Followers

Tuesday 4 December 2012

DIARI HATI MERAH JAMBU (FULL)






 Lima tahun usia pernikahanku dengan Suria.Sungguh masa yang sulit. Semakin
hari semakin tiada keserasian antara kami.Perbalahan semakin kerap menerpa dalam keseharian kami.Kami sering bergaduh kerana hal-hal kecil.Terkadang juga kerana zuriat yang sampai kini tak jua ada.Kerana Su lambat membukakan pagar rumah ketika aku pulang dari office.Kerana meja kecil di sudut ruang keluarga yang dia beli tanpa membicarakannya denganku terlebih dahulu.Bagiku itu semua hanya membazir wang sahaja.Masih banyak keperluan lain yang lebih penting dari semua itu.

Hari ini, 27 November adalah tarikh lahir Suria.Tapi pagi tadi kami gaduh, lebih tepatnya aku memarahi dia.Semua berpunca kerana dia lewat mengejutkanku dari tidur.Aku bengang dan teramat marah pagi tadi.Hari ini aku ada meeting penting dengan klien, tapi dia terlalu lewat mengejutkanku sehingga aku marah dan hampir saja tanganku melayang ke pipi mulus dia yang sewaktu dulu selalu menjadi persinggahan bibirku.Aku bersiap lalu keluar rumah begitu sahaja tanpa ucapan selamat hari lahir dan kucupan di keningnya seperti yang biasa aku lakukan di setiap pagi menjelang pergi ke tempat kerja.Mungkin dia kecewa dengan sikapku.Tapi hatiku rasa tawar untuk melihat kesalahan kecil dia pagi ini.

Lewat pukul 8 malam aku sengaja pulang agak lewat seperti hari biasa.Aku alihkan rasa sakit hati yang masih bersisa untuk Suria dengan menyibukkan diri di pejabat.

Ring... Ring...

Aku tatap galaxy SIII ku yang berada diatas meja.Nama 'my wife' tertera  di layar telepon bimbitku.Sudah hampir sepuluh kali dia menghubungiku untuk meminta agar aku balik awal dan makan malam bersamanya di rumah.Tapi aku tak hiraukan semua panggilan telepon darinya.Setiap dia telepon pasti aku reject atau aku biarkan berdering sehingga ianya mati tanpa berjawab.Mesej dari dia pun aku baca sepintas lalu sahaja.Entah apa yang merasuki diriku sehingga aku begitu tawar hati pada dirinya, dan ada ketikanya aku rasakan seperti ingin sahaja aku memceraikannya.Tapi di sisi lain aku menolak.Masih ada rasa kasih untuk dia yang bergelar isteri

Jam menunjukkan pukul 10 malam, aku mengemas meja kerjaku dan beranjak untuk pulang kerumah.Diluar hujan turun begitu deras dan aku terfikir seketika.Adakah Suria masih setia menanti kepulanganku seperti selalu.Atau dia sudah lelah menanti kepulanganku? Aku kerling jam di pergelangan tangan kiriku.Pukul 10 lewat 15 minit malam, tapi jalan di tengah bandar Kuala Lumpur masih ramai dengan lalu lalang kenderaan.Ramai para muda-mudi yang sedang menikmati keriuhan suasana malam.Suasana jalan raya pun masih saja jamed tak kira pagi,petang atau malam.

Aku benar-benar dibuat lelah oleh keadaan ini.Membayangkan pulang dan bertemu dengan Suria.Lalu di sajikan dengan muncung dia yang mengalahkan itik-itik belaan emak di kampung.Itu semua membuatkan aku semakin rimas dan lelah.Aku penat-penat dari office,bekerja mencari wang untuk keperluan kami, tapi muncung itik dibibir dia yang tersaji di depan mata.Tapi jujur ku akui, walaupun muncung itik yang di pamer.Dia tak pernah leka menyediakan makan dan minuman setiap aku pulang dari bekerja walau terkadang masakan dia itu terlalu masin,terbanyak cili,terlebih gula.Dan minuman tu teramat manis.

Akhirnya aku sampai juga di rumah lewat pukul 12 malam, dua jam perjalanan yang aku lalui dari kebiasaannya yang aku hanya membutuhkan waktu 1 jam untuk sampai di rumah.Kulihat Suria tertidur di sofa ruang keluarga.Sempat aku berhenti dihadapannya dan memandang wajahnya.

“Dia masih cantik dan sungguh cantik di mataku” luahku dalam hati.

Nur Suria Ayuni.Itulah nama dia.Cantik secantik orangnya.Dia perempuan yang aku kenal lebih dari 7 tahun dahulu, kala kami masih di alam Universiti lagi.Begitu manis cara pertemuan kami,dan dengan mengingati pertemuan itu aku akan selalu rasa bahgia dengannya.Pertemuan pertama yang terasa indah dengan pergaduhan kecil antara kami di perpustakaan Universiti.Saling tarik-tarik buku rujukan sampai buku itupun koyak menjadi dua.Pergaduhan pertama yang membuat aku dapat mengenali dirinya.Dirinya yang manis tapi agak brutal bila berhadapan denganku.Dari hari ke hari aku semakin kerap mencari gaduh dengannya.Dan selepas hampir setahun aku selalu mengusik dia, aku sedar ternyata bibit-bibit cinta itu hadir tanpa aku sedari.Genap 10 bulan aku mengenl dia,aku pun luahkan apa yang aku rasa untuknya.Dan tak kusangka, ternyata dia pun menyimpan rasa yang sama padaku.Dia terima rasa kasih yang aku hulurkan.

Selepas hampir 2 tahun hubungan kami berjalan.Dan kala itu pun aku sudah hampir setahun bekerja di syarikat aku sekarang ini.Kami bertunang selepas dia lulus dari Universiti dengan segulung ijazah yang dia citakan.Tak sampai 6 bulan kami bertunang, kami putuskan untuk menuju ke alam rumah tangga.Dan pada 12 disember tahun 2007 kami sah sebagai suami isteri.Sungguh indah kenangan di awal alam rumah tangga kami, tapi sekarang semua itu hanya tinggal sebuah kenangan bagiku

Aku menghela nafas yang terasa sesak didada ini dan meninggalkannya yang masih nyenyak tidur di ruang keluarga.Ketika aku hendak naik ke bilik tidurku di lantai atas, aku melewati ruang makan yang diatas meja masih ada pinggan makanan yang belum tersentuh dan sepotong kek yang diatasnya masih terpasang lilin yang menyala tapi akan mati pada bila-bila masa saja sekejap lagi kerana lilin itu dah tiada batang untuk menopang cahaya apinya.

Aku masuk ke bilik beraduku.Mataku tertancap pada buku berwarna merah jambu diatas meja solek.Buku berwarna merah jambu cair yang cukup tebal yang dimiliki oleh isteriku.Bertahun-tahun Suria menulis cerita tentang kisah hidupnya pada buku merah jambu itu.Sejak sebelum menikah lagi dia tak pernah izinkan aku untuk membukanya apatah lagi untuk membacanya.Pernah satu ketika dulu aku mengambil buku itu dari laci almari,tempat dimana Suria selalu menyimpan buku itu.Dan hendak membacanya secara diam-diam.Tapi belum sempat aku membaca isi kandungan di lembar pertama,Suria sudah berdiri dihadapanku dengan mata membulat menandakan ianya tengah marah.Kala itu aku hanya pamer senyum pada dia.Senyum sumbing kerana aku kantoi mengambil buku 'keramat' dia.

Aku tolehkan kepala ke arah pintu bilik.Gerun juga bila tiba-tiba Suria muncul tika aku sedang membaca apa yang tersirat dalam diari itu.Aku hala kaki kearah pintu bilik.Aku tutup dan aku kunci pintu agar Suria tak akan tahu jika aku membaca buku 'keramat' ini.Inilah saatnya!Saatnya aku tahu isi hati isteriku yang terkadang terlalu dipendam dalam diri dan tak dikongsi denganku.

 Sejurus aku buka buku itu.Di helaian pertama mataku disajikan dengan gambar potrait kami berdua.Gambar sewaktu kami berada di genting highland.Ditaman kecil yang bertimbuskan kabus,saksi lafas cintaku.Saksi bisu saat aku luahkan hasratku yang ingin mempersunting dirinya menjadi suri hidupku.Dan dibawah gambar itu tertulis satu kata

"Kau cinta pertama bagiku.
Dan akan menjadi cinta yang terakhir untukku"


Kata-kata itu masih terpahat di ingatanku.Kata-kata yang aku luahkan untuknya ketika itu."Su...Ternyata awak tak pernah lupa semua kata yang ku ucap saat dulu"

Dan aku buka satu persatu muka surat dalam buku merah jambu itu.Muka surat pertama tertulis tentang dia dan persahabatan dia dengan Aryssa.Gadis kacukan Australia yang setia di sisi dia sampai Suria berkahwin denganku.Dan aku yakin,pasti sampai sekarang mereka masih berhubung walau Aryssa kini menetap di bumi kangooro itu bersama ibu dia.Cuma aku yang kurang perhatian pada keseharian Suria akhir-akhir ini.

Aku buka lagi buku itu.Mataku terasa bersinar bila melihat muka surat ini.Muka surat dimana dia mulai menulis tentang diriku.

13 mei 2004.
Terima kasih Ya Allah
atas pemberianMu yang berarti bagiku.
Ammar Sufian,Cinta pertamaku dan yang akan menjadi Cinta terakhir bagiku.


Hmm… aku tersenyum, Suria terlalu yakin jika aku yang akan menjadi suami sekaligus cinta terakhir untuknya.

27 november 2006.
Ammar melamarku.Gembiranya hatiku ketika dia ucapkan kata itu.Dia melamarku di temani kabus putih yang mengelilingi taman kecil di Genting Highland.Sweet.

21 Ogos 2007.
Dengan sekali lafas.Aku dah bergelar isteri.Isteri pada lelaki yang amat aku cintai.Ammar Sufian.
Dan secara langsung,sekarang aku dah pun bergelar Pn.Ammar.
Ya Allah. Terima kasih atas jodoh yang kau berikan untukku.


19 Julai 2009.
Tak sengaja aku melihat abang Ammar tengah makan malam dengan wanita lain sambil tertawa mesra. Ya Allah, aku mohon agar hati dia tidak pindah ke lain hati.

Jantungku serasa hendak berhenti saat membaca helaian muka surat ini.…

23 Oktober 2009,
Aku menemukan surat ucapan terima kasih untuk abang Ammar atas candle light dinner di hari lahir seorang wanita bernama Hanny.
Siapakah dia Ya Allah?

Ya Allah, kuatkan aku agar tidak berburuk sangka terhadap suamiku…

Jantungku benar-benar hendak berhenti dari berdenyut.
Hanny, wanita yang sempat rapat denganku disaat usia pernikahanku dengan Suria masuk 2 tahun.
Hanny.Wanita cantik dan bergaya yang juga rakan sepejabat denganku.Kerana dia aku hampir menceraikan Suria kerana rasa kejenuhanku kala itu.Tapi tak lama kemudian aku telah pun
memutuskan untuk tidak bertemu dengan Hanny lagi setelah rapat dengannya hampir 4 bulan,dan aku memutuskan untuk tetap setia kepada Suria, isteriku.Aku sungguh tak menduga bahwa ternyata Suria mengetahui hubunganku dengan Hanny.Pasti kecewa dan teramat kecewa yang Suria rasakan padaku sehingga dia selalu murung denganku saat itu.

7 Disember 2009.
Aku dihampiri wanita bernama Hanny, Ia mencaci maki aku,dan
mengatakan bahwa abang Ammar selingkuh dengan dirinya.Abang Ammar sudah terlalu bosan padaku sehingga dia mencari wanita lain untuk memuaskan hasrat hati.
Ya Allah...beri aku kekuatan

yang berasal daripadaMu.Beri aku ketabahan agar aku dapat tetap setia di sisi abang Ammar.

Ya Allah...Bagaimana mungkin Suria sekuat dan setegar itu, dia
tak pernah mengatakan apa-apa padaku.Menangis di hadapanku pun tak pernah walau sebenarnya dia mengetahui bahwa aku menghianatinya.Aku selingkuh di belakangnya.Aku tahu macam mana Hanny.Dia pasti keluarkan kata-kata tajam dan berbisa pada Suria.Nafasku sesak, rasa tak mampu hendak kubayangkan apa yang Suria rasakan saat itu.

18 Jun 2010.
Pergaduhan pertama kami sebagai suami isteri.Aku harap aku tak lupa lagi untuk menggosok pakaian kerja dia.
Ya Allah.. bantu aku agar lebih peka terhadap keperluan suamiku


7 Julai 2010 ,
Abang Ammar marah padaku kerana aku tertidur dengan nyenyaknya sampai tak dengar saat dia balik dari pejabat sehingga dia menunggu di depan rumah agak lama.Kebiasaanya memang dia tak pernah membawa kunci rumah kerana aku ada di rumah dan selalu membukakan pintu untuknya.Seharian aku dekat mall Alamanda hendak mencari jam tangan idaman abang Ammar.Aku teringin membelikan jam tangan itu di hari lahir dia yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.
Ya Allah. beri kedamaian di hati Abang Ammar agar dia tidak marah lagi padaku, aku tak akan tidur lagi dikala petang bila abang belum balik kerumah walau terkadang aku terlalu lelah mengemas rumah
.

Aku mulai menangis.Airmata yang sedari tadi aku tahan agar ianya tak keluar dari kolam mataku.Suria mencoba membahagiakanku,mencoba membahagiakan hatiku yang yang telah banyak menyakiti hatinya.Tegarnya aku menyakiti hatinya.Aku sering memarahinya tanpa mahu mendengarkan penjelasan darinya.Jam tangan itu adalah jam tangan kesayanganku,jam tangan yang selalu aku pakai sampai detik ini.Tak pernah kusadari dan tak pernah ku pahami.Suria membelikannya dengan bersusah payah.Dan semua itu untuk aku.Aku kesat airmataku dengan belakang tapak tanganku lalu aku membuka muka surat selanjutnya.

20 september 2010,
Abang Ammar butuh baju kerja baru.Baju kerja yang lama dah banyak yang kusam.Apatah lagi kemarin aku tak sengaja mengoyakkan dua baju kerja dia saat aku angkat dari ampaian.Baju itu tersangkut pada pokok tepi rumah dan aku tarik dengan paksa sehingga mengoyakkan baju dia.
Ya Allah.. bantu aku kumpul wang sedikit demi sedikit agar aku dapat membelikan satu baju kerja untuknya,hadiah hari ulang tahun pernikahan kami.

Aku tak dapat lagi menahan tangisanku dan aku pun teresak membaca luahan hati Suria di buku merah jambu ini.Suria tak pernah mengatakan baju kerja yang sangat aku sukai ini adalah hadiah hari ulang tahun pernikahan kami yang ia berikan untukku.Ya,dia memang membelinya di malam hari ulang tahun perkahwinan kami dan memberikannya padaku pada malam itu juga.

Aku sudah tak sanggup lagi untuk membuka helaian berikutnya.Suria terlalu baik untukku.Terlalu istimewa jodoh yang Allah berikan padaku.Sungguh dia diberi kekuatan dari Allah untuk
mencintai diriku tanpa syarat.Aku terus berlari keluar dari bilik beradu kami.Aku kesat airmata yang masih merembes keluar dari kolam mataku dengan belakang tapak tanganku.Sampai di depan Suria yang masih terlelap tidur.Aku melutut di hadapan dia,aku kucup kening dia yang sudah agak lama tak menjadi persinggahan bibirku.

Aku tak dapat lagi menahan tangisanku dan aku pun teresak membaca luahan hati Suria di buku merah jambu ini.Suria tak pernah mengatakan baju kerja yang sangat aku sukai ini adalah hadiah hari ulang tahun pernikahan kami yang ia berikan untukku.Ya,dia memang membelinya di malam hari ulang tahun perkahwinan kami dan memberikannya padaku pada malam itu juga.

Aku sudah tak sanggup lagi untuk membuka helaian berikutnya.Suria terlalu baik untukku.Terlalu istimewa jodoh yang Allah berikan padaku.Sungguh dia diberi kekuatan dari Allah untuk

mencintai diriku tanpa syarat.Aku terus berlari keluar dari bilik beradu kami.Aku kesat airmata yang masih merembes keluar dari kolam mataku dengan belakang tapak tanganku.Sampai di depan Suria yang masih terlelap tidur.Aku melutut di hadapan dia,aku kucup kening dia yang sudah agak lama tak menjadi persinggahan bibirku.

      Dia kekasih hatiku.
     Dia kekasih pertama dalam hidupku.
     Dia kekasih hati yang tak pernah lelah mencintaiku.
     Dia kekasih halal yang selalu mendampingi suka duka ku.
     Dia...
     Dia kekasih terakhir hingga hujung nafasku.
     Dialah Nur Suria Ayuni binte Saiful.


“Maafkan abang sayang.Selamat hari lahir, semoga Allah kabulkan segala doa sayang.Semoga Allah melindungi sayang.…"


" I LOVE YOU Suria hatiku"


                          ~ Tamat~

************************************
p/s : tankz pada yang sudi baca cerita saya yang tak seberapa ini.
salam tayankk.... ^ white coklat^



13 comments:

  1. best.nak nangis rieha baca.tapi kene cover.hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rieha faridah sudi menyokong penulis2 yg DJ bawak tuk semua pembaca BLOG WARGA MSF~~ :D

      Delete
  2. Wah best3 happy ending...
    Tp kesian ngan suria.....
    Good job n thumbs up:-)
    Nak lg plez;-)

    ReplyDelete
  3. best :) tapi jalan cerita terlalu cepat sangat :) all d best!

    ReplyDelete
  4. thankz buat semua yang sudi bace cite yang tak seberapa ini...

    hehe...

    ReplyDelete
  5. ehhh napa mcm ni je ending.baru syok bca dh abis :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankz anon Dah sudi baca, n maaf, cerpen suka2 Je. Hehe.. Maaf jika endingnye tak seperti yg diinginkan, tqvm

      Delete
  6. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
    You obviously know what youre talking about, why throw away your intelligence
    on just posting videos to your blog when you could be giving us something enlightening to read?


    Stop by my web blog :: Vexxhost Evaluations

    ReplyDelete
  7. Hello There. I discovered your blog the use of msn.
    This is a very smartly written article. I will be sure to bookmark it and come back to
    read more of your useful info. Thank you for the post. I'll definitely comeback.

    Also visit my blog post Helloall.us

    ReplyDelete
  8. Hey very interesting blog!

    Here is my weblog; cloud web hosting canada

    ReplyDelete
  9. Hi I am so thrilled I found your weblog, I really found you by error, while I was searching
    on Bing for something else, Nonetheless I am here now
    and would just like to say thank you for a fantastic post
    and a all round interesting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse
    it all at the minute but I have bookmarked it and also included your
    RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the awesome work.


    My weblog; Natural Anxiety Remedies Tips

    ReplyDelete
  10. wahh...best...
    tp kalau dipnjgkan sedikit kisahnya pasti makin menarik..hehehe..
    hehehehe...
    5*

    ReplyDelete