Followers

Monday 3 September 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 1










 Sejak dari Melaka tadi, diperhatikan saja sahabatnya yang sedang asyik membelek-belek tali leher berjenama Hugo Boss itu yang dibeli Dhia.Hinggakan dia yang sedang memandu kereta disebelah pun tidak dihiraukan.

 “Sudah-sudahlah belek tali leher tu..Naik rimas aku tengok.’’katanya setelah berhenti di traffic light. Rayyan memandang Dhia sekilas.Naik rimas dia dengan tingkah kawannya yang sedikit ‘angau’ dengan tali leher yang baru dibeli semasa mereka outstation di Melaka.

 Dhia yang sedang khusyuk membelek tali leher itu terhenti dengan ayat pedas Rayyan tu.Memang sengaja cari nahas la mamat ni! Diletak tali leher yang dipegang tadi ketepi dengan kasar.Bengang kerana mengganggu tumpuannya tadi.

 “Kau kenapa?” Dijeling tajam sahabatnya itu.Suka hati dialah nak belek ke nak cium ke.Bukan dia yang bayar tali leher ni. Takkan tak tahu bukan murah nak beli tali leher ni.Beratus tahu! Rayyan hanya tersengih.

 “Aku tengok sejak keluar dari kedai Tie shop tadi, tak habis-habis kau dok belek Tie tu..Nasib baik kau keluar dengan aku, kalau kau keluar dengan kawan yang lain,  habislah..Mesti diorang tinggalkan kau sorang-sorang kat kedai tu”. 

 “Geram la aku dengan kau ni”. Dicubit lengan Rayyan sekuat hati.

 Rayyan yang memegang stereng kereta terus menjerit.Bergema suaranya didalam kereta. 

 “Adoi.Sakit la.Kau asyik cubit lengan aku je kan.Tak ada orang lain ke kau nak cubit?’’Sudah berapa kali lengannya di jadikan sasaran Dhia untuk dicubit. Lebam tangannya.

 “Padan muka kau.Dah.Cepat jalan.Traffic light dah warna hijau tu.”arah Dhia.Dibelek semula tali leher itu. Tersenyum dia mengenangkan hadiah yang akan diberikan pada suaminya, Muzaffar nanti. Sudah lama Muzaffar tidak hubunginya.Last pun, masa dia nak berangkat. Suaminya tidak dapat hantar ke Melaka sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib baik ada Rayyan, kalau tak, siapa nak hantar aku.

 “Yelah.Yelah.”Kereta mula bergerak meninggalkan traffic light.Masing-masing tidak bersuara. 

 Sudah lama dia tidak memberi kejutan pada suaminya. Ada peluang ke Melaka ni, apa salahnya kalau beli souvenir kan? Dahlah lama aku tak oustation kat Melaka. Dah hampir dua minggu aku asyik pandang muka Rayyan yang sengal ni saja, nasib baik seminar tu habis awal. Kalau tak muka suami aku pun dah lupa macam mana rupanya.

 Tapi entah kenapa Dhia berasa hairan dengan tingkah suaminya sebelum dia berlepas ke Melaka. Siap minta maaf sambil mencium tangannya.Tapi untuk apa minta maaf? Muzaffar tidak mengatakan sebabnya cuma yang Muzaffar hanya ucap dengan nada lirih.

 “Kalau ada apa-apa yang berlaku pada anja, jangan sekali-kali tinggalkan anja”

 Dhia berasa pelik.Biasanya jika ada perkara yang penting atau terlalu confidential,Muzaffar tetap akan berkongsi dengannya. Tapi perkara apa yang mustahak sangat sampai kena rahsia.Nak selidik, dia dah nak berangkat.

 “Ray, kau agak-agak, bila boleh sampai?Soalnya.Dhia dah tak sabar nak peluk Muzaffar. Apa yang anja buat sekarang ya?fikirnya.Rasa rindu mula mengasak hati.Mula membayangkan kegembiraan yang tidak terkata bila berjumpa suaminya nanti.

 “Dah nak sampai la ni..”Kereta Rayyan terus membelok masuk ke kawasan perumahan Jalan Anak Gasing. Dhia yang disebelah sudah mempamerkan perasaan terujanya untuk sampai ke rumah sendiri.


 **********


Minyak wangi Hugo Boss berbau harum disekitar bilik.Terasa bagaikan sedang duduk di kilang botol minyak wangi.Mengasyikkan.Dipegang botol minyak wangi itu.Lalu diletakkan di hidung.

  “Wanginya..’’disedut udara yang diselaputi bau harum itu.Tapi bau itulah yang menghancurkan jiwanya.Dipandang lama botol minyak wangi itu.Dhia jadi geram.Bila difikirkan kembali, hatinya kembali mendidih marahDigenggam botol itu.Lantas, dengan selambanya dibaling botol minyak wangi itu ke cermin solek.Berderai kaca cermin solek itu.

 Masuk ke hari ini, sudah empat botol dipecahkan tanpa rasa takut. Puan Suria yang sedang menggoreng cucur badak kegemaran Dhia terhenti tatkala terdengar kaca berderai di tingkat atas.

 Dia menggeleng kepala.” Dhia buat hal lagi!’’Sudah berapa kali cermin solek anaknya diganti.Nak beli meja solek yang baru, dia tidak mampu.Hanya menggantikan cermin itu sudah cukup.Dengan pantas, ditutup api kuali.Terus dia berlari ke tingkat atas.Hatinya rasa tidak tenang. 

 ‘’Dhia..apa yang pecah tu?’’soal Puan Suria.

 Diketuk kuat pintu bilik anaknya.Takut berlaku sesuatu. Dahlah anaknya yang seorang ni sudah menjadi kurang waras semenjak ditinggalkan suami.Tapi betulkah Dhia diceraikan Muzaffar?soalan itu bermain difikiran.Perwatakan yang selama ini lemah-lembut sudah bertukar agresif. Makin menjadi-jadi kemarahan Dhia.

 Memang sedih dengan apa yang menantunya telah buat pada anaknya. Terkenang kembali kejadian yang meranapkan kebahagiaan anaknya tahun lepas seperti yang diceritakan Rayyan tahun lepas.


 ***********


Rayyan membelok ke kawasan Damansara Damai..rumah Dhia dan suami merangkap kawan baiknya juga.Terkejut mereka apabila melihat banyak kereta mewah berkumpul di sekeliling kawasan perumahannya.

 ”Eh, banyak betul kereta mewah kat sini. Ada kenduri ke?soal Rayyan sambil  memandang cermin kereta.Dipandang Dhia sekilas..Dihentikan keretanya.Ingin mencari port yang sesuai untuk meletak kereta.

Dhia angkat bahu.‘’Mana aku tahu. Biasanya kalau ada kenduri kat kawasan rumah aku, pihak masjid akan buat pengumuman jika ada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Suami aku tak inform pun yang hari ini ada majlis”.Dhia membuka kaca mata hitamnya. Ingin melihat dengan jelas benarkah ada kenduri di rumahnya.Memang benar, ada majlis dirumahnya.Siap pasang kanopi lagi!Dhia sudah rasa lain. Hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.Bagaikan sesuatu akan berlaku.

 Dipandang Dhia semula.“Memang la kau tak dengar, sebab masa tu kau ada kat Melaka bukan dekat Kuala Lumpur, faham?terasa lawak pulak dengan kata-kata Dhia.

 “Mula la perangai lama dia tu”Dhia mencebik.Mulutnya disengetkan sebelah.

 “Perangai lama aku?”soal Rayyan pelik.Dipandang saja wajah Dhia.

 “Perangai sengal kau tulah.Dari dulu sampai sekarang suka keluarkan ayat yang menyakitkan hati akuSebab itulah aku cakap perangai kau ni sengal.”

 Rayyan ketawa mengekeh.“Sengal-sengal pun kawan kau jugak tau”.Dhia menjeling.Aku nak kenakan dia, last-last aku yang kena balik.

 “Malas nak layan kau”Pintu kereta dibuka.Mahu keluar dari kereta. Makin dilayan Rayyan ni, makin menjadi-jadi perangai sengal dia yang tak akan habis.Diletakkan tali leher yang dipegang tadi ke tempat duduk belakang.Lantas dia keluar dari situ tanpa memandang muka Rayyan.Ditutup pintu kereta.

 Teringatkan bagasi dibelakang, Dhia mahu masuk semula ke dalam kereta untuk meminta Rayyan membuka bonet dibelakang.Tapi mengenangkan ada kenduri dirumahnya, Dhia rasa lebih elok dibiarkan dahulu. Bila dia sudah bertemu suaminya, baru dia akan menyuruh Rayyan mengangkat bagasi itu.Dengan senyuman yang menawan, Dhia terus ke pintu utama.Rayyan yang duduk didalam kereta segera keluar. “Sampai hati aku ditinggalkan.”

 Rayyan keluar dari kereta.Di kunci keretanya lalu berlari anak menuju ke kawannnya itu.”Oi..tunggulah aku.” Berlari anak dia mendapatkan Dhia yang berada di pintu utama.Tetamu yang lalu-lalang memandang saja. Tergelak Dhia melihat kawannya berlari anak kearahnya. Dia hanya tersengih-sengih.

 “Dhia, takkan kau tak tahu rumah kau ada kenduri kot?Mak mentua kau tak beritahu ke?bisik Rayyan perlahan ke telinga Dhia sebaik sahaja mereka  berada di pintu utama. Dilihat ramai orang kenamaan dan orang awam menghadiri majlis ini.Meriah sangat.Macam perkahwinannya pada tahun lepas.Tapi majlis apa?fikirnya sendiri.

 “Manalah aku tahu..Suami aku pun tak inform.Dahlah dia tak call aku sejak aku dah sampai Seremban tu.balasnya perlahan. Sampai hati suaminya tak beritahu ada kenduri di rumah mereka.Telefon nak inform pun tiada. Boleh dia pulang awal dari duduk kat seminar dengar ceramah yang membuatkannya selalu nak tidur.Tolong apa yang patut untuk kenduri ini.

 “Haa,makin ramai orang datang rumah kau ni.Aku tengok macam kenduri kahwin pun ada.Dengar lagu pun dah tahu ada orang kahwin.Tengok tu..”dipandang ke kawasan kanopi.Kedengaran pengacara majlis lelaki berceloteh dihadapan tetamu yang sedang makan dengan berpakaian baju batik.

 “Aah la..Aku pun perasan jugak.Tapi siapa pulak nak kahwin?Setahu aku Muzaffar seorang saja anak tunggal mama sepertinya juga.Abah pulak dah lama meninggal.’’Bingung kepalanya memikirkan apa yang terjadi dihadapannya.Takkanlah…Dhia mula berfikiran negatif.

 Sambil kepalanya memikirkan untuk apa kenduri ini diadakan dirumahnya, Dhia ternampak mak mentuanya, Puan Halimah yang sedang asyik mengarahkan pekerja-pekerja kenduri mengagihkan pinggan-pinggan yang telah digunakan tetamu ke dalam besen. Mak mentuanya kelihatan cantik dengan berpakaian jubah ungu. Dhia tersenyum.Dihampiri mak mentuanya bersama Rayyan yang setia dibelakangnya.

 “Assalamualaikum Mak..”Lembut suara Dhia kedengaran.

 Puan Halimah yang sibuk mengarahkan pekerja kenduri berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Tentu Maria, menantunya yang baru. Dia tersenyumTapi apa yang dilihatnya bukan Maria, tapi Dhia.Terkejut bukan kepalang Puan Halimah.Berubah riak wajahnya. 

 Ya allah!Terkejut Puan Halimah dengan suara yang tidak diduga itu.Dhia dah balik!

 Dhia“Eh,mak!kenapa ni?Dia mula risau dengan keadaan Puan Halimah yang tiba-tiba pengsan melihatnya.Rayyan yang berada dibelakangnya terkejut sama. Tetamu yang berada disekeliling mula berkumpul disitu mahu melihat apa yang berlaku pada Tuan Rumah.

 “Apasal ni?kelam-kabut Rayyan bertanya.Dipangku Puan Halimah di pahanya.Disentuh wajah mak mentua Dhia.”

 “Aku tak buat apa-apa pun.Just bagi salam saja..”Balasnya. Dhia sudah mula gelabah.

 “Makcik..”Dengan berhati-hati Rayyan menepuk perlahan muka Puan Halimah agar segera bangun. Tetamu yang berada di situ sudah berkerumun menghampiri Puan Halimah.

 “Dhia, tolong ambilkan air.Cepat!”arah Rayyan. Segera Dhia bangun dari situ dengan keadaan tergesa-gesa.

 Diambil air suam yang terletak di tempat katering meletakkan makanan dan minuman.Nah!Segelas cawan air kosong diberikan ke Rayyan.

 “Makcik..”Rayyan mengambil sedikit air dari cawan yang diberikan Dhia sebentar tadi lalu dilekapkan ke muka Puan Halimah.

 “Mak..”panggil Dhia perlahan. Digoncang lembut bahu mak mertuanya.

 Puan Halimah yang pengsan tadi segera membuka mata.Dilihat ramai orang disekelilingnya.Betul ke apa yang aku lihat tadi?Dipejam matanya dengan rapat.Cuba mengingati semula apa yang berlaku sebentar tadi.Memang benar, menantunya sudah kembali. Aku kena buat sesuatu! Seperti yang dikatakan menantu barunya, Maria yang Dhia curang di belakang suaminya sendiri.

 “Dah sedar pun..”Lega melihat mak mentuanya sedar dari pengsan. Tetamu yang melihat tadi beransur pergi ke dalam khemah semula untuk menjamu selera.

 Mak..Dhia ni.Dihulurkan salam ke Puan Halimah.Namun mak mentuanya masih lagi kaku memandangnya.Diturunkan semula tangannya.

 Kenapa kau balik?Garang Puan Halimah menuturkan kata.Tergamam Dhia mendengarnya.

 Rayyan yang mendengar tergamam sama.Selama Dhia berkahwin dengan Muzaffar, tidak pernah Puan Halimah segarang itu.Apa yang membuatkan Puan Halimah berubah sebegitu cepat?Baru dua minggu Dhia meninggalkan Puan Halimah.Takkan cepat sangat berubah sikap?Fikirnya.

 “Ini kan rumah Dhia mak.”jawabnya dengan senyuman.Dibuka cermin mata hitamnya.Terserlah mata bundarnya yang cantik itu.Sambungnya lagi.”Lagi pun seminar habis awalitu yang Dhia balik awal. Ingatkan nak bagi abang susprise sebab Dhia balik awal. Patutlah abang tak nak telefon Dhia.Buat kenduri rupanya.” Ujarnya panjang lebar pada Puan Halimah.

 Puan Halimah memandang tajam kearah menantunya.Dia benci melihat wajah itu.Di kala ini, dia benci melihat dua orang manusia yang sedang berdiri tegak di hadapannya.Rasa mahu di halau perempuan yang berada di hadapan nya keluar dari rumah  anaknya.Puan Halimah yang berdiam diri dari tadi mula bersuara kasar.

 “Ahhh…!!! Perempuan tak guna.Curang!”Puan Halimah menolak tubuh menantunya sehingga jatuh terduduk. Punggungnya rasa sakit akibat dijatuh dengan agak kasar.Terus Puan Halimah berlalu dari situ.Lagi lama dia di situlagi sakit hatinya.

 Menitis airmata Dhia mendengar kata mak mentuanya.Apa salah aku?Kenapa tiba-tiba mak mertua ku berubah?Di mata Puan Halimah jelas tergambar kemarahan dan benci pada dirinya.Rayyan yang melihat sahabatnya mula menangis segera menepuk lembut bahu sahabatnya.

 “Sabar Dhia’’pujuknya.Geram jugak Rayyan dengan sikap Puan Halimah yang secara tiba-tiba tu naik angin melihat dia dan Dhia di situ.

 ‘’Aku tak tahu apa salah aku’’suara Dhia sayu akibat di perlakukan sebegitu oleh Puan Halimah.

“Dah-dah…Bangun.Jom kita cari suami kau.”Rayyan membantu mengangkat Dhia dengan berhati-hati.

 “Marilah..”Dikesat airmatanya. Dicapai tangan Rayyan lalu dia berdiri. Matlamat utamanya ingin berjumpa suaminya.Biarlah mak mentua memarahinya.Janji dapat jumpa suami tersayang di depan mata. 


  ************

 “Sekarang masanya..haa itu pun mereka, pengantin kita pada hari ini Muzaffar Ikram dan Mariana.” Ucap pengacara majlis yang berpakaian batik ungu itu.

 Sebuah kereta mewah Volkswagen putih muncul dengan reben merah yang terletak elok di bahagian depan cermin kereta. Kedengaran kompang dipalu agak kuat.Menandakan pengantin telah tiba.

 Rayyan dan Dhia yang baru hendak menapak masuk ke pintu belakang,terhenti seketika apabila mendengar nama yang baru diucapkan oleh pengacara majlis itu..Tergamam!tidak berkata apa-apa pun! Soalan yang berlegar-legar difikiran Dhia tadi akhirnya terjawab jua.






Bersambung~~~ :D 



P/S: salam semua warga MSF dan pembaca-pembaca blog MSF...ini PA nak cite sikit tentang karya terbaru kat blog.Penulisnya NUR DAEYA seorang pendatang baru ,insyallah bakal penulis baru.Sudi2 lah semua menyokong karya EYA.. dan droplah komen  atau teguran ,sepatah dua kata tuk memberi perangsang dan meningkatkan lagi penulisan eya.












4 comments:

  1. eemh ok2.. like 89%
    nak lg yg lbh sempurna... Pndai bwt pmbca suspen... Hehe

    ReplyDelete
  2. Best, berusaha lagi ! hurm, buat sambungannye cepat !!

    ReplyDelete
  3. not bad eh....gambateeeee

    ReplyDelete