Followers

Sunday 16 December 2012

I LOVE YOU MR.CUPCAKE PART 1





"Oh mak kau jatuh tergolek tepi pokok pisang..oh la la la bum..bum..! Ya Allah..Astagfirullah"
Aku pegang dada yang terasa macam nak luruh jantung aku.

"Eerrkk...Cik adik ok tak? Sorry.. I tak sengaja, tadi nak cepat sampai terlanggar adik." Orang yang langgar aku itu bersuara.Tapi sikit pun aku tak tengok. Malu la katakan.

Ya Allah...malunya aku.Boleh pulak aku melatah sampai bum bum semua terkeluar.macam nak meraung kat sini sekarang juga. Ibu!!! sobs..sobs...

Aku tengok barang-barang aku yang dah landing atas lantai.Sampai baju-baju aku semua terburai atas lantai,dahsyat juga rempuhan orang yang langgar aku ini kan! Hiishh... Sampai ter'melatah' aku dibuatnya.

Aku tundukkan badan sedikit mencangkung,lalu aku masukkan semua barang yang terkeluar dari dalam paper bag.setelah semua berhasil masuk kedalamnya lalu aku menoleh ke arah makhluk TAK budiman itu.So pasti lah tak budiman! Ada ke patut, dia langgar aku hingga terburai semua barang-barang belanjaan aku. Tapi sikitpun dia tak tolong. Huuhh!!

Aku menoleh ke arah orang itu. Errrkk!! Macam kenal saja aku dengan orang ini,tapi dekat mana ya? Ah..pikir mende tu nanti-nanti je. Sekarang tengah bengang macam hendak makan orang. Ggrrr!!

Lelaki itu menatap ke arahku lalu tersenyum.Tangan menggaru kepala. Dah gaya orang bersalah la tu.Spoil!

"Hehe... So sory miss, I tak sengaja.Nak cepat punya fasal, lari sampai terlanggar cik adik yang melatah ini... Opss!" dia tutup mulut, terlajak kata ke nak ajak gaduh ni!

Eiii... Perli ke?macam nak ketuk-ketuk je mulut dia itu.Dah la tak tolong aku kemas barang yang bersepah ini, boleh pulak dia perli aku.Tapi kan..kan.. Malu juga bila dia sebut pasal 'melatah' tu beb. Itu memang kelemahan aku.Pantang dikejut,dijerkah dan yang seangkatan dengannya.Bila siapa saja lakukan itu padaku,memang sah-sah aku akan melatah detik itu juga.Dan yang teruknya,semua family dan rakan aku malah selalu buli kelemahanku yang satu ini.sob..sob... Bukan nak tolong aku,bagaimana cara hentikan aku dari kemelatahanku ini.Oh malangnya Diriku! *buat muka sedih ok.haha*

"apa sorry sorry... Soryy naik lori la!"hambek ko.Marah aku dah nak tahap dewa ni.Tanpa pedulikan lelaki yang masih mencuba menahan senyum dan masih berdiri di depanku itu, aku hayun langkah menjauh dari dia.Dengan tangan yang penuh dengan paper bag yang berisi hasil window shopingku hujung bulan ini aku terus berjalan menuju kearah pintu keluar mall alamanda ini.Balik rumah.Mandi.Tidur.Oh my tilam...sedap sungguh bila aku dapat landing di atasmu.hehe...




"Siapa la pagi-pagi begini dah bising. Aku nak sambung tidur pun susah" Aku paksa juga badan yang rasa malas hendak bangun ini untuk tetap bangun.Kalau tak bangun juga! Siap-siap je dengar syarahan ibu sepanjang hari sampai meleleh tahi telinga.

Aku tenyeh-tenyeh mata yang masih separuh tertutup.Aku pandang jam pada sisi katil,baru pukul 7 pagi tapi aku rasa rumah aku sudah bagai dekat pasar ramainya.Aku pasang telinga.Tajamkan pendengaran."Kenapa aku macam dengar suara budak-budak tengah bermain ya?ke.. Along dengan kak long datang rumah? Yeeaa, sukanya aku, boleh buli Azura dengan Aizul sampai nangis ni,hehe.. " Umur sahaja tua,tapi sifat aku ini mengalahkan budak-budak. Almaklum, aku ini anak bongsu yang sangatlah disayang. Iya! Disayang lah sangat kan cik Arissa oii !!

Aku turun dari katil.Kemas sikit apa yang patut lalu aku ambil tuala di penyidai ditepi pintu bilik air. Aku tolak pintu bilik air perlahan.Sejuknya pagi ni, macam tak nak mandi je. hehe


Sebelum keluar dari bilik aku belek penampilanku dalam dada cermin.T-shirt warna unggu muda dipadankan traksuit sampai lutut.Simple! Macam budak belasan tahun sahaja aku tengok penampilanku.hehe. Kan Tak nak pergi mana-mana,duduk rumah goyang kaki je, buat apa nak pakai yang mewah-mewah bagai.
Goyang kaki?perghh... Best kan kalau dengan goyang kaki sahaja aku boleh dapat gaji.hehe..mimpi je la jawabnya.

Sampai di tingkat bawah aku atur langkah menuju ke meja makan.Disitu suara riuh yang aku dengar dari atas tadi.Tadi macam pasar,sekarang sunyi pulak! Takkan suara hantu kut yang tadi aku dengar! Merinding bulu tengkuk.Pagi-pagi macam ini hantu masih berkeliaran ke?

Aku semakin mendekat ke meja makan.Kosong. Hanya ada pinggan mangkuk dan semangkuk besar mie siam goreng.Mana pulak ibu ni? Tadi aku dengar suara ibu ada kat sini pun.

"Chaaaaaaaaakkk"

"Oh mak engkau hilang jatuh tergolek atas lantai sakit ya ampun bum..bum..oh la la la la bum..bum.. Wa wa wa wa! " Laju-laju aku tekup mulut aku. Astagfirullah Ya Allah terkejutnya aku disergah macam itu sampai terjelopok aku diatas lantai.Aku pegang dada yang macam nak gugur jantung aku.Nasib tak ada lemah jantung.Kalau ada? Dah Wassalam lah jawabnya.

Ibu dengan seorang budak perempuan dalam lingkungan lima tahun itu sedang mentertawakan aku sampai tekan perut.Suka sangat la tu buat aku melatah macam ni.

Ceh.. Aku mencebik.

*

"Pelan-pelan makan pancake tu sayang, nanti tercekik karang." kataku pada Wawa yang sedang makan pancake dengan gelojoh.Satu minggu tak jumpa budak Fussy ni rasa rindu meluap-luap sampai rasa macam nak lari ikut dia balik kampung dia.Tapi bila sudah jumpa sahaja rasa macam nak pergi tempat jauh-jauh biar tak dengar mulut Fussy dia tu.Budak wawa ni cerewet ya ampun. Ikut siapa la perangai cerewet dia ini.Bapak dia kut? Ke emak dia? Eh... Apa yang aku melalut ni, hish!

Nama dia Najwa Alysa binti Ahmad Nasmie, tapi semua orang selalu panggil dia Wawa, biar comel nenek dia cakap. Comel ke? Umur 5 tahun. Isshh... Umur je 5 tahun tu. Tapi, gaya dia tu dah macam umur lebih dari 10 tahun. Masya Allah... Fussy,super duper aktif,cerewet dan nakal giler. Siapa la agaknya yang turunkan hormon sifat macam itu dekat budak Wawa ni. Sampai nak pitam aku di kerjakan dia. Mana tak pitam, bila hari-hari minta di buatkan cupcake.Kalau tak cupcake mesti ada je makanan yang dia nak. Nasib baik aku boleh masak semua tu, kalau tak? Memang naya la aku kena dengar pot-pet budak kecil itu.

Ehh... Dia tu bukan anak aku la, tapi anak asuhan aku a.k.a aku ni pengasuh dia. Haa.. Macam itu lah. Secara aku ini kan penanam anggur terhormat. Kehkeh... Terhormat la sangat kan! Ada kawan ibu tu minta tolong dicarikan pengasuh untuk cucu perempuan dia dan apalagi, Ibu langsung offer aku yang cute miyut ini untuk jadi pengasuh si fussy Wawa. Sebenarnya bapak budak Wawa ni bekas anak didik arwah ayah saat sekolah dulu. Ibu cakap, bapak Wawa anak murid kesayangan Ayah. Dulu zaman kecik-kecik dia sering jugak datang rumah ibu ni, tapi zaman itu aku masih baby lagi kut. Hehe... Tu ibu yang cerita pada aku hampir dua bulan sudah.

Dua bulan. Eh..tak terasa sudah hampir dua bulan aku jadi pengasuh bergaji tinggi si Wawa ni. Iya la tinggi! gaji aku dah macam orang kerja dekat office tau! Entah kerja apa bapak Wawa ni sampai boleh bagi aku gaji tinggi macam itu. Bila aku tanya si Wawa, dia cakap daddy dia kerja office. Office kan banyak jawatan, mana satu ye? Eish... Apa la aku fikir benda-benda merepek ni. Daddy dia nak kerja apapun, itu biar jadi urusan dia la, kenapa aku jadi busy body sekarang ni! Tapi kan, hujung bulan ini aku sudah masuk dua bulan jadi pengasuh Wawa. Tapi tak pernah sekali pun aku jumpa Daddy Wawa.Pukul 7 pagi driver dia yang hantar dia datang rumah aku, dan malamnya driver dia juga yang ambil Wawa. Pernah juga sekali dua Puan Sri Mariam nenek Wawa yang datang ambil dia. Sibuk sangat agaknya Daddy budak kecil ni, sampai tak ada waktu betul dengan dia. Kasihan Wawa, dari kecil sudah kena tinggal Mummy dia. Ibu cakap, Mummy dia kemalangan jalan raya selepas setahun wawa di lahirkan. Berlanggar dengan lori. Dan selama ini Daddy dia yang jaga dia.

"Kakak... Nak pancake lagi." Wawa bersuara. Hilang, terbang semua lamunanku seketika tadi. Aku menoleh kearah Wawa yang sedang menghulurkan pinggan yang sudah kosong kepada aku. Aku senyum.





'Tepung naik sendiri,Telur,Mentega,esen vanila,soda bikarbonat,gula ising... Eh, pergi mana pulak gula ising aku!' Aku keheranan.Seingat aku, tadi aku memang sudah siapkan semua bahan nak buat cupcake.Tapi kenapa tiba-tiba gula ising ni boleh hilang pulak. Benda itu mana ada kaki! kalau ada kaki tu lain cerita la, tu dah kira gula ising ajaib.

Aku tengok bawah meja dapur?Tak ada!Almari atas?tak ada!dalam peti sejuk?tak ada jugak! Ish... Mana lah benda itu! Aku menundukkan kepala sedikit melihat ke arah Wawa yang sedari tadi diam tanpa suara di tepi meja makan dapur.Pelik juga dengan budak kecil ini.Tak biasa-biasanya bila aku tengah 'perang' di dapur dia diam tanpa pot pet pot pet dia yang mengalahkan burung kakatua uncle Yong jiran sebelah itu.
Aku panjangkan leher hendak melihat apa yang sedang dia lakukan di bawah tepi meja itu.
'Oh my Najwa Alysa! Apa Wawa buat dengan Gula ising kakak shumell??'erk..sempat pula aku masuk kotak angkat sendiri. Hehe

Wawa tengah duk main dengan gula ising aku yang dah berterabur atas lantai.tepek pipi kanan-kiri macam bedak baby johnson yang selalu dia pakai selepas mandi.Mulut pun comot, penuh dengan gula ising.Tak rasa manis tersangat ke budak kecil ini? Kejap lagi kena kencing manis karang. Aku yang naya di soal jawab oleh bapak dia yang kerek semacam itu.Ishh... Biasanya pepatah selalu cakap.Bapak borek,anak rintik! Tapi yang ini tak sama pun.Anak dia tu aku tengok cute je walau terkadang mulut itu pot pet macam speaker rosak.Tapi bapak dia itu? Eh, buat apa aku cakap pasal Pak Cik kerek itu. Menyakitkan hati je.
Betul ke menyakitkaan hati? Bukannya menawan hati kau ke Icah?ngee~~~

Baik semalam aku tak payah ikut ibu ke rumah Puan Sri Mariam untuk merayaan hari ulang tahun perkahwinan dia. Memangla tak meriah mana pun acara itu, sekedar makan malam antara keluarga dia yang di selitkan aku dan ibu sahaja. Tapi aku rasa semalam itu adalah hari paling sial yang pernah aku rasai. Macam mana tak sial dan tak bengang bila dekat sana aku terjumpa Pak Cik kerek dan TAK budiman yang langgar aku beberapa bulan sudah di mall dan juga Pak Cik kerek,perasan handsome dan macho yang berebut tempat parking di Tesco beberapa minggu lepas. Yang membuat aku melatah di tengah-tengah orang ramai sampai macam nak jadi halimunan je waktu itu bila semua orang asik pandang aku dengan senyum menyenget yang menjengkelkan biji mataku ini. Dan ternyata dia itu bapak si Wawa. Dan secara tak langsung... Dia itu majikan aku lah kut. Eiii... Bencinya aku!

"Wawa buat apa tu sayang?" Aku bertanya pada si kecil Wawa yang masih ralit dengan 'bedak' dia itu.

"Kakak Mummy, kenapa powder ni rasanya sweet? Kat rumah Wawa tak rasa macam ini pun? Yang ini sedap.Manis macam gula-gula!" Ucap Wawa dengan petahnya.

"Ini bukan powder sayang.Ini gula,Sugar! Kakak nak masukkan kedalam cupcake. Tadi Wawa cakap kan nak mam cupcake yang kakak buat. Hhmm?" Aku senyum ke arah dia.Lalu dia pun tersenyum hingga menampakan lesung pipit di bahagian kiri pipi dia.Comel! Dan aku masih kekalkan panggilan kakak itu walau dia sering memanggilku kakak mummy.Mungkin dia rindu sosok ibu dalam hidup dia.

"Nak..nak! Cupcake yang kakak mummy buat tu sedap, Daddy pun suka. Tak macam yang Daddy selalu beli dekat kedai. Yang itu tak sedap. Blueekk" Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan dia yang diselitkan gaya orang muntah juga.Budak kecil tak pandai tipu kan? So, sedaplah cupcake buatan aku itu sampai Daddy budak kecik ni pun puji sedap. Hehe... Bangganya diriku.


Dapur ini sudah macam kapal pecah aku tengok.Sudu berterabur dimana-mana, tepung pun sama je.Ini dah tak macam buat cupcake,tapi pecahkan rumah pun ada. Aku nak kacau adunan cupcake tapi mati-matian Wawa nak tolong.Dia nak kacau jugak,hasilnya? Tengok je dapur ibu ini. Adunan tepung ada tertempek dimerata tempat.Aduyaii... Nak kemas ini yang leceh.Tapi hatiku rasa seronok pula tengok budak kecil ni bersungguh-sungguh hendak buat cupcake.Seronok walau terkadang Wawa ni degil dan cerewet.Macamana aku tak cakap dia ni cerewet kalau banyak sangat pot pet dia.Kakak mummy ini lah,kakak mummy itu lah.Aish... Dah nama budak-budak,sabar je la cik Arissa oii !

Aku pandang dia.Lama.Comel!! Aku bangkit dari katil yang Wawa tiduri.Sebuah kucupan aku berikan pada kening dia.Penat sangat agaknya.Selepas selesai membuat cupcake tadi, kami kemas apa yang patut.Lalu aku mandikan dia yang dah rupa macam tepung.Baju,wajah,rambut semua terkena tepung.Selepas mandi sebotol susu aku bancuh untuk dia lalu dia tertidur di dalam bilik aku.Pukul dua petang dia tidur dan kebiasaannya pukul tiga tiga puluh petang dia dah bangun.Tidur macam kucing, sekejap saja.

Aku melangkah turun dari anak tangga.Penat tapi seronok jaga budak macam Wawa.Penat pasal dia asik nak ini nak itu,tapi seronok juga bila aku kenangkan semua itu.Dulu selalunya aku buli anak buah aku si Aizul dengan Azura, tapi sekarang aku pulak yang kena buli dengan budak Wawa.

"Wawa dah tidur Icah?" Aku menoleh ke arah sofa di ruang televisyen.Suara Ibu.Lalu aku pusingkan badan hendak menuju ke tempat dimana ibu sedang duduk.Sofa disamping kanan ibu aku labuhkan dudukku.Aku pandang ibu lalu Senyum.Ibu pun turut senyum"Dah, Penat agaknya budak tu." jawabku pada ibu.







pesanan dari~~WHITE COKLAT TUK PEMBACA...
P/s : potongan Mr.Cupcake selanjutnya In Shaa Allah next week WC hapdet k, sekarang layan d
ulu apa yang ada ye. Muaahh~~~ ;)
 

5 comments: