Followers

Saturday 5 January 2013

I LOVE YOU MR.CUPCAKE PART 2




OLEH: WHITE COKLAT
 
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"

Dengan sekali lafas, kini status diriku sudah bertukar menjadi Puan Khairil Nazmie. Oh malangnya diriku bersuamikan Pak Cik kerek itu!

Semua ini dia punya pasal! Eiii...

Kalau lah malam itu dia tidak datang di acara makan malam yang ibu aku rayakan itu, pasti sekarang aku masih bernafas dengan lega tanpa gelaran 'PUAN' yang aku sandang kini. Dia menapak ke arahku, Acara pembatalan air sembahyang akan di lakukan sekejap sahaja lagi. Sikit pun aku tak pandang wajah dia walau ibu disebelah sudah berbisik menyuruh aku senyum dan hadap kehandsoman dia yang kini sudah ada di hadapanku.Dia menghulurkan tangan kanannya untuk aku salam. Nak salam ke tak ni? Kalau salam, Pasti kepala dia tu bertambah besar. Tapi kalau tak salam? Eii...seram woo, ibu sudah menjeling aku macam 'singa lapar'. Tau tau aje ibu ni kalau aku berniat tak hendak salam tangan pakcik kerek ni, lalu aku salam tangan dia yang sejak tadi tak bersambut dan aku labuhkan bibir ini ke belakang tapak tangan dia. Saat aku tunduk mencium tangan dia, aku sempat mendengar bisikan suara dia di telingaku."Awak nampak sangat cantik dengan baju ini, tapi sayang... Muka masam macam cuka basi! Dan rasanya sekarang muka cantik itu dah terbang jauh dah.hihi..!" Bulat mataku demi mendengar bisikan dia tadi. Boleh tak, kalau aku ketuk-ketuk kepala dia yang senget ini dengan kipas yang Puan Sri Mariam pegang itu??.


Aku dongakkan kepala selepas aku rasa cukup lama aku mencium tangan dia. Dan Pak Cik itu mencium keningku dengan lembut. Terkejut! Itu yang aku rasa tika ini, dan reflek tanganku terbang ke pipi dia. Opss!!

Para tetamu di jemput untuk acara makan-makan yang tak berapa mewah ini. Jangan harap aku hendak buat kenduri gilang gemilang bila Pak Cik itu yang jadi pasanganku. Rasa Bengang masih bersarang di hatiku walau tak seteruk beberapa hari sudah. Aku tatap bingkai kayu yang di dalamnya tersusun cantik hantaran mas kahwin yang dia beri padaku. Dua ribu dua belas ringgit Malaysia (RM 2012), Unik. Pandai pulak dia bagi hantaran mas kahwin dengan tarik tahun ini. Terimbas kembali dalam fikiran, macamana aku boleh berkahwin dengan Pak Cik itu.

Jom imbas balik...

Malam itu ibu menjemput Puan Sri Mariam sekeluarga untuk jamuan makan malam di rumahku.Mulanya memang aku tak syak apa-apa bila ibu menjemput mereka datang ke acara malam ini, yaitu hari lahir aku yang ke 22 tahun. Selalunya tak pernah ibu meraikan hari lahir aku dengan menjemput tetamu ramai. Tahun-tahun yang sudah selalunya ibu hanya membuat doa selamat dengan sedikit jamuan makan kami sekeluarga yaitu aku,ibu, along and the 'geng', juga angah dengan isteri dia.

Tahun ini macam sedikit kurang bagiku walau sebenarnya ramai dengan tetamu ibu. Kurang dan teramat kurang tanpa kehadiran angah menyambut hari lahirku." Selamat hari lahir adik angah yang paling cute.Present untuk Mak Cik latah esok angah pos kan ye. Sorry, angah dengan kak ngah tak dapat datang. Angah ada outstation di Singapura. Apapun, the best wishes untuk Mak Cik latah yang paling cute dalam hati angah.Ingat! Cute aje tau. Pangkat paling cantik itu sudah jatuh ke tangan kak ngah, haha..!" Haaa... Tu dia alasan angah padaku. Aku boleh aje terima alasan angah itu. Takkan aku nak halang angah dari pergi outstation demi acara makan malam yang tak seberapa penting ini kan? Huhu.. Tapi sedih jugak. Sedih pasal angah panggil aku MAK CIK LATAH! Dan jatuhkan carta 'paling cantik' itu dekat kak ngah... Huwaaa. Angah ni memang! Memang nak kena hukum belikan aku baju tiap-tiap bulan!! Hohoho.

Selepas mengemas meja makan yang kami gunakan tadi aku duduk di sofa ruang menonton televisyen, ibu dengan family Puan Sri Mariam duduk bersembang di ruang tamu. Sekilas aku memandang ke arah Encik Khairil Nazmie aka Pak Cik kerek aka si HANTU CUPCAKE. Saat mataku melihat ke arah dia, dia pun tengah menoleh ke arah aku dan cepat-cepat aku larikan pandangan ke arah Wawa yang sedang berjalan keluar rumah. Aku menjengah sekejap ke laman rumah, kak Long and the 'geng'. Aizul dengan Azura juga si Fussy Wawa yang sedang bermain bunga api di laman rumah. Selalunya aku join sama main bunga api dengan mereka, tapi malam ini rasa malas pulak hendak join dan membuli dua 'toyol' Along itu.hehe...

Kaki aku silangkan naik ke atas sofa yang sedang aku duduki. Bantal kecil aku capai dan aku peluk dengan kemas. Remote control aku capai dan nyalakan televisyen, hilangkan kebosanan yang tiba-tiba melanda diri.

Jam di dinding aku pandang. 10.15 pm, tapi keluarga Puan Sri Mariam nampak masih rancak bersembang dengan ibu dan Along. Tak rasa hendak pulang ke? Dah malam ni. Hish...
'Menghalau nampak Cik Arissa?'

Sedang aku ralit tengok drama dalam televisyen, tiba-tiba Wawa datang dan duduk di sampingku.Aku pandang dia yang nampak cute dengan dress barbie doll warna pink dan rambut di tocang dua. Dia pandang aku sambil senyum-senyum. Apa pasal Miss Fussy kecik ni macam lain je senyum dia! Jangan-jangan nak buli aku kut? Batinku dalam hati.

Dia menarik tanganku yang memeluk bantal lalu dia memasukan sebuah cincin platinum yang bertahtakan satu permata di atasnya. Cantik! Komenku. Tapi kenapa tiba-tiba dia pakaikan ke jari aku? Ini cincin siapa? Darimana budak ini dapat cincin cantik macam ini? Muat pulak di jari aku yang agak montel, hehe... Ke cincin Puan Sri Mariam dia ambil! Tak boleh jadi ini, aku mesti tanggalkan cincin ini dari jariku sekarang juga, nanti dia orang fikir aku pencuri pulak! Aku pusing-pusingkan cincin itu agar dapat lepas dari melingkari jariku yang montel tapi cantik ini. Tapi kenapa susah sangat hendak lepas. Macam kecil. Padahal tadi pas-pas saja saat masuk dan sekarang tak boleh lepas! Ibu... Macam mana ini!!! Aku dah macam nak menangis bila cincin ini tak mahu lepas juga dari jariku.

"Kenapa ni Icah?" Tanya ibu padaku.

" Cincin ini tak mahu lepas dari jari Icah!" Jawabku sendu. Aci tak, kalau aku nak nangis sekarang ini??

"Kenapa pulak nak tanggalkan cincin ini dari jari Icah. Jari Icah nampak lawa pakai cincin ini." Luahan hati ibu itu membuat hatiku tiba-tiba di landa resah.Macam ada makna yang tersirat dalam bicara ibu sekejap tadi. Aku pandang wajah ibu, dia senyum kepadaku. 'Lain macam je senyuman ibu ni?'

" Ibu, macam mana nak tanggalkan cincin ini? Susah sangat."

" Kalau susah, tak payah tanggalkan Arissa." Suara Puan Sri Mariam. Aku kalih wajah ke sisi kanan. Rupanya Puan Sri Mariam sudah duduk di sofa sebelah kananku." Tapi ini bukan cincin Icah Aunty. Wawa yang tetiba sarungkan ke jari Icah." sekarang memang airmata dah betul-betul keluar dari bendungan mataku.

" Ini cincin siapa sayang?" Tanya Puan Sri Mariam kepada Wawa. Wawa tengok muka aku dan senyum. Kenapa lah malam ini semua orang asyik senyum je. Hari senyum satu Malaysia ke?.

" Cincin Daddy." whatt?? Cincin Pak Cik itu? Bala..bala..

" Daddy cakap. Cincin itu Daddy beli untuk Mummy baru Wawa. Tadi Daddy letak cincin itu di atas meja lalu Wawa ambil je cincin itu dan Wawa masukkan ke jari Kakak Mummy. Kan kakak Mummy ni Mummy baru Wawa." Sepantas kilat aku langsung memandang muka Wawa. Takkan budak kecik ni nak buli aku pulak!."Haa tengok! Muat sangat kat jari Mummy kan Nenek kan?" Wawa menyambung bicara dia. Ya Allah... Sekarang aku memang betul-betul nak nangis guling-guling.

Aku pandang wajah ibu. Senyum dan mengangguk. Lalu aku pandang ke wajah Puan Sri Mariam juga. Senyun dan mengangguk juga. Apa maksut semua ini?? Sesiapa yang baca. Boleh tolong jelaskan padaku!!.

Ibu labuhkan duduk di sisi kananku." Keluarga Aunty Yam datang sini bukan saja-saja makan malam raikan hari lahir Icah, tapi mereka datang nak merisik sekaligus bagi cincin dekat anak Ibu yang comel ini. Itu cincin tanda, tanda bahwa sekarang Icah dah jadi tunang abang Nazmie. Bahagianya ibu sekarang. Permintaan arwah ayah dulu sedikit sebanyak sudah ibu tunaikan." Ibu memeluk aku. Aku? Blurr and confuse.

 Bahagia? Gila la kalau aku cakap aku bahagia jadi tunang Pak Cik kerek itu. Ibu meleraikan pelukan, dan tiba-tiba Puan Sri Mariam memeluku. Kejap sungguh pelukan dia. " Mama bahagia sangat bila dengar hasrat Nazmie hendak berumah tangga kembali.Dan mama semakin gembira bila dapat tahu Nazmie minta Mama pinangkan Arissa untuk dia, untuk jadi mummy Wawa. Mama bersyukur kepada Allah,turunkan Arisa untuk buka kembali pintu hati Nazmie yang lama tertutup setelah ketiadaan arwah Wahida."Puan Sri Mariam meluah rasa. Aku bagai kaku mendengar luahan hati Ibu dan Puan Sri Mariam sekejap tadi.'Aku tidak silap dengar ke? Pak Cik kerek yang asyik perang mulut denganku itu meminta mama dia pinang aku! Musuh dia! Memang aku kena siasat apa muslihat dia yang sebenarnya!'

Ingin sekali aku cakap dekat mereka bahwa aku TAK NAK KAHWIN dengan Pak Cik kerek itu, tapi kenapa lidahku seakan kelu. Suaraku seakan mati tak dapat bersuara. Dan hatiku seakan berkata, Sanggupkah aku hancurkan harapan ibu dan Puan Sri Mariam yang inginkan aku menjadi pendamping anak dia, Khairil Nazmie Khairul Hussin sebagai suri hidupnya.

------------------

Dup dap dup dap...

Aku pegang dada. Rasa macam nak lepas sahaja jantung aku ini. Nak lompat keluar dari tangkai, lepas itu golek-golek atas lantai bilik aku ini. Oh aduyai... Apa yang aku merepek ni! Nervous,takut,gelisah,gundah gulana.Semua yang seangkatan dengannya tengah bersarang dalam diriku.Sudah tentu otak aku ini agak mereng sikit sampai merepek ape-ape entah. Aku betulkan dudukku. Duduk bersila,macam tak selesa. Duduk berlunjur,macam tak kena pulak. Rebah?Oh tidak!! Gaya ter'dahsyat' yang boleh dia anggap menggoda iman.Macam gaya sudah siap kena 'baham' dengan Rimau.Pening..pening.. Baik aku pergi bilik Wawa,main dengan Wawa. Lepas tu boleh aku tidurkan dia sekali. Bak kata pepatah.Sambil menyelam minum air. Eeh, tak kembung ke?

Aku membuang pandang kesegenap bilik. Rapi. Nampak garang dengan padu padan warna Black and Red pada tembok.Lalu Black and Red juga pada kebanyakan barangan dalam bilik ini. Sikit je warna lain dalam bilik yang cukup besar ini. Bagiku memang besar la bila dibandingkan dengan bilikku di rumah Ibu. Separuh je kot! Aku kalih pandangan ke arah pintu.Semoga dia lama lagi.Dan sebelum Pak Cik itu masuk bilik, baik aku cepat-cepat keluar dari bilik ini. Good idea Icah!!

Aku mengengsot ketepi hendak turun dari katil yang lumayan tinggi dan besar ini. Aku turunkan kaki. Eerkk!! Kaki aku tak cecah lantai! Rasa macam pendek tersangat sahaja aku ketika ini. Ke, aku memang pendek! Tehee...

Krekk!!

Belum sempat kaki mencecah lantai, aku terdengar suara pintu dibuka dari arah luar. Dan aku yakin dan teramat pasti siapa yang masuk dalam bilik ini. Aku pandang pintu yang sedikit terbuka lalu beberapa saat kemudian aku nampak susuk tubuh dia masuk ke dalam bilik.

Dup dap..dup dap..

Degup jantungku semakin kuat menggila aku rasakan. Apa aku nak buat sekarang ini? Ya Allah.. Siapkah aku? Dia suamiku. Dia imamku. Walau hubungam ini tak pernah aku kehendaki dan tak ada rasa kasih untuk dia saat ini.Tapi jika dia meminta, adakah aku akan memberi? Aku teringat kata-kata nasihat Ibu petang tadi sebelum Ibu pulang.

"Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya. Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman para malaikat akan mengutuk atas perbuatan isteri tersebut jika sang suami tidak memaafkan isterinya. Ibu taknak anak ibu jadi macam itu. Ibu tahu tiada rasa sayang dihati Icah untuk dia. Tapi, Icah harus patuh atas kehendak dia selagi kehendak dia tidak menyimpang dari sisi agama. Icah pasti akan jadi isteri dan ibu yang baik untuk mereka." Itu hanya sebahagian sahaja dari taklimat ibu.Entah berapa panjang taklimat yang ibu sampaikan padaku.Tapi, yang masuk otak aku sekedar itu sahaja. Tehee.. Teruknya aku kan?

"Arissa!!"

Panggilan dari dia menerbangkan semua nasihat Ibu yang sedang aku ingat. Seketika aku menoleh ke arah empunya suara. Terasa begitu dekat sangat suara itu memanggilku.Dari arah kanan telingaku. Lalu aku kalih wajahku ke kanan. Alahai... Dekat bebenor Pak Cik ni dari kedudukanku sekarang. Degup jantungku semakin tak seirama.Aku sedikit mengengsot menjauh dari dia. Tapi dia semakin mendekat.Dia senyum.Manis macam madu. MENAKUTKAN!!

Senyum herot dia itu semakin membuat aku kecut perut. Hati rasa tak menentu. Nak pitam sekejap boleh??? Eh, mana boleh! Nanti senang-senang je dia buat 'projek' dekat diriku.

"Eeh, ab..ab..abbang tak mandi lagi kan? Busuk la!" Aku membuat alasan. Alasan agar dia sedikit menjauhkan tubuh sasa dia dari semakin dekat denganku.
"Abang dah mandi la sayang. Kan tadi Arissa yang siapkan pakaian ganti abang." Jawab abang Nazmie sambil senyum yang tetap kukuh terukir di bibir sexy dia. Eh, sexy?? Seram nye mokk!

"Eh, ye ke? Terlupa pulak! Ermm... Abang tak sholat lagi la!" Aku membuat alasan lagi.Semakin keras degup jantungku berdetak pabila dia mulai menapak semakin dekat kepadaku.

"Abang dah sholat,abang dah mandi,abang dah makan,abang dah tidurkan Wawa.Dan abang..." Dia berhenti berkata.Dia menjeling dan tersenyum padaku.Seram betul senyum dia ni.'Waspada Icah! Kucing sedang mengintai ikan tu.'

"Dan abang dah..dah apa?" Polos je jawabanku. Hati tertanya, apa yang sebenarnya dia hendak cakapkan nie? Dia semakin mendekat. Senyum!Tak penat ke Pak Cik sorang ni asyik senyum je.Merinding bulu hidung aku dibuatnya."Abang dah siap nak 'baham' Arissa!!" Huaaa...

Dusshhh!!

Mendengar kata-kata abang Nazmie seketika tadi. Reflek kakiku langsung terbang bebas menendang 'benda pusaka' dia.Oh my!!

Gedebukk!!!

"Oh Pak Cik engkau jatuh tergolek atas lantai benjol anak makk... la la la la.. Dush..dush..och.." Secepat mungkin aku tekup mulut aku dengan belakang tapak tangan ku. Ya Tuhan... Aku melatah lagi! Dia terjatuh. Tergolek diatas lantai sambil mengerang kesakitan.

'Abang, Sorry. Icah comel tak sengaja'

Bersambung

TQ sesangat sangat sangat... Sudi baca en3 yg tak seberapa nak mantobb ini.
ㄴㅇ ν η' Η υ G U . WC









11 comments:

  1. best...smbung lh cepat...

    ReplyDelete
  2. Best..smbung cepat2 taw x sabar nak tnggu bab seterusnya..
    :D

    ReplyDelete
  3. Sambung, sambung, sambung. Hehehe....

    ReplyDelete
  4. Sambung, sambung, sambung. Hehehe....

    ReplyDelete
  5. haha..sngat best..ada sambungan x??

    ReplyDelete
  6. Salam. Best citer ni. Wawa pun alahai cute benor. Bila cdgnya nak sambung lg kisah pengantin baru tu....

    ReplyDelete
  7. Eerrrkkk........ Icha...... Tau la hang melatah.... Tp tk baek tau buat somi cenggitu. Mmmm...... sambung la plisssss..... plisssss....... @_@

    ReplyDelete