Followers

Thursday 14 March 2013

DI LARANG MASUK DALAM HATIKU BAB 1


OLEH : MYA AZLISHA



ARRIAN Syah menyuapkan nasi ke mulutnya. Alangkah enaknya masakan emaknya, sehingga menjilat semua jari yang ada. Sedap sungguh gulai umbut pisang campur daging lembu ini. Kerinduan pada masakan emak yang mengheret kakinya agar pulang ke kampung pada cuti hujung minggu ini. 

“Arri, bila hang nak kahwin ni? Mak teringinlah nak dapat menantu. Kak dan abang-abang hang semua dah kahwin. Hang dah nak masuk 25 tahun, dok tunggu apalagi?” Hasnah mula membuka topik yang merimaskan. 

Siapa yang tidak mahu kahwin? Dia sebenarnya teringin juga nak kahwin dan mempunyai anak yang berderet-deret kalau boleh paling sikit pun satu team bola sepak. Perasaan gatal hendak berbini itu sesekali mencuit juga tangkai hatinya. Tapi, masalahnya dia belum jumpa perempuan yang mampu membuat hatinya dug dag dug dag, paling tidak pun rasa vibrate ke? 

“Mak, kita tengah makan ni. Cakaplah fasal, resepi Chef Wan yang terbaru ke, resepi master chef ke, jalan-jalan cari makan ke, barulah sesuai. Sabarlah, Arri belum jumpa lagi yang sesuai. Lagipun, 25 tahun tu muda lagi lah mak, bukannya 50 tahun!” jawab Arrian Syah.

“25 tahun tu, bukannya muda Arri, lebih dari layak nak jadi bapak orang.” Leter emaknya lagi.

“ Dahlah mak, cakap pasal ni. Kalau jodoh Arri sampai, on the spot Arrii rempit dari Penang bawa calon bini Arri jumpa mak, okey?” Pujuk Arrian Syah lagi. 

Hasnah menjegilkan matanya. Perkataan rempit membuatkan hatinya dijulang api. 

“Jangan nak mengatal nak merempit macam dulu. Tak serik-serik lagi accident? Ingat, janji Arri pada mak. No rempit-rempit, okey? Ingat dulu, masa hang eksiden siapa yang dok jaga hang? Tukar pampers, basuh berak dan kencing hang?” Hasnah memberikan amaran pada anaknya yang pernah bergelar mat rempit tersohor di Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu.

Namun, kemalangan membuatkan anaknya serik dan bertaubat dari merempit. Minta-mintalah bukan taubat sambal belacan, hilang pedas makan balik. Taubat nasuha namanya. Merah padam muka Arrian Syah mendengarnya. Malu! Tapi apa boleh buat kecederaan parah yang diterimanya membuatkan dirinya harus diuruskan dari hujung rambut ke hujung kaki oleh emaknya.

“Mak ni, janganlah cakap kuat-kuat. Malu tau kalau orang dengar. Mak, mak janji jangan bocor rahsia kita tau? Ini soal hidup mati Arri, kalau orang lain tau habislah maruah Arri mak!” Bisik Arrian Syah.
“Nak malu apa? Arri tu anak mak, dari kaki sebesar ibu jari, mak jaga hang. Mak taulah, dekat bakal bini Arri pun, mak tak akan pecah rahsia sulit ni. Tapi, Arri tu ingat pesan mak. Jangan dok bawa motor laju-laju sangat. Bahaya!”

“Iyalah mak, Arri dah tak buat kerja sia-sia lagi mak. Mak, siapa yang buatkan kuih ketayap ni?” Tanya Arrian.

“Siapa lagi? Isma lah! Dia kan tahu hang nak balik, itu yang dia buatkan kuih ni. Isma kan sukakan Arri, Arri kawan dengan dia dari kecil lagi. Macam-macam dia tu buat nak ambil hati Arri, tapi Arri sikit tak pandang dia sebelah mata. Nanti kena sambar orang, baru padan muka. Mak berkenan sangat, cantik, lemah-lembut, pandai masak.... keluarga pun baik-baik. Arri nak yang macam mana lagi? Nak tunggu bidadari turun dari kayangan?” Hasnah menambah lagi. 

Ismaliza? Jiran sebelah rumah yang Arrian Syah sedia maklum memang tangkap cintan dengannya sejak sekolah rendah lagi. Masalahnya sekarang, hati lelakinya langsung tidak terpikat, kalau tidak sudah lama di sapu bersih Ismaliza itu, buat bini. 

“Mak, Arri anggap Isma tu macam member je mak, tak boleh lah nak lebih-lebih. Mak sabaqlah, Arri belum bersedia nak jadi suami orang. Lagipun, nak kahwin ongkosnya kena banyak, duit pun tak cukup lagi.” Arrian Syah memberikan alasan. 

Sebenarnya simpanannya sudah RM27 ribu. Kalau hendak berkahwin, memang lebih dari cukup setakat kenduri-kendara di kampung. Hantaran dalam RM7 ribu atau RM 8 ribu. Bajet kenduri dalam RM 10 ribu, pi mai, pi mai memang cukup RM27 ribu. Lainlah kalau dia kahwin dengan anak raja atau artis popular, memang tak cukuplah jawabnya.Hasnah mencebik.

“Iyalah tu, ingat mak tak tahu yang hang menyimpan duit kan? Jangan nak kelentong mak hidup-hidup.” Tegur Hasnah.

Tiba-tiba kedengaran suara lembut memberi salam. 

“Assalamualaikum,” Hasnah menjenguk ke pintu dapur, melebar senyumnya.
Arrian Syah buat-buat bodoh, tahu sangat siapa gerangankah orangnya. Hendak dikatakan perempuan tidak tahu malu, kurang ajar sangat rasanya. Kalau dia balik kampong, mesti perempuan ini akan datang menyendeng. 

“Waalaikumussalam, Isma. Masuklah!” pelawa Hasnah dengan mesranya. 

Ismaliza tersenyum lalu masuk membawa dua tupperware. Pastinya ada lauk yang dimasak untuk Arrian Syah. Dikerlingnya Arrian Syah yang buat muka selamba. 

“Err, makcik. Ini ada sikit lauk, kebetulan Isma masak lebih.” Ismaliza menghulurkan tupperware pada Hasnah. Hasnah tersengih.

“Ya ALLAH, Isma ni rajin sungguh. Bertuahlah siapa yang jadi suami Isma nanti. Tentu tak sampai sehari, dah boroi perut dia sebab kerja makan je. Terima kasihlah Isma, duduklah. Makan sekali, kebetulan makcik masak nasi lebih. 

Arri pun dah hentam kat tiga pinggan, tak padan dengan badan kurus kering. Itulah, kalau berbini naiklah sikit badan tu. Ini tak, dok Penang tu makan minum pun tak menentu.Isma, mari makan sekali!” pelawa Hasnah.

Ismaliza mengerling Arrian Syah yang selalu kacak dimatanya. Rindunya pada Arrian Syah. Hampir sebulan lelaki ini tidak pulang ke kampung. Malang nasibnya apabila merindu pada yang tidak sudi. Apa yang harus dia lakukan untuk merompak hati Arrian Syah? Kalau setakat memikat Hasnah, sudah tiada masalahnya. 

Apa kurangnya dia? Rasanya dia juga kategori perempuan yang cantik. Dari kecil lagi, sejak mereka bermain pondok-pondok atau kahwin-kahwin, sampailah sekarang, dia masih mencintai Arrian Syah. Bukannya Arrian Syah tidak tahu, dia sudah banyak kali berterus-terang yang dia memang menyimpan hati pada Arrian Syah namun Arrian Syah buat tak tahu saja.

Minta-minta Arrian Syah akan jatuh cinta padanya pagi ini. Berkat dia pergi mandi bunga semalam. Fuh kiri, fuh kanan!

Ismaliza duduk berhadapan Arrian Syah. 

“Arri sihat? Bila nak balik Penang?” Tanya Ismaliza, mesra dan ramah. 

“Oh, sihat. Lusa baliklah Penang.” maklum Arrian Syah. Hasnah yang mengikuti perbualan itu, tiba-tiba menyampuk. 

“Eh, mak pergi melabur jap, dah tak tahan,” terkocoh-kocoh Hasnah berlari ke tandas.
Arrian Syah mengelengkan kepalanya. 'Berlakon lah tu, macam tak tahu perangai mak aku tu. Sengaja nak kenen-kenenkan aku dengan si Isma.' 

“Arri, kenapa Arri tak pernah jawab call Isma? Mesej Isma pun tak balas.” Arrian Syah tenang mendengarnya. Macam mana hendak membalasnya kalau mesejnya berkisarkan luahan cinta yang menjengkelkan. 

“Tak ada hal yang penting pun kan, sebab tu Arri rasa tak ada sebab Arri nak balas mesej Isma. Isma, kan Arri dah banyak kali cakap. Isma cantik, baik, ramai lagi lelaki diluar sana yang berebut-rebut nakkan perempuan macam Isma.

Arri minta maaf yang Arri memang tak boleh anggap Isma lebih dari seorang kawan. Dah banyak kali Arri cakap soal ni kan. Jodoh ditangan Tuhan, kalau memang kita ni dah ditakdirkan berdua, dah lama Arri terima Isma. Masalahnya Arri memang tak boleh.” Arrian Syah cuba bertegas. 

Dia faham perasaan Ismaliza yang kecewa sebab itu dia cuba bercakap baik-baik dengannya.

“Tapi kita boleh cuba kan? Arri langsung tak beri Isma peluang. Apa halangannya sekarang? Arri pun masih kosong, Isma pun belum ada yang punya. Keluarga kita pun merestui kita. Sekarang ni, tinggal Arri je. Isma tak boleh terima lelaki lain, sebab Isma cintakan Arri dari dulu lagi.Isma tak peduli, kalau orang cakap Isma ni perigi cari timba, yang penting hati Isma ni ikhlas. Kalau Arri bagi Isma peluang jadi isteri Arri, Isma janji yang Arri akan bahagia. Arri akan cintakan Isma perlahan-lahan.” Arrian Syah rasa semakin bengang pula mendengarnya. Perempuan zaman sekarang ini, memang begini ke perangainya? Susahnya nak jumpa perempuan yang 'mahal' dan meletakkan 'nilai' yang tinggi untuk dirinya.Arrian Syah terus bangun dan melangkah ke biliknya. Bosan.

Ismaliza memandang Arrian Syah dengan mata yang berkaca. Apalagi yang harus dilakukannya untuk mendapatkan Arrian Syah? Semuanya gagal, termasuklah dengan cara yang baik dan cara yang kotor. Dia pernah cuba bomohkan Arrian Syah agar tergila-gilakannya, tapi kata bomoh tersebut Arrian Syah mempunyai pendinding yang sukar ditembus. 

Tidak dinafikan Arrian Syah memang tinggi ilmu agamanya. Arwah datuknya, merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang telah menurunkan ilmu pada Arrian Syah. Itu yang sukar untuk Ismaliza mendapatkan lelaki itu dengan cara kotor seperti itu.




BERSAMBUNG.. ;D

6 comments:

  1. havoc! best tak leh tahan Makcik Hasnah wat perumpamaan taubat sambal belacan...kaw..kaw..

    tak byk la, so far excellent, tapi ckit2 cek masuk na, walaupun dilarang masuk -
    tuppaware tu brand - bukan kata nama - mgkn boleh guna bekas plastik

    ReplyDelete
  2. ada terkucil dkt penggunaan kata sendi 'di', tengok balik ya.

    nak last-last dialog panjang ckit...pecahkan sebb tempo cerita ni laju. kalau dialog meleret, mood pembaca turun.

    ending bab 1 just bagi hint perasaan Arri, dia memang tak ada hati kat Isma, tapi bagi taw pembaca dia memang teguh pendiriannya, sbg hook pembaca bab seterusnya.

    ReplyDelete
  3. the rest - superb! Gud Lak n gud job. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak mona terima kasih memberi komen yg bernas tuk meningkatkan penulisan kak mia kang DJ panggil kak mia tuk baca komen dari kak mona ini.... ;)

    ReplyDelete
  5. tqvm dear atas komen...huhuhu...doakn utk sy ya, sb karya ni sudah pun siap n dlm penilaian... sy terpaksa cut utk pendekkan sb citer ni agak panjang... TQVM atas teguran... :)

    ReplyDelete