Followers

Saturday 24 November 2012

MR OREO PART 4




 Hafiz tergamam. Dia menghela nafas yang panjang. “Abang tahu memang susah nak buang perasaan yang dah lama bertapak dan terpahat di hati kita. Abang juga mengaku yang abang tidak dapat nafikan yang abang masih mencintai Azzah. Tapi...sekuat mana pun perasaan kita. Kita tak boleh menghalang keputusan-NYA. Tak mungkin ada jodoh antara kita semua. Itu ujian untuk kita” tutur Hafiz lembut.

“Memang Azzah dah tahu dan tak ada gunanya Azzah masih mengharap lagi sememangnya cinta kita tak mungkin bersatu kelak. Cuma satu yang Azzah minta kat abang tolong jangan muncul depan Azzah lagi Azzah takut bila abang ada ada di depan Azzah, Azzah tak kuat. Azzah takut hati Azzah mula goyah balik.” Sebaik habis berkata-kata Azzah berpaling dan berlari masuk ke dalam rumah sewa Kak Rina. Membiarkan Hafiz yang terpinga-pinga di luar.

Azzah menangis semahu-mahunya. Deruman enjin kereta milik Hafiz kedengaran dan mula sayup-sayup meninggalkan pekarangan rumah sewa Rina. Hati Azzah merintih dan terluka. Esakan mula kedengaran di dalam bilik itu.

 ‘Maafkan Azzah, abang’ kata hati Azzah.

 Telefon bimbit Azzah sudah beberapa kali berbunyi dan Azzah hanya membiarkannya sepi tanpa menjawab. Sudah masuk kali keenam baru dia mencapai telefon bimbitnya. sambil melihat nombor yang tertera pada skrin, dengan teragak-agak Azzah menjawab panggilan daripada Hafiz.

“Assalamualaikum Azzah” terdengar suara mesra Hafiz menyapanya.

“Walaikumusalam.” Azzah menjawab dengan suara yang lemah. “Abang buat apa lagi telefon Azzah? Abang macam nak menyeksa jiwa Azzah je bang” sambung Azzah.

“Kenapa? Salah ke abang telefon Azzah sebagai kawan? Takkan sebab Azzah nak khawin, Azzah nak putuskan satu lagi hubungan yang kita dah terjalin lama. Hubungan persahabatan?” kata Hafiz.

“Abang! Azzah tak nak ingat semua tentang abang lagi!!” bentak Azzah. “Azzah tak nak bila Azzah dah jadi isteri orang Azzah tak boleh lupakan abang. Nanti Azzah berdosa pada suami Azzah bang” marah Azzah.

“Cara Azzah bercakap dengan abang macam orang yang berputus asa je. Azzah macam takut pada dua pekara yang akan menghantui Azzah sebab masih terkenang masa lalu dan takut menghadapi masa depan” duga Hafiz.

“Yea..memang Azzah takut nak membayangkan hidup Azzah bersama orang yang Azzah tak cinta. Azzah tak pasti sama ada hati Azzah masih boleh memupuk cinta untuk bakal suami Azzah. Azzah tak tahu macam mana Azzah nak hidup dengan dia kelak, kalau dalam hati Azzah hanya ada satu nama je yang terpahat di dalam hati Azzah” Azzah menyeka airmatanya yang meleleh.

“Azzah ....dengar kata abang, Islam melarang kita berputus asa. Orang yang kuat imannya tak akan risau,takut dan sedih sebab mereka percaya ALLAH itu Maha Pengasih dan rahmat-NYA ada di segenap alam dan kehidupan kita.”

“Abang tak payah nak bagi ceramah kat Azzah. Azzah ini bukan orang yang kuat iman macam abang”

“Azzah, abang cuma nak ingat Azzah niat abang baik. Jangan lah Azzah berputus-asa. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dengar sini sayang, sayang yang abang kenal tak mungkin akan berputus asa macam ini”  sayang? Abang Hafiz ini memang sengaja mendera aku? bisik hati Azzah.

“Ingat tuhan banyak-banyak , Azzah Allah suruh kita jangan berasa takut menghadapi masa depan dan bersedih. Allah menyuruh kita gembira dengan memperolehi syurga yang telah dijanjikan-NYA” lancar Hafiz menerangkan satu persatu menunjukkan Hafiz benar-benar sebati dengam pegangan agamanya teguh. Semakin melimpah airmata Azzah di pipinya. Telefon bimbitnya melurut perlahan-lahan dari genggaman.

 Azzah menangis. Esakkan Azzah mula menyelubingi suasana bilik yang di huninya. Azzah langsung tidak peduli suara Hafiz yang sayup-sayup memanggil di corong telefon bimbitnya yang terdampar di atas tilam.


“Kak Rina, Nad tengok kerja si Azzah tu asyik menangis je nasib baik dia tak kerja kalau tak mahu linkup syarikat tu dia buat” ulas Nad.

Hisshh budak ini orang tengah sedih boleh lagi dia kritik. kang kena kat batang hidung sendiri baru tahu ingat senang ke nak lupakan orang yang dah bertahta kat hati kita” potong Rina.

“Kak Rina ini jangan la doakan Nad pun macam Azzah jugak. tak sanggup nad jadi macam Azzah tu. Minta-minta Nad tak jadi macam itu. Tak sanggup Nad nak berendam airmata je terus”.

“Tahu pun takut” Rina menahan tahu.

“Kak Rina Azzah nak pergi bercuti” secara tiba-tiba Azzah keluar dari bilik dengan beg pakaian yang akan berat. Dia mahu pergi bercuti dan membawa diri.

“Azzah nak pergi mana?” soal Kak Rina. Risau Rina melihat adik sepupunya.

“Azzah tak tahu lagi kak..tapi Azzah rasa nak tengok laut” beritahu Azzah sambil wajahnya ditundukkan. “Azzah pergi dulu.” Azzah bersalaman dengan kakak sepupunya sebelum beralih ke arah Nadia dan Dhiya.

“Azzah jangan la macam ini. Daripada Azzah bawak diri, lebih baik Azzah balik kampung lagipun Azzahkan nak jadi pengantin. Tak elok keluar sorang-sorang” Dhiya bersuara dan menghalang dari Azzah pergi.

“Tak apa lah Dhiya. Kau jangan risau. Aku dah besar pandai la aku jaga diri aku ini. Aku Cuma nak menyediri. Aku perlu waktu untuk menerima apa yang tersurat untuk aku jalani kelak. Aku nak cari ketenangan mental sebelum aku sah menjadi isteri buat suami aku nanti” suara Azzah tenang, tapi hatinya hanya ALLAh saje yang tahu.

“Lebih baik kau balik ke kampung, buat persiapan yang sepatutunya dan cuba berkenalan dengan bakal suami kau lagipun kau yang akan hidup dengan dia biarpun Abang Muhklis yang pilih kau berhak bertanya Azzah jangan jadi orang yang bisu dan pasrah macam ini Azzah” bentak Nadia yang tak tahan melihat sahabatnya seakan hilang pedoman dalam hidupnya.

“Nad, aku tahu kau sayang kat aku aku tahu korang sayang kat aku. Aku cuma minta kali ini je segala persiapan untuk perkhawinan aku biar la Abang Muhklis dan kedua orang tua aku yang buat kalau kau berat nak lakukan nya untuk aku. Cuma aku nak kau paham yang aku betul-betul perlukan ketenangan Nad. Aku mohon jangan halang aku kali ini. Aku janji aku akan jaga diri aku baik-baik dan aku masih waras dan tak pernah terfikir di fikiran aku nak mengambil sesuatu tindakan yang merugikan aku kelak. korang tenang aku masih ada pegangan dalam agama aku” Kak Rina, Nadia dan Dhiya tidak dapat menghalang Azzah lagi. Mereka mengiring langkah Azzah ke kereta bersama doa semoga Azzah selamat dan di lindungi -NYA walaupun di mana Azzah berada.

Azzah memandu mengikut gerak hati,kini tanpa di sedari yang dia memasuki lebuhraya menghala ke Johor Bharu. Azzah mengekalkan kelajuan pada 90km/j. Azzah memandu tanpa di temani oleh siapa-siapa hanya suara di corong radio. Akhirnya Dj memutarkan lagu tentang rasa nyanyian astrid.

Azzah ingat lagi lagu itu yang mengiringi ketika Hafiz menghantarnya pulang ke rumah setelah dia minta putus dengan Hafiz. Bait-bait lagu itu diikuti nyanyian bersama di dalam kereta
aku tersesat menuju hatimu

beri aku jalan yang indah

izinkanku lepas penatku

tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama

menyatukan perasaan kau dan aku

semoga cinta kita kekal abadi

sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan

membuatku takut kehilangan

kau titipkan cahaya terang

tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama

menyatukan perasaan kau dan aku

dapatkah selamanya kekal abadi

sesampainya akhir nanti selamanya

Azzah memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya dan menghamburkan tangisannya sebaik sahaja lagu Tentang Rasa habis. Esakan tangisannya tak ada siap yang dengar. Lebih kurang empat jam perjalanan, Azza sampai di Johor Bharu. Melintasi Pandai Lido.

Selepas check-in di hotel, Azzah terus memerap didalam bilik. Berdiri ditepi tingkap menyaksikan keindahan Pandai Lido. Deringan telefon bimbit tidak di hiraukan.berkali-kali ia berbunyi.Azzah rasa terganggu kenteteramannya. Pantas Azzah mencapai telefonnya terus membuka bateri dan tanpa berfikir panjang dia mengeluarkan kad sim lalu di campak ke luar dari tingkap. Dia tidak perlu panggilan telefon dari sesiapapun. Biar sesiapa tidak dapat menghubunginya. Azzah benar-benar mahu bersendirian ketika ini.

Selesai menunaikan solat maghrib, Azzah mengantur langkah keluar dari hotel dan mula memandu ke bandaraya Johor Bharu. Dah lama dia tidak menjejaki ke sini. Dia dan rakan-rakan pernah ke sini bercuti beramai-ramai suatu ketika dulu.

Setelah puas meronda, Azzah berpatah balik ke Pantai Lido. Keretanya dipangkir di tempat letak kereta yang di sediakan. Kemudian Azzah mula mengatur langkah mendekati satu kerusi yang ada di situ. Air laut ketika tu nampak cantik disurami oleh lampu dari negara seberang tambak. Azzah mula mengenangkan saat-saat perkenalannya dengan Hafiz waktu di kantin UPM dulu. Airmatanya mengalir laju di pipi mengiringi setiap memori yang terlukis indah di ingatannya. Biar hatinya luka mengenangkan saat manis itu ,namun dia tidak mahu kehilangan saat indah bersama abang Hafiz. Hati kecil Azzah berbisik.

“Berani sorang-sorang duduk kat sini?” Satu suara menegur Azzah. Membuat Azzah tergamam. Azzah kenal benar suara itu. Hafiz! Pantas Azzah menoleh ke sisi.

 Memang benar tekaannya Hafiz muncul di sebelahnya. Ingin saje Azzah menerpa dan memeluk Hafiz saat ini namun dibatalkan niatnya. Tanpa di pelawa Hafiz melabuhkan punggung disebelah Azzah.

“Tak sangka abang jumpa Azzah kat sini” Azzah tidak menjawab. Dia sedang mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.

“Abang cari Azzah, tapi Kak Rina cakap yang Azzah pergi bercuti nak tengok laut. Abang cuba call tapi tak angkat. Bila abang cuba balik suara perempuan lain yang jawab. Azzah nak tahu tak dia jawab apa” Azzah cuma tersenyum. Senyum terpaksa.

“Macam tak ikhlas je nak senyum dekat abang lagi?”

“Abang buat apa kat sini? abang datang sorang ke?”

“Tak abang datang dengan Lisa” Lisa? Tersentak Azzah sebelum bertanya lagi. “mana dia? Tak nak kenalkan kat Azzah ke?”

“Ada dalam kereta kat sana sebelah kereta Azzah.”

“Apa abang ini nanti dia kata apa pulak abang tinggalkan dia sorang-sorang kat sana.” Azzah cuba bergurau. Namun hatinya bagai terhiris ‘cepatnya abang cari pengganti diri dia’ bisik hati Azzah.

“Abang dah ajak dah tapi dia cakap dia malu nak jumpa Azzah. Kata dia tau, bukan abang. Abang dengan dia baru balik shopping ini pun abang nak hantar dia balik la ini tapi masa abang lewati jalan ini tadi abang macam nampak kereta Azzah tu yang abang nak pastikan tak sangka pulak betul yang Azzah ada kat sini.”

 Azzah tak sanggup mendengar bait demi bait yang keluar dari mulut Hafiz. Spotan Azzah menekup telinganya.

“Kenapa ini sayang?”

“Abang, baik abang pergi dari sini tinggalkan Azzah sorang dekat sini..balik bang! pergi balik!. Azzah nak bersendirian buat seketika. Tak elok abang ada kat sini bersama Azzah lagipun Azzah nak khawin tak lama lagi tak manis” ujar Azzah.

“Tapi abang tak sanggup nak biarkan Azzah sorang-sorang kat sini abang akut kalau jadi apa-apa kat Azzah” kata Hafiz.



bersambung :D.......

1 comment:

  1. hafiz hebat!!
    siapa lisa??
    x mungkin secepat tu hafiz dpt pengganti..

    ReplyDelete