Followers

Thursday 8 November 2012

CERPEN PART 1 KAHWIN,JANGAN TAK KAHWIN!








Irah duduk di atas sofa sambil kaki menguis-nguis karpet.Jari-jari sejak tadi pun tiada henti bersulam sesama sendiri.Pusing kanan,papa tengah khusyuk membaca news paper sampai muka dah tak nampak.Pusing kiri,mama dengan along tengah series tengok drama dalam television.Drama apa entah yang buat mereka berdua tak pandang kiri kanan.Best sangat ke cerita tu?

Di toleh sang mama sekali lagi.'macam mana aku nak mula cakap dengan mama.Rasa macam tak mampu nak bersuara la pulak. '.Peluh sudah terasa semakin mengalir walau aircond terpasang di dalam ruangan itu.

"Mama... Errr tentang plan mama tu."gementar.

Datuk Saiful yang mendengar anak bongsunya bersuara mula memfokuskan pandangan ke arah si bongsu.News di turunkan,dilipat lalu diletak di atas meja.Manakala Datin Suraya yang tengah ralit menonton television terus mengalihkan pandangan ke arah anaknya.Irah.

Along?dia hanya menoleh sekilas ke arah Irah.Lalu mata itu kembali focus ke arah television.
'Along ni memang tak boleh harap.Macam mana nanti aku nak minta tolong dia.ishh!'

"Mama.Irah nak bincang pasal plan yang mama bu.."

"Apalagi yang Irah nak bincangkan?Kita dah bincangkan pekara ni dan keputusan mama dah muktamad!Tiada bantahan.Okey!"Tegas suara Datin Suraya memotong percakapan Irah.

'Huuhh..'merengus.Sayu.

Pandangan di tuju ke arah Datuk Saiful.Meminta pertolongan.Si papa hanya diam.Itu bermakna papa tiada bantuan untuknya.Lalu kepala dipusing ke arah Datin Suraya.Uuishh...tajam tenungan sang mama.Menakutkan!

Gullp!!Nak telan air liur pun terasa pahit.Kering tekak.Muka Datin Suraya dilihat dah macam muka ibu tiri marah anak tiri yang pecahkan pinggan.dahsyat wei.Di lihat lagi wajah sang mama,macam Hitler versi perempuan pon ada.Adushh...

"Tapi ma,Irah kan masih belajar lagi.Irah belum fikir nak ka.."

"Takde bantahan,dan mama tak nak dengar Irah merungut lagi pasal perkahwinan ini! Untuk pengetahuan Irah, mereka dah datang minggu lepas bagi cincin sebagai tanda.So,secara automatik sekarang Irah dah jadi tunangan orang.Dan hujung tahun ni,Irah dan Irfan akan berkahwin!"Tegas suara Datin Suraya menyatakan perancangannya.

"What?Hujung tahun ma?"

"Itu bererti dua bulan saja lagi Irah akan bergelar isteri pulak!"

"Ma.. Ini tak adil bagi Irah.Irah tak pernah kenal pun siapa dia!"

'Cepatnya.Macam mana aku nak halang perkahwinan ini.'Omel hati kecil Irah.

Irah bingkas bangun.Hendak membantah,memang sudah tiada guna.Keputusan Datin Suraya sudah muktamad.Bila putih dia cakap,putih la harus dapat.Tiada hitam,pink,kuning,coklat,biru dan other colour.

Baru selangkah berganjak,suara Datin Suraya sudah kedengaran di cuping telinga Irah."Minggu depan,Irfan nak ajak jumpa.Bila and dimana,itu nanti dia bagitahu Irah sendiri.So,tunggu saja panggilan dari 'calon suami' Irah ye"

"Jangan tak angkat pulak panggilan dari Irfan tu."Tegas mama.Bangga.Senyum.That is my mom.
Tak ada sesiapa dapat bantah bila Datin Suraya dah buat keputusan.Bencilah! Macam hidup kat zaman penjajahan pulak di rasakannya.

Kaki di hentak tanda protes.Dia rasa mahu menangis dikala ini.Merajuk.Sebelum melangkah mendaki anak tangga.Kepala di toleh ke arah sang papa.Hampa.Hanya jungkitan bahu Datuk Siful yang bermaksud "Entah" dengan mata meredup yang juga bermaksud "Sorry,my dear" yang sang papa berikan.

Irah?Apalagi.Mulut dah muncung sedepa macam itik.Cepat-cepat dia berlari menaiki anak tangga menuju ke arah bilik.

********

Tiga langkah ke kanan.Tiga langkah ke kiri.Kanan lagi.Kiri lagi...sesekali langkah terhenti.Tangan berlari ke arah rambut yang diikat rapi.Tapi itu tadi,kerana rasanya sekarang rambut itu sudah serabai.

Serabai?Tangan itu gatal...dari tadi asyik nak garu kepala saja."Peningnya aku".Merungut.

Irah kembali duduk.Air coke di dalam tin di capai.Disua ke bibir lalu diminum sedikit.Wani yang berada di depan sudah naik rimas melihat sang sahabat ke hulu-ke hilir macam cacing kepanasan.

"Kau ni kenapa? Jalan sana sini.Mundar-mandir.Kiri-kanan.Macam orang tengah tunggu istri kat labour room aku tengok".Wani berseloroh.Dia tahu bahwa sahabatnya tengah dilanda masalah.

"Cuba kau rilex sikit.Tak akan ada masalah yang tak dapat selesai.Aku tengok kau asyik duk garu kepala je.Dah sebijik macam monyet garu-garu kepala.Hahaha... Muka pon dah tak cun?" Tambah Wani sambil ketawa.

"Banyak kau punya rilex!Aku tengah pening kau tau tak!"

"Pening dok cari idea,nak gagalkan plan perjodohan yang mama aturkan untuk aku tu."

Fail di atas meja dicapai.Punggung diangkat dari kerusi.Kaki melangkah tanpa menoleh ke arah si teman yg sedang mengekek.'ada ke patut aku tengah bengang.Dia boleh pulak ketawa.Lepas tu samakan aku dengan monyet.Memang nak kena hempuk minah satu ni!'

Wani yang tersedar akan ketiadaan Irah.Menoleh kehadapan.Irah sudah jauh beberapa meter kehadapan.Cepat-cepat kaki diatur,berlari mengejar sang teman yang semakin jauh melangkah. 

“Adooii...Miss Umairah sudah marah punya woo!”

Wani menjeling muka si teman di sebelah sisi.Muka dah ketat.Masam macam asam jawa campur cuka.perghh..'Masam tahap power la ni.Pakwe lalu pun,kompem tak berani tengok!

"Muka dah macam itik tak dapat makan.Muncung sedepa.Ikat kang baru tahu"

"kau la... Aku tengah bengang dengan mama aku.boleh pulak ko gelak tahap tak hengat.Hampeh punya member.Nasib baik aku tak hempuk kepala kau yang mereng tu"Luah Irah.

Wani menggangkat tangan tanda minta ampun."Sorry. Okay."

Hayunan kaki semakin laju menghampiri parking kereta.kunci kereta di keluarkan dari dalam bag.kunci kereta ditekan.

'Klik.'

Setelah kunci di buka.Irah dn Wani masuk ke dalam perut kereta.Kereta di hidupkan.Pedal minyak di tekan.Seketika kereta menghilang dari kawasan kolej.

Wani yang berada didalam kereta diam.Menikmati lagu yang terpasang.Irah? Fokus memandu sambil sesekali berfikir.Berfikir macam mana nak gagalkan perkahwinan terancang sang mama.

"Argghh..."Irah menjerit

"Wei..kau kenapa nie,terkejut aku.Nasib tak gugur jantung aku kau buat" Wani mengelus dada tanda terkejut dengan jeritan Irah.

Di pandang Irah yang tengah memandu.Tajam.Mana taknya, tengah memandu tapi fikiran ke tempat lain.


"Kau okay tak ni?Stop kat depan tu.Kita tukar tempat.Baik aku yang drive.Kang tak pasal-pasal kita jadi penghuni hospital.Tak mo aku"

"Is ok Wani.Aku okay je, aku kan pemandu yang berhemah!hihihi.."

"Banyak kau punya berhemah kalau macam ni cara pemanduan kau.Baik kita tukar SEKARANG!"

"Is ok la.Kau duduk diam-diam je kat situ.Aku masih boleh drive sendiri okay." Irah bersuara meyakinkan sang teman bahwa dia masih ok.

Wani di sebelah mengalah.Malas nak berbalah dengan Irah.Irah pun keras kepala macam mama dia jugak.Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan! Like a Mother.Like a Daughter. Hehe..

"Jom pi shoping,aku malas la nak balik rumah awal-awal.Malas nak bertekak dengan mama."
"Hmmm... Aku penumpang,dah tentu aku ikut je Miss Umairah sayang."

Cehh... Perli ke.

*******

Superjunior.Shinee.2pm.2ne 1.

Beberapa keping CD album penyanyi dari korea itu dia ambil.Lalu langkah diatur menuju ke kaunter pembayaran.


"Super junior.shinee.2, 2 ape entah.Asal kau ambik CD korea yang nama dia pelik-pelik semua tu?Buang tebiat ke ape.Dari genre english..tetibe tukar pada K-pop."

Danish Irfan senyum.Dijeling sang teman disisi.Menggaru kepala.Muka comfius sudah terpamer.Hati macam hendak ketawa melihat gelagat sang teman.Macam monyet banyak kutu.garuk..garuk..Haha

"Bukan untuk aku!" Jawabnya ringkas.Lalu kaki diatur menuju ke kaunter pembayaran.
Beberapa keping not 50 ringgit di keluarkan dari dalam dompet,lalu dihulur ke arah penjaga kaunter.Senyum manis diberi.Bukan hendak menggoda,tapi sedikit menggoda.Haha.. Senyum kan ibadah.Manis! Muka macam artis Fasha Sanda.Tapi sayang... Hitam.Hehe

"Habis tu.Kau beli untuk siapa?" Irfan Hanafi masih bingung.

Danish Irfan senyum.Pandangan di hala ke arah Irfan Hanafi. Jodoh dapat member nama sama,panggilan sama-sama Irfan,nasib baik muka tak sama.'Aku lebih hensem'.Desis hati Danish Irfan.Haha...

Tanpa jawapan dia keluar dari kedai menjual CD.Dan diikuti oleh Irfan Hanafi dari arah belakang.'Kalau aku jawab.Kompem terkejut beruk mamat seekor nie. Ni semua mama punya pasal!"Grrrr

*********

"Kita nak mkan kat mana?"

"KFC?"

"Tak mau, jelak hari-hari KFC je."

"McD?"

"tak sedap!"

"Pizzahut? Aku terhingin nak makan spagheti la." Mata dipejam,membayangkan spagheti pasta yang lazat dengan banyak cheese.

"Bukan semalam kau lepas makan spagheti dengan along kau ke?"

Errkk!!ye la. Irah senyum. Cover malu sikit.

"Kopitiam,Nasi Padang?" Cadang Irah lagi.

Wani menggeleng."Tengah tak nak makan pedas-pedas.Sakit perot."

"LJS(Long Jhon Silver)?"

"Tak nak!"

"Restoran popeye?"

"Tengah malas!"

"Kedai Rajoo"

Wani menoleh kearah Irah.muka blurr.Irah senyum,kompem minah ni tak paham.

"Kedai Rajoo?Baru bukak ke?"

"Alaa... Kau tak tahu ke?" Irah Senyum.


"Tak tahu pun!"


"Kedai Rajoo.Roti canai.Kopitiam!Hahaha..."

Hambik kau, semua cadangan aku bagi kau tolak kan!.Geram.Siket je ok!


"Aisehh.. Terkena aku" Rungut Wani.Bibir muncung sedepa akibat dipermain-mainkan oleh Irah.
Dari dulu lagi Wani memang tak suka makan roti canai.Dia cakap tak sedap,yang buat roti itu orangnya tak basuh tangan la,hitam la..Padahal alasan yang sebenarnya.Dia trauma makan roti canai.Sewaktu dia berumur belasan tahun dulu. Dia pernah ternampak kuku yang terpotong ada dalam roti canai yang sedang dia makan.Apalagi... Sejak hari itu dia tidak sentuh langsung roti canai.Alergik dah jadinya.

"Pasal kau cerewet sangat,semua tak nak.Makan kat Restoran Popeye je la."

"Jom!" Ajak Irah.

Kaki mereka melangkah.Mata meliar ke setiap kedai yang di lalui.Sektika mata tetancap ke kedai VCD.Irah teringat akan pesanan sang mama beberapa hari sudah"Tolong belikan CD lagu omputih buat mama ye bila irah pergi keluar.Mama terhingin nak karok lagu J-LO". Irah? Terkejut campur heran.Mama?Datin Suraya nak karok lagu 'J-LO'!

 Tetibe ubah angin katanya.Bosan asyik lagu P.Ramlee! Jenuh asik dengar lagu SHINEE yang tak reti artinya apa.Cuma dance mereka saja yang menarik menurut Datin Suraya. Padahal,alasan sebenar nak karok lagu J-LO.Pasal nak pikat hati calon menantu yang gemarkan lagu omputih.

Tak dapat bayangkan,bila Datin Suraya menari ala J-LO.Gelek sana,gelek sini... Oh tidaakk!!!
"Wei... Berhenti. Masuk sini kejap.Aku nak carik CD sikit la"

Wani berhenti melangkah.

"Nak cari CD apa? Nak tambah koleksi lagu Korea kau yang dah berkepuk kat bilik kau tu ke?paham pun tak, tapi boleh pulak kau minat giler ngan dorang tu! Eeiii... Tak kuasa aku nak suka bagai kat dorang tu.Dah la para lelaki tu ma..."

"Macam pempuan,pakai seluar ketat macam pinjam seluar adik dia,and bla..bla..bla... "
Sambung Irah memintas percakapan Wani sambil mengajuk kata-kata Wani berleter.'Dah hafal dah!'

Irah pandang Wani.Walawei... Mata dia? Tajam pandangan.Merah pulak woo... Marah kut!
"Please... sekejap je okay!"

"Sekejap je, aku dah lapar tahap nak makan orang dah ni!"

Irah peluk Wani.lagak bahagia tersangat." Nie yang tambah sayang kat ko nie"

"Iiiiii... Jangan lah peluk cium aku.Ada pakwe lalu,dia orang ingat kita lesbie,oh tidak!jatuh imej kecantikan aku"

Irah tahan senyum.Tau sangat.Wani paling pantang dipeluk cium di khalayak ramai. Takut dikira 'menyimpang' dari landasan.

Tanpa menghiraukan rungutan dari Wani. Irah tetap tetap memeluk sahabatnya sambil berjalan memasuki kedai VCD.

*****************

"Alamak... Terlupa la pulak"

Sepantas kilat Danish Irfan berpaling,berjalan agak laju menuju ke kedai VCD tadi. Irfan Hanafi yang terpinga menyusul dari belakang. Pelik bin heran dengan teman yang laju berjalan. Toleh ke kanan kiri pun tak.Awek cun lalu depan pun tak kan toleh punya.

"Why?"

"Terlupa nak beli CD 'makwe' aku"

"Bukan minggu lepas kau dah beli CD 'makwe' kau tu! Tak kan dah masuk tong sampah pulak."

"Bukan masuk tong sampah,tapi mandi dalam toilet bowl!"

Geram!Rasa nak baling dengan kasut Anis yang tebal berinci-inci tu bila si Intan,kucing kesayangan Anis tu masuk ke dalam bilik dia,ambil CD 'makwe' dia lalu di campak ke dalam toilet bowl.Oh my! J-LO dah berendam dalam toilet bowl! Sesak dada.

"Kau biar betul?Tapi kan.Hahaha..." Irfan Hanafi ketawa sebelum menyambung kata-kata dia tadi.Terasa kelakar pulak bila J-LO 'makwe' si Danish Irfan mandi dalam toilet bowl.

"Hahaha... Pandai 'makwe' kau pilih tempat mandi.Haha.." Ketawa lagi.


'Kureng punya member.Gelak pulak dia.'

“Bukannya nak simpati dekat aku!”


*******

Kedai di jejaki,mata meliar mencari apa yang di ingini.Dia terus berjalan perlahan ke arah sudut kanan.Seperti yang di arahkan jurujual tadi.CD yg di cari ada di rak sebelah hujung kanan sebelah belakang sedikit.Berdekatan dengan kumpulan CD bergenre k-pop.Mata ralit mencari,tangan sibuk membelek-belek CD satu persatu.

'Mana la CD yang aku cari ni!'Merungut' Bila tak nak beli,senang je boleh nampak.Time aku nak beli.Susah pulak nak nampak. Aiigoo!"

Mata mendongak.Mencari Wani yang tadi ada di belakang.

“Kosong! Tak ada!”

Mata di hala ke sudut kiri,berdekatan dengan kaunter pembayaran.Tu dia! Wani sedang ralit membelek CD Hindustan.

Makanan orang hindustan,cakap tak suka.Tapi bab lagu,drama,movie Hindustan dia lah hantunya.Upss.. Ratunya.Hehe... 

'Wani si hantu Hindustan!'

Irah kembali mencari.'J-LO' pesanan sang mama harus di dapatkan.Jika tidak! Siap lah tengok muncung itik mama sepanjang hari,sampai dapat apa yang mama mahukan.
Mata bersinar saat ternampak apa yang di ingini ada di depan mata.Senyum terukir. Happy la katakan bila si 'J-LO' berhasil di dapati.

Kaki mendekat.Tangan menggapai CD yang hanya tinggal sekeping di dalam rak.

Errkk!!

Tangan masih memegang.Tapi ada tangan lain juga yg hendak mengambil CD itu.Dua tangan memegang satu CD.Bertindih sedikit.Satu sentuhan yang mengejutkan.Bagai terkena kejutan elektrik.Irah menoleh ke arah empunya badan yg sama-sama memegang CD.

Mata berpandangan.Bersabung dalam sunyi.Badan terkaku.Bibir seakan terkunci melihat ciptaan Allah yg begitu indah di depan mata.

Danish Irfan terkaku.Ralit menatap keindahan itu.

Irah pun apa kurang.Sama saja.Terdiam dalam tatapan yang begitu indah di mata dia.

Satu saat.Sepuluh saat.Limabelas saat.Mereka masih seperti itu.

'Masya Allah.Cantiknya mata perempuan ini.Nampak comel.'Detik hati Danish Irfan.

'Lee Min Ho celup. Oh my!' Detik hati Irah pulak.

'Kahwin atas pilihan Mama!!'

' Cari plan untuk gagalkan perjodohan dengan pilihan mama'

'Arrgghhh... Tidak!!'

Dua-dua tersedar.


*******


Bersambung… :)

p/s: timekasih banyak-banyak sudi bace cite yang tak seberapa ini.
Saya budak baru belajar,bila ada salah.sila tegur okay.

Apa yg terdetik dihati korang lepas bace?
Ade terpikat tak?
Ke menyampah?
Ke tak lalu nak bace?


Ape sambungan kisah mereka? Gaduh ke Saling berbalas senyum?
Mana satu Irfan yg menjadi 'Enchik Tunang' Irah?
Sila komen..tinggalkan jejak ok!
WC








4 comments:

  1. best2... nak danish irfan writer please
    uat cita lepa dah kahwin lpstu baru brgaduh.. hehe
    best ooo klau uat mcm tuhh..
    writer jgan uat knflik yg jhat2 tau.. hihi

    ReplyDelete
  2. cptlh smbg....sya nk bce .... tkknlh awk nk bgi kiteorg bace ngn trgntung

    ReplyDelete