Followers

Wednesday 27 March 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 18



OLEH :FIKA NAJWA



Pintu bilik Zafril Zafuan diketuk dari luar.Tidak sampai satu minit terjengul wajah seseorang yang kini mula menapak di hatinya masuk.

“Masuk je tak payah nak minta izin dari I. I sentiasa approve you.” Zafril Zafuan tersenyum manis, jari-jemarinya masih menari di komputer riba miliknya.

“Zaf, maaf I ganggu you ke? I nak cakap sikit boleh?”

Zafril Zafuan yang masih tekun menaip di komputer ribanya terus terhenti. Dia terus memandang Fhyka Arissa dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Fhyka Arissa bergerak menghampiri meja Zafril Zafuan.Fhyka Arissa kemudian meletakkan cincin yang bertahtakan sebutir berlian di atas mejanya. Zafril Zafuan hanya memandang tanpa bersuara.

“Duduklah,”pelawa Zafril Zafuan sepatah. Fhyka Arissa menggeleng.

I nak cakap sekejap dengan you.I tahu you tak cintakan I, I tak mahu paksa you untuk terima I. I faham kenapa you terima pertunangan ini, you cuba nak selamatkan maruah keluarga I dan you terikat dengan janji adik I, Fika Farisya.”

“Apa yang cuba you sampaikan ini, I tak faham.” Zafril Zafuan cuba menenangkan perasaan yang sememangnya mahu meletup melihat cincin selama ini tersarung di jari manis Fhyka Arissa di tanggalkan gadis itu.

Fhyka Arissa terkilan, sudah banyak dia berbicara tapi sepatah kata pun tidak dibalas oleh Zafril Zafuan padanya. ‘Apa dia suka aku yang putuskan pertunangan ini? Kenapa pulak aku nak sedih, dia sememangnya tidak cintakan aku?’ Gerutu hati Fhyka Arissa.

Zafril Zafuan yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah bangun dari kerusi. Dia menghampiri Fhyka Arissa. Mata mereka bertatapan. Zafril Zafuan merenung jauh ke dalam mata Fhyka Arissa. Memang dia tak pernah mengucap kata cinta atau sayang pada Fhyka Arissa. Dia malu mahu mengakuinya. Dia cuma menyelamatkan keadaan akibat di paksa oleh Fika Farisya gara-gara tunangan kakaknya lari semasa majlis itu, sungguh masa itu dia buntu tapi setelah mengenali Fhyka Arissa dari cerita-cerita Fika Farisya tentang kakaknya, dia sendiri sudah jatuh sayang. Pandangan Zafril Zafuan tertumpu pula pada cincin yang berada di atas mejanya, di ambil cincin tersebut. Hatinya menjerit, kalau boleh di mahu hidup bersama gadis yang berdiri dihadapannya. Dia mahu bahagiakan gadis ini. Tidak kali ini dia tidak akan berdiam diri akan di luahkan kata-kata yang patut dia keluarkan sejak dulu sebelum Fhyka Arissa berangkat menyambung pelajarannya di London.

Fhyka Arissa masih berdiri kaku.Berat sungguh kakinya hendak melangkah. Di lihat cincin yang di letakan di atas meja kini berada di genggaman Zafril Zafuan. Terkejut Fhyka Arissa saat jari-jemarinya digenggam oleh Zafril Zafuan, lalu dikucup jari-jemarinya oleh Zafril Zafuan dengan spontan.

Fhyka Arissa terasa jantung seakan-akan mahu keluar dari dadanya. Tak pernah dia bayangkan Zafril Zafuan yang pendiam akan berkelakuan romantik seperti ini. Apa motif dia melakukan semua ini?

Zafril Zafuan tersenyum tapi masih mengenggam tangan Fhyka Arissa, jelas ada kerutan di dahi Fhyka Arissa ketika ini. Tanpa sedar Zafril Zafuan menyarung semula cincin yang sudah di tanggalkan oleh Fhyka Arissa sebentar tadi.Kemudian dia bersuara.

“Rissa…”

“Janji dengan I yang you tak akan tanggalkan cincin ini lagi. Promise me?” Zafril Zafuan menarik nafas dalam sebelum bersuara.

“Hidup I ceria sejak you sudi jadi tunang I, walaupun I ini hanya pengganti tunang yang you sayang. Memang selama ini I tak pernah kata sayang atau cinta sebab I takut kehilangan you sebab bagi I, you sama penting dengan teman rapat I iaitu adik you.Adik you tahu semua isi hati I pada you.Yea, memang dia yang minta I gantikan tempat tunang you tapi sejak dari hari itu I cuba mencintai you dan sayang pada you.”

Zafril Zafuan tergelak kecil. “I memang bodoh buat anggapan yang salah, I takut kalau I luahkan semua kat you, you akan tolak mentah-metah.”

“Rissa…kalau you tahu I selalu thinking about you all the time, I risau bila you dapat tawaran sambung belajar di London. I takut hati you berubah bila you ada kat sana, tapi Fika selalu kutuk I kata I tak berani nak luahkan cinta. I mengaku, I memang takut Rissa.”

Fhyka Arissa yang mendengar tergamam. Jadi selama ini dia suka dan cinta akulah? Siap kau ‘dik’ patutlah kau beria-ria minta aku pertimbangkan hal ini. Rupanya kau lebih tahu dari aku? Hati Fhyka Arissa tersenyum di dalam hati. Tapi dia masih ingin mendengar ucapan cinta dari mulut Zafril Zafuan walaupun sudah di beritahu oleh lelaki itu tadi. Akal jahat Fhyka Arissa mula bertamu di kepalanya.

Fyhka Arissa merentap tangannya. Mulutnya dicebikkan. Selama 5 tahun dia sambung belajar dan adakalanya di pulang ke Malaysia bercuti langsung Zafril  tak tahu yang di cukup terdera menanti cinta dari mulut Zafril Zafuan. Jaga you, I buat you cuak kali ini Zaf! Ada hati nak dera I erkk… Sekarang I pulak dera you. Zafril Zafuan tersentak.

Ooh… selama ini, you ada fikir pasal I?” Zafril Zafuan menganggukkan kepalanya. Mahu tergelak Fhyka Arissa melihat Zafril yang mula berubah bila dia merentap tangannya.

Plesae give me a chance, Rissa…I love you.”

Nafas Fhyka Arissa rasa sesak dengan kata-kata Zafril Zafuan. Jantung Fhyka Arissa berkocak bila Zafril menyuruhnya duduk sambil tangannya di genggam semula oleh Zafril Zafuan.

Are you sure you love me, Zaf?”

Hmm….I do !”

I…do? You ingat I tengah lamar you ke Zaf?” Zafril Zafuan yang tergamam menunjukakn baris gigi yang rata.

Erkk...bukan macam tu, I cintakan you ikhlas dari lubuk hati I..” tertelan air liur Zafril ketika mengucapkan kata-kata keramat itu.

Fhyka Arissa yang mendengar kata-kata keramat yang dah lama di tunggunya, membulatkan mata memandang Zafril Zafuan yang jelas serba tak kena duduknya.

Zafril yang resah menanti bicara Fhyka Arissa mula gelisah. Dia tidak senang duduk. Dia tahu dia salah sebab terlambat menyatakan cinta.

“Rissa…please tell me, you love me to..” keluh perlahan Zafril Zafuan.

I hate you, Zaf.” ucap Fhyka Arissa perlahan. Zafril yang mendengar mula menunduk memandang ke lantai dan tangan yang mengenggam tangan Fhyka Arissa terlerai. Hatinya kini sakit. Begini ke orang putus cinta? Kini baru dia rasa? Betapa sakitnya. Zafril Zafuan mula bangun dan ingin meneruskan kerja yang tertangguhnya. Belum beberapa langkah dia terhenti apabila Fhyka Arissa memanggilnya, dia tidak kuat memandang Fhyka Arissa kini.

“Zaf….maaf I kecewakan you tapi I nak you dengar ini..” Fhyka Arissa melangkah ke arah Zafril yang membelakanginya, di sentuh lengan sasa Zafril supaya mengadapnya.

“Terima kasih sebab sudi cintakan I, terima kasih sudi terima I masuk dalam hati you. Terima kasih sebab you jadikan I tunang you walaupun you ‘bidan terjun’ pada hari tu. Apa yang I nak you dengar I dah mula jatuh cinta buat kali kedua. Terima kasih buat I jatuh cinta pada you.” ujur Fhyka Arissa sambil menyenitkan matanya.

Zafril Zafuan terpegun dengan ucapan yang di luahkan oleh Fhyka Arissa tadi. Tanpa sedar dia memeluk Fhyka Arissa.

“Ehemm…ehemm…sudah-sudah jangan nak buat babak romantika kat sini erkk, Zaf ! Lepaskan kakak aku tu, kalau tak aku belasah kau nanti.” Sergah satu suara.

Zafril Zafuan yang terdengar ugutan tu terus merungkai pelukannya macam mana dia boleh lupa yang tadi dia memang online sykpe bersama Fika dan komputer ribanya mengadap mereka berdua ketika dia bangun mendekati Fhyka Arissa.

Fhyka Arissa ternyata tunduk memandang lantai, kembali mendongak melihat Zafril Zafuan yang tersengih memandang komputer ribanya. Bulat mata Fhyka Arissa melihat adiknya melambai-lambai tangan di skrin komputer riba Zafril Zafuan. Di pandang Zafril Zafuan yang sedang mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Adikkkk…..!!”

“Hahaha….betul tak kata adik dulu yang tunang kakak ini pemalu kena ada adik tengok baru dia ada berani. Tengok akhirnya dia dah luahkan jugak. Sekarang macam mana kakak puashati?” soal Fika Farisya.

 “Fika….kau ini…”Zafril cuba memotong tapi tidak berjaya. ‘Petah betul minah yang sorang ini kalau dah keluarkan suara langsung tak ada chance dia nak menyampuk’ gerutu hati Zafril Zafuan.

“Kau tak payah nak kutuk aku dalam hati kau Zaf. Semua yang kau fikir kat otak kau tu aku dan scan dah. Elehh nak malu konon tadi muka macam nak nangis je aku tengok masa kak Rissa letak cincin kat atas meja.” Sakat Fika Farisya.

“Okeylah Zaf..Kak Rissa adik ngantuk dah puas dah tegok wayang sebabak tadi. Adik bahagia sekarang. Take care youself Kak, I love you.Gone miss you kak.

“Kau, Zaf jangan lebih-lebih pegang anak dara orang tu baru tunang je belum jadi bini lagi. Ingat tu, kalau aku tahu dari mata-mata gelap aku kat sana kau buat macam-macam kat kakak aku siap kau !"sambil matanya dibesarkan.



“Kau ini Fika tak kan aku nak buat benda-benda yang tak elok mahu kena rotan aku dengan ibu aku nanti, kau bukan tak tahu ibu aku kalau dah garang hantu dia keluar mahu satu kampung aku dia kejar.” seloroh Zafril Zafuan.
 

“Dah lah, Kak Rissa, Zaf.. aku nak offline sykpe. Kirim salam buluh perindu aku kat semua orang yang aku sayang.Assaa….” belum sempat Fika Farisya memberi salam Zafril Zafuan memotong.

“Megat Ammar Syah Megat Ilman pun nak aku sampaikan jugak ke salam kau tu?’Zafril Zafuan mengaduh sakit di perutnya akibat Arissa menyiku perutnya.

“Aduh! Sakitlah Rissa.”

Hmmmm… Assalamualaikum semua.” Terus hilang wajah Fika Farisya di web.cem,setelah memberi salam.

“Fikaaaaa…..” tegah Zafril Zafuan. Dia hampa. Dia salah terlanjur menyebut nama Megat Ammar tadi. ‘Adoii! Apa aku dah buat ini? Mati aku? Mesti Fika terasa hati sekarang?’

Fhyka Arissa yang melihat wajah risau tunangnya,dia tahu Zafril Zafuan tiada niat hendak menyebut nama ‘sepupunya’.

“Zaf…you jangan risau.Adik I tu ‘wanita besi’ you mesti kenal dia kan?”

Zafril Zafuan mengangguk perlahan.

Mereka diam sambil memandang skrin komputer riba. Fhyka Arissa tahu yang Zafril rasa bersalah kerana terlanjur menyebut nama ‘Ammar’, dia cuba bersuara untuk mengembalikan suasana yang sunyi di antara mereka.

Hmmmm…Zaf, I like to treat you to dinner tonight, is it okay?” Fhyka Arissa memberanikan dirinya, tidak di sangka di boleh mengajak Zafril begitu. Ini sudah terbalik ini.

Terkejut Zafril dengan soalan yang dilontarkan oleh Fhyka Arissa. Arissa mengajak dia makan malam? Biar betul? Ini dah terbalik ini,patutnya dia yang mengajak dan melontarkan soalan itu pada Arissa.
  
            “You free tak  malam ini? Atau you nak I minta izin kat ibu you dulu?” seloroh Arissa menjongketkan keningnya.

Zafril cuba menyembunyikan senyumnya, sah tunangnya dah di ajar oleh Fika. Bagaimana mahu buat dia tersenyum kembali.

Hmmm..I kena tengok dululah macam mana.”selamba Zafril menjawab. Jelas mata Arissa membulat melihat dia.

“You nak tengok apa?” soal Arissa.

Err..I janji nak pergi makan malam dengan seseorang tadi.”

You nak makan malam dengan siapa? Kenapa I tak tahu pun.”

 Zafril masih mahu melihat sejauh mana cemburu tunangnya. Orang kata kalau cemburu tu tanda sayang.
“Hmm…I nak makan malam dengan puteriii….” belum sempat Zafril menyebut nama empunya diri,Fhyka Arissa sudah angkat kaki dari situ.Di kejar Fhyka Arissa, nasib baik dapat menyambar pergelangan tangan Fhyka Arissa.Dia tahu dia dah tersalah waktu menduga Fhyka Arissa.Di lihat Fhyka Arissa hanya menunduk ke lantai.Fhyka Arissa cuba meleraikan pegangan Zafril di lengannya tapi pegangan Zafril ternyata kemas dan erat.

Let me go, Zaf..”perlahan nada suara Fhyka Arissa meminta Zafril melepaskanya pergi.

“Rissa, please look at me..”perlahan suara Zafril tapi masih boleh di dengar oleh  Fhyka Arissa.

“Rissa please look at me…I just want to look in your eyes and tell you I love you so much dear, Puteri Fhyka Arissa.You are my queen.” Bisikan yang begitu lembut di tepi telinganya. Terasa seram sejuk tubuh Arissa ketika ini bila bisikan yang terlontar sebentar tadi, masih terasa lagi nafas Zafril.Dagunya diangkat.

Please believe that I love you. So you want to eat dinner with me tonight, queen of my heart?”Zafril pula menjongketkan keningnya.

         “I’m sorry buat you cemburu, sekarang baru I tahu you sayang dan cinta.” tambah Zafril sambil tersenyum. Fhyka Arissa hanya mengangguk kepalanya.Di malu.

             “Okey…you balik dulu nanti pukul 8 malam I ambik you kat rumah.”

               “Hmmm…..”sambil tersenyum.



BERSAMBUNG.... :D

1 comment: