Followers

Wednesday 24 April 2013

CINTA SI CLEANER BAB 11

OLEH : LELA VANILA


Tengku Danial duduk termenung diluar taman rumahnya.Keluahan berat terbit dibibirnya.Hampir sebulan Farisya bermasam muka dengannya.Tiada lagi gurau senda diantara mereka.Dia hampir berputus asa dengan sikap Farisya yang keras kepala.Pelbagai cara telah dia lakukan untuk meminta maaf pada gadis kecil ini tetapi segala usahanya gagal.Ingat lagi dia pada tiga minggu yang lepas.Bunga yang  telah diberikan kepada Farisya telah bertukar tangan dengan Maisara.Dia ternampak bunga pemberiaannya berada didalam pegangan Maisara ketika mahu pulang dari tempat kerja.Kecewa hatinya kerana pemberiaannya tidak diterima malah diberikan pula kepada orang lain.Terasa segala usahanya sia-sia.Badannya disandarkan.Rambutnya pula dikuak kebelakang.

“Bang..Are you okey?”

Bahu Tengku Danial ditepuk lembut dari arah belakang.Tengku Danial menoleh sekilas sebelum menyambung melihat kolam ikan dimana tempat dia dan Farisya mula bermasam muka.Dia tahu tindakannya salah.Tapi dia tidak menyangka Farisya akan membesar-besarkan hal yang sekecil ini.Betul-betul kebudakkan.Yer!Dia harus sedar yang Farisya masih berusia 19 tahun dan masih berfikiran kebudak-budakkan.Tengku Danial menekup mukanya sekejap sebelum mengeluh kecil.Tengku Balqis yang berdiri disisinya memandang pelik.Keningya bercantum sebelum mengambil tempat disebelah abangnya.

“Kenapa dengan abang Danny ni?Nampak kusut jek”

Tengku Danial hanya menggeleng.Tengku Balqis memeluk tubuhnya sebelum menyandarkan tubuhnya kebelakang.Kepalanya diangkat memandang langit yang gelap tanpa sebarang bintang.

“Adik Qis tahu abang dengan abang?”

Tengku Balqis tersenyum sebaris sebelum memandang abangnya yang masih termenung.

“Abang mesti tengah kusut pasal budak umur 19 tahun tu kan.”Duga Tengku Balqis menyentakkan Tengku Danial.Pantas dia menoleh memandang adiknya.

“Macam mana Qis..”

“Mestilah!Qis ni kan pandai.Mestilah tahu segalanya.Macam abang tak kenal adik abang ni”

Tengku Balqis menepuk dadanya.Bangga.Tengku Danial ketawa kecil sebelum mengosok kasar rambut adiknya yang panjangnya paras bahu.Tengku Balqis mendengus.

“Teruklah abang ni..Habis rosak rambut orang tau”Marah Tengku Balqis.Dia menarik-narik rambutnya dengan mengunakan hujung jari.Tapi didalamnya terselit tawa.

Tidak sangka abangnya yang sudah berpuluh tahun kecewa akhirnya kalah dengan gadis yang baru sahaja nak mengenal dunia.Macam mana agaknya gadis itu sehinggakan berjaya membuat hidup abangnya kucar-kacir sehingga macam ini.Tahulah budak tu nanti dia kerjakan.Hatinya ketawa girang.Suka hatinya melihat perubahan abangnya yang amat ketara.Tengku Balqis memandang abangnya yang masih tersenyum lebar.Mungkin dia sedar yang dia telah terperangap dengan adiknya sendiri.Dia sedar dia tidak dapat sembunyikan apa sahaja daripada pengetahuan adiknya seorang ini.

“Beruntung budak tu kan..”ujar Tengku Balqis memecah hening diantara mereka.Tengku Danial menggeleng.Senyuman yang dilemparkan kembali tawar.

“Tidak Balqis.Kamu dah salah faham”Tengku Danial cuba menidakkan kata-kata adiknya.Dia merenung lantai.Wajahnya kembali muram.

“Apa yang Balqis salah fahamnya abang?Sudah terang lagi bersuluh yang abang sudah mula sukakan budak itu kan”Tengku Balqis sudah mula meninggikan sedikit suaranya.Dia tahu didalam hati abangnya masih ada lagi luka dahulu.Tetapi dia tidak mahu abangnya masih tergelam didalam kisah yang lalu.Dia akan pastikan abangnya kembali dengan hidup baru.

“Abang tak mungkin akan suka budak seperti dia tu.Hidup kita dengan hidupnya berbeza Balqis.Kita tidak setaraf”

Tengku Balqis berdesis.Taraf!Apa ada dengan semua itu.Keluarganya terlalu memikirkan tentang status mereka yang tinggi itu.Tidakkah mereka sedar itu semua hanyalah sementara.Tengku Balqis tersenyum sengget sebelum bersila diatas kerusi.

“Tidak setaraf abang kata!Semua itu tidak penting abang.”Tengku Balqis meluahkan ketiak puasa hatinya.Wajah abangnya dipegang.Mata mereka bertentangan.

“Balqis tak akan faham”

Tengku Danial menarik tangan Tengku Balqis yang memegang wajahnya.Tengku Balqis mencebik.

“Abang nak tahu tak benda apa yang paling berharga dalam dunia ni?” Wajah Tengku Danial dipandang.

“Tak tahu.”Tengku Danial mengangkat bahunya sambil mengeleng.

“Cinta!”

“Kenapa?”Dahi Tengku Danial berkerut.Kenapa Cinta?Baginya cinta itu tiada harga.Mudah dijual beli.Terlalu murah.Dia memangku dagunya diatas peha sambil matanya masih memandang adiknya.

“Sebab macam mana pun kita kaya.Duit berbillion-billion tetap kita tak mampu membeli cinta itu.Abang percaya tak?”

Tengku Danial menggeleng lagi.

“Sebab cinta itu bagaikan satu permata yang cantik.Dia terlalu indah dan bernilai sekali.Mungkin pada pandangan kita cinta itu tiada harga.Tapi zahirnya kalau abang nak tahu.Cinta itulah benda yang paling mahal sekali.Orang yang betul-betul bertuah sahaja yang mampu memilikinya.Jadi abang,jika kita telah diberikan cinta itu jangan sia-siakan.Faham!”Tengku Balqis menepuk bahu abangnya.Keningnya diangkat.Tengku Danial mengangkat tangan adiknya yang berada diatas bahunya sambil diluahkan keluhan yang berat sekali.Dahi Tengku Balqis berkerut.Tidak faham dengan keluhan abangnya.

“Sayang sekali adik.Abang tak faham lagsung dengan kata-kata adik itu”

Kata-kata itu membuatkan Tengku Balqis hampir jatuh dari dudukannya.Bukan main panjang lebar dia membebel dengan abangnya.Satu pun dia tidak faham.Teruk betul.Tengku Balqis memeluk tubuh.Dia memegang dagu abangnya lalu didonggakkan keatas.Dia turut memandang kelanggit.Tengku Danial hanya menurut.

“Abang nampak tak langgit tu?”

“Nampak”

“Kalau abang nak tahu apa yang sedang berada didalam hati abang sama seperti apa yang berada diatas langgit itu sekarang”

Tengku Danial menjatuhkan pandangannya kebawah.Matanya merenung Tengku Balqis dalam.Kali ini kata adiknya seperti menusuk terus kehatinya.

“Adik tahu.Sekarang hati abang kosong.Yang ada hanyalah kegelapan dan adik percaya suatu hari nanti hati abang akan bersinar selepas hadirnya sinaran bintang yang satu ini.Dia akan bersinar gemerlapan dan akan menyinari hidup abang buat selama-lamanya.Adik percaya itu!”Sambung Tengku Balqis lagi sambil tangannya dinaikkan keatas sambil menunjuk satu bintang yang bersinar tapi jaraknya jauh sekali.Tengku Danial mendonggak kembali.Sebaris senyuman terbit dibirnya yang merah jambu.Sedikit sebanyak kata-kata adiknya telah menyedarkannya.Dia tahu adiknya telah melakukan pelbagai cara untuk membahagiakan dirinya.Dia amat berterima kasih.Adiknya ditarik kesisi.Bahunya dipeluk.Tengku Balqis menyandarkan kepalanya.

“Adik sayang abang.Adik tidak mahu hidup abang berterusan menderita”ujar Tengku Balqis lembut.Tengku Danial tersenyum sebelum mengucup kepala adiknya.

“Abang pun sayang adik.Terima kasih”Kepala Tengku Balqis diusap lembut.Mereka kembali menyambung melihat langit yang kegelapan dan hanya disinari cahaya bulan yang kelam.

                                                ****************************
Farisya menjenggahkan kepalanya melihat Tengku Danial yang berada didalam pejabat bersama seorang gadis yang cantik paras rupanya.Tubuhnya yang ramping dan tinggi menampakkan lagi kecantikkannya.Gadis itu kelihatan sempoi  kerana mengenakan seluar Jeans panjang dan T-shirt lengan pendek,rambutnya yang panjang lurus dilepaskan.Nampak biasa tetapi masih kelihatan bergaya.Farisya seakan-akan kagum dengan cara permakaian gadis tersebut.Cantik!Desisnya.

“Siapa agaknya perempuan tu.Kekasih dia agaknya.Untunglah Tengku Danial dapat kekasih cantik macam tu.Dia pun kacak.Tiada pelik pun”Ujar Farisya perlahan.Kedengaran suaranya sedikit sayu.Cemburu.Dia menggeleng.

“Eishh..Yang aku sibuk sanggat ni apasal.Biarlah kalau perempuan itu awek dia ke.Eii..Sibuk!Sibuk!”

Farisya mengetuk kepalanya dengan sebatang pen yang berada ditangannya.Kepalanya dijenggahkan lagi.Kelihatan Tengku Danial sedang berbual rancak dengan wanita tersebut dengan gelak tawanya membuatkan Farisya semakin cemburu.Dia mencebik.

‘Macam aku heran’Desisnya.Matanya ditumpukan pada kertas yang berada diatas mejanya tetapi tumpuannya pada kerja hanya seketika.Minat untuk melihat kemesraan Tengku Danial lebih menariknya.Dia mengeluh.Tidak tahu kenapa dengan dirinya hari ini.Perasaan cemburu seperti membuak-buak dihatinya.Dia melabuhkan kepalanya diatas meja.Pen yang berada ditangannya digerakkan kekiri dan kekanan.

“Hoi!Termenung”Sergah seseorang dari arah belakang menyebabkan Pen yang dipegang Farisya terpelanting kedepan.Kedengaran Maisara sudah ketawa mengekek melihat tindakan Farisya yang mendadak itu.Dia tahu Farisya memang gadis yang mudah terkejut.Apa yang dipegangnya pasti akan dibaling jika terkejut.Betul-betul kelakar.Dengan mukanya lagi.Dah serupa beruk maklumlah terkejut beruk.Maisara menekan-nekan perutnya geli hati melihat muka Farisya yang sudah mencuka.

“Kau memang nak kena dengan aku kan”Farisya menjengkilkan biji matanya.Pantas tangannya mencubit pingang Maisara.Mengerang kesakitan dia dibuatnya.

“Sakitlah Risya”Ngaduh Maisara manja.Dia tersenyum manis sebelum menjenggahkan kepalanya melihat Tengku Danial dari arah luar melalui tingkap.

“Siapa tu?”Muncung dipanjangkan.Hanya jongketkan bahu yang membalas soalan Maisara.Farisya turut melihat tetapi hanya seketika.Menyampah pula dia rasa.Tengku Danial sudah tidak lagi mahu memujuknya seperti selalu.Mungkin dia sudah ada kekasih hati jadi tidak mahu kekasihnya berfikiran lain terhadapnya. 

“Wei ..Aku cakap dengan kau ni ,Boleh pula kau termenung”Bahu Farisya ditolak.Farisya mendonggak.

“Apa dia”

“Itu kekasih Tengku ke?”

Farisya mengeluh.

“Kau pergi tanya aku buat apa.Pergilah tanya Tengku sendiri.”Ujar Farisya geram.Ingat dia ni wartawan ke?

“Manalah tahu kalau kau tahu ke.Kau kan PA dia.”Sambung Maisara lagi.Dia tersenggih.Farisya mendengus.

“Aku PA dia dalam hal kerja bukan PA hal hidup dan mati dia”

Maisara mengatup mulutnya.Tangannya diangkat.

“Sorry”

“Dahlah pergi buat kerja kau.Yang kau pergi busy body dekat sini dah tak ada kerja ke”Marah Farisya geram.

Maisra mengaru kepalanya.

“Ada”jawabnya sepatah.

“Dah tu tak reti nak pergi buat.Aku mengadu dekat Bos baru tahu”Ugut Farisya.Maisara mencebik.

“Amboi..Mentang-mentang PA bos nak main ugut-ugut dengan kita”’

“Dah tak payah nak buat ayat sedih dekat sini.Pergi!Pergi buat kerja tu”

Farisya menolak tubuh Maisara agar meninggalkannya sendirian dimeja kerjanya.Maisara menjelir.

“Berlagak”

Farisya ketawa kecil sambil mengeleng.Perangai Maisara ni kalau dilayan lama-lama boleh pusing kepala dia.Silap-silap masuk hospital.Farisya menyambung kerjanya.Dagunya ditongkat.Dinding yang berada didepannya ditenung.Lama.Sehinggakan tidak perasan ada orang sedang berdiri didepannya.

“Assalammualaikum.Hello!Miss..”Tangan dilambai-lambai didepan muka Farisya.Tiada respon.

‘Tidur ke apa budak ni?Tapi mata terbuka’ujarnya.Kepala digaru.Farisya yang memangku dagu dipandang pelik.

“Cik!Hello Cik!”Panggilnya lagi.Jarinya dipetik.Tetap tiada tindak balas.Tengku Balqis yang berang panggilannya tidak disambut sudah bercekak pinggang.

“Hoi!Cik pekak ke?..”Sergahanya menyebabkan Farisya jatuh terhentak.Kepalanya yang terhentak kecil digosok.

“Aduh!Sakitnya”Farisya mengadu.

“Apasallah orang asyik nak terkejutkan aku jek dari tadi.Tak reti-reti agaknya nak beri salam dekat aku.Sakit hati betullah”Ngadu Farisya yang masih tidak sedar ada orang yang sedang berdiri didepan mejanya.Dia kembali menyambung kerjanya tanpa mendonggakkan kepalanya.Manusia yang berdiri didepan mejanya seakan-akan patung cendana yang diangap tidak wujud pada Farisya.

Tengku Balqis sudah memeluk tubuhnya.Farisya yang baru menyambung kerjanya terasa seperti ada sepasang sedang merenungnya.Kedengaran satu suara sedang berdehem kuat.Pantas Farisya mengankat pandangannya.

“Alamak!”

Farisya terlopong.Terkejut beruk dia dengan kehadiran manusia yang sedang berdiri  didepannya.

‘Bukan ke ni perempuan yang berada dia dalam bilik Tengku Danial tadi?’Bisik hati Farisya.Dia kalut.

“Ye!Boleh saya tolong.”Pantas Farisya berdiri tegak.Tengku Balqis dipandang.

“Awak Farisya kan”

Farisya mengeleng sebelum menganggukan kepalanya.

“Mana satu ni.Ya ke tidak?”Soal perempuan itu serius.Farisya mengangguk.

“Ya Puan,Eh!Cik”Farisya mengelabah.

“Jom ikut saya”Tangan Farisya ditarik agar mengikut langkahnya.

“Eh!Eh!Kita nak pergi mana ni Cik.Cik ni siapa?”Farisya menarik kembali tangannya.

“Awak ikut dulu nanti saya bagi tahu”Tangannya kembali memaut pergelangan Farisya.Farisya menarik kembali.

“Tapi saya tak kenal Cik”Ujarnya lagi.

Tangan Farisya dilepaskan.Tengku Balqis mencekak pingangnya.

“Awak tak perlu risau saya dah cakap dengan Bos awak yang saya nak pinjam awak sekejap.”Tutur Tengku Balqis perlahan.Kening Farisya bercantum.

“Pinjam saya tapi kenapa?”

“Awak ni banyak soal pula.Sudahlah jom ikut saya”Tangan Farisya terus ditarik.Farisya yang temanggu hanya menurut.Kemana agaknya wanita ini ingin membawanya.Farisya pelik.Maisara yang terkejut Farisya dibawa Tengku Balqis menjongketkan keningnya.Farisya mengeleng sambil tangannya diangkat sebelah.

“Aku tak tahu”bisiknya sebelum berlalu.

                                    ****************************
“Apa ni Tengku Balqis.Saya tak naklah pakai baju macam ni”Farisya menolak baju yang diberikan Tengku Balqis.Dia memperkenalkan dirinya kepada Farisya semasa mereka berada dalam perjalanan menuju ke Butik Ternama.Terlopong Farisya apabila mendengar kata Tengku Balqis yang dia merupakan adik kepada Tengku Danial.Mati-mati dia ingat yang Tengku Balqis ini kekasih Tengku Danial.Nasib baik dia tidak mengumpat kalau tidak tak pasal-pasal dapat dosa free.Lebih-lebih lagi kalau dengan Maisara.Ada sahaja yang mahu diumpatkannya.

“Alah..Awak cubalah dulu.Lawa apa baju ni.Sesuai dengan awak.Ini jubahlah bukannya skirt”Ujar Tengku Balqis sambil menolak baju itu ketubuh Farisya.

“Tapi Tengku. Baju ni tak sesuai dengan saya.Baju ni terlalu cantik.”Farisya menolak kembali.Tengku Balqis mendengus.

“Kalau saya cakap cuba, awak cuba sajalah”Tengku Balqis menolak Farisya masuk kedalam bilik persalinan.Farisya cuba mengelak tetapi arahan Tengku Balqis tidak dapat dibantahnya.Wajahnya yang sudah berubah seruis mematikan hajatnya untuk membatah.Akhirnya diturutkan sahaja.

‘Aduh.Adik dengan abang sama saja.Kuat membuli orang.’Desis Farisya didalam biliknya.Baju jubah berwarna ungu pekat yang berada didalam pegangannya dipandang kecermin.Cantik!Satu senyuman manis terukir dibibir tatkala baju dipadankan ketubuhnya.

“Hah!Kan cantik tu”

Tengku Balqis tersenyum lebar melihat Farisya yang keluar dari bilik persalinan.Dia berdiri dan menuju kearah Farisya yang menunduk.Tidak selesa mengenakan pakaian tersebut.Sekejap-kejap ditarik baju tersebut yang sengget.

“Emm..Nice.”Tengku Balqis memegang dagunya sambil memusingkan tubuh Farisya kekiri dan kekanan.

“Okey saya ambil baju ni.”Ujar Tengku Balqis kepada pekerja butik tersebut.Pekerja itu hanya mengangguk.

“Dah jom!” Tangan Farisya ditarik menuju ke kaunter bayaran.Farisya ternganga.Tak akanlah dia nak kena pakai baju ni.

“Tengku saya tak tukar lagi baju ni”Farisya menarik tangan Maisara yang sudah bergerak menuju kepintu keluar.Tengku Balqis menoleh.Satu senyuman manis dihadiahkannya.

“Tak perlu.Sekarang saya nak awak pakai saja baju ni terus.Sebab saya nak bawa awak pergi kesuatu tempat”Balas Tengku Balqis sebelum keluar dari Butik tersebut.Farisya mengaru kepalanya.

“Apa benda semua ni”Keluh Farisya sebelum menurut langkah Tengku Balqis yang sudah berada didalam perut kereta.

“Kita nak pergi mana pula lepas ni Tengku Balqis?”Soal Farisya selepas masuk kedalam perut kereta.Tengku Balqis mengetuk bibirnya dengan jari telunjuknya sebelum dihala kecermin depan pemandu.

“Kita nak pergi salon pula.Saya nak mereka tolong solekkan awak.Lepas itu kita nak pergi kedai kasut untuk cari kasut yang sesuai dengan baju awak.Dan selepas itu saya nak awak teman saya pergi kesatu majlis hari jadi kawan lama saya.Okey!”

“Apa?” Terjerit kecil Farisya.Terkejut beruk dia mendengar kata-kata Tengku Balqis.Sudahlah dia tidak memberitahu ibunya yang dia balik lambat.Ini kena pula ikut adik majikannya kesemua majlis.Sudahlah Majlis anak orang kaya.Matilah dia lepas ni.Wajah Farisya pucat.

“Dah kenapa?”Pelik Tengku Balqis melihat wajah Farisya yang tiba-tiba berubah.

“Tengku,Saya tak boleh ikut Tengku.Nanti ibu saya marah”Luah Farisya sedikit bergetar.Takut Tengku Balqis melenting tiba-tiba dan mungkin juga dia takut diserang ibunya selepas ini.Farisya mengetap bibirnya.Harap-harap Tengku Balqis faham situasinya.Kelihatan Tengku Balqis hanya tersenyum sebelum menyuruh pemandunya meneruskan perjalanan.Farisya mengeluh.

“Dont worry.Saya dah suruh abang saya telefon keluarga awak cakap yang awak akan balik lambat hari ini kerana ada urusan kerja.Jadi jangan risau okey.”Bahu Farisya dipegang.Farisya tersenyum kelat.Air liur ditelan kelat.Nak tak nak kenalah juga dia menurut.Memang dah nasib dia.

                                    ****************************
“Jom Farisya masuk!”

Tengku Balqis mempelawa Farisya agar menurutnya masuk kedalam rumah sebuah Banglo Empat tingkat.Farisya hanya berdiri kaku disebelah keretanya.Farisya mengeleng.

“Tak lah Tengku.Saya tak biasa dengan tempat-tempat macam ni”

“Tak payahlah awak risau.Saya bukan mengajak awak pergi kelab kea pa.Saya ajak awak pergi Party Birthday kawan saya aje.”Balas Tengku Balqis sambil menarik tangan Farisya.Farisya mengikut dari arah berlakang sahaja.Takut dia dengan situasi sekarang.Permakaian Tengku Balqis juga sudah berubah.Dia memakai Skirt paras peha dan kasut tumit tinggi tiga inci.Farisya memandang kasutnya pula.Nasib baik satu inci sahaja.Kalau tidak mahu patah kaki dia.

Tengku Danial menuju kebelakang rumah Banglo tersebut.Kelihatan ramai tetamu sedang berbual dan menjamu selera berdekatan kolam renang.Tengku Balqis melambaikan tangannya kesalah satu kumpulan gadis yang sedang seronok bergelak ketawa.Farisya hanya memerhati dari jauh.Takut dia mahu mengikuti langkah Tengku Balqis memandangkan tiada seorang pun yang dia kenali.

Farisya melilaukan pandangannya melihat setiap sudut.Ini kali kedua dia kagum melihat rumah agam yang bergitu besar selain rumah Nenda.Tiba-tiba mata Farisya tertacap pada sekunjur tubuh lelaki yang berdiri betul-betul bertentangan dengannya.Lelaki itu sedang menyandarkan tubuhnya disebalik tiang yang ada disitu.Lelaki itu memandangnya dari bawah keatas.Wajah Farisya berubah pucat lesi.Terkejut dengan kehadiran manusia tersebut.

“Tengku Danial!”Jerit Farisya kecil sambil tangannya menunding kearah Tengku Danial yang segak berpakaian kemeja berwarna ungu cair dan tangannya diseluk kedalam kocek.Sesiapa yang melihatnya pasti akan bergetar jantung.Farisya memegang jantungnya pula.

‘Kenapa dengan aku ni’

Tengku Danial tersenyum sebaris sambil memerhati Farisya dari jauh.Dia turut terkejut melihat perubahan Farisya yang bergitu lain sekali.Adiknya memang bijak.Tengku Danial mengorak langkahnya menuju kearah Farisya yang diam terkaku.

“Alamak!Dia menuju kesini lah.Habislah aku lepas ni”

Farisya sudah beragak-agak mahu melepaskan dirinya.Tetapi Tengku Danial lebih pantas darinya.Pergelangan tangannya dipegang.Farisya tergamam.Tengku Balqis hanya memerhati dari jauh.Tidak mahu mengacau daun.Senyuman senang terbit dibibirnya.


BERSAMBUNG... :D

P/s:Okey!Cukup sampai disini sahaja.Hehe.Maaf kalau lambat terbitkan sambungan CSC.Banyak benda yang nak dilakukan.heee..Hope enjoying.Maaf kalau ada kekurangan.Komenlah sikit yekk.Bagi idea pun boleh.Saya terima dengan hati terbuka. ::PEACE::
 

3 comments:

  1. lama nya nak tunggu entry baru..apa2 pun thanks for this entry...suka sgt..jatuh cinta dgn kisah cool n giler farisya...ala2 gadis brutal...hehe

    ReplyDelete
  2. ALAMAK JANGAN LAMA SANGAT YA.

    ReplyDelete