“Kau rasa layak ke kau nak
bergandingan dengan orang macam aku? Jangan mimipi di siang hari lah aku sudi
nak terima kau apa lagi nak jadi isteri kau. Aku tahu taktik orang miskin macam
kau lah Adi tak payah kau nak berangan . Aku tak sudi nak terima cinta kau.
"Berapa
nilai cinta kau aku bayar !” Teriak nadia. Tanpa mempedulikan beberapa pasang
mata yang sedang lalu untuk masuk ke restron
Starbuck.
“Tak pun mak kau yang suruh kau
pancing ikan yang boleh buat dia senang kelak” Nadia tetap hendak menyakiti
hati Adi.
Pang!! Nadia tersentak.
“How
dare you!” Nadia memegang pipinya yang terasa pijar akibat tamparan dari
Adi. Matanya tajam memandang Adi.
“Memang saya berani tampar awak,
memang saya orang miskin tapi saya tak sehina itu. saya ingat selama saya kenal
awak, awak seorang wanita yang sentiasa buat saya berdebar dan awak jugak wanita yang berjaya membuka pintu
hati saya untuk bercinta tapi sayang awak tak seindah yang saya gambarkan.”
“Awak ego sebab menafikan apa yang
dah berputik di hati awak. Awak tak mempuyai hak untuk menghina saya dan cinta
saya, cinta saya tak ada nilai angka
yang boleh orang macam awak beli Cik Nadia. Jangan cik Nadia menyesal suatu
hari nanti, tiada lagi peluang kedua”
“Maaf jika luahan saya buat cik Nadia
begini. Lagi satu saya tak rela
keluarga saya di hina dan di babitkan atas keterlanjuran saya mencintai cik
Nadia.”
Adi melangkah ke kereta membuka pintu
di bahagian penumpang, Adi menoleh ke arah Nadia yang masih berdiri disitu.
“Mari saya hantar cik Nadia balik ke office”ujar Adi lalu masuk ke dalam
kereta dan di hidupkannya.
Nadia yang tersentak dengan teguran
dari Adi terus menuju ke kereta.Setelah Nadia masuk ke dalam kereta Adi membawa
kereta tanpa menoleh ke sebelah perasaannya ketika ini sakit.Tak di sangka
Nadia sanggup beranggapan seperti itu terhadapnya.
“Abang!!”
Adi tersentak, lamunan 2 bulan lepas
terbang bagai di bawa angin lalu. Dia menoleh ke arah belakang. Dia melihat
adik kembarnya sedang bercekak pinggang. Adi tersenyum lalu di tarik tangan
adiknya untuk duduk di sisinya.
“Yea…wahai
puteri abang, ini kena muncung ini? Maaf abang tak dengar adik panggil tadi.
Ada apa cari abang?” soal Adi.
Akma Aliya mencebikkan bibirnya.
“Semalamkan abang dah janji nak bawak kita orang untuk beli hantaran
untuk abang? Majlis abang pun tak lama lagi. Umi mesti dah bising abang macam tak serius je nak kawin adik
tengok.” Protes Akma Aliya.
“Jadi ini abang dah siaplah ini jom
kita pergi. Adik pergi panggil Anis.” Ujar Adi.
**************
Tengku Nadia memberhentikan keretanya
di hadapan rumah Adi. Matanya meneliti kawasan sekeliling. Sunyi dan aman
kampung ini tanpa sebarang pencemaran. Pintu keretanya dibuka. Dia menarik
nafas perlahan, dan mula melangkah menuju ke arah pintu rumah Adi.
“Assalamualaikum…..” Tengku Nadia
memberi salam, namum masih tiada siapa yang menjawab salamnya .Dia mencuba
memberi salam lagi sekali.
“Assalamualaikum….” Tengku Nadia menguatkan
suaranya sedikit.
“Waalaikumusalam….” Terdengar suara
seorang wanita yag menjawab salamnya.
Pintu rumah Adi terbuka dari
dalam.Terpancul Puan Hakimah.
“Yea.
Anak ini cari siapa? Apa yang boleh makcik tolong” ujar Pn Hakimah.
Nadia tersenyum dan terus melangkah
menuju ke arah Pn Hakimah. Tangan Pn Hakimah di ciumnya dengan tertib.Hati Pn Hakimah terdetik, dia seperti
pernah melihat gadis ini.Gadis ini saling tak tumpah dengan gadis yang berada
di atas meja anaknya, Adi. Mungkin ini gadis yang menolak cinta Adi sehingga
Adi sanggup menerima cadangannya untuk di jodohkan dengan Sheila anak abang
Majid, kawan sekolah Adi.
“Saya Nadia, makcik. Tujuan saya
datang ke sini nak mencari Adi.”Jawab Tengku Nadia.
“Betul ke Adi tinggal di sini makcik?
Makcik ini mak Adi ke?” soal Nadia.
“Betul ini rumah Adi, makcik ini umi
dia.Tak payahlah anak panggil makcik panggil Umi dah cukup. Semua yang kenal
makcik panggil umi.” jawab Puan Hakimah dengan Nadia.
“Hmmm…masuklah
dulu nak. Mari masuk ke rumah makcik yang tak seberapa ini” pelawa Puan Hakimah
pada Nadia.
Dia pasti kedatangan Nadia mesti
mencari Adi. Hati tuanya yakin kedatangan Nadia ke sini untuk meraih semula
cinta Adi, tapi sayang gadis ini terlambat hanya dua minggu dari sekarang Adi
bakal bergelar suami kepada Sheila. Adakah Adi akan menerima Nadia semula
dan melupakan apa yang telah di rancang kini. Puan Hakimah runsing memikirkan
pekara yang akan berlaku sekiranya Adi lebih memilih Nadia banyak hati yang
akan terluka. Nadia yang sedang duduk bertentangan dengan Puan Hakimah pelik
melihat umiAdi seperti memikirkan sesuatu.
“Umi ada apa yang boleh saya bantu?”
“Eehh…umi
termenung pulak tak ada apa-apa umi cuma terfikir kenapa Adi dan adik-adiknya
belum sampai kalau tak salah umi mereka dah dari pagi tadi ke pekan.”
“Takpe lah umi nak masuk solat
dulu, kalau kamu nak ambik makanan kamu ambik je di dapur, jangan segan-segan
kat rumah umi ini.”
“Baiklah.” Ujar Tengku Nadia.
Nadia melihat sekeliling rumah di
satu sudut ada beberapa hantaran yang masih di gubah. Gubahan berwarna biru dan
pink,dua gabungan warna yang sinonim. Dia menyentuh hasil gubahan itu satu
persatu hasil gubahan di sentuhnya. Dalam Nadia yang sedang asyik melihat
gubahan itu ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya.Akma Aliya dan
Akma Anis turut tercegat di hadapan pintu abangnya merenung tajam ke dalam
rumah. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah sudut rumah mereka. Aliya
dan Anis nampak seorang perempuan cantik di situ. Lalu tanpa salam mereka terus
menuju ke arah perempuan itu.
“Akak ini siapa? Kenapa masuk ke
rumah kami?” Anis dan Aliya menyoal serentak.
Nadia yang sedang asyik membelek
barangan hantaran yang berada di sudut ruang tamu terkejut dengan sergahan
gadis yang sedang berdiri dan merenungnya. Dia tersenyum dan menghadiahkan
senyuman untuk si kembar. Pasti ini adik kembar Adi.
"Akak car......"
Belum sempat Nadia bersuara Adi
meluru ke arahnya.Tangannya di pegang dengan erat oleh Adi. Adi membawanya
turun ke paking di depan rumahnya.
Nadia yang tidak tahu tindakan drastik Adi menurut langkah ke pakin.
“Adi tangan saya sakit ini, lepaskan
boleh” Nad merasa pergelenggan tangannya di genggam erat oleh Adi. Adi yang
mendengar rengekan sakit dari Nadia cepat-cepat melepaskan tangan Tengku Nadia.
“Maaf….”
“Ada apa Cik Nadia datang ke kampung
saya. Dan perlu apa Cik Nadia ke kampung orang miskin macam saya ini” sinis
suara Adi.
“Adi saya datang ini nak minta maaf
atas ketelanjuran saya pada awak. Sekarang saya sedar yang saya salah cinta
awak memenuhi hati saya Adi.”
“Maaf saya terlambat mengakui cinta
pada awak. Saya akui selama awak bekerja dengan saya perlahan-lahan hati saya
mula berbunga bila bersama awak tapi saya bodoh Adi, saya tolak perasaan yang
berputik di hati saya kerana saya takut di sakiti.”
Nadia tidak peduli lagi apa yang
diharapkan kini Adi sedia memaafkan kesalahannya dan mencintainya seperti dulu
lagi. Hanya itu yang di fikirkan ketika ini. Nadia melihat Adi langsung tidak
bersuara pandangan matanya tidak menghadapnya.
“Adi…..boleh saya mendapat peluang
kedua mencintai awak?”
“Adi……Saya sedar sekarang yang saya
mencint…..” belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya,tiba-tiba di jawab oleh
Adi.
Bersambung....:D
baru nak feeling....
ReplyDeleteterus .... mane hilang...
huwaa.. memang tergantung k?