Followers

Wednesday 19 September 2012

KASIH SI KEMBAR PART 10







Shahrini mundar-mandir di ruang tamu rumahnya.Siti yang sedang bersantai di ruang tamu sambil membaca majalah disitu terganggu.Siti ingin bertanya pada anaknya apa yang membuatnya resah tapi soalan yang hendak di tanya tidak keluar dari mulutnya. Matanya hanya mengikut ke mana arah anak itu ke hulu-hilir.Sesekali Siti terdengar anaknya mengeluh sambil menghentakkan kakinya ke lantai rumah. Ada jugak  yang runtuh rumah aku ni.

“Eeee….geramnya aku tak guna punya perempuan! Mak dah mati pun ada masa lagi nak mengatal berkepit dengan Zafril!” rasa tidak puas Shahrini kedengaran lagi.

Siti yang mendengar rungutan dari Shahrini memhentikan bacaannya. Segala gerak-geri anaknya membuatnya ingin tahu apa punca anaknya sehingga sebegitu marah akan seseorang.

“Rini, kamu kenapa dari tadi mama tengok kamu ke hulur ke hilir dengan merunggut-runggut ini kenapa?Apa yang kamu tak puas hati kali ini? Mama tengok dah macam cacing kepanasan je? Pening kepala mama tengok kamu macam ini” marah Siti. Shahrini terus merunggut dan membebel seperti tadi kata-kata mamanya tidak di hiraukan.

“Rini benci dia,mama tahu mata Rini sakit tengok dia dengan Zafril!”Suara Shahrini hampir menjerit ketika meluahkan ketidakpuas hatinya.

“Apa lagi yang kamu tak puas hati lagi dengan si Fika tu? Kalau ya pun kamu tak suka dengan dia tak usahlah terjerit-jerit macam ini.Ingat kamu ini anak dara, Rini tak elok berperangai macam ini.”pujuk Siti agar anaknya sedar.Dia dah penat nasihat anaknya supaya tidak menyimpan dendam. Sudah berbuih mulutnya namun Shahrini tidak pernah mahu mendengar kata-katanya.

Peristiwa di Bandar Melaka berlegar dimindanya.Dia yang kebetulan keluar bersama rakan-rakannya ke Menara berpusing Taming Sari di Melaka kerana ingin berjumpa kenalan yang baru dikenali,disana telah terserempak dengan dua susuk tubuh yang cukup dikenalinya terasa nak terbakar hatinya tika itu.Siapa lagi kalau bukan Fika Farisya dan Zafril Zafuan.Melihat bagaimana Zafril dan Fika berbual mesra ketika tu hatinya bagai di siat-siat melihat mereka berdua.Tanpa pamit darinya dia langsung blah macam itu. Lelaki yang ingin berkenalan dengannya di tinggalkan begitu sahaja.Biar pun sudah berkali-kali Fika menegaskan bahawa dia mengaggap Zafril sebagai abang tapi hatinya tidak dapat menerima dengan kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.Dalam dia mengingat kejadian petang tadi suara mamanya menyedarkan dia dari lamunan.

“Rini cuba kamu dengar kata mama, lupakan si Zafril itu banyak lagi lelaki yang nak kamu.”Siti cuba memujuk Shahrini agar melupakan Zafril Zafuan.Bukan dia tak tahu akan anaknya ini selagi kehendak dia tidak tertunai selagi itu hati anaknya tidak senang.Kadang-kala dia risau dengan sifat dendam yang ada di dalam diri Shahrini, dia takut suatu hari nanti dendam akan memakan diri anaknya.

“Mama cakap senang.Mana boleh Rini lupakan macam tu aje sejak dia dan ibu dia hadir di kampung ini semua orang kampung duk memuji dia.Rini tak boleh terima.Apa lagi lelaki yang Rini cintai langsung tak pandang Rini lagi sejak dia hadir.” Omel Shahrini.

“Dah memang dia pandai dan sopan orangnya tu yang orang kampung senang dengan si Fika.Cuba kalau Rini berperangai macam Fika mesti orang kampung pun suka Rini”Siti membandingkan anaknya dengan Fika Farisya.Bagai langit dengan bumi.

“Arrghhh…sudahlah mama, mama bukan faham apa yang Rini rasa.Malas Rini nak cerita lebih-lebih dekat mama.Mama bukan nak sokong lagi nak sakitkan hati Rini adalah!” bentak Shahrini.Siti terkejut dengan tengkingan dari anaknya.Makin lama di rasakan Shahrini makin melampau.

 “Apa yang Rini tahu, Rini tak  akan biar dia hidup senang, dia tak layak untuk gembira dia hanya layak untuk hidup menderita.”

“Tengok, derita yang akan Rini beri pada dia.Tunggu Fika!”

Siti perasan ucapan dari anaknya penuh dendam.Dia tahu pasti Shahrini sedang merancang sesuatu untuk menghapus sesiapa sahaja yang menghalang kebahagiannya.Dia cukup kenal dengan sifat anaknya ini.

“Rini kamu jangan buat kerja yang tak betul nak.Kamu nak buat apa dengan Fika tu? Diakan dah tak ada sesiapa lagi.Ibunya baru sahaja meninggal.Biarkanlah dia nak “Siti cuba menegur dengan lembut agar anaknya melupakan apa yang bakal dibuatnya kelak.

“Tak semudah tu mama.Rini tak akan lepaskan dia. Rini ada rancangan nak kenakan dia. Rini tak kisah apa nak jadi, asal hati Rini puas melihat dia menderita!” tekad Shahrini.

“Apa yang kamu cuba rancang?”Siti menyoal anaknya.Jelas riak risau di wajah Siti.Entah apa rancangan anaknya dia sendiri tidak dapat menebak.

Lihat betapa busuknya hati manusia ini penuh dengan hasad dengki melihat kebahagian orang,bahkan dia sanggup menengking ibunya sendiri.Shahrini tidak sedar segala perbuatannya ada hukum karma.Cepat atau lambat pasti akan menerima balasan.

Selepas mengemas meja makan di dapur. Fika naik ke atas untuk menyertai Pak Hassan, Mak Tija dan Zafril yang sedang melihat berita Utama di televisyen. Dia melihat Mak Tija, Pak Hassan dan Zafril  sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton.Fika mendekati mereka bertiga.Sesekali matanya menjeling ke arah Zafril.Otaknya sedang berkerja macam mana nak meminta izin dari Mak Tija dan Pak Hassn yang menyatakan dia ingin kembali ke rumahnya.

“Fika dah solat isyak?” tegur Hajar Khadijah.

“Dah, Mak Tija,” jawab Fika Farisya dengan sopan.

“Kenapa ini Fika, Mak Tija tengok macam ada pekara je yang kamu nak sampaikan pada kami?Gelisah je Mak Tija tengok.”Hajar Khadijah merenung Fika Farisya.Dia hairan sejak petang tadi dia melihat Fika seperti sedang memikir sesuatu seolah-olah ada pekara yang disampaikan.Haji Hassan yang mendengar pertanyaan isterinya beralih arah ke arah Fika Farisya.Semua yang ada di ruang tamu kini sedang menanti apa yang ingin disampaikan oleh Fika Farisya.Fika terasa gugup pula bila semua mata terarah ke arahnya.

“Pak Hassan,Mak Tija,Zaf….Fika nak cakap sesuatu” ujar Fika memulakan bicara. Nafasnya di tarik panjang.

“Kebetulan kami pun ada benda yang nak di bagi tahu pada Fika.” tiba-tiba Haji Hassan bersuara. Kata-kata dari Haji Hassan membuat dia tercengang.

Hmmm….Kalau macam itu Pak Hassan je lah yang cerita dulu apa yang Pak Hassan nak sampaikan pada Fika. Pekara yang ingin disampaikan di tolak ke tepi dulu. Saat ini kata-kata yang keluar dari mulut Pak Hassan lebih menarik perhatiannya. Mana tahu kot-kot itu perkara yang sama ingin dia sampaikan.

“Sebenarnya begini tadi petang ada orang datang mencari kamu dengan ibu kamu ke sini. Tapi masa itu kamu dan Zafril ke pekan. Jadi Pak Hassan dan Mak Tija yang menyambut tetamu itu.”

“Siapa yang cari Fika?”

“Kata orang itu Paklong kamu, abang pada ayah kamu Megat Ihsan.Kalau tak silap Pak Hassan nama paklong kamu Megat Ilman.”

“Dia nak bawak kamu balik ke rumahnya di Kuala Lumpur. Minggu depan dia datang balik untuk menjemput kamu nak.” Fika terdiam.Hajar Khadijah yang melihat Fika terdiam terus mengenggam tangan Fika bagi nmenyalurkan kekuatan.Dia tahu Fika terkejut mendengar berita yang suaminya sampaikan.

“Mak Tija tahu Fika terkejut.Kami pun buntu macam mana nak fikir, kami berharap yang Fika akan sentiasa bersama kami sampai bila-bila tapi Paklong kamu datang mahu menjemput kamu pulang ke pangkuan keluarga.”Bahu Fika dipeluk erat.Wajah Fika ditatap lama, dia sudah menganggap Fika sebagai anaknya sendiri setara dengan tempat Zafril di hatinya.

“Macam mana Fika?Fika setuju nak ikut Paklong Fika balik ke Kuala Lumpur minggu depan?” Pak Hassan menyampuk perbualan isterinya.

Fika masih diam.Dahinya berkerut.Susah dia hendak membuat keputusan yang mendadak. Dia sudah berjanji yang dia tidak akan sesekali meninggalkan kenangan dia dan ibunya di sini.Dia nekad tidak akan meninggalkan rumah yang dia dan arwah ibunya yang diduduki sekarang.Dia tidak ingin jauh dari ibunya.Biarlah dia di sini.

“Fika…..Fika tak tahu Mak Tija semua pekara ini terlalu mendadak bagi Fika.Ibu baru je tiga minggu meninggal.Kedatangan Paklong ke sini buat Fika tak habis fikir macam mana nak hadapinya Mak Tija.”

“Takpe Fika fikir dulu dengan tenang.Kami di sini sedia menjaga kamu nak apa saja keputusan kamu kami terima.” ujar Hajar Khadijah.

“Fika nak cakap apa dengan kami nak?”Soal Hajar Khadijah.

“Sebenarnya Fika baru nak minta izin dari Pak Hassan dan Mak Tija, Fika nak balik semula ke rumah Fika. Lagipun itu satu-satunya kenangan yang Fika ada bersama arwah ibu. Kalau boleh Fika nak selalu dekat dengan kenangan bersama dengan ibu bila berada di rumah itu.”Jelas Fika perlahan.

Haji Hassan dan Hajar Kahdijah terdiam bila mendengar permintaan Fika yang ingin kembali ke rumahnya.Hati tuanya risau.

“Fika tahu Mak Tija, Pak Hassan dan Zafril dah banyak menolong Fika selama ini.Sejak kami berpindah sampailah ibu Fika yang baru meninggal, pertolongan dari keluarga Pak Hassan tak pernah putus-putus untuk kami.Kadangkala Fika malu sebab Fika menumpang kasih pada keluarga Pak Hassan ,budi baik semuanya tak dapat Fika balas dengan wang ringgit. Fika takut yang Fika tak mampu nak balasnya suatu hari nanti.Pak Hassan dan Mak Tija dah Fika anggap seperti ayah dan ibu Fika manakala Zafril Fika dah anggap dia sebagai abang yang selalu melindungi Fika.Tapi sampai bila Fika harus bergantung dengan Pak Hassan, Mak Tija dan Zafril.Fika kena berdikari seperti ibu berdikari untuk menghidupkan Fika.” Saat itu terasa sebak. Air mata seolah-olah ingin terjun keluar dari tubir matanya.Ditahan dari keluar.

“Kenapa Fika cakap macam ini nak, kami ada menyinggung perasan Fika ke atau Zafril selalu sakat kamu?” Hajar Khadijah menyoal Fika Farisya.

“Tak  Mak Tija.Mak Tija dan Pak Hassan tak ada buat apa salah dengan Fika malah Zafril pun tak  ada salah jugak.Cuma Fika yang sayang nak tinggalkan rumah itu sejak arwah ibu meninggal.Fika dah tinggal di rumah itu dari umur Fika 5 tahun sampailah sekarang. Rumah itu dunia Fika dan ibu.Semua kenangan Fika dan ibu ada di dalam rumah itu.”

“Kamu tak takut ke tinggal sorang-sorang di situ?Tak ada siapa yang akan tengokkan kamu.Mak Tija lebih sedang kalau kamu sentiasa ada di depan mata Mak Tija.” Hajar Khadijah cuba memujuk Fika Farisya untuk tinggal dengannya.Walaupun kedudukan rumah mereka bersebelahan tapi dia tetap risau seandainya Fika duduk berseorangan di rumah itu.

“Insyallah Fika tak takut Mak Tija sebabnya Fika dah ada bodyguard yang mengawal Fika setiap masa.” Fika berseloroh bagi meredakan ketegangan yang berlaku.Dia cuba untuk menghiburkan suasana.

“Boudygurd?Apa ke benda itu Fika, Mak Tija tak pahamlah bahasa omputih ini.”

Fika yang cuma menahan ketawa,melirik ke arah Zafril.Haji Hassan yang faham apa yang di maksudkan oleh Fika turut tersenyum mengeleng-gelengkan kepalanya.Ada sahaja celoteh yang Fika buat.Hati tua Haji Hassan bersyukur kerana Fika telah ceria balik.

“Siapa bodyguard  kau Fika aku tak tahu pun yang selama ini kau pakai bodygurd” tanya Zafril dengan lurus.

Hajar Kahdijah dan Zafril saling berpandangan manakala Haji Hassan dan Fika tidak dapat menahan ketawa.Terhambur jua ketawa Haji Hassan dengan Fika Farisya.

“Eehhh….Abang ini dah buang tebiat apa ketawa.Apa yang lucu?” Hajar Kahdijah menyoal suaminya.
Oooii…Tija oooii  yang di maksudkan Fika ini, bodyguard dia itu anak kesayangan awak lah Tija oooii….”potong Haji Hassan.

Sekali lagi kedengaran rumah itu gamat dengan ketawa dari Fika Farisya,Haji Hassan dan Hajar Khadijah.Zafril yang sudah dapat menangkap maksud Fika terus di beri pandangan tajam ke arah Fika Farisya.

“Hantu kau Fika, muka aku punya hensem macam ini kau kata bodyguard  kau apa kelas” keluh Zafril walaupun agak perlahan tapi di dengar oleh ketiga-tiga orang yang sedang mengelakannya. Ini semua dari soalan lurusnya pada Fika.

“Fika kau yakin kau nak tinggal di rumah kau?” soal Zafril mematikan suasana yang ceria tadi.

“Aku pasti Zaf.Dan aku yakin segala keputusan yang aku buat tanpa di ragui dan disahkan oleh jakim”Fika Farisya cuba menghiburkan Haji Hassan,Hajar Khadijah dan Zafril Zafuan dia tahu mereka risau akan dirinya. 

“Kalau tak ada yang menghalang insyallah Fika akan duduk dekat rumah itu besok, Fika nak berkemas sikit lagipun dah lama Fika tak menjenguk ke rumah itu.Mesti dah banyak habuk”

Haji Hassan dan Hajar Khadijah hanya mampu mengangguk segala keputusan dari Fika Farisya.Tiada apa yang mamapu dilakukan oleh mereka sekeluarga selain berdoa atas keselamatan diri gadis itu. 



bersambung... :D

4 comments:

  1. nice.. terus kan berusaha ye... dan terus kan berkarya :)

    ReplyDelete
  2. yeyeye! dah ada entry kasih kembar! apalah plan rini tu..hope fyka tu tak de apa2..kak fika 2x,saya nak lagi..:D

    ReplyDelete
  3. nk lg kak fika...^___^
    ~mila~

    ReplyDelete
  4. sedikit kelemahan bab 10. Smbungan antara cite rini dgn fika sprti nya sngt dekat.. Sepatut nya penulis bwt strip camni ________ d bwh cite rini tu biar pembaca tdk keliru.. Sy bca bab rini hingga akhir ny dpt balasan tu n tiba2 bab fika plak... Bkn kh tu akan m'bwt pembca sprti sy bengong... Eeh kok tiba2 bab fika, td ngah ckp bab rini... Jgn lupe bwt strip ok d setiap penghabisan watak yg d tampil kn. Ap punterus kn berkarya sy akn m'jdi pembaca yg setia insyaallah ( RD )

    ReplyDelete