih muda
sayang”, pujuk Randy.
Tangannya masih memeluk erat pinggang Mawarnis biarpun
gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tiba-tiba perasaannya tidak
sabar untuk memiliki Mawarnis menguasai diri.
“Please dear, I penat sangat ni ”, rayu Mawarnis minta
dilepaskan.
“Okey..but you hutang I tau”, dengan rasa terpaksa Randy
melepaskan tangannya dari pinggang Mawarnis. Dia yakin tidak lama lagi gadis
itu bakal jatuh ke dalam pelukannya. Tidak lari gunung yang di kejar.
Mawarnis melangkah ke tempat mereka biasa duduk. Di situ dia
melihat Sally yang sedang duduk , terangguk-angguk mengikut rentak muzik sambil
bercakap di talian. Dia pasti Sally sedang bercakap dengan Lufie. Sampai saja di sana, dia terus
melabuhkan punggung duduk di sisi kawannya.
“Wei! Apasal kau lambat pulak hari ini?”, tanya Mawarnis
sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah kawannya itu.
“Sorry lar Mawar... Kau macam tak faham pulak keadaan aku
macam mana . Lainlah kau Mawar. Kau bebas nak keluar ke mana-mana. Tak ada
siapa yang akan soal siasat kau.”, ujar Sally.
“Daddy kau sporting. Tak macam ibu dan ayah aku , 24 jam
asyik membebel kat telinga aku ni!” , protes Sally meluahkan ketidakpuasan
hatinya.
“Wei Sally! Siapa kata tak ada orang membebel dekat aku?”,
tanya Marwanis.
“Daddy aku kalau tahu aku keluar malam, mesti dia akan
membebel kat telinga aku ni” , ungkap Marwanis pada temannya itu.
“Okay, kita tutup pasal cerita ni! Jangan cerita tentang
perkara ni lagi. Kita datang ke sini nak enjoy, bukannya nak buat perbahasan
tentang family kita.”, kata Mawarnis.
“Hilang mood aku , kalau asyik bercerita pasal parents
kita”, protes Mawarnis pada Sally. Mawarnis melihat Sally mengangkat tangan
tanda mengikut saranannya.
“Mawar! Cuba kau tengok apa yang Randy buat dekat awek tu?”
, Sally bersuara sambil mata mereka menghala ke arah Randy yang rancak menari
dengan seorang gadis. Sally memandang Mawarnis dan cuba mengesan riak cemburu
di wajah sahabatnya tetapi hampa. Bukan riak cemburu yang terukir di wajah
Mawrnis tetapi sebuah senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.
“Wei Mawar, apasal kau senyum? Kau tak marah ke tengok Randy
tengah peluk mesra awek tu?” , tanya Sally. Matanya masih memandang perlakuan Randy yang asyik
merangkul pinggang gadis itu. Tangan jejaka itu meliar di setiap lekuk tubuh
gadis itu.
Randy langsung tidak menghiraukan perasaan sahabatnya yang turut
melihat perlakuan mereka.
“Kau tak cemburu ke Mawar, tengok Randy buat kau macam tu?”
, tanya Sally kehairanan. Sally pelik melihat Mawarnis sedikit pun tidak
cemburu melihat Randy yang sedang menari sambil memeluk pinggang gadis itu.
Mawarnis tersenyum lebar lagi. Kepalanya menoleh pada Randy
bersama gadis yang sedang khayal dengan muzik yang dimainkan. Dia sudah arif
benar dengan perangai Randy yang memang suka mengambil kesempatan
ke atas gadis berdahi licin. Semua dia nak sapu. Dia cukup faham dengan
perangai Randy yang satu itu. Baginya itu hak masing-masing. Dia tidak akan
sesekali marah atau cemburu.
“Cemburu? Sorry to say Sally. Itu bukan aku”, balas Mawarnis
selamba sambil mengambil gelas yang mengandungi minuman keras di meja yang
sedang mereka duduk. Diteguknya minuman itu dengan rakus.
“Sikit pun aku tak cemburu”, sambung Mawarnis lagi.
“Ikut suka kau la Mawar. Tapi kalau boyfriend aku, memang dia menempah maut lar
jawabnya! Memang dia sengaja nak merasa parang aku, kalau perangai dia macam
Randy kau tu!”, jari telunjuk Sally mengarah ke arah Randy.
“Cool beb, janganlah marah . Jom kita minum dulu.” ,
Mawarnis melagakan gelasnya dengan gelas Sally.
“Beb, lepas ini kita balik terus ke? Tak ada plan ke malam
ini?”, tanya Sally.
Mawarnis menggelengkan kepalanya. Jika dia balik pasti dia
akan sunyi di rumah besar itu. Hanya dia, Pak Mamat dan Mak Mimah saja yang ada
di rumah. Dia bosan untuk pulang ke rumah. Daddy asyik sibuk dengan
perniagaannya sejak mummy meninggal dunia.
*******
Dato Khalil menghempaskan briefcase ke sofa. Rasa marah kini
membara di dalam hatinya. Dia ingin segera bersemuka dengan anaknya. Anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang
penuh. Segala kemahuan anaknya itu dituruti sahaja. Tidak pernah dia melarang
kehendak anaknya itu. Puas dia mencari Mawarnis di ruang tamu namun tidak
kelihatan.
“Tentu dia keluar dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu.”,
Dato Khalil berkata. Geram dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu.
Sudah hampir setahun anaknya menamatkan pengajian di luar
Negara, namun tidak pernah terfikir untuk membantunya di syarikat. Puas dia
memujuk dan memaksa anak tunggalnya itu bekerja di syarikat miliknya tetapi
pelbagai alasan yang diberikan oleh
Mawarnis untuk mengelak.
“Mimah, mana Mawar?”
, Dato Khalil menyoal pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan air untuknya.
Jelas sekali wajah dan suara Dato Khalil sedang menahan marah.
“Saya tidak pasti Dato. Petang tadi dia ada, tapi tadi
kawan-kawannya yang menjemput dia. Sampai sekarang dia belum balik lagi Dato”,
ujar Hamimah dengan wajah gerun.
“Dahlah!” , regus Dato Khalil. Dato Khalil mengambil
keputusan menunggu sahaja kepulangan Mawarnis. Dia mencapai akhbar. Namun
akhbar itu tidak langsung menarik minatnya. Fikirannya kusut dan kuathir
memikirkan hala tuju anak tunggalnya itu.
Bersambung.... :D