Followers

Wednesday 20 February 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 14


OLEH : NUR DAEYA


Pucat wajah Zeril Iskandar mengundang sebak dihati Datin Zafiah. Naluri seorang ibu yang ingin melihat anaknya tersenyum ke arahnya tatkala tiba di bilik kecemasan nampaknya tidak kesampaian. Anaknya kaku tidak bergerak .Apa yang dilihat, cuma nafasnya yang berhembus keluar dari bibir nipis itu. Dia jadi semakin risau melihat mata anaknya yang masih lagi tidak terbuka.
 
“Hazrul, apa kata nurse tadi?”soalnya tanpa berpaling ke belakang. Matanya ralit memerhatikan sekujur tubuh badan anaknya yang tidak bergerak.

“Dalam masa dua puluh minit lagi, doktor itu akan sampai ke sini.”balasnya sambil menunduk hormat. Datin Zafiah mengeluh sedikit.

“Hmm…lama jugak tu. Awak boleh tolong saya dapatkan tuala dan sedikit air paip? Saya nak bersihkan badan anak saya.”

“Baik, Datin.”akur dengan arahan itu, Madz Hazrul segera melangkah keluar meninggalkan bilik kecemasan itu. Datin Zafiah mengangguk. 

Matanya tertangkap pada selimut yang tidak rapi pada tubuh anaknya. Diangkat perlahan-lahan lalu dibawa naik keatas. Tatkala itu, dia terdengar satu bunyi yang muncul dibawah selimut itu. Dia melihat segugus kunci yang berada ditepi badan Zeril Iskandar. Terpana dia seketika. 

“Kunci kereta Zeril ni.” Dibelek-belek kunci kereta anaknya yang . “Kenapa mesti ada kat sini ?”soalnya sendiri. Digenggam kuci kereta itu lalu diletakkan didalam beg tangannya yang berwarna coklat itu.

Takkan Nur Adriana yang letak sini kut?tekanya dalam diam.

Beberapa minit kemudian, Madz Hazrul masuk ke dalam bilik ini semula dengan membawa tuala dan bekas kecil yang mengandungi air paip lalu diserahkan kepada bosnya.

Datin Zafiah mengambilnya dan tanpa membuang masa dia membenamkan tuala putih itu kedalam air jernih yang diberi Madz Hazrul. Diperah tuala itu kemudian perlahan-lahan dibawanya ke muka Zeril iskandar yang pucat tidak bermaya itu.  Wajah anaknya dilap dengan penuh sayang. 

Harapannya, biarlah anaknya cepat sedar dan bisa melakukan pembedahan itu secepat mungkin. Dia tidak mahu penyakit anaknya melarat seperti suaminya, Datuk Ismadi yang meninggal dunia empat tahun lalu. Penyakit jantung yang dialami suaminya terlalu berat sehingga doktor mengatakan jantungnya tidak dapat dirawat lagi. Hanya tunggu masa untuk mati sahaja. Memang dia sedih waktu itu tapi dia pasrah. Biarlah suaminya mati dalam keadaan tenang.

“Datin…”ujar Madz Hazrul perlahan.

Datin Zafiah menoleh sekilas ke belakang.”Kenapa, Hazrul?”

“Sekejap lagi nurse akan datang check nadi dan jantung Tuan Zeril selepas Datin selesai mengelap Tuan Zeril.”

“Ooo..saya dah nak habis lap ni. Awak panggil dia datang sini. Lagipun bagus jugak dia check kadar denyutan jantung anak saya. Saya pun bukannya tahu sangat pasal kadar denyutan manusia ni.”balasnya. Dia meletakkan bekas kecil itu diatas laci sebelah katil anaknya. Tuala itu diletakkan ke tepi.

“Baik, Datin. Saya panggil dia.sekarang.”tunduknya seperti biasa lalu dia melangkah keluar.

“Sayang mama…bangunlah. Mama datang ni. Tak nak tengok muka mama ke? Asyik pejam je mata tu dari tadi. Bukaklah mata, sayang.”katanya lembut. Rambut Zeril Iskandar diusap perlahan. 

“Nak tak mama ajak Irma Amanda datang temankan Zeril?Mama tahu Zeril pasti suka punya.”sambungnya lagi. Namun Zeril Iskandar tidak juga membukakan mata. Dia hampa. Idea apa yang boleh buat anaknya bangun ye?fikirnya dalam diam.

Entahlah! Dia buntu mencari idea untuk membangunkan anaknya. Malas hendak berfikir, dia duduk dikerusi bersebelahan katil anaknya.

“Takpelah. Sayang mesti sakit sangat kan sampai tak boleh bukak mata? Rehatlah. Mama duduk sini temankan Zeril.”

Zeril Iskandar sebenarnya sudah lama membuka mata tapi disebabkan perempuan yang membantunya sudah pergi meninggalkan dirinya, dia kembali memejamkan mata. Entah kenapa, dia amat perlukan kehadiran Nur Adriana disisinya.

Untuk tidak menghampakan mamanya, kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Bila sudah lama matanya dipejamkan, kelopak matanya seakan-akan malas mahu membuka seluasnya. Rasa sakit mata apabila ternampak cahaya yang terang benderang didalam bilik ini.

Air liurnya ditelan kuat. Suaranya mula berkumandang memeranjatkan mama yang leka merenungnya tanpa rasa jemu.

“Perempuan…”nama itu pulak yang muncul dibibirnya.

Datin Zafiah bangun segera. Pipi anaknya dielus lembut. “Anak mama dah bangun. Rindunya anak mama ni! Dipeluk tubuh anaknya yang kaku tidak bergerak itu. Gembira hatinya Zeril Iskandar dapat bersuara semula. 
Tetapi dia pelik. Kenapa anaknya sebut perempuan?Tak sebut nama mama? 

“Perempuan…”ulang Zeril Iskandar sekali lagi. Datin Zafiah tergamam. Hesy! Perempuan mana pulak ni? Irma Amanda ke?Ataupun…Nur Adriana yang anaknya panggil perempuan itu?

Dadanya berombak kencang. Dia geram apabila anaknya tidak sebut ‘mama’! Hatinya sakit.

“Perempuan mana ni, sayang?Irma Amanda ke Zeril panggil perempuan tadi?”Diusap semula rambut anaknya.

“Bukan, ma. Jangan sebut nama perempuan tu didepan Zeril lagi. Zeril benci dia!”ungkapnya perlahan. Terhenti pelakuan dia untuk mengusap rambut anaknya. Dia berdiri tegak. Mulutnya diketap rapat.

“Habis tu?Nur Adriana ke perempuan yang Zeril sebutkan tadi?Betul tak apa yang mama cakapkan ni?”

“Nur Adriana? Siapa pemilik nama tu? Zeril kenal ke?”

“Zeril jangan buat-buat tak kenal siapa Nur Adriana tu. Dia yang hantar Zeril ke sini. Takkan nama dia pun tak tahu?”

Zeril Iskandar membatukan diri. Nur Adriana?Nama perempuan tadi ke?gumamnya. Sungguh indah nama itu. Jika dia tahu nama perempuan itu Nur Adriana dari awal lagi, pasti dia tidak akan menuturkan perkataan perempuan lagi.

“Dia tak bagi tahu nama penuh dia ke?Habis, Zeril panggil dia selama dia ada kat sini apa? Perempuan?

“Zeril memang tak tahu nama penuh dia. Zeril panggil dia perempuan sahaja.”balasnya perlahan. Matanya merenung syiling yang berlampu itu.Bersinar-sinar mematulkan cahaya. 

“Lepas ni mama tak nak Zeril sebut nama dia lagi. Jangan biarkan nama perempuan tu muncul dalam kehidupan Zeril lagi.”

“Zeril akan tetap akan sebut nama dia walaupun mama tak suka. Dia yang banyak tolong Zeril masa Zeril sakit. Takkan Zeril boleh lupakan orang yang banyak membantu Zeril?”

“Zeril dah jatuh hati pada Nur Adriana ke sampai tak boleh lupa sebut nama dia? Mama yang penat-penat datang ke sini semata-mata nak lihat anak mama tapi apa yang mama dapat? Sakit hati! Mama sakit hati tau tak?!

Zeril Iskandar terdiam. Dia bukan jatuh hati pada Nur Adriana tapi dia jatuh hati pada sikap perempuan itu yang  sanggup membantunya walaupun dijerkah kuat olehnya dua hari lepas.

“Zeril diam maknanya Zeril suka kat dialah kan? Mama tak sangka, sikap anak mama dah berubah! 

“Dahlah, ma. Zeril tak nak perkara ni bangkit lagi. Kalau mama tak suka dia, it’s up to you. Zeril ada hati dan perasaan. Mama tak berhak nak tentukan Zeril suka ke tak kat seseorang tu. Zeril nak baring kejap.

Kalau mama nak balik dulu, baliklah.”ucapnya. Dari mendengar perkara yang tidak baik dari mulut mama tentang Nur Adriana, baik dia pejamkan mata, buat-buat tidur lagi baik.

“Zeril! Mama tak habis cakap lagi.”jawabnya perlahan. Dia kesal kerana tidak memahami perasaan anaknya. Nur Adriana memang seorang perempuan yang baik. Dia tidak patut memarahi perempuan itu tadi sewaktu ditalian. Jika dia berjumpa dengan perempuan itu, dia akan memohon maaf dan tidak akan memarahi perempuan itu lagi. Itu janjinya.

“Zeril nak tidur.”mendatar sahaja suaranya.

“Maafkan mama ye, sayang. Mama terlalu ikutkan hati sangat. Nur Adriana perempuan yang berhati mulia. Kalau mama jumpa dia, mama akan ucapkan terima kasih dan akan balas jasa dia sebab dia sudi tolong anak mama.”

Zeril membuka mata. Hah! Baru mama tahu Nur Adriana tu perempuan yang baik. Tak sia-sia aku pejamkan mata. Dapatlah aku dengar perkataan maaf dari mama.detik hatinya.

“Zeril maafkan, mama. Tapi Zeril nak minta tolong sama mama.”

“Tolong apa, sayang? Cakap je. Mama sanggup buat apa saja asalkan hati Zeril puas.”

“Zeril nak mama tolong Zeril carikan Nur Adriana. Entah kenapa, Zeril rasa sedih sangat bila Nur Adriana tak ada kat sisi Zeril. Dulu Irma Amanda penguat semangat Zeril tetapi entak kenapa Nur Adriana pulak yang menjadi penguat semengat baru Zeril.”

“Zeril jangan risau. Mama akan cari dia sampai dapat. Tapi mama tak pernah tengok muka dia. Rupa dia macam mana sebab masa mama masuk tadi, kelibat Nur Adriana tak ada kat sini. Selama Zeril sakit ni, Zeril pernah tengok muka dia tak?”

“Sebelum Zeril sampai kat sini, Zeril dah tahu macam mana rupa dan gaya dia. Selama dua hari Zeril kat sini, baju yang sama saja dia pakai. Tak berubah pun. Dia pakai baju kerja warna biru dan seluar slack warna hitam. Rambut dia agak berserabut sikit. Rambut dia panjang jugak tapi paras bahu je.”Zeril menerangkan ciri-ciri yang ada pada Nur Adriana. Itu sahaja yang mampu diterangkan kepada mama. Tahulah mama untuk mencarinya nanti.

Datin Zafiah rasa dia pernah tengok pakaian yang Zeril terangkan tadi. Pakai baju kemeja biru, seluar slack hitam. Mungkinkah orang yang tadi masa didepan pintu lobi utama tadi? Yang berlari tergesa-gesa menaiki kereta dibelakangnya? 

Patutlah perempuan tu  masuk kereta cepat-cepat. Rupanya dia tahu yang aku ni mama Zeril Iskandar. nasib baik dia sempat bertembung dengan Nur Adriana. Jika tidak, terpaksalah bagi tahu stesen tv10 tentang perempuan yang ada cirri-ciri seperti yang anaknya sebutkan.

“Mama rasa mama dah jumpa dia tadi. Baru  dua puluh minit yang lepas. Tapi tak adalah sampai bertegur sapa.”

“Mama jumpa dia jugak? Bagus jugak tu. Tak payahlah mama susah nak cari dia lagi.”

“Mama akan cari dia sampai dapat. Mama dah umumkan pada orang awam ditv10, siapa yang dapat cari anak mama, dia akan dapat habuan. Mama akan tunaikan janji mama tu bila mama jumpa dia nanti.”

“Zeril nak bangunlah, mama. Boleh mama tolong angkat badan Zeril? Zeril tak laratlah nak bangun sorang-sorang.

“Zeril tak boleh bangun sekarang. Lepas ni, nurse nak check nadi dan jantung Zeril. Zeril baring je dulu. Nanti lepas dah check tu, Zeril nak bangun, bangun jelah. Mama tak larang.”

“Tak sangka Zeril ada masalah jantung. Zeril minta maaf sebab buat mama susah hati. Lain kali Zeril takkan buat lagi. Zeril janji.”

Datin Zafiah tersenyum sinis.” Zeril tak payah janji, Janji Zeril mama tak percaya sangat. Suka berjanji ni ada buruknya juga. Mama sedih bila dapat tahu anak mama ni sakit jantung macam arwah ayah dulu. Macam mana Zeril boleh dapat sakit jantung ni? Setahu mama, Zeril takde masalah kesihatan. “

Zeril Iskandar tergamam. Soalan mama itu memeritkan tekaknya untuk menjawab. Dia kena rahsiakan sebab apa dia dapat sakit jantung ni dari mama. Kalau tidak, nahas! Teringat kembali kata-kata Nur Adriana sewaktu perempuan itu mahu beredar dari bilik ini.

“Awak jangan bagi tahu mama awak yang awak dapat sakit jantung ni sebab awak minumarak dan makan pil ekstasi. Nanti tak pasal-pasal mama awak yang dapat sakit jantung pulak!”

Bila teringatkan kata-kata Nur Adriana itu, dia janji dia tidak akan membuka pekung didada. Rahsia tetap rahsia! Biarlah rahsia itu tersimpan kemas saat ini. Sesudah dia sembuh nanti, dia akan bongkarkan jugak pada mama.

Datin Zafiah pelik. Aik? Tak bercakap pulak anak dia ni. “Zeril fikirkan apa ni?Berangan pasal Nur Adriana ye?”tanya Datin Zafiah sambil matanya merenung wajah Zeril.

Zeril Iskandar tersedar dari lamunan.”Eh, mana ada, mama. Zeril diam sebab Zeril tak dapat jawab apa yang mama tanya tadi.”

“Hesy budak ni! Mama tanya sebab apa Zeril sakit jantung pun tak dapat jawab? Soalan senang tu..ke ada rahsia yang Zeril sembunyikan dari mama ni?balasnya sambil mengangkat kening.

Zeril Iskandar tertelan air liur. Mama ni buat aku bikin suspen betullah! “ Kan Zeril cakap tadi, tak ada apa-apa…maknanya memang takde apa-apalah yang Zeril sembunyikan dari mama.”Kenyataan daripada anaknya membuatkan Datin Zafiah lagi bertambah pelik. Kalau Zeril cakap tak ada apa-apa, kenapa pula raut wajah Zeril berubah? Ini mesti ada something yang Zeril rahsiakan ni!

Baru sahaja Datin Zafiah hendak meneruskan kata, pintu bilik tiba-tiba terkuak luas. Ditoleh ke belakang.Pembantu peribadinya datang bersama seorang nurse dan doktor yang ingin dikenalinya.

“Datin, mereka dah sampai.”ujarnya dengan hormat. Doktor Wan Zubair yang muncul dengan stetoskop di leher masuk terlebih dahulu. Dihampiri Datin Zafiah dan Zeril Iskandar .

“Saya, Doktor Wan Zubair. Doktor yang merawat anak Datin.”Wan Zubair menunduk sedikit. Bila dah bertemu dengan VVIP ni, kenalah tunduk sedikit, tanda hormat.

Datin Zafiah mengangguk. Gembira kerana doktor ini datang tepat pada masanya. Wan Zubair tersenyum mesra . Zeril yang sejak tadi memerhatikan tingkah laku doktor dihadapannya ni berubah muram. Ini doktor yang rapat dengan Nur Adriana tu kan? Mana doktor yang lagi satu rawat aku tu?Dia dah balik ke?desisnya dalam hati.

“Bagus. Awak datang tepat pada masanya. Saya nak cakap pasal pembedahan yang akan doktor lakukan nanti. Bila pembedahan itu akan dijalankan?”soal Datin Zafiah.

Zeril Iskandar menoleh kearah mama. Tajam renungannya. Pembedahan? Pembedahan jantung aku ke? Kenapa aku tak tahu semua ni?!bentaknya dalam diam.

Namun, mama tetap tidak mengalihkan tumpuannya terhadap doktor itu. Zeril Iskandar mengetap bibir. Geram mama tidak merenungnya.

“Datin, sila ikut saya ke bilik belakang. Sebelum saya ingin menjawab soalan Datin itu, saya akan tunjukkan pada Datin x-ray yang telah kami sediakan untuk Datin lihat.”balasnya. Datin Zafiah mengangguk. Dia mengangkat beg tangannya dan mengikut doktor lelaki itu ke bilik belakang. Madz Hazrul turut ikut serta.

“Fatyn, jangan lupa record berapa kadar denyutan jantung dan nadi Zeril Iskandar. Bagi pada saya selepas ini.”Fatyn mengangguk faham. Dia rasa bersalah pulak kerana tidak mencatat berapa kadar denyutan pesakit lelaki ini. Sebetulnya, dia sibuk dikaunter depan tadi. Ramai ahli keluarga pesakit yang datang untuk melawat anaknya. Itu sebab dia lupa untuk mencatatkan kadar denyutan jantung pesakit lelaki ini.

Dia mulakan tugasnya. Sebagai seorang nurse, dia perlu mengikut arahan doktor. Apa yang doktor katakana, nurse harus ikut dan tidak  membantah.

Zeril memandang pemergian mama, Hazrul dan doktor Wan Zubair itu dengan pandangan sebal. Sabar jelah!

***

Nur Adriana duduk diatas katil yang sudah lama tidak disentuh. Dibelai-belai cadar berwarna pink itu. Agak lama juga dia tidak menyentuh katil ini. Enam bulan tu! Tapi dia puas. Puas kerana biliknya masih seperti dahulu. Nasib baik dia mengunci biliknya. Jika tidak, memang ibu tiri tak sedar diri dengan anak-anak dia masuk dalam bilik dia.Huh! Jangan harap dia nak bagi tiga beranak tu masuk dalam bilik dia. Selangkah dia masuk, selangkah jugaklah dia akan mengeluarkan silatnya.

Tadi dia menunaikan solat maghrib dengan jiwa yang tenang. Tiada gangguan dari tiga beranak itu. Walaupun dia mendengar suara tiga beranak itu diluar biliknya, dia buat don’t know sahaja. Biarlah tiga orang tu nak gossip-gosip pasal dia ke, dia peduli hapa! Ingat da takut? Sorry sikit! Ini Nur Adriana lah!

Tidak puas melampiaskan rindu terhadap biliknya, dia membuka pula jendela yang berada tidak jauh dari katilnya. Ah! Kuatnya angin kat sini. Hembusan udara yang masuk ke jendelanya membuatkan dia mneghirup udara segar itu. Sesungguhnya, dia kagum dengan ciptaan Allah!

Matanya meliar merenung kawasan sekelilng rumahnya. Ada yang berlampu, ada yang tidak. Lama betul dia tidak bertegur sapa dengan penduduk kampung terutamanya Adibah dan Noreyn, dua sahabat yang setia menyokongnya dari belakang. Semua yang berlaku pada dirinya, dua perempuan itulah yang akan dijumpa bagi menceritakan masalah yang dipendam dihati. Insyallah, dalam berapa hari lagi dia akn bertemu dua sahabat yang disayanginya itu.

Sedang asyik melihat keadaan sekeliling, pintu biliknya diketuk kasar. Dia menoleh ke belakang dan memeluk tubuh. Diperhatikan saja pintu yang diketuk kasar itu. Semestinya ibu tiri tak guna tu!

Diperhatikan saja pintu itu berbunyi kuat. Biar perempuan tu rasa bengang sebab aku tak buka pintu, Huh! Nak tunjuk bagus, konon!

“Woi!! Bukaklah pintu ni, Dah tak reti nak tolong aku kat dapur ke, bongok?”pekikan suara Puan Farzana akhirnya muncul juga. Nur Adriana tersenyum sinis. Tau pun nak bersuara.omelnya perlahan.

Dengan keberanian yang masih utuh didalam diri, dia berjalan dengan yakin. Sedikit pun tidak takut pada ibu tirinya itu. Pintu dibuka kasar.

“Hah! Nak apa malam-malam buta ni?”kata Nur Adriana dengan angkuh sekali. Dlihat dua adik tirinya duduk bersebelahan dengan ibu tirinya.

Puan Farzana menjengilkan mata. Dah pandai kurang ajar budak ni. “Huh, kau tanya aku nak apa? Aku nak kau turun bawah, faham tak?!!jerkahnya.

Nur Adriana bersikap acuh tak acuh dengan jerkahan ibu tirinya. Dia menguak rambutnya dengan gaya santai. “ So, what? Saya nak turun ke nak tidur ke, it’s not your problem!”jawabnya dengan selamba sekali. Dia mengentel-gentelkan rambutnya.

“Sejak balik ni kau dah pandai nak lawan kata dengan aku kan? Aku jawab sepatah kau jawab berjela-jela. Ingatkan bila dah lama duduk kat penjara tu, dah berubah sikap kau. Ini makin menjadi-jadi pulak sikap kurang ajar kau pada aku?”

“Like I care…”jawabnya sepatah.

Farah yang duduk disebelah kanan ibunya mengepal kedua-dua tangannya. Dia bengang. Kakak tirinya memang nak kena dengan dia. Dah lama tangan dia tak penampar muka orang. Dengan kekuatan yang ada, tangan kanannya diangkat tinggi lalu dihalakan ke pipi Nur Adriana. Kuat sekali tamparannya. Puan Farzana dan Fida tergamam.

Nur Adriana terkesima. Dia ditampar Farah? Matanya membulat. Mulutnya bergetar. Bibirnya diketap kuat.
“Kau tampar aku, Farah? Kau tampar aku?! Nur Adriana mula memekik. Geramnya Ya Allah!

Farah sudah mula kalut. Takut dengan pekikan kakak tirinya. Dia tahu Nur Adriana mempunyai kehebatan dalam ilmu persilatan! Janganlah dia tampar aku balik.detiknya dalam hati.

Nur Adriana tidak akan berdiam diri. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia tidak akan membiarkan tubuh badannya dipijak-pijak bagai semut.

Tangannya pula diangkat lalu dihalakan ke pipi Farah. Sama kuatnya dengan tamparan Farah sebentar tadi.
Tersembam Farah di atas lantai. Puan Farzana dan Fida terkejut.

Nur Adriana mencebik. “Baru puas hati aku.” Dia tutup pintu biliknya dengn kasar. Hatinya puas.



BERSAMBUNG... :)

1 comment: