Followers

Sunday 18 November 2012

CINTA MATA HATI BAB 3







OLEH : HIDAYATUL AHMAD

Sek.Men.Keb.Syed Alwi.2004

Hari ini sudah masuk minggu kedua sesi persekolahan.Pelajar-pelajar sudah dimaklumkan oleh guru kelas bahawa pada jam 11.30 pagi ini pengagihan buku-buku latihan akan dilakukan di koperasi sekolah.Setelah mendengar arahan dari Azrul,ketua kelas 5 Dinamik,pelajar-pelajar bangun menuju ke koperasi sekolah termasuk Izz Zahra.Tetapi Izz Zahra berasa resah memikirkan dia terpaksa menuruni tangga,menapak ke koperasi yang agak jauh dari banggunan tiga tingkat itu dan menaiki tangga kembali untuk ke kelas semula dengan bebanan yang perlu diangkat.

”Aku mana larat nak bawa naik buku-buku semua tu ke kelas.Aduh…macam mana ni?” omel Izz Zahra sendiri.Izz Zahra terus menuruti kawan-kawan sekelasnya yang lain setelah menyedari dirinya sudah ditinggalkan.

“Ya Allah..mampukah aku nak bawa buku-buku ini semua naik ke kelas? Aku dah tak kuat ni.Nak bawa diri pun dah tak mampu apatah lagi nak bawa buku-buku ni sekali.” Rungut Izz Zahra sambil menahan air matanya dari gugur.

Apabila menyedari terdapat sebuah kerusi di bahagian bawah banggunan kelasnya,Izz Zahra terus melabuhkan punggungnya disitu.Buku-buku yang dibawanya tadi diletakkan diatas koridor berdekatan dengannya.Izz Zahra sudah tidak peduli lagi sekiranya buku-bukunya kotor dan pandangan mata murid-murid lain yang memandang hairan kearahnya yang penting dia perlukan rehat.Sekejap lagi Izz Zahra perlu menaiki tangga pula untuk ke kelasnya di aras tiga.Memikirkan tiada sesiapa yang sudi menolongnya,Izz Zahra terasa sebak.Setelah merasa sedikit bertenaga,Izz Zahra meneruskan perjalanannya.

Ketika menaiki tangga dengan bebanan bertambah,Izz Zahra sudah tidak mampu lagi meneruskan langkahnya.Dia terus terduduk diatas tangga.Tiba-tiba,Izz Zahra terdengar akan derapan langkah seseorang menaiki tangga.Rupanya kawan sekelasnya.

“Kenapa duduk diatas tangga ni?” Soal Faril.

Disebabkan tidak dapat menanggung kesakitan dan rasa kecil hati dengan kawan baiknya,air mata Izz Zahra terus mengalir tanpa dapat ditahan.

“Aku tak larat sangat dah ni,Faril.Buku-buku ni berat sangat.Aku dah tak boleh bawa naik ke kelas.” Izz Zahra menerangkan keadaannya.

“Kau boleh tolong aku bawa naik sikit tak buku-buku aku ni?” Soal Izz Zahra mencuba nasib meminta tolong kawan lelakinya itu.

Faril dengan rasa serba-salah terus menjawab.

“Aku minta maaf lah Zahra,aku pun tak larat nak bawa naik buku-buku aku ni,macam mana nak tolong kau.Kau tunggu aje lah sapa-sapa yang lalu nanti ya.” Jawab Faril lalu menaiki tangga meninggalkan Izz Zahra disitu.

Air mata Izz Zahra kembali mengalir.Sampai hati kawan-kawan sekelasnya tidak sudi untuk membantunya.Izz Zahra sedar,disebabkan masalah kesihatan yang ditanggungnya,kawan-kawan yang rapat dengan dia akan terasa terbeban.Tapi bukan niat Izz Zahra untuk menyusahkan sesiapa.Mereka sudi berkawan dengan dirinya sudah baik.Izz Zahra mencapai buku-bukunya itu lalu digagahkan dirinya untuk membawa ke kelas.Dia menggangkut buku-buku sedikit demi sedikit mengikut kemampuannya.Buat setakat mampu tanpa menyusahkan sesiapa.Izz Zahra pelajar terakhir yang tiba di kelas.Nasib baik cikgu belum memasuki kelas.

Kawan-kawan baik Izz Zahra,Zandra dan Izra pergi mendapatkan Izz Zahra apabila mendapati gadis itu sudah berada dikerusinya.Mereka terpandang sisa-sisa air mata yang terdapat pada mata Izz Zahra.

“Zahra,kami minta maaf lah ya sebab tak dapat tolong kau bawa naik buku-buku kau tu.Kami punya pun sama berat juga.Kami minta maaf ya sebab tinggalkan kau seorang di bawah tadi.” Ujur Zandra.Izra hanya menggangguk tanda mengiakan tindakan mereka itu.

Izz Zahra hanya mendiamkan diri. “Macam tu alasan diorang?” Hati Izz Zahra merintih.Memang terasa sangat dengan tindakan kawan-kawan baiknya itu.Baik ke kalau kawan sendiri susah pun tak nak tolong! Sakit hati dengan perangai mereka berdua.

Setelah mendapati Izz Zahra tidak menunjukkan sebarang reaksi,Zandra dan Izra terus berlalu ke tempat duduk mereka.Izz Zahra hanya membiarkan sahaja.

“Blah macam tu saja? Entah ikhlas ke tak minta maaf dengan aku.” Rungut Izz Zahra.

Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat.Izz Zahra terus mengemaskan buku-bukunya lalu keluar berlalu ke koridor.Dari atas,Izz Zahra menjenguk ke bawah dan mendapati ayahnya sudah ada dibawah sedang menunggunya.Izz Zahra terus menghantarkan isyarat supaya ayahnya naik ke atas kerana dirinya memerlukan bantuan.Nasib baik ayahnya sudah faham akan masalahnya itu.Mujur juga pihak sekolah sudah dimaklumkan masalah kesihatannya yang tidak boleh berjalan jauh,menaiki tangga dan melakukan aktiviti yang berat kerana akan memudaratkan lagi kesihatannya.  




bersambung.. :D













2 comments: