Followers

Wednesday 13 February 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 13


OLEH : NUR DAEYA


Sampainya kereta Wan Zubair dibelakang kereta Mercedes Brabus yang dinaiki Datin Zafiah tadi, Nur Adriana lekas-lekas masuk ke dalam perut kereta tunangnya. Dia tidak betah untuk terus berada di lobi utama Hospital Serdang ini.
 
Wan Zubair yang duduk di tempat pemandu terkejut apabila melihat tingkah Nur Adriana yang agak gelabah itu.

“Sayang kenapa ni? Muka tu macam nampak hantu je.”Dia merenung wajah tunangnya yang sedang memakai seat belt itu.

“Abang jangan banyak tanya buat masa sekarang. Abang jalan je. Nanti kat pertengahan jalan sayang cerita.”balasnya pantas. Wan Zubair terdiam. Dia memegang stereng kereta, lalu membelokkannya ke kanan dan terus meninggalkan tempat itu tanpa banyak soal.

Nur Adriana menarik nafas panjang. Lega kerana tunangnya tidak menjawab apa-apa. Dia bersandar di tempat duduk dengan hati yang tenang. Dipandang side mirror, masih lagi ada dua wajah yang setia berdiri di luar lobi utama itu.

Datin Zafiah yang perasan perempuan yang berada didepan keretanya tadi agak kelam-kabut menaiki kereta bertanya kepada pembantu peribadinya, Madz Hazrul.

“Kenapa perempuan tu macam takut je bila nampak saya? Something wrong with her?

Madz Hazrul mengeleng-gelengkan kepalanya. “ Entahlah, Datin. Saya pun pelik tengok dia. Apapun…mari masuk dulu, Datin.”Kepala ditundukkan sedikit sambil tangan kanannya dihalakan ke arah pintu masuk lobi utama.

“Hmm…baiklah.”Datin Zafiah bergerak perlahan memasuki Unit Kecemasan itu diiringi Madz Hazrul dibelakangnya. Perempuan yang kelam-kabut tadi tidak diingati lagi. Apa yang penting dia perlu melihat anaknya, Zeril Iskandar terlebih dahulu baru memikirkan hal lain.

******


 Semakin kereta Wan Zubair menghampiri kawasan perumahannya, semakin jantungnya berdegup kencang. Tunangnya yang tenang memandu kereta sedar dirinya agak gelisah memberikannya semangat. Tiada apa-apa yang akan berlaku katanya. Jadi, apa yang perlu Nur Adriana lakukan sekarang…bertenang sahaja. Dia ikutkan saja kata tunangnya. 
 
Dia sudah maklumkan kepada Wan Zubair sebentar tadi mengenai kehadiran Datin Zafiah yang memakai kereta Mercedes Brabus tadi. Tunangnya agak terperanjat jugak namun dia faham yang tunangnya tak mahu wajahnya dilihat mama Zeril Iskandar. Biarlah ia berakhir disitu sahaja.

Semasa di Hotel Palace Golden Horses  tadi, dia makan pun ala kadar sahaja. Dia tahu hotel yang dia sedang makan bersama Wan Zubair berhampiran dengan kawasan perumahannya. Terkejut jugak dia apabila Wan Zubair mempelawanya makan di hotel mewah yang memenangi World Luxury Hotel Awards itu.

Kedua-dua tangannya diramas lembut bagi mengurangkan rasa gelabah yang makin menghimpit diri. Uh! Rumah aku semakin hampir. Macam manalah reaksi ayah kalau aku datang secara tiba-tiba. Mesti ayah terkejut beruk punyalah. Sepatutnya semalam dia dah sampai dirumah. Tup…tup, dia kena tolong hantarkan Zeril Iskandar masuk hospital. Hmm..apa boleh buat. Orang sakit kenalah dahulukan.

Wan Zubair mengerling sekilas wajah tunang sebelum dia memfokuskan dirinya memandang ke hadapan.

“Sayang janganlah gemuruh sangat. Abang kan ada kat sisi sayang. Abang rasa ayah lagi suka kalau sayang balik kat rumah tu. Ayah kan sayangkan sayang. Mesti takkan ada apa-apa punya. Percayalah cakap abang.”katanya dengan yakin. Memberikan semangat untuk orang yang sedang bergemuruh agak sukar kerana difikiran sudah terbit pelbagai andaian.

“Dah lama sayang tak jejak kat sini. Masih tak berubah persekitarannya.Hmm…sayang harap ayah pun takkan berubah sikap bila sayang masuk rumah tu nanti.”jawabnya sambil memandang Wan Zubair. 

Tunangnya tersenyum. “Ayah takkan berubah sikap. Think positive okay?”

Nur Adriana mengganguk. Dihalakan pandangannya ke luar. Rindunya dia pada kawasan ini. Baginya, kawasan perumahan yang didudukinya adalah kawasan perumahan yang paling aman sekali di Kuala Lumpur. Tiada kekecohan dan penduduk disekitarnya sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama. Itu yang membuatkan dirinya berasa tenang apabila sampai dikawasan ini. 

Cuma yang tidak tenangnya, apabila dia sampai di rumah…kelibat manusia yang bernama Farzana Hussain a.k.a ibu tirinya yang bertalamkan dua muka itu tidak habis-habis ingin membebel di telinganya. Ada sahaja yang tidak kena dimata orang tua itu. Dia tidak membuat kerja rumah, mulalah mulut pedasnya membebel. Cakap dia perempuan tak guna, anak dara duduk goyang kaki dan macam-macam lagi yang membuatkannya sakit hati. 

Sampai satu masa, dia tidak tahan. Dia membidas balik apa yang perempuan busuk hati itu katakan padanya sampai perempuan itu tidak berani berkata apa-apa dengannya.

Balik ini, dia kena bersiap sedia dari segi psikologi dan ketahanan dirinya untuk berdepan dengan segala tomahan yang diberikan. Dia tidak akan takut lagi pada perempuan itu. 

“Sayang…kita dah sampai.”lamunan Nur Adriana terhenti apabila Wan Zubair bersuara. Dia terkesima seketika apabila kereta Wan Zubair sudah sampai didepan rumahnya. Rumah satu tingkat itu tetap seperti enam bulan yang lalu.

Wan Zubair mengajaknya keluar. Nur Adriana menarik nafas panjang sebelum tangannya membuka pintu kereta. Setelah itu, kakinya turun menjejakkah jalan tar. Jantungnya bertambah kencang sebagaimana kencangnya jantung Zeril Iskandar ketika didalam kereta mewah lelaki itu.

“Sayang…buat macam biasa.“Wan Zubair menghampiri tunangnya. Nur Adriana hanya tersenyum kecil.
“Biar abang bagi salam dulu. Sayang tunggu kat sini.”pohon Wan Zubair sekaligus melenyapkan kegelisahan dalam dirinya. Wan Zubair segera membuka pintu pagar berwarna hitam itu lalu dia terus masuk ke dalam. Nur Adriana memerhatikan tingkah tunangnya yang sedang mengetuk pintu rumah.

“Assalamualaikum…”jerit Wan Zubair sambil tangannya mengetuk pintu rumah.

Puan Farzana yang sedang memotong kuih talam didalam loyang tersentak apabila rumahnya diketuk kuat. Dia merengus geram. Baru nak fokus memotong ni, ada pulak yang datang mengacau.Hmm…”Dilap tangannya di apron yang dipakainya dan segera menuju ke depan. Scarf yang dipakai di kepala dibetulkan. Nak suruh dua orang anaknya buka pintu, mereka kerja. Suami sendiri belum balik dari surau lagi. 
Terpaksalah dia buka pintu.

“Waalaikum…salam”salam dibalas dan dia membuka pintu utamanya. Alangkah terkejutnya dia, lelaki yang bakal menjadi suami tak guna itu datang.

Wan Zubair mengela nafas panjang. Ada pun penghuni rumah yang buka pintu. “Maaf mengejutkan mak cik. Mak cik apa khabar?”soalnya diiringi dengan senyuman lebar di bibir. Puan Farzana membalas senyumannya. Tak sangka anak Puan Kamariah Adnan ini sanggup datang ke rumahnya untuk bertanyakan khabar. “ Alhamdulilah, mak cik sihat je kat sini. Walaupun mak cik sibuk membuat kuih kat dapur, mak cik tetap ingatkan tunang kamu tu.”keluh Puan Farzana. Dibuat-buat muka sedih supaya Wan Zubair yakin yang dia rindukan anak tirinya. Padahal dalam hati tak payah cakaplah! Benci gila!!

“Mak cik…ayah mana? Saya tak nampak pun ayah? Ayah keluar ye?tanyanya hormat. Nak jadi bakal menantu kenalah cakap dengan sopan. Barulah ibu mertua tak cari lelaki lain utnuk dijadikan menantu.

“Ayah pergi surau. Dah pukul 3 petang ni, masih tak balik-balik lagi. Agaknya dia tengah berzikir kut.”jawab Puan Farzana. Tiba-tiba, matanya tertunak pada sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak di sisi kereta. 

Matanya yang rabun itu dikecilkan supaya dapat diperhatikan siapakah gerangannya. Wan Zubair yang sedar wanita dihadapannya memandang tunangnya segera berpaling ke belakang dan memanggil Nur Adriana ke sini. Tangannya dilambai-lambai.

Nur Adriana yang sejak tadi memerhatikan mereka berdua berbual terkaku apabila Wan Zubair memanggilnya. Dengan langkah bersedia, dia bergerak masuk ke dalam rumah. Puan Farzana tergamam apabila melihat perempuan yang menuju ke arah mereka berdua ialah Nur Adriana, perempuan yang paling dibenci!

“Mak cik…sebelum saya terlupa. Sayang…meh, dekat sini. Salam ibu sayang…”tuturnya dengan senyuman manis dibibir.

Bergetar suara Puan Farzana tatkala melihat wajah anak tiri yang tidak diiktiraf itu datang menghampirinya. Hilang senyuman di bibirnya. “ Kau…”

Wan Zubair kaget. Bakal ibu mertuanya kelihatan terkaku melihat wajah Nur Adriana sehinggakan perkataan Kau muncul di bibir wanita itu. Aik? Takkan ibu tiri Nur Adriana panggil kau dan aku selama ini?

“Ya, mak cik. Saya balik.”sinis sekali suara Nur Adriana. Buat pertama kalinya, dia menjadi kuat untuk berlawan kata dengan ibu tirinya. Biar dia tahu, perempuan yang keluar dari penjara ini adalah perempuan yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran.

“Apa khabar, mak cik. Lama kita tak jumpa. Rasanya dah enam bulan tiga hari kan?”sambungnya dengan sinis sekali lagi. Tangannya dihulurkan untuk bersalam. Walaupun dirinya tidak suka tangannya menyentuh wanita tua bertalam dua muka ini.

Muka Puan Farzana berubah kemerah-merahan. Tahu yang Nur Adriana sedang menyindirnya.

“Kha...kha..bar..baik…”suara Puan Farzana berubah menjadi tergagap-gagap. Dia membalas huluran salam Nur Adriana. Sebenarnya, dia mahu berlawan kata dengan perempuan itu namun bakal menantunya ada di sini, tidak elok pulak dia menunjukkan sikap yang tidak elok. Nanti lain pulak jadinya.

Wan Zubair pelik. Dirasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara dua perempuan dihadapannya. Muka kedua-duanya tampak bengis. Ada sesuatu ke yang dia tidak tahu selama ini? Adakah selama ini dua beranak ini selalu bergaduh dibelakangnya?

“Ayah mana? Tak nampak pun muka dia?”mendatar suara Nur Adriana. Wan Zubair bertambah pelik. Tepat sangkaannya tadi. Ada sesuatu di antara dia yang dia tidak tahu. Sebagai bakal suami Nur Adriana dan bakal menantu Puan Farzana, dia perlu siasat perkara ini. 

“Ayah ada kat surau. Kejap lagi dia baliklah tu.”perlahan suara Puan Farzana. Haish! Bilalah Wan Zubair ni nak berambus pergi dari rumah aku ni? Aku dahlah tak tahan tengok perempuan penjara ni senang-senang sindir aku depan bakal suami dia. Ini tak boleh jadi ni.”desisnya.

“Abang, sayang rasa abang baliklah dulu ye. Kalau nak jumpa ayah rasanya lambat lagi kut ayah nak balik. Better abang balik dulu.”kata Nur Adriana dengan manja. Panas hati Puan Farzana mendengarnya. Abang-sayang konon! Nak muntah aku dengar!

“Amboi!! Macam menghalau abang nampak? Sayang tak suka ke abang berlama-lama kat sini?”direnung wajah tunangnya.

“Eh! Bukan sayang menghalau cuma sayang tak nak abang jammed kat jalan raya nanti. Malam karang abang kan kena masuk hospital, jadi sayang tak naklah bagi abang penat sangat. Abang dari semalam tak rehat kan? Asyik uruskan Zeril aje.”sambungnya lagi.

Puan Farzana yang mendengar mereka berdua berbual tersentak mendengar nama Zeril disebutkan. Siapakah Zeril itu? Apa kaitan Wan Zubair dan perempuan ini dengan nama Zeril?

Pasti selepas keluar dari penjara, perempuan ini ada buat sesuatu yang diluar jangkaan. Oh! Patutlah semalam warden Penjara Wanita Kajang itu menelefonnya. Rupanya ada cerita disebalik dia keluar penjara rupanya. Selepas ini dia akan paksa perempuan ini ceritakan segala-galanya sesudah Wan Zubair mengangkat kaki untuk beredar dari rumah ini. Dia mengalihkan perhatiannya ke pagar pintu buat kali kedua. Bunyi motor menderum di luar pagar membuatkan dia sudah tahu siapakah gerangan yang pulang. Semestinya Abang?? Dah balik!

“Abang!!” Puan Farzana memakai selipar dan berlari anak membuka pintu yang sedikit tertutup itu. Dia buka seluas-luasnya supaya motor milik suaminya dapat masuk ke perkarangan rumah.

Wan Zubair dan Nur Adriana menghentikan perbualan mereka. Mereka mengalihkan pandangan mereka tepat kearah motosikal Honda itu.

Pak Jamilmasuk dan berhentikan motornya di tepi ampaian. Bersebelahan dengan pagar besi yang jarang.

“Haa…Zana. Ambik pisang ni bawa masuk dalam. Baha bagi tadi.”Ahmad Jamil menyerahkan satu bungkusan plastik berwarna oren kepada isterinya. Sebetulnya, dia pergi ke rumah pembantu surau tadi. 

Ada majlis kesyukuran yang dibuat.  Dia dijemput untuk memeriahkan sekali majlis itu.

“Ayah…”

Terkaku Pak Jamil di tepi motosikalnya. Nasib baik tongkat motor sudah mencecah ke tanah. Jika tidak, rebahlah ia jatuh menyembah bumi. Betulkah perkataan ayah itu datangnya dari mulut Nur Adriana?Dia tidak bermimpi kan?

“Ayah…”Nur Adriana bergegas menghampiri ayahnya. Dipeluk seerat mungkin ayahnya yang masih kaku berdiri ditepi motosikal itu. Puan Farzana yang memegang erat bungkusan plastik berisi pisang itu geram dengan tindakan melulu anak tiri tak gunanya itu pantas masuk ke dalam rumah. Sakit hati dia melihat Nur Adriana memeluk suaminya. Wan Zubair gembira tunangnya dapat menunaikan impian untuk memeluk ayah kandung sendiri.

“Nur Adri…ana, anak ayah?”bergetar suara Pak Jamil.

Nur Adriana merungkaikan pelukannya. Airmatanya jatuh secara tiba-tiba. Sebak rasanya apabila mendengar suara ayahnya yang bergetar itu. Mata ayahnya mula kemerahan.

“Ayah, Adriana dah pulang. Ayah rindukan Adriana tak?”katanya dengan tangisan yang mula berirama. 

Kedua-dua tangannya melekat kemas diatas bahu  ayahnya. Memberikan kekuatan terhadap ayahnya yang bila-bila masa sahaja akan mengeluarkan airmata lelakinya. Kali terakhir dia melihat ayah menangis ketika majlis menyiram air diatas kubur ibunya, Puan Khadijah.

“Ayah tak dapat nak ungkap dengan kata-kata bila jumpa Adriana selepas enam bulan duduk kat dalam penjara. Ayah rindukan anak ayah. Bukan rindu sikit tapi rindu banyak-banyak!”Akhirnya tumpah juga airmata lelakinya. Dia menunduk ke bawah tanah. Malu untuk menunjukkan tangisannya didepan Wan Zubair dan anaknya.

Nur Adriana mengetap bibir rapat. Ayahnya masih rindukan dirinya. Bersyukur dia mendapat ayah yang masih boleh menerima dirinya. Tidak semua ibu bapa di dunia ini dapat menerima kesalahan anaknya. 

Biarlah Puan Farzana tidak dapat menerimanya sebagai anak tiri, dia tidak kisah. Baginya, ayah adalah segala-galanya. Dialah ibu…dialah bapa. 

“Dahlah ayah, Adriana tak mau tengok ayah menangis. Nanti Adriana menangis lagi kuat dari ayah, baru tahu.”guraunya.

“Mana ada ayah nangis. Mata ayah masuk pasir ni.”Pak Jamil mengelap airmatanya. Sengaja dia memberi alasan begitu. Walhal dia terharu apabila mengatakan Nur Adriana merindui dirinya.

“Ayah tipu. Mana ada pasir kat sini. Semuanya dah bersimen. Sajalah tu nak bagi alasan tak logik.”usiknya sambil mengangkat wajah ayah tersayang dari terus menunduk.

“Ayah…ayah…”Rasanya Pak Jamil tidak mampu meneruskan kata. Hatinya masih lagi sebak.

Nur Adriana yang mengerti ayahnya tidak dapat meneruskan kata segera menukar topik. “Okay, okay. Sekarang ni kita masuk rumah ye, ayah.”sambungnya dengan nada riang. 

“ Abang tak nak salam bakal ayah mertua ke?”Nur Adriana menoleh ke belakang lalu mengenyit mata kanannya kearah Wan Zubair.

Wan Zubair yang terpinggir sejak dari tadi di depan pintu masuk rumah tersentak apabila Nur Adriana memanggilnya. Dia menghampiri Nur Adriana dan bakal ayah mertuanya.

“Ayah…”Wan Zubair mengambil tangan bakal ayah mertuanya lalu dicium penuh kasih. Dia tidak perlu menunggu huluran salam dari Pak Jamil, dia yang akan memulakan dulu.

“Mari kita masuk dulu, nak. Dah petang ni. Berdiri lama-lama kat luar, boleh sakit kaki ayah.”ajak Pak Jamil diselangi dengan gurauan. Mereka berdua ketawa serentak.

Nur Adriana memaut mesra bahu ayahnya dan mereka bertiga bergerak menuju masuk ke dalam rumah.
Selang dua langkah lagi untuk masuk ke rumah, tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit milik Wan Zubair kedengaran.

“Kejap lagi saya masuk ye ayah… sayang. Ada someone call.”Kata Wan Zubair dengan senyuman. Nur Adriana dan Pak Jamil akur lalu mereka berdua masuk meninggalkan Wan Zubair keseorangan disitu.

****
“Ada apa awak call saya ni Fatyn? Anything wrong?”Katanya sewaktu diluar pagar hitam. Dia menjarakkan diri  agar orang lain tidak mendengar perbualannya bersama

“Doktor Wan sibuk ke sekarang ni?”soalnya lembut.

“Tak adalah busy sangat. Saya ada dengan tunang saya sekarang ni. Ada apa yang penting ke awak nak beritahu? Kalau bukan perkara penting, awak boleh tinggalkan nota kat dalam bilik saya.”

 “Bagi doktor mungkin apa yang saya cakapkan ini tak penting. Tapi bagi orang itu, ia amat-amat penting.”
“Apa maksud awak ni, Fatyn? Siapa orang itu? Saya kenal ke?”

“Doktor Wan tak kenal dia, tapi dia ingin mengenali doktor.”

“Boleh awak straight to the point?Saya tak faham apa yang awak maksudkan.”

“Ada seorang Datin ni, dia nak tahu siapa doktor yang merawat anaknya yang sakit jantung. Saya beritahulah yang Prof.Dr.Azmi dan doktor Wan Zubair rawat lelaki itu.Tetapi dia ingin berjumpa dengan salah seorang darinya. Saya pilihlah doktor Wan sebab tadi masa kat lobi utama tadi, saya nampak doktor Wan tengah ambil tunang doktor. Saya rasa doktor Wan akan patah balik semula ke hospital ini setelah menghantar tunang doktor Wan balik. Itu yang saya main seru aje nama doktor.”

“Bila Datin tu nak jumpa saya?

“Kalau boleh, sekarang juga sebab dia baru je sampai kat sini.”

“Hmm..baiklah. Saya akan datang dalam setengah jam lagi. Kalau boleh, awak tolong periksa kadar nadi dan jantung pesakit itu ye. Kalau boleh tolong catatkan dan letak atas meja saya macam biasa.”

“Baik, doktor Wan. Saya tutup telefon dulu. Assalamualaikum…”ujar Fatyn sebelum menamatkan talian.

“Waalaikumsalam…”Wan Zubair menutup telefon bimbitnya dengan perasaan hampa. Baru hendak bersama-sama meriuhkan keadaan bersama bakal ayah mertua dan tunangnya, dah kena panggil pihak hospital. Dia perlu meminta keizinan dari Nur Adriana dan ayah untuk beredar dari sini. 

“Ayah…sayang.” katanya sewaktu sampai ke pintu rumah. Nur Adriana dan Ahmad? yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu tersentak apabila Wan Zubair memanggil mereka berdua. Nur Adriana yang perasan tunangnya masih berada diluar rumah mengajaknya masuk namaun ditolak baik oleh Wan Zubair.

“Maafkan saya sebab tak dapat berlama kat sini. Ada kes emergency kat hospital jadi saya nak mintak izin beredar dululah ayah…sayang.”pohon Wan Zubair hormat.

Nur Adriana segera bangun dari sofa itu. Dia menghampiri tunangnya yang agak gelisah itu. “Cepatnya abang nak balik?”ujarnya manja.

“Abang kena pergi sekarang, sayang. Kes emergency tu memang tak boleh lambat walaupun sesaat. Abang ingat abang dapat luangkan banyak masa dengan sayang tapi nampaknya tak boleh. Maafkan abang ye, sayang.”balasnya dengan riak muka yang sedikit sedih.

“It’s okay, abang. Doktor kenalah utamakan pesakit. Sayang tak kisah. Lain hari abang boleh datang jenguk sayang kat sini. Abang pergilah. Nanti lambat, tak pasal-pasal kena marah.”

“Abang pergi dulu ye. Sayang jaga diri. Kalau ada masa, abang datang lagi okay?”Wan Zubair mempamerkan senyuman manisnya. Dia merenung tepat wajah Nur Adriana dalam-dalam. Sesungguhnya, dia bertuah mendapat tunang seperti Nur Adriana yang jenis memahami dan bertolak ansur. Dia menjengukkan kepalanya sedikit memandang ayahnya yang masih setia melekat diatas sofa. “Ayah, saya gerak dulu ye. Ayah pun jaga diri baik-baik.”pesannya. Ahmad tersenyum tanpa bersuara. Membenarkan sahaja bakal menantunya beredar.

Dia kembali merenung dalam wajah Nur Adriana.

“Bye,sayang.Jumpa lagi.” Hidung Nur Adriana dicuit sayang lalu tanpa membuang masa, dia keluar dari rumah itu.

Nur Adriana mengeluh panjang. Dia melihat kereta Wan Zubair meninggalkan kawasan perumahannya.
Di sebalik dinding dapur, Puan Farzana memandang jelik anak tirinya yang berada di pintu rumah.

‘Huh! Gedik betul. Menyampah aku!’cebiknya secara perlahan lalu menghabiskan memotong kuih talamnya.



BERSAMBUNG.... :)

4 comments:

  1. mak tiri derek jahat.. huhu
    smbng lgi.. ♥

    ReplyDelete
  2. mak tiri d memang jahat pun Qiz..tq sbb sdi mmbaca.. ;)

    ReplyDelete
  3. hmm baru berkesempatan membca... dek mak tiri dia tu ada kes ke? gila mcm tu hehehe (ayat geram) sambung lagi dek lagi dek hehehhe best ... ^_^ ~~~eida arie~~~~

    ReplyDelete
  4. hehe..aknku sambung secepat mungkin!
    mak tiri d 2 mmg ntah apa2!hahaha
    biasalah..mak tiri ni ad j yg d x puas hati kat anak yang bukan anak kandungnya.

    ReplyDelete