Followers

Saturday 24 November 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 5





 Didalam bilik pengantin yang dihias indah oleh ibu mertuanya, Nur Mariana duduk di hadapan meja solek melepaskan rambutnya yang agak lama dibiarkan bersanggul. 

Muzaffar yang baru keluar dari bilik air terkaku melihat isterinya melepaskan rambut.
Mariana memerhatikan dirinya dihadapan cermin solek terkejut melihat suaminya di sebalik cermin. Nafasnya rasa tidak menentu dikala ini. Pertama kali didalam hidupnya, dia dapat melihat tubuh badan sang suami tanpa pakaian.


“Abang.”perlahan suaranya. Dia menoleh ke belakang dengan rasa malu yang menebal dalam diri. Padahal dalam hati, memang berasa teruja dengan suaminya yang tidak berbaju. Sudah lama dia mengimpikan tubuh Muzaffar, malam ini gerenti Muzaffar akan menjadi miliknya!


“Err..saya nak salin baju kejap. Boleh awak turun ke ruang tamu, layan tetamu kat bawah?”Muzaffar kurang selesa untuk menukar baju dihadapan isteri barunya.


Mariana mengetap bibir. Baru nak syok sikit, potong stim betul la! “Ala abang. Saya kan dah jadi isteri abang, buat apa nak malu-malu lagi depan saya. Tukar ajelah.”Suara Mariana kedengaran agak manja di telinga Muzaffar.Membuatkannya berada didalam keadaan serba-salah.


“Saya tak selesa. Harap awak faham.”pinta Muzaffar. Tak sangka dalam diam personal assistantnya mempunyai sikap manja yang melampau. Aduh! Tak pasal-pasal nak kena layan karenah dia lagi. Kalau Dhia lainlah. Tak adalah manja melampau sangat macam Mariana ni. Sempat lagi dia memuji bekas isterinya dalam hati.


Mariana masih tidak mahu mengalah. Dia ingin tetap disamping suaminya malam ini. Bila dia turun ke bawah, dia mahu ahli keluarga yang berada di ruang tamu nanti memandang mereka berdua sebagai pasangan yang ideal. Itu motifnya. Alangkah seronoknya jika dia mendapat perhatian dari kedua-dua belah pihak keluarganya dan Muzaffar.


“Kalau macam tu, saya duduk diatas katil sambil tutup mata. Saya janji saya takkan tengok.”ujarnya. Mariana bangun dan duduk diatas katil bersaiz king yang kini menjadi miliknya. Dulu, perempuan tak guna tu yang tidur sebelah Muzaffar, sekarang aku pulak yang akan baring kat sebelah Muzaffar. Tangannya menutupi keseluruhan wajahnya.


Muzaffar menarik nafas panjang. Dia mula tidak suka dengan sikap perempuan ini yang tidak faham bahasa. Memang tak faham bahasa betul!


Tanpa memandang isterinya yang masih menutup wajahnya dengan tangan, dia berlalu semula ke bilik air. Baik dia tukar baju dalam bilik air lagi bagus! Pintu bilik air terus ditutup.


“Dah ke bang, saya tunggu ni.”luahnya. Mungkin Mariana tidak perasan yang suaminya sudah masuk ke dalam bilik air.


‘Lama betul suami aku ni pakai baju.’rungutnya sendirian.


‘Hah, apa kata aku tengok dia pakai baju dalam diam? Bestnya!’ Mariana mendapat idea.Tak dapat tengok depan-depan pun tidak mengapalah. Janji dapat ditunaikan.


Mariana mengerakkan sedikit jari-jemarinya agar matanya dapat melihat badan suaminya. Namun, dia terkejut. Suaminya tiada didepan mata! Kedua-dua tangannya jatuh ke sisi semula. Alamak, mana Muzaffar ni? Takkan dah masuk bilik air balik kot? Melepas aku nak tengok badan dia! Dia mengeluh panjang.


Beberapa minit selepas itu, Muzaffar keluar berpakaian lengkap. Dilihat isterinya masih lagi duduk diatas katil itu. Bengang lah tu! Tapi peduli apa aku? Dia bengang ke tak, itu bukan masalah aku. Nak merajuk, sorry aku takkan layan Nur Mariana!


Baik dia turun sekarang dari melihat sikap manja isterinya itu.


Nur Mariana perasan yang Muzaffar ingin keluar dari bilik itu tanpa membawanya sekali. Hatinya mendongkol geram. Dengan tidak semena-mena, dia bangun dari katil itu dan meluru kearah Muzaffar. Tangan suaminya dipaut erat dari belakang.


Muzaffar tersentak.“Eh! Kenapa pulak ni?”


“Saya nak ikut. Kenapa abang tak ajak saya turun sekali?”Mariana merengek manja. Dikuis-kuis baju yang dipakai suaminya. Hensemnya Muzaffar malam ni. Nasib baik dia dah jadi milik aku. Padan muka kau Dhia!


Muzaffar kegelian. Dekat office tak ada pulak dia tunjukkan aksi manja kat pekerja lain, kat aku pulak yang lebih-lebih. Ini tak boleh jadi. Aku mesti bersikap tegas sebagaimana aku buat dipejabat. Kalau tidak, perempuan ni mesti ambik kesempatan punya.


“Awak turunlah seorang diri.”suara Muzaffar bertukar tegas. Pautan dari tangan Mariana dilepaskan.


Mariana gelisah. ‘Ini tak boleh jadi. Aku kena pastikan juga yang aku dapat memaut tangan Muzaffar.’Dalam hati dia bertekad.


“Janganlah macam ni abang, nanti apa pulak kata ahli keluarga kita kat bawah tu.”sambungnya lagi. Cuba memujuk suaminya seboleh mungkin.


Muzaffar mendengus kasar. Perempuan ni memang tak faham bahasa betul! Ada jugak yang kena penampar nanti.


“Awak ni tak faham bahasa ke hah? Saya dah cakap, awak turunlah seorang diri. Kenapa degil sangat ni?”


“Abang, please?Mariana memujuk lagi. “Sekali aje. Lepas ni saya takkan pegang tangan abang lagi kalau itu yang abang nak.”Saja dia buat janji begitu. Padahal didalam hati dia ingin memegang tangan Muzaffar setiap masa.


“Mengada-ngada!”Muzaffar bengang. Tombol pintu bilik dibuka luas.


“Cepatlah!”marah Muzaffar. Mariana hanya tersengih-sengih. Pujukannya sudah mengena! Kemarahan Muzaffar tiada makna baginya buat masa sekarang. Apa yang penting, dia mahu memegang tangan suaminya dan mendapat perhatian dari kedua-dua belah pihak keluarga. Itu sahaja
!
**********

Malam itu, berlangsung dengan meriah sesi membuka hadiah dihadapan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Paling teruja untuk membuka hadiah semestinya isterinya. 

Macam tak pernah tengok hadiah lagaknya. Cepat aje nak buka hadiah tu. Tergeleng-geleng kepala dengan sikap Mariana yang sukar dijangka. Malu jugak pada ahli keluarga yang melihat kegopohan Mariana membuka hadiah.

Muzaffar memandang saja gelagat Mariana yang tidak serupa bikin itu. Dalam pada itu, sempat juga dia melihat hadiah-hadiah yang sudah dibuka balutannya. Agak banyak juga hadiah yang diterimanya. Jam dinding, rice cooker, blender, pinggan mangkuk, set cawan & gelas, set sudu garpu, lampu tidur, buku-buku agama & doa, album perkahwinan, set perfume and bodycare, dan macam-macam lagi yang mereka dapat pada hari ini.


“Banyak jugak hadiah kita ya, bang. Saya teruja sangat!”ucap Mariana dengan nada gembira sambil memandang suaminya. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia memperolehi hadiah sebanyak ini. Mengenangkan teman lelakinya, Hazrul memang payah betul nak dapat hadiah sebegini banyak. Nasib baik dia dapat suami kaya, nanti boleh mintak banyak-banyak lagi hadiah!


Muzaffar memandang Mariana tajam. ‘Mengada-ngada betullah perempuan ni. Patutnya aku pilih perempuan lain jadi isteri.’keluhnya dalam hati. Dia memilih Nur Mariana pun bersebab! Dia mahu Dhia rasa bila dirinya yang curang.Ini kerana dalam office Nur Mariana adalah pekerja paling rapat dengannya dan Mariana jugalah yang memberitahu pasal CD itu.


CD? Bila mengenangkan CD itu, dia terfikirkan bekas isterinya. Perempuan tak guna itu patut diajar! Takkan dia nak berdiam diri kan setelah dia tahu apa yang terjadi. 


Moodnya berubah tiba-tiba. Dia perlu memikirkan cara untuk membalas dendam pada bekas isterinya dan tidak lupa juga Rayyan. Ya! Dialah penyebab segala-galanya.

Tapi, mengapa Dhia tetap tenang sehingga sanggup menyanyikan sebuah lagu untuknya di khemah tadi? Adakah bekas isterinya gembira dengan perceraian ini dalam diam?


‘Ada baiknya aku masuk bilik dulu. Kalau Mariana ada kat sebelah aku nak bermanja-manja, lagi bertambah rimas dibuatnya!


Muzaffar pantas bangun dan beredar dari situ dengan wajah yang suram. Puan Halimah yang sedang meletakkan hadiah-hadiah diatas meja terkejut melihat anaknya bangun secara tiba-tiba. Mariana dan ahli keluarga yang lain turut terkejut sama.


“Kenapa tu?”bisik salah seorang ahli keluarga yang berdiri disebelah Puan Halimah.


“Dia penatlah tu.”Itu saja yang mampu diucapkan Puan Halimah. Dia hanya memandang sayu anaknya naik ke tangga.


*********


Rayyan tiba juga dirumahnya tidak sampai setengah jam. Pintu garaj dibuka secara automatik dan dilihat ada pengawal keselamatan yang sedang berdiri tegak memberi hormat. Dibuka cermin tingkap disebelahnya lalu tersenyum kepada pengawal tersebut sebelum masuk ke lobi utama.


Tiga pembantu rumah lelaki dan perempuan yang sedang mengelap gelas berkaki di ruang tamu terkejut tatkala mendengar deruman kereta dari bahagian pintu utama. Tuan Muda balik!


Cepat-cepat mereka tinggalkan kerja mengelap itu dan berlari anak ke pintu utama.

Kesemua pembantu rumah itu berbaris dan menunduk hormat.

Rayyan tiba di lobi utama rumahnya. Keretanya berhenti di tengah-tengah yang bertentangan dengan red carpet.


Sebenarnya dia tidak gemar ada red carpet berada dirumahnya, tapi mengenangkan neneknya yang cerewet itu, dia terpaksa akur. Biasanya red carpet ini khas untuk orang kenamaan. Dia bukan orang kenamaan, buat apa nak sediakan red capret?


Keluar dari kereta, muncul enam pembantu rumahnya yang menunduk hormat dihadapannya. Rayyan mengeleng kepala. Tidak suka dengan tundukan hormat itu. Buat biasa-biasa sudahlah. Yang nak menunduk sampai nak rukuk tu nak buat apa. Aku bukan orang atasan pun sampai nak buat macam tu sekali! Lainlah kalau nenek aku tu. Semuanya nak kena tunduk, tunduk dan tunduk. 


Rayyan memandang pembantu rumah lelaki yang berada di depannya, Hidayat Romli. Dalam ramai-ramai pembantu rumah, Hidayat Romli yang paling rapat dengannya.


Lima pembantu rumah masuk ke dalam menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.


“Hmm..mana nenek?soalnya. Tapi Hidayat Romli masih mendiamkan diri. Mungkin pelik dengan kata-katanya. Aduhai. Lupa pulak. Pembantu rumah mana boleh panggil nenek. Nanti tak pasal-pasal kena fired!


“Opss..Lupa pulak. Mana Puan Hadijah?”Biasanya, nenek akan call dan tanya dia berada dimana. Tapi hari ini tiada pulak nak telefon. Apa yang nenek buat kat bilik aku ni?


“Puan Hadijah ada di bilik Tuan.”jawab Hidayat Romli.


“Bilik saya?”Rayyan sedikit pelik. Takkan nenek tahu kot yang aku balik hari ni? Rasanya aku tak inform pun pada nenek yang aku balik bila.


Dia harap janganlah neneknya menjumpai album yang dia simpan didalam laci disebelah katilnya. Dalam album itu banyak gambar perempuan yang sengaja ditangkap. Sekadar hiburan.


“Ya Tuan. Puan Hadijah semenjak seminggu dua ni sering masuk ke bilik Tuan. Untuk apa, saya kurang pasti.”sambung Hidayat Romli lagi.


Rayyan mengeluh. ‘Ni mesti nak tengok kad-kad yang kawan-kawan prempuan aku bagi ni. Kalau bukan kad, mesti album aku. Ish..nenek ni, semua nak ambil tahu.’rungutnya.


Selain Dhia, dia mempunyai ramai kawan-kawan perempuan yang dikenali sewaktu dia dan Dhia di Universiti dulu. Ada saja kad-kad yang diterimanya. Malahan ada perempuan yang memburunya sehingga sanggup datang ke rumahnya semata-mata untuk memberi hadiah.


“Kalau macam tu, tak mengapalah. Saya masuk dulu. Nanti jangan lupa keluarkan bagasi saya didalam bonet.”arah Rayyan serta-merta. Diberi kunci keretanya kepada Hidayat Romli.


“Baik, Tuan.”Hidayat Romli menganggukkan kepala. Tanpa berfikir panjang, Hidayat Romli membuka bonet belakang kereta tuannya. Dua bagasi diangkat dan ditutup bonet sebelum masuk ke dalam.


Tanpa membuka kasut, Rayyan masuk ke dalam rumah. Biasalah, kalau rumah orang kaya, kenalah pakai kasut. Nanti kaki kotor. Begitulah kata-kata dari neneknya. Apa yang dikatakan dari mulut neneknya, semua kena ikut. Tak boleh membantah sikit pun.


‘Nenek..nenek..’Rayyan menggeleng kepala. Cerewet tak habis-habis!


Terus dia naik ke atas dengan keadaan terburu-buru. Nanti apa pulak kata neneknya nanti.


*******


Tombol pintu dibuka perlahan-lahan agar tidak memeranjatkan neneknya yang berada didalam biliknya. Dijenguk sedikit kepalanya. Ingin memerhatikan apa yang neneknya buat didalam bilik.


Ternyata jangkaanya tepat! Memang nenek sedang melihat albumnya. Habislah dia malam ni! Nasib baik nenek tidak melihat kad-kad yang diberi kawan-kawan perempuannya. Kalau tidak, memang teruklah dia kena sound dengan nenek.


Rayyan menarik nafas panjang sebelum tangannya membuka pintu seluasnya.


Puan Hadijah yang sedang asyik membelek album kepunyaan Rayyan diatas katil terkejut dengan kedatangan yang tidak terduga dari cucunya. Lantas, album yang dipegangnya ditutup dengan perasaan gelabah. Diletakkan album itu ditepi.


“Eh,Cucu nenek. Bila sampai?”soal Puan Hadijah dengan nada terkejut.


Rayyan tersenyum.Tangan nenek dicapai lalu dicium penuh hormat. Soalan nenek hanya dibiarkan. Dia lihat nenek masih tergamam dengan kedatangannya secara mengejut itu.
Rayyan mengambil tempat disebelah neneknya .“Apa nenek buat kat dalam bilik Ray malam-malam begini?soalnya sinis. Sengaja dia bertanya begitu. Mahu tahu bagaimana reaksi nenek.


Matanya tertancap pada albumnya yang diletak ditepi nenek. ‘Hmm… nenek ni suka selongkar barang akulah.’rungutnya dalam diam.


Puan Hadijah agak gelabah dengan soalan dari cucunya. Diambil album ditepinya lalu dibuka semula album itu. Dia tahu Rayyan memang pantang tengok perempuan cantik. Ada aje gambar perempuan cantik yang mahu ditangkap.


“Saja nenek nak tengok. Cantik perempuan-perempuan kat dalam album ni.”sempat lagi dia memerli cucunya. Padahal dia membenci kesemua perempuan yang ada didalam album ini.


Selagi dia masih hidup dimuka bumi ini dan masih lagi memegang title sebagai nenek dan penjaga kepada Rayyan, dia tidak akan sekali-kali membiarkan cucunya memilih perempuan yang tidak tergolong dalam ciri-ciri wanita pilihannya.


“Hmm..tak ada apa yang menarik untuk dilihat nek.”Rayyan cuba untuk menyembunyikan apa yang dibuat selama ini. Sudah menjadi tabiat dalam hidupnya, sering mencari perempuan cantik. 


Asal ada perempuan cantik yang lalu-lalang di hadapannya, dia akan mulakan dengan kenyitan mata. Bila perempuan itu membalas, dia akan menuju ke arah perempuan itu dan memintanya nombor telefon. Itulah taktiknya. Mengeyit mata.

Dhia yang kadang-kadang berada disebelahnya, geram dengan sikap nakalnya yang seakan-akan playboy itu. Namun, dia tidak mengendahkan. Malah makin menjadi-jadi perangainya. Dhia pun sudah maklum dengan perangainya suka kacau anak dara orang itu.


“Awal Ray balik? Nenek tak sangka pulak Ray balik dua hari lebih awal. Macamana dengan seminar tu, ok?soal Puan Hadijah ingin tahu.


“Bolehlah. Cuma bosan sikit nek.”Rayyan mengeluh.


“Itulah, nenek dah pesan awal-awal lagi. Bantu abang kamu kat syarikat tu. Kesian dia.


 Pagi petang siang malam, asyik bertenggek aje kat ofis tu semata-mata nak naikkan profit syarikat. Tapi kamu degil, sengaja nak kerja kat tempat lain.”Puan Hadijah meluahkan ketidakpuashatinya.

Rayyan mengeluh. Perkara itu juga yang dibangkitkan. Asyik-asyik syarikat keluarga! Buat dia rasa rimas. Sudah berulang kali dia mendengar leteran dari neneknya. Telinga memang tak boleh nak terima lagi apa-apa leteran neneknya.


“Oh ya, mana abang? Dari Ray masuk tadi, tak nampak abang pun? Tak balik ke hari ini?” Sengaja dia menukar topik.


“Abang kamu dekat ofis la. Ke mana lagi dia nak pergi selain ofis. Ofis itulah rumah kedua dia.”jawab Puan Hadijah dengan selambanya.


Abangnya, Muhd Razree sudah lama mereka tidak bertemu dan berbual bersama. Jika dia berada dirumah, abangnya pasti tiada dirumah. Memang payah untuk bertemu dengan abangnya. Kalau berjumpa pun, bercakap hal-hal yang penting saja.


“Pasal kerja kat company kita tu, Ray akan fikirkan kemudian.”Rayyan mula bangun dari katil. Malas mahu berbual-bual dengan neneknya. Lagi lama dia duduk disebelah nenek, lagi banyaklah leteran yang akan masuk ke telinganya. Baik dia pergi mandi dulu. Dapat juga menghilangkan lekit di badan.


“Nak pergi mana tu?Nenek tak habis cakap lagi ni.”geram dia dengan sikap cucunya yang tidak mendengar kata. Ada saja yang dibantahnya.


“Mandi.”Itu sahaja yang mampu dikatakan. Tuala yang disangkut di dinding diambil. Butang kemejanya dibuka satu persatu. Puan Hadijah hanya memandang cucunya membuka kemeja. Dia sudah biasa melihat tubuh badan cucunya.


“Hmm..tak mengapalah. Nenek keluar dulu. Pergilah mandi dulu. Nenek bawa album ni masuk bilik nenek. Nak tengok perempuan-perempuan cantik dalam album ni.”sempat lagi nenek menyindirnya.


Puan Hadijah bangun dari sambil tangannya memegang album. Ingin melangkah keluar tapi dihalang cucunya. Tersentak Puan Hadijah disitu.


“Biar ajelah album tu kat sini. Lagipun nenek nak buat apa dengan album ni? Tak ada apa yang best untuk ditengok pun.”jawabnya tergagap-gagap. Sebenarnya, dia tidak mahu neneknya membawa album itu. Dia takut neneknya akan mengambil kesempatan dengan membuang album itu.


Puan Hadijah tersenyum sinis. Tak ada apa yang best kat album ni? Muka cucunya masam mencuka.


“Kalau tak ada apa yang menarik, kenapa mesti simpan album ni? Nak cari calon isteri ke?pedas soalan yang ditanya Puan Hadijah kepada Rayyan.


Tanpa menjawab soalan neneknya, terus dia merampas album itu dan berlalu ke bilik air. Dibawa sekali album itu. Biarlah nenek nak menengking atau memarahinya, dia tidak kisah. Sebab album itu kepunyaannya, bukan milik neneknya.


“Tak boleh diharap langsung! Tengoklah nanti Ray. Nenek akan balas balik apa yang Ray buat kat nenek. Tunggu dan lihat sajalah.”Puan Hadijah cukup pantang apabila cucunya membalas setiap kata-katanya. Dia tak suka. Cucu sepatutnya menghormati nenek sendiri.


Puan Hadijah keluar dengan perasaan yang bengang. Ditutup pintu bilik cucunya dengan kasar.





bersambung :D.... maaf DJ lambat up cite ini patutnya semalam tapi DJ terlelap awal semalam nak ini DJ up hari ini sila layan PP bab 5 sudi2 lah tinggalkan komen anda tuk adik NUR DAEYA kita....

11 comments:

  1. Replies
    1. Thank you Qis sbb sudi jad pmbaca setia..tggu next week plak y..hehe

      Delete
  2. Hahaha gedik punya mariana . Eh br perasan watak dhia tak timbul bab ni. Hanya nama saja. Tq .

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome back kak..mmg Mariana gdik pn kak..gedik sesangat..hehe..

      Delete
  3. cept smbng...cmne la keadaan Dhia...x suke la Muzaffar ambil kptsn membabi buta, xptut btl tmpr Dhia pstu cerai gitu..ish...
    ara

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x ptut Muzaffar ceraikan Dhia..sy yg buat ni pun sy geram.. :) nanti sesuatu akn berlaku pada Dhia dan Rayyan..

      Delete
  4. salam dik..teringin nak tahu..adakah Muzaffar telah meneliti CD itu dan menyuruh orang untuk melihat adakah CD itu tidak ada tampering...adakah dia masih tidak mengenali Dhia ..isterinya ..tidak kah dia tefikir kemungkinan isterinya dianiaya ..

    Akak harap ada jodoh Rayyan dan Dhia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak Ida.. insyallah ad jodoh Rayyan n Dhia.. :) Nnti akn ad secene pd CD itu..tq y kak sbb sudi mmbacanya..appreciate sgt2..

      Delete
    2. salammm..DJ kat sini...
      ceq sokong rayyan ngan dhia...biar si muzaffar tu..chaiyokkk eyaaa

      Delete
    3. waalaikumsalam kak DJyg dsygi..hehe
      sokong jgn x sokong

      Delete
  5. x suka dgn mariana....
    muzaffar pun cme.,...cerai tnpa dgr pnjelasan..
    heheh...
    maaf terEMO pulak....

    ReplyDelete