Followers

Wednesday 27 March 2013

DILARANG MASUK KE HATIKU BAB 4



OLEH : MYA AZLISHA



ENGKU Edry Ashman menyikatkan rambut paras bahunya ke belakang sambil merenung penampilannya di cermin kereta. Dia tersenyum menggoda pada cermin. Lagak model terkenal antarabangsa. Keningnya yang tebal dan terbentuk itu dijungkit berulang kali.

Matanya terus meneliti wajahnya dari segenap sudut. Mulutnya segera ditutup kerana terkejut.

'Hah? Ya Ampun! Dahsyatnya! Ish, ish, ishhhh!' Engku Edry Ashman mengelengkan kepalanya berulang kali kerana benar-benar tidak percaya.

'Patutlah ramai perempuan yang selalu usha aku. Rupa-rupanya aku ni terlalu handsome sangat! Memang muka aku sebiji macam Tom Cruise lah! Tak pernah ku pinta dilahirkan sebegini rupa. Tapi nak buat macam mana kan? Menangis air mata darah sekalipun, aku tetap hensem.’ 

Setelah berpuas hati membelek mukanya, Engku Edry Ashman keluar dari kereta menuju ke kilangnya. Sementara itu sebelum ke pejabat, dia akan memantau persekitaran kilangnya terlebih dahulu. Tapi tujuannya lebih kepada ingin menggatal. 

Kelihatan semua pekerja tidak kira lah, operator ke, QA ke QC ke, juruteknik ke, makcik cleaner sedang sibuk melakukan tugas masing-masing.

Namun kedatangan Engku Edry Ashman terus menukar mood bekerja rajin mereka kepada mood mengatal. Semua pasang mata tertumpu pada Engku Edry Ashman terutama pekerja-pekerja perempuan, terpesona dengan ketampanan lelaki pujaan mereka.

'Hehehe, kan dah cakap? Aku memang hensem. Sebagai bos yang baik dan berhati mulia, biarlah mereka mencuci mata sekejap, merehatkan diri untuk tengok bos mereka yang hensem ini.Sekurang-kurangnya lawatan aku ni, akan memberikan semangat untuk mereka lebih tekun bekerja.' 

Engku Edry Ashman tersenyum mesra pada mereka semua. Hmm, dah agak, ada yang terjatuh kerusi, ada yang hampir rebah, ada yang menitik air liur, ada yang terlopong sampai nampak anak tekak. Majoritinya terngangalah, sampai terbau petai dan jering. Terjungkit-jungkit hidung Engku Edry Ashman dibuatnya. Tegak berdiri semua bulu-bulu hidung. Harum sungguh baunya. 

“Err, Cik Rose. Macam mana hari ini? Any problem?” Tanya Engku Edry pada leader yang dilantiknya kerana paras rupanya yang agak cantik itu. Tapi itu dulu, masa perempuan ni masih muda dan bergetah. Sekarang ni rasanya Rose sudah mencecah 30 an. Dah lama juga dia tak usik perempuan ni. 

Rose tersenyum gatal-gatal ala manja.

“Ermm, okey Encik Engku Edry. Tak ada masalah,” Jawab Cik Rose dengan ramah mesra. Engku Edry Ashman mengangguk tanda memahami.

“Hmm, okey. Teruskan kerja seperti biasa.” Engku Edry Ashman meninggalkan kawasan kilangnya. Hampir nak tergelak pula melihat pekerja-pekerjanya yang masih belum melarikan mata dari memandang wajahnya yang dia amat sedar bahawa tersangat tampan.

Sebagai membalas jasa pekerja-pekerja yang over excited memujanya itu, Engku Edry Ashman berpaling semua ke arah mereka sambil melemparkan senyuman yang dirasakan paling menawan. 

Kakinya terus melangkah yakin, biarpun mata ralit melayan semua pekerjanya itu. Dia tersengih lucu, seronok menjadi jejaka idaman malaya. Setelah kelibatnya mula hilang dari pandangan pekerja-pekerja itu di sebalik gerbang, Engku Edry Ashman berpaling ke depan.

 Tiba-tiba buk! 

Kepalanya terlanggar dinding. Mereng sebentar Engku Edry Ashman di buatnya lalu terus jatuh terduduk. Engku Edry ternampak ada bintang sedang berpusing-pusing di depan matanya. Toing....toing...toing....

“Tuan, Tuan ngak apa-apa?” Makcik Cleaner yang sedang mop lantas menghampiri Engku Edry Ashman yang nampak 'lost and not found' itu dengan cemas.

Engku Edry Ashman mengetuk kepalanya, membetulkan fius-fius otak yang longgar.
'Malunya aku! Mujurlah pekerja lain tak nampak, cuma makcik cleaner ni je! Kalau tak mana aku nak sorok muka aku yang hensem ni? Aduyai!'

Engku Edry Ashman tersenyum sengih. Cari alasan untuk covel line. Biasalah bakat otak pembelit memang sudah menjadi darah dagingnya. 

“Saya okey, jangan risau mak cik. Sebenarnya, saya baru errr, belajar ilmu kebal. Jadi, nak test tengok dahi saya ni boleh tahan ke tak? Itu yang saya hantuk kat dinding tadi. Wow! Ternyata berkesan ilmu kebal saya tu! Tengok makcik, jangan kata nak luka, lebam pun tak ada makcik. Yes!!! Makcik mesti gembira bersama saya, saya dah berjaya jadi manusia kebal,” Engku Edry Ashman bergembira mengangkat tangannya merayakan kemenangannya itu.

Makcik Clener itu turut bersorak.

“Ya ampun, biar benar tuan? Tuan telah berjaya mengkebalkan diri tuan. Tahniah tuan, tahniah! Saya tumpang berbangga, tuan!” Berkerut dahi Engku Edry Ashman dibuatnya melihat betapa over nya makcik clener itu. 

Terus Engku Edry Ashman berundur dan melangkah ke pejabat dengan kadar segera sebelum makcik Cleaner itu berhenti berseronok. Apalah malang nasib dia, pagi-pagi sudah terjadinya peristiwa yang cukup memalukan. Janganlah ada orang lain yang nampak. 

Dalam kesibukan Engku Edry Ashman memeriksa fail-fail klien, pintu biliknya di ketuk-ketuk. Muncul Khairul, pembantu peribadinya yang datang agak lewat hari ini. Khairul merupakan pemandu merangkap PA nya. Khairul sering dijadikan tempat untuk mengadu masalah. Orang kata penasihat pun ya, penjahanam pun ya juga. 

“Hello bos!!” Tegur Khairul yang sentiasa happy good lucky itu.

“So, dah hantar nenek kau pergi KLIA?” Soal Engku Edry Ashman yang bermurah hati menaja nenek Khairul ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Pada suatu hari yang hening, dia telah melawat nenek Khairul yang sakit tua, tiba-tiba nenek Khairul menyatakan hasrat untuk pergi ke Makkah. 

Engku Edry Ashman yang rasa kasihan akhirnya menaja saja percutian nenek Khairul. Tapi kata Khairul, Makkah adalah tempat umat Islam beribadat dan menunaikan rukun Islam yang ke lima. Entahlah, dia bab-bab agama, usah ditanyalah. Memang dia tak tahu apa-apa langsung.

“Settle! Thanks bos, sudi kabulkan impian nenek saya.” balas Khairul yang terharu dengan kebaikan Engku Edry Ashman.

“No problem, bukannya mahal pun. Eh, mana stok pekerja baru? Kau cakap ada lima orang? Aku dah tak sabar nak tengok ni? Cun-cun tak?” Soal Engku Edry Ashman tersengih gatal.

“Ada bos. Saya dah siap packing untuk bos. Nah ini, ada lima pekerja baru. Tapi bos, kebanyakan bini orang. Ada dua orang je anak dara, tapi kurang cun lah. Saya rasa stok kat Kilang Sunshine lagi panas-panas.” Namun Engku Edry Ashman membelek fail pekerja kilang Megatech. 

“Ini ada yang cantik. Siti Amila kan? Lantaklah, bini orang pun. Janji cun je memang aku sapu.Lagipun, bukan susah nak tackle pun perempuan ni, senyum sikit pun, dah ikut aku balik. Anak dara ni, boleh tahan juga Khairul. Hmm, Siti Fariha! Yang Farisa ni, tak cukup cunlah. Tak mahulah aku! 

Sekarang aku nak habiskan dulu stok aku kat Kilang King. Baru aku kacau Siti Fariha dan Siti Amila! Lepas ni, sasaran aku yang seterusnya Kilang Nippo!” Engku Edry Ashman tersenyum bangga. 

Berbekalkan asetnya yang ada ini, senang-senang saja dia mendapatkan mana-mana perempuan yang dia inginkan. Dia gemar 'makan' pekerjanya sekadar suka-suka dan berseronok. Ada juga kalangan artis dan model-model popular pun selalu disebatnya juga.

Telefon berbunyi. Engku Edry Ashman yang menjawab nampaknya terkejut besar. Terus sahaja mengajak Khairul mengikutnya pulang ke Villa Sentosa dengan kadar segera. Dalam perjalanan teringat pula, pertelingkahan terakhir dia dengan isterinya pada minggu yang lalu.

“You ni, langsung tak pedulikan I. I ni isteri you, tanggungjawab you Edry?”Tengking Engku Adiba, sepupu yang disuruh kahwin dengannya. Dia pun tak teringin langsung, tapi sudah didesak mummy terpaksa juga akhirnya. Dia benar-benar berserabut kepala otak apabila berada di sisi isterinya itu..

“I rasa I dah terlebih pedulikan you sampai you dah pijak-pijak kepala I. Sebenarnya I bangga sangat dapat isteri macam you ni asyik sibuk menghabiskan duit I bukannya sibuk nak menjaga makan minum dan pakai I. Sepanjang tiga bulan bulan, dah berapa banyak duit I habis sebab you! Of course I bahagia sangat,” marah Engku Edry Ashman.

“You jangan nak sindir-sindir I, ingat I tahan sangat ke dengan perangai you yang kaki betina ni?” Soal Engku Adiba berulang kali.

“Habis tu, you tu apa? Kaki jantan juga kan, kaki pengikis. I ni, satu sen pun tak pernah ambil duit you tau. Kerja you asyik bercuti satu dunia, habiskan duit I. Rasanya kalau ke Planet Pluto pun boleh melancong, dah lama you pergi kan? 

You kahwin dengan I sebab nak kikis duit I kan? Itu tujuan you. Tiga bulan kita kahwin, dah berapa banyak duit I habis untuk you. Dalam masa dua hari saja, you dah menghabiskan duit I sebanyak RM100 ribu sayang, bukannya RM1. You buat apa dengan duit tu? Bagi makan anak-anak ikan you?” Sindir Engku Edry Ashman dengan geram. 

Kedua-dua bekas isteri dan isterinya ini memang sama sahaja perangai. Pisau cukur, pemalas, kaki disko dan segala-galanya yang buruk memang menjadi tabiat isteri dan bekas-bekas isterinya. Pucat lesi muka Engku Adiba mendengarnya. Memang pun dia sengaja menghabiskan duit sebanyak tu kerana dia fikir peluang yang tinggal ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan duit lelaki ini sebelum dia diceraikan seperti bekas-bekas isteri Engku Edry Ashman yang lain.

“You berkira dengan I? I isteri you, I berhak atas setiap duit you.” Engku Adiba sikit mengendur suaranya.Almaklumlah buat salah, takutlah jawabnya.

“Memang you berhak, tapi bukan melampau sampai macam ni. Mulai hari ni, I dah block kad kredit you. I memang dah bosan hidup dengan perempuan pengikis macam you. Faham?” Tengking Engku Edry dengan geram. 

“Edry! You tak boleh buat I macam ni,” Suara Engku Adiba yang meninggi itu dibiarkan sahaja. Arghhhh, kenapa mummy memilih perempuan begini sebagai isterinya? 

Kononnya sepupunya ini akan membuatkan dia bahagia. Tapi, membosankan! Menjelekkan hati! Kalau boleh mahu sahaja dia menendang perempuan ini keluar dari rumahnya. 



BERSAMBUNG.... :D











1 comment: