Followers

Thursday 8 November 2012

CINTA MATA HATI BAB 2







OLEH : HIDAYATUL AHMAD

Setelah bersiap ala kadar,aku mengatur langkah ke dapur.Nak dilihat apa yang patut dibuat.Memang sudah diajar oleh maknya untuk turun ke dapur.Belajar apa yang patut.Kalau kena tinggal sorang-sorang atau terpaksa berjauhan dengan mak,tak adalah yang mati kebulur.

"Mak! Nak masak apa tengah hari ni?" aku bertanya.

"Ayah kau ada beli sayur sawi dengan daging tadi dekat pasar tani.Kita masak sawi goreng dengan daging aje lah." Jawab mak aku.

Aku terus mencuci sawi yang dibeli ayah tadi lalu memotongnya.Kemudian,aku potong pula daging kecik-kecik untuk dibuat bersama sayur sawi tadi.Memang menjadi tanggungjawab aku untuk menolong mak memasak kalau tidak ke sekolah.

Aku masih ingat lagi kata-kata mak aku apabila aku 'request' nak makan laksa.Masa itu kehidupan kami susah.Sekarang pun samalah jugek cuma ok sikit dari dulu.Al-maklum sajalah anak-anak ramai.Lebih baik masak sendiri dirumah.Tau tak mak aku jawab apa selepas aku 'request' nak laksa tu?

"Nak makan buat sendiri.Kalau tak pandai,belajar.Kalau dah belajar buat pun masih tak sedap,belajar buat lagi sampai sedap.Nak pergi mana,lama-lama pandailah."

Hah...itulah jawapan mak aku.Aku? Aku nak masak laksa? Memang tak adanya nak buat.Kerja remeh-temeh.Aku bukannya rajin.Sanggup berlapar dari cuba buat hehe.Tapi itu dululah.Zaman budak-budak.Main aje yang rajin.Macam korang jugaklah kan? Baik ngaku!

Tapi betul cakap mak aku.Aku nikan memang dah jadi hobi suka makan.Kalau dah tak ada siapa yang sudi tolong masakkan atau tolong belikan,nak tak nak aku terpaksa juga belajar masak terutamanya makanan kegemaran aku.Hikmahnya sekarang aku dah pandai masak beberapa jenis masakan walaupun adakalanya terkurang macam-macam perasa.Tak adalah yang ngidam tak dapat makan nanti huhu.Pandai mak 'training' anak-anak dara dia.

Tapi kadang-kadang aku sedih jugak.Terasa diri macam dianaktirikan apabila aku sakit macam ini pun,aku masih disuruh membuat kerja-kerja rumah.Nak makan makanan kegemaran aku yang dimasak khas oleh mak untuk aku pun susah.Kecik hati jugaklah aku ni tapi macam biasa,aku jarang tonjolkan perasaan aku ini dihadapan mak.Nama pun mak,bukan bagus nak melawan.Jatuh derhaka aku nanti.

Setelah menolong setakat yang mampu memandangkan aku pun belum kuat sepenuhnya,aku terus berlalu ke dalam bilik untuk berehat.Nak belajar memang tak mampulah sebab tangan aku masih lemah.Nak genggam pen pun tak kuat.

Aku penghidap penyakit 'Mystenia Gravis' atau dalam erti kata mudah,lemah otot disebabkan sistem antibodi didalam badan aku dihalang oleh antibodi jahat menyebabkan pergerakkan sistem otot tidak lancar.Disebabkan itu juga aku terlalu lemah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit.

Aku juga pernah membuat pembedahan membuang kelenjar 'Thymectomy' di Hospital Pulau Pinang.Hanya mak yang berada disisi aku.Abang Ijat pun kadang-kadang temankan mak memandangkan dia belajar dii Universiti Sains Malaysia ketika itu.

Jarak memang menjadi masalah kerana ketika itu adik aku yang bongsu,Izhar Furqan masih di bangku sekolah dan kakak aku yang nombor dua,Irdina Azalea seorang OKU (Orang Kelainan Upaya).Oleh itu,ayah aku terpaksa menetap dirumah bagi menjaga kebajikan mereka.

Aku masih menjalani rawatan susulan di hospital kerajaan memandangkan aku memerlukan bekalan ubat seumur hidup bagi membantu menguatkan anggota badan aku ini.

Aku sangat risau memandangkan tahun ini merupakan tahun yang penuh mencabar apabila aku bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada hujung tahun ini.Dengan tahap kesihatan yang tidak menentu,amat membataskan untuk aku mengulang kaji pelajaran.Dugaan yang sangat berat untuk aku pikul dan hadapi.

Apabila penyakit aku tiba-tiba menyerang sewaktu membuat kerja sekolah,aku merasa sangat tertekan kerana tangan aku sudah tidak berdaya untuk menggenggam pen untuk menulis,manakala tengkuk aku juga tidak mampu untuk tegak lagi.Akhirnya aku hanya mampu terbaring.Menangis dan terus menangis seorang diri di dalam bilik.Aku tidak sanggup mengadu kepada mak atau ayah kerana tidak mahu mereka risau lagi.Selagi mampu bertahan.


bersambung.. :)

2 comments:

  1. ala pendeknya, tak puas baca.. ihiks.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum peminat CMH.THANKS A LOT SUDI MEMBACA KARYA SY YG X SEBERAPA.MOGA ANDA TERUS MENYOKONG SY. :)

    ReplyDelete