Followers

Thursday 22 November 2012

CERPEN MAGNET CINTA (FULL)






 “Kau mengoda hatiku , buatku tak keruan” Nak kata aku handsome tak ada la sangat. Kalau tengok kat cermin sedap mata memandang. mudah je melekat kat gadis macam magnet je. Itu satu kelebihan itu. Nak kata aku pandai mengayat tidak la pulak . Ayat aku macam kereta api tanah melayu. Hehehe. Apa boleh buat setiap orang ada daya tarikannya sendiri tanpa perlu dikejar. Datang sendiri tanpa petik jari. ayat dah lapuk tu. Sekarang tak kira perigi cari baldi ke, baldi cari perigi ke sekarang dah tak macam tu. Kalau jumpa yang memikat terus ajak nikah je. Senang tiada la berlakunya buang anak sana sini kan dosa tu. Ish ish ish mintak selekoh.

Aku hanya insan biasa yang Allah ciptakan, seperti seluruh alam ini. ALLAH cipta dengan sempurna tapi manusia yang mencacatkannya. kan? kan? Tapi kecacatan yang dibuat manusia tidak la teruk sangat. Disebabkan oleh keindahan itu hari ini aku pergi shopping Dataran Pahlawan Merdeka Megamall saja cuci-cuci mata kot-kot ada tarikan magnet. Bebekalan aiskrim cornetto pejalanan aku di penuhi kemanisan. Fuhh sedappp sampai menitis airmata.

Mata yang memang mempunyai tarikan magnet cepat sahaja menangkap tarikan tersebut. Tanpa aku sedari aku senyum padanya. Sebenarnya aku ingin melihatnya sahaja. Melihat tindak balas magnet tersebut membuatkan aku terkejut. Aiskrim ditangan jatuh.

“Alamak!! Aiskrim aku!” Aku terjerit kecil. Malu aiskrim jatuh sebab tengok gadis balas senyumannya. Nampak sangat aku ini kaki kelabah. Cepat-cepat aku kutip aiskrim tersebut. Takut nanti orang pijak jatuh pulak tak pasal aku kena saman nanti.

“Macam mana boleh jatuh ini?” Aku terkejut melihat gadis itu berada sebelah dengan ku. Ada tawa kecil dihujung suaranya. Dia membantu aku membersihkan kekotoran yang berpunca dari aiskrim aku. Pertanyaan dari dia aku biarkan ditiup sepi. Malu! Alhamdulillah incident ini tidak menarik perhatian orang. Sedikit pun aku tidak menoleh kearahnya yang masih setia membantuku.

“Awak…awak ada tisu lebih tak?” akhirnya keluar jugak suara aku. Gara-gara tisu aku dah habis terpaksa la aku memintanya tisu. Mana tahu kot-kot dia ada.

“Haaa..nak pulak awak cakap dengan saya. ingatkan awak tak nak cakap dengan saya dah” gadis itu bersuara sambil mengambil tisu dalam bag tangannya.

Selepas semua selesai baru aku memandangnya dan aku hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Lalu gadis itu pergi. Belum sempat gadis itu pergi. Aku mengejarnya tanpa mengendahkan orang sekeliling.

“Awak...Awak..saya nak mintak maaf..” pohon ku.

“Untuk apa?” soalnya.

“Sebab susahkan awk, sebab awak snggup malu kemas sama-sama dengan saya. sebab....”

“Sebab?...” Aku tak cakap sebab aku malu. Aku biarkan dia menunggu jawapan.

“Sebab apa AWAK!?” gesa dia. Cepat-cepat aku cakap

“Sebab saya balas senyuman awak. Bukan ke tak manis dipandang orang? saya nak nombor phone dan nama sekali boleh tal” Terkejut punya pasal. ‘Aaaaaaaaarghhhh! malunya aku pergi cakap macam itu kenapa?

“Saya tak kisah. Number handphone? nama? saya bagi alamat datangg rumah saya” aku hanya mengangguk sebab malu.

Detik demi detik, hari demi hari aku sudah pun lupakan dia aku buat tiap hari rutin harian aku. Tiba-tiba aku pergi ke satu café. Selepas itu aku ingin membayarnya jatuh alamat gadis itu. Aku mengambilnya. Aku keluarkan duit dan aku masuk kereta. Alamat itu aku lihat sebelum terus menuju kerumah gadis itu. 

Apabila dah sampai aku terlihat rumah pondok yang amat miskin. aku bagi salam dan aku terjumpa gadis itu.

“Ingat saya lagi tak?” gadis tu senyum. aku teruskan perbualanku

“Awak, saya nak nama awak? Nombot phone?” gadis itu senyum dan menjawab

“Tanya bapa saya..” aku tertanya tanya

“Kenapa awak tak jawab sendiri” gadis itu menjawab

“Hanya seseorang yang bergelar suami sahaja yang boleh tahu nama saya semua pasal saya”. Aku seolah-olah dicabar. “Awak cabar saya ke?” gadis itu menjawab “Saya tak cabar awak pun…” tak sempat gadis itu habis jawab aku menyampuk.

“Okey, mana bapa awak?” gadis itu senyum dan beredar dari situ untuk memanggil bapanya. Lalu bapa gadis tu keluar diiringi olehnya. Mengalahkan A.Galak melenting misai bapanya buat aku terasa takut. jantungku dup dap dup dap je. Kedengaran semakin hampir. Aku tak senang duduk ditepi tangga. First time aku datang umah gadis berasa takut sebegini. Arghhh semua tu tak penting janji aku dapat memiliki gadis yang telah berjaya mengatuk pintu hatiku.

“Assslamualaikum” bapa memberi salam dengan wajah garang. Dalam hati bapanya tergelak kecil. Lucu tengok reaksi pemuda didepanya. Tergagap-gagap Naufal menjawab salam Pak Ibrahim.

“Waa..waa..waalaikumsalam ayah…eh eh.. Tersasul pulak maaf pakcik” tersengih Naufal. Pak Ibrahim tanya.

“Ada hajat apa datang rumah pakcik nie? Ada apa-apa yang pakcik boleh bantu?” sambil bermain dengan misainya macam A.Galak. Naufal meneruskan berbicara tentang hajatnya.

“Begini pakcik tapi sebelum saya bercakap tentang hajat saya, boleh pakcik senyum sikit pastu jangan main misai menakutkan. Pakcik nanti tak hensem, muka berkedut je muka. Awek pun lari” Pak Ibrahim tergelak kecil.

“Kenapa kamu takut ya? Eh pkcik lupa tanya nama kamu lah. Rancak berborak.”

“Naufal nak kahwin n anak pakcik bole tak?” Naufal melatah. Pantas Naufal menutup mulut. Terkejut Pak Ibrahim.

“Astaghfirullah halaziim. Kau biar betul Naufal kau baru kenal sehari dah nak kahwin dengan anak pakcik? Apa jaminan kau terhadap anak pakcik. Kau cakap sebelum pakcik terima kau sebagai menantu pakcik” 

“Saya nak kahwin dengan anak pakcik yang debom-debom tu..” terkejut pkcik Ibrahim.

“Betul naufal inginkan anak pkcik?” soalnya.

 “Baiklah pakcik restu…” tak habis cakap Naufal menyampuk

“Yeah! pakcik memng debomlah” tak habis cakap Naufal sudah menyampuk.

“Kamu baru kenal sehari 4jam apa jaminan kamu kat anak pakcik ni?”

“Eh pakcik kira berapa lama kami kenal?”

“Kau baru tahu ke? Dulu pakcik matematik dpt ‘A’ mestilah pakcik kira” bangga pak Ibrahim.

“Ouh patutlah pakcik pandai kira. Jaminan saya adalah saya akan menjadi imam kepada makmum iaitu isteri dan bakal anak-anak kami. Saya akan saya akan menjaga masjid kami sebaik-baik yang mungkin, menjaga anak pakcik mendidik anak pakcik menjadi anak yang solehah. Ingatkan isteri tentang agama. Banyak lagilah kalau crite sampai tahun depan pun tak habis. saya akan menjd suami yang bertanggungjawab InsyaAllah.” Uajr Naufal.

“Alhamdulillah pakcik percayakan kamu. Pakcik doakan kebahagiaan kamu rumahtangga kamu. Jadi, bila kamu nak kahwin?”

“Kalau benda baik macam ni pakcik esok juga saya nak kahwin kita buat kenduri ala kadar je pakcik lagipun bersanding tu tak penting. Akad nikah dan batalkan air sembahyang je yang penting. kan pakcik? Itupun kalau pakcik setujulah. Persiapan semua saya sudah sediakan cuma anak pakcik nak isi surat nikah tu sje. kalau begitu molek benarlah pakcik setuju untuk kebaikan anak pkcik. Alhamdulillah, bersyukur pada AllahSWT. Terima kasih pakcik.” Akhirnya mereka bernikah di masjid berdekatan dengan rumah Pak Ibrahim. Mas kahwin senaskah Al-Quran, tasbih dan sejadah dilengkapi dengan telekung.

Hanya sekali lafaz “saya terima nikahnya Hanisa Nur Intan Lydia bin Ibrahim dengan mas kahwin seribu serba satu tunai” lalu Pak Ibrahim. Kata disebelah kanannya.

“Sah?”sah..sebelah kirinya pula..

“Sah?”

“Sah..alhamdulillah…” dengan lafaz bismillahirrahman nirrahim. Pak Ibrahim membaca doa.

Selepas habis sahaja bacaan doa, Naufal terus sujud syukur. Selepas akad nikah dan sujud syukur Naufal menyarung sebentuk cincin dijari Hanisa. Naufal mencium dahi hanisa dengan penuh kasih sayang.

Dia membisikkan sesuatu ditelinga Hanisa “terima kasih terima seadanya imammu ini,abg akan bahagiakan, menyayangi dan mencintai sayang” menitis airmata Hanisa mendengar luahan daripada Naufal yang baru sahaja digelar sebagai suami.

Giliran Hanisa pula mencium tangan dan pipi Naufal “sama-sama. Terima kasih juga kerana terima kekurangan diri makmumm, akan sayang mencintai imamku seluruh jantung hatiku” selepas menyarungkan cincin mereka sembahyang asar sebelum pulang ke rumah untuk menjamu selera.

******


Sudah sebulan mereka kahwin, Pak Ibrahim menanyakan soalan sambil meminum teh dibawah pokok pelam.“Eh Naufal dah sebulan kmu kahwin, tak kerja ke? Asyik berkepit je dengan si Hanisa kamu tu?”

“Ermm..Naufal berat hati la nak berpisah dengan hanisa ayah, tak leh berenggang langsung dengan dia walaupun seminit. Dia tiada disisi naufal tak boleh hidup, macam magnet je kat Hanisa tu. Kalau boleh nak berkepit je ayah. kalau boleh nak mandi pun berdua. Hehehe. Nasib ada ayah tak jadi saya” Naufal ketawa kecil. “Gurau-gurau je ayah. Saya cadang nak bukak pondok tahfiz kat sini, ayah. Supaya saya tak terpisah dengan isteri tercinta. Almaklumlah cinta baru nak berputik. Inilah namanya magnet cinta bersama selalu disisi tak kira dimana jua”. Pak Ibrahim ketawa bahak-bahak mendengar kata-kata Naufal. Geli hati dibuatnya. Menantu sorang ni boleh buat aku mati tergelak kang. Haha.

“Apa-apa pun bagus jugak tu cadangan kau tu Naufal. Berkepit kamu macam belangkas. Tak leh renggang langsung.”

Alhamdulillah Hanisa pun hidup bahagia dengan Naufal termasuklah bapanya. Bukan itu sahaja, Hanisa dah pun mengandung 2 minggu. Mereka hidup bahagia walaupun hidup dikampung sahaja. Mereka turut bahagia dengan adanya pondok tahfiz. Disitulah bermulanya cinta yang suci lagi halal untuk kita semua. Walaupun hidup kemiskinan Hanisa tetap bahagia dengan kasih sayang daripada suaminya, Naufal. Hanisa pernah membuat satu puisi disaat Hanisa belum lagi halal buat Naufal dia hanya merindui Naufal sahaja.

DemiNya ku tinggalkanmu sementara,
Walaupun diri ini sukar melupakanmu,
Namun apakan daya,
Dialah segala-galanya,
Biarlah kita berpisah dahulu,
Membawa hala tuju masing-masing,
Menggapai cita-cita dan juga impian,
Bila tiba saatnya,
Kita pasti bersua,
Disaat itu,daku terimamu sebagai imamku,
Dunia dan akhirat..

~saya akan jadi yang terbaik untuk suami saya,InsyaAllah dengan izinNya kita sama-sama menuju ke jalan Allah SWT~

Cinta itu tidak kejam,cinta itu datangnya dari hati..nafsu hanya sementara..sekiranya nak mengahapuskan nafsu jahat mulakanlah cintamu dengan akaf nikah.. ¤wink wink¤ hidup bahagia sampai ke syurga..amin..InsyaAllah..semoga kita dapat beramal soleh smpai hujung nyawa kita ditarik dan dilindungi Allah SWT..amin..InsyaAllah..



                                  ~~~~~~~~~~the end~~~~~~~~
                       Terima kasih sudi membaca karyawarga MSF. :D



5 comments:

  1. best kot.. tapi terlalu cepat la hbis..
    apa2 pon best

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah...ruunna Qizbal suka insyallah next cerpen kang DJ minta depa buat panjang sikit... :D

      Delete
  2. baca story ni macam bawa keretapi pula.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi~~ erkk rasa macam keretapi ke dear.. terima kasih sudi drop komen dan membaca di blog warga msf..sentiasa menyokong penulis2 yg tak seberapa ini. :D

      Delete
  3. Amin...Alhmdulillah..baguslaaahhhh cerpen ni..tp jalan cerita nyee mcm pernah ku dengar ye..Btw,memang bagus n terbaik cerita ni..LIKE ckit !!
    Tapi kalau boleh,panjangkan lagi cerita ni..Jalan cerita ni memang bagus,cume pendekk sangat cerita ni..hehehehe
    Amek laa masa ye ..InsyaAllah menjadi penulis nnti..Amin !! Smile ^_^_^_^_^_^

    ReplyDelete