Followers

Wednesday 11 September 2013

GAY ITU SUAMI AKU? BAB 1 & 2






BAB 1 (Oleh Mia Kiff)


Aminuddin mengelengkan kepalanya. Kesal dengan sikap Budin, anak muda kampungnya yang kurang ajar dan tidak menghormati orang tua sepertinya. Inginkan anaknya, tapi memintanya secara paksa dan tidak beradab. Mentang-mentang dia lumpuh dan dia pula orang susah, maruahnya bagaikan dipijak-pijak sahaja. 

“Budin, pakcik minta maaf. Pakcik tak dapat tunaikan permintaan kamu tu. Dania masih muda lagi. Belum sesuai nak jadi isteri orang. Kamu carilah perempuan lain yang lebih layak untuk kamu.” Aminuddin menerangkan dengan baik-baik agar  Budin mengerti.

 Hari ini lelaki itu datang lagi ke rumahnya bertanya akan hajatnya ingin memperisterikan Dania. Budin tersenyum sinis. Hatinya mula panas. Sudah masuk lima kali lamarannya ditolak. Tapi, disebabkan dia memang muka tidak tahu malu, dia kembali semula menyatakan hajatnya. Susah betul orang tua ini memberi persetujuan. 

“Apa masalahnya pakcik kalau Dania tu muda? Dia pandai masak, rajin cari duit. Kerja-kerja rumah semua dia pandai. Pakcik jangan nak kedekut anak pakcik tu sangat sementara masih ada orang hensem macam saya ni, teringinkan anak pakcik tu. Saya ni, dah tak boleh tahan perasaan. Siang malam berangankan Dania tu. Saya tak mahu Dania tu terlepas ke tangan orang lain. Pakcik tak kan jumpa dah, lelaki yang jujur mencintai anak pakcik macam saya ni. Demi cinta ini, saya sanggup berkuak lentang meredah lautan api. Pakcik nak yang macam mana lagi? Dok tunggu apa lagi?” Budin mula menengking, tidak berpuas hati.

 Aminuddin habis ayat. Budin tidak pernah faham bahasa. Masakan dia mahu menyerahkan anaknya pada lelaki yang tiada masa depan seperti Budin? Menganggur, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dan melepak sana sini. Dengar kata Budin juga mencuri dan melakukan jenayah pecah rumah. Cuma polis belum cukup bukti untuk memberkasnya. 

“Budin, pakcik minta maaf. Pakcik kalau boleh nak Dania sambung belajar lagi. Capai cita-cita dia dulu,” Budin merenung tajam. ‘Orang tua ni kan bagus kalau dia mampus saja dengan bini dia dulu, senang aku nak dapatkan Dania. Tak sedar diri itu cacat, tak boleh berjalan, menyusahkan orang saja.’ Maki Budin dalam hati. 

“Baiklah. Untuk hari ni, saya cuba faham. Tapi kalau esok saya tak tahan perasaan saya, saya datang lagi. Apa-apapun pakcik ingat. Dania hanya milik saya. Jangan sesekali pakcik, beri dia pada lelaki lain. Okey, saya akan tunggu Dania. Saya akan tunggu sampai dapat. Ingat pakcik, Dania hak saya. Milik saya. Kalau saya tak dapat dia, saya akan pastikan tiada seorang pun, yang akan dapat dia. Faham?” Ugut Budin kemudian berlalu.

 Aminuddin mengelengkan kepalanya. Dia tetap bimbang akan keselamatan anak gadisnya. Budin bukan calang-calang orang. Buat jahat sudah menjadi rutin dalam hidupnya. Dia hanya mampu berdoa, agar Allah jauhkan dia dan Dania dari musibah dan dengki khianat manusia. Sinar mentari mula memancar di ufuk timur, kedinginan pagi kian menghilang. 

Khaliff menghirup udara segar di Kampung Seri Menanti yang terletak dipinggir pantai yang indah. Sungguh indah dan permai suasana di desa berbanding kesibukan kota yang dinodai dek pencemaran-pencemaran alam. Kedatangannya ke sini ingin melawat tapak projek pembinaan resort oleh syarikatnya di sini. Alhamdullilah segala-galanya berjalan dengan lancar. Hampir 50% kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. 

"Assalamualaikum En. Khaliff! Awal pagi ni?" Laung Pak Samad, pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk tapak projek ini. 

"Waalaikumussalam. Tak adalah awal, dah pukul 8.30 pun. Pak Samad bertugas shiff pagi ke minggu ni?"Soal Khaliff dengan ramah. "Ahah, Pak Samad shiff pagi. Malamnya Sameon dengan Ismail yang bertugas. Er, En. Khaliff ni.....Pak Samad ada belikan nasi lemak lebih. Kita sarapan sama-sama. Air pun Pak Samad beli lebih ni." Pelawa Pak Samad dengan mesra.

 "Ishh, buat susah-susah je." 

"Apa pulak, selalunya En. Khaliff belanja Pak Samad makan, hari ni Pak Samad belanja En. Khaliff pula. Kalau En. Khaliff nak tau, nasi lemak ni adalah nasi lemak yang paling sedap dan popular kat kampung ni. Tiap-tiap hari memang laris macam goreng pisang! Rugi kalau tak cuba!" Begitu bersungguh-sungguh nampaknya Pak Samad mempelawa Khaliff. 

Khaliff tergelak kecil dan mengangguk. 

"Hmm, kalau dah begini gayanya saya mesti makan juga ni!" Khaliff duduk dibangku bersebelah Pak Samad. Nasi lemak daun pisang dibuka dan dihidangkan di hadapannya. Aromanya yang begitu wangi membangkitkan selera. Khaliff menyuapkan nasi itu, semulut...dua mulut....tiga mulut. Ya Allah, sedapnya tidak terkata. Siapakah gerangan makcik yang memasak nasi lemak sesedap ini? Seumur hidup Khaliff, rasanya ini kali pertama dia makan nasi lemak yang paling sedap. 

"Sedapnya Pak Samad. Dah habis sebungkus saya bedal!" Puji Khaliff dengan penuh terujanya. Pak Samad tergelak kecil lalu menghulurkan sebungkus lagi nasi. 

"Aik, banyak beli?"Soal Khaliff. 

"Pak Samad kalau beli nasi lemak ni, memang beli lebih sebab tak pernah cukup. Dah dua hari Pak Samad tak makan nasi lemak ni, sebab gerainya tutup. Tak senang duduk Pak Samad dibuatnya." Beritahu Pak Samad pula.

 "Ohh, kat mana gerainya? Siapa yang menjualnya?" 

"Dania. Dia jual kat depan rumah dia, nun di simpang sana." Cerita Pak Samad. 

"Sedap betul makcik ni buat. Jatuh cinta saya dengan masakannya Pak Samad!" Pak Samad ketawa mendengarnya. 

"En. Khaliff ni, Dania tu bukan makcik, budak lagi. Umurnya baru 19 tahun, tengah tunggu keputusan STPM. Dia yang masak nasi lemak ni." Cerita Pak Samad. Khaliff menepuk dahi. 

"Lah, ye ke? Manalah saya tahu. Iyalah, susah nak cari anak dara zaman sekarang ni yang pandai masak macam ni. Rajin betul budaknya ya?" Puji Khaliff yang mula berminat untuk mengenali gadis ini. 

"Hmm, Dania tu memang bagus sungguh, terdidik budaknya. Tahun lepas, maknya meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Ayahnya selamat tapi lumpuh akibat kemalangan tu. Jadi, dia yang mengambil alih tugas ayahnya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak ni. Pandai mengaji budaknya, pelajar SPM terbaik sekolah. Tapi, dia tolak tawaran belajar kerana masalah kewangan. Sambung STPM pun dibiayai oleh gurunya. Kasihan dia." Cerita Pak Samad dengan penuh simpati.

 Khaliff menganggukkan kepalanya. Dalam hatinya bagaikan mengeluarkan perintah agar dia menemui gadis ini yang tiba-tiba bagaikan menarik minatnya biarpun tiada lagi pertemuan antara mereka.










 BAB 2

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dania mula membungkus nasi lemaknya sebelum para pembeli mula membanjiri gerai kecilnya ini. Kalau tidak, tak menang tangan dibuatnya. Seawal pukul 4.00 pagi, Dania akan bangun dari tidur untuk memasak nasi lemak dan lauk pauk seperti sambal udang, telur rebus, kerang masak lada, daging masak kicap dan sambal sotong. Setiap hari dia akan memasak 25 kg beras untuk menampung permintaan pelanggan. Selalunya dalam pukul 10.30 pagi, nasi lemaknya sudah habis di jual. Muncul Budin tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia memang suka menganggu Dania. Sudah menjadi hobi agaknya. Namun Dania tidak pernah melayan dia pun. Sombong tapi manis. 

“Samekom, morning darling…” ucap Budin. Dania terus membungkuskan nasi lemaknya tanpa mempedulikan lelaki itu. Budin bersandar di tiang lampu yang bersebelahan gerai kecil Dania itu. Wajah lembut Dania direnung dalam-dalam. “Amboi, senyumlah sikit. Serius je awek abang ni. Nanti rezeki susah nak masuk tau.” Mata Budin tertancap pula pada Hayati, jiran sebelah rumah Dania yang sedang melangkah menuju ke sini. Bulat matanya melihat solekan tebal di wajah gadis itu. 

“Mak aih, dari mana pula datangnya opera cina sesat ni? Tertinggal bas nak pergi show ke? Lah, kau rupanya Yati. Hahahahaha, mati-mati aku ingatkan pelakon opera cina tadi. Apa kes pagi-pagi buta pakai bedak lima kilo ni? Lori tepung tumpah atas kau ke? ” Tegur Budin dengan celupar dan gelak ketawanya.

 Dania berpaling ke arah Hayati. Terkejut dia melihat wajah gadis itu diselaputi solekan tebal. Namun dia kembali fokus pada kerjanya. Pelanggan pula mula datang berkunjung. Biarlah Hayati dan Budin yang bertekak. Hayati menghampiri Dania yang sedang sibuk melayan pelanggannya. Budin dipandang tajam dan dijeling. 

“Kau ni Budin, mulut sedap je mengata orang. Yang kau tu, berdiri kat situ, tak ada bezanya pun dengan tiang. Aku ingatkan tadi, tiang TNB yang terbaru. Makin rampingnya kau sekarang. Ini mesti sebab hari-hari kau makan kayu kan? Iyalah, kau kan tak kerja. Mana ada duit, nak beli makan. Kau tak payahlah nak komplen sangatlah pasal aku. Aku tahulah aku nampak cantik dari biasa. Nak puji aku, puji jelah. Tak payah pusing sana-sini.” Balas Hayati yang bermulut sekapal laser dengan Budin.

 Budin tergelak mendengarnya. “Eh, kau jangan pandang aku sebelah mata tau. Kurus aku pun, aku tetap gagah macam Malek Noor, errr… punya sepupu. Kau ingat aku suka suki ke, nak duduk kat sini? Aku ni duta Nasi lemak Dania tau. Kau tengok, pelanggan Nia tak putus-putus dari tadi. Puncanya aku lah tu, jejaka paling hensem dalam kampung ni sedang posing macam model di sini. Itu yang jadi daya tarikan pelanggan di sini...” jawab Budin. 

Hayati pula tergelak. “Hahahaha, boleh jalanlah. Kau ni, kalau nak temberang pun, sikit-sikit sudahlah. Nampak bebenor menipu. Duta nasi lemak konon? Nak jadi duta seluar dalam kedai 1 barang, 1 ringgit pun tak lepas.” Hayati pula membalas. 

Dania menyampuk. “Korang ni, sudah-sudahlah gaduh. Aku tengah berniaga ni. Rimas lah, nak gaduh pergi lah tempat lain,” tegur Dania. 

Budin menjawabnya. “Tengok? Awek aku dah marah. Kau dah beli nasi lemak pergilah balik. Aku ni dah naik seram tengok muka kau tu. Dah macam, Pontianak Harum Sundal Pagi pulak aku nampak. Sibuk je kat sini. Orang nak bercinta pun, tak senang.” Hayati pula mencelah. “Aku datang sini nak tolong Dania. Bukan macam kau tu, menyakitkan mata orang. Nia boleh kan aku tolong kau? Hari ni je, tapi aku tak minta gaji pun. Aku dah banyak duit.” Cerita Hayati membuatkan Dania hairan mendengarnya.

 “Ish, apa kes tetiba je buang tabiat nak datang menolong aku ni? Selalunya kau tengah hari remang, kau baru bangun tidur. Biar betul kau ni? Tak payahlah susah-susah, aku okey je…” jawab Dania. 

Setiap hari, Dania akan menyimpan sebungkus nasi untuk kawannya itu kerana Hayati selalu bangun pada tengah hari. Hayati tersenyum sengih mendengarnya. “ Kau ni, jangan ingat aku ni, baik hati sangat nak menolong kau. Aku tolong kau hari ni, ada sebab lah. Kau tau tak, ayah aku cakap hari ni, tuan punya resort yang kat hujung kampung kita tu, nak datang beli Nasi Lemak kau. Semalam, punya dia puji masakan kau melambung tinggi. Kau tau tak Nia, orangnya hensem gila. Pakai kereta besar. Itu yang aku melawa sakan ni. Aku nak mengorat dia, sampai dapat.” Teruja sekali Hayati menuturkannya. 

Budin mencebik. Dania mengelengkan kepalanya. “Lah, sebab itu je? Macam-macamlah kau ni.” Ujar Dania. 

Budin mencelah. “Itu yang kau sampai terjun dalam tepung ni, kononnya nak jadi putih gebu macam snow white lah ya? Puncanya nak mengorat mamat Bandar tu je? Eleh, macamlah hebat sangat pun mamat tu. Berangan jelah Yati oi, aku takut nanti dia lari lintang-pukang je bila nampak muka kau. Dah serupa, hantu tepung dah aku tengok.” Sindir Budin. 

Hayati mengetap bibir tanda geram. “Hei Budin, kau blah lah dari sini. Menyibuk je, sekurang-kurangnya lelaki tu, berpuluh kali ganda lagi bagus dari kau. Calon suami yang aku cari-cari selama ni. Kau tu, asyik melepak je. Makan tidur, makan tidur. Kerja pun tak ada, sapa yang nak lelaki macam kau ni. Pejam mata je, aku tengok kau ni.” 

“Kau jangan pandang aku tak ada mata tau. Aku ni, dah ada kerjalah. Pergi kerja je, aku tak. Kau ingat aku ni tak berduit ke? Dalam bank melambak-lambak. Aku pun, kalau perempuan macam kau ni, bagi free kat aku pun, aku tak nak. Jenuh aku borong tepung selori tiap-tiap bulan untuk muka kau tu. Lainlah Dania, memang bakal isteri aku tak lama lagi tau…” balas Budin yang tidak jemu bertekak dengan Hayati. 

“Memanglah kat bank melambak duit. Tapi bukan duit engkau pun, duit orang lain. Ingat aku tak tau, kau tu mamat sengkek. Nia, lelaki macam ni kau nak buat laki? Kau tu rajin, jenuh menanggung lelaki pemalas macam ni,” Hayati pula membebel.

 Pertengkaran itu terhenti dengan tiba-tiba apabila sebuah kereta BMW 525i berhenti di hadapan gerai Nasi Lemak Dania. Turun seorang lelaki yang berkulit hitam manis memakai t shirt dan jeans biru gelap. Hairan Dania melihatnya. 

‘Siapa dia ni? Tak pernah aku nampak pun sebelum ni? Jangan-jangan…’ Hayati tersenyum gatal sambil menyiku lengan Dania. Dania menoleh. “Oh My God! Dia datang Nia…” maklum Hayati, teruja. Oh, tuan punya resort rupanya. 

Khaliff tersenyum mesra dan Dania turut membalasnya. Sebagai peniaga yang mesra pelanggan senyuman itu adalah penting untuk memikat pelanggan, bukan mengorat pelanggan ya? 

"Err, beli nasi lemak ke?"Soal Dania seperti biasa pada setiap pelanggannya.

 Hayati terus mencelah dengan ramahnya. “Beli Nasi Lemak abang. Kat sini kami menyediakan pelbagai lauk-pauk. Ada sambal bilis, sotong kering, kerang, udang petai, ikan keli bakar, tomyam campur….” Dania menyiku Hayati yang sudah merapu.

 “Ishh, kau ni bila masa aku jual ikan keli bakar dan tomyam campur pulak ni?” Bisik Dania pada Hayati. Hayati mengawal keterlanjurannya dengan tersengih. 

“Opss, maaf encik. Errr, encik boleh pilih ya, lauk mana yang encik nak. Saya akan bungkuskan.” Sopan Hayati menuturkannya. 

Budin hanya mengeleng melihatnya. Perempuan, kalau nampak lelaki berharta sikit, mulalah mengedik macam ayam kena cabut bulu. Terlentok sana sini. Tapi Dania lain, reaksinya biasa sahaja. Khaliff mengangguk faham dan memberi senyum pada Dania. 

"Awak ni, Dania kan?" Soal lelaki itu sambil matanya tepat menujah ke wajah Dania. Saling bertaut mata.

 "Ya, saya. Mana awak tahu nama saya?" Soal Dania. "Err, semalam saya ada makan nasi lemak awak. Pak Samad yang beli. So, hari ni saya datang beli sendiri. Sedap nasi lemak yang awak masak. Rasanya dalam hidup saya, ini pertama kali saya makan nasi lemak yang paling sedap." Puji Khaliff ikhlas.

 Merah padam muka Dania mendengarnya. Segan. ‘Aku yang mendengar pula terasa malu. Biasalah nasi lemak buatan aku memang sedap pun, tak payah puji pun tahu. Tapi tak payahlah memuji melampau sampai macam ni, over pula mamat ni!’ Hayati mencelah, “ Oh, pakcik Samad tu, ayah saya encik. Dania ni pula jiran saya. Selalu encik, saya tolong Nia ni memasak. Kami memasak sama-sama…hehehehe….memang pun, masakan kami sedap. Ramai dah yang memuji. Terima kasih encik, malunya saya macam ni….” Budin mencebik. 

Gedik! Dania sekadar membiarkan Hayati memainkan peranannya. "Err, encik nak berapa bungkus? Lauk apa?" Soal Dania. 

"Err, saya nak beli dalam 50 bungkus!" Dania terkejut mendengarnya. Terbuntang biji mata. Mak oi, 50 bungkus? First time dalam sejarah pembungkususan nasi lemak aku, ada seorang pelanggan yang membeli 50 bungkus sekaligus. "Be... be..betul ke ni encik nak beli 50 bungkus? Saya salah dengar ke?" Soal Dania tidak percaya. Terkebil-kebil matanya. 

Lelaki itu tergelak kecil. Lucu melihat reaksi Dania ini, sudah pastilah terkejut, sekali hendak membeli borong 50 bungkus sekaligus.

 "Iya lah, saya serius. 50 bungkus! Kalau tak percaya, ini depositnya, Rm 50!" Kata Khaliff lagi. Dania mengangguk faham dan percaya kata-kata lelaki itu. 

"Okey..okey...Saya bungkus sekarang. Lauk nak apa ya?"Soal Dania. "Bubuh je segala lauk yang ada."Maklum Khaliff. 

Dania mengangguk tanda memahami. Dia mula menjalankan proses mentapaukan nasi lemak daun pisangnya. Kalau tak cukup, terpaksa lah aku guna plastik pula. 

'Ishh, mamat ni asyik renung muka aku je, arghh jangan dok perasanlah Dania. Dia tu tengok nasi yang kau bungkus ni! Buat kerja kau cepat!' Desis hati Dania tatkala matanya dan mata lelaki itu bertaut. Budin yang perasan pandangan luar biasa lelaki itu pada Dania menahan bara cemburunya. Manakala Hayati, asyik merenung sahaja lelaki itu sambil tersengih.

 “Hei bro, apasal gua perhatikan lu dari tadi asyik usha awek gua? Lu jangan cuba nak tackle awek gua ya? Dania ni, gua dah tempah dari dia umur 2 minggu dalam kandungan mak dia tau? Kalau lu nak usha, lu usha opera cina sesat kat sebelah Dania tu, yang itu gua izinkan.” Budin mencelah.

 “ Abang Budin! Apa ni, cakap merepek? Cubalah bersopan sikit dengan orang luar. Maaf  ya encik, bagi pihak abang Budin,” lembut Dania mengawal situasi. 

Hayati pula menambah. “ Kau ni Budin, menyibuk betul lah. Cubalah beradap sopan sikit. Maaf ya abang, dia ni memang macam ni. Mulut peluru berpandu. Jangan ambil hati ya. Biasalah pagi-pagi ni, dia mamai lagi.” Kata Hayati tersengih.

 Lelaki itu mengangguk dan senyum. “Tak apa. Saya faham. Budin jangan salah sangka ya,” Lelaki itu mengalih pandang pada Budin dan tersenyum. Budin mengangguk dalam hati yang penuh prasangka. Tiba-tiba Budin teringat, keputusan 3D yang akan diumumkan pagi ini. Semoga nombor yang diramal akan berjaya. 

“Alamak, Nia. Abang Budin kena pergi ni. Ada meeting dengan klien pagi ni. Adui, macam mana abang boleh lupa? Okey, abang sambar sebungkus nasi ya? Nia tak payah bayar abang jadi duta Nasi Lemak Nia tau. Abang ikhlas…” Budin mengambil sebungkus nasi percuma seperti biasa. Dania tidak mampu melarangnya. Hayati menegur. “Kau ni Budin, itu je yang kau tau. Makan free. Orang berniaga lah.” Bebel Hayati.

 “Eh Yati, kau ni Nia pun tak bebel kat aku, kau pula sibuk nak bising-bising buat apa? Nia ni, memang baik hati. Suka bersedekah, lebih-lebih lagi aku ni, anak yatim piatu. Kami ni, sama-sama tak ada mak tau. Okey, sayang. Abang pergi dulu ya. Jangan risau, tak lama lagi kita kahwin. Sayang Nia! ” Jawab Budin tersenyum sengih lalu berlalu dari situ dengan tergesa-gesa. Dania mengelengkan kepalanya. Apapun, dia mengikhlaskan hati dan meniatkan sedekah. Khaliff terkedu mendengarnya. Dania anak yatim piatu dan emaknya telah meninggal dunia. Sama seperti dia juga. Hatinya rasa begitu tersentuh. Wajah Dania direnung kasihan. Gadis ini kelihatan begitu tabah menghadapi ranjau hidupnya. Dia begitu kagum. 

"Err, encik. Encik kena tunggu lama sikit tau. Sebab, saya tengah siapkan nasi lemak pelanggan tetap saya. Diorang ni nak masuk sekolah." Beritahu Dania yang begitu sibuk membungkuskan nasi pelanggan yang sedang mengerumuninya.

 "Takpa. Lama macam mana pun saya sanggup tunggu," jawab Khaliff. Hai, lain macam bunyinya? Tak boring ke dia? Dah tak ada kerja lain agaknya? 

"Err, apa kata kalau encik pergi mana-mana dulu, dalam setengah jam ke, encik datang balik, sebab saya rasa lambat juga nak siap ni? Sebab pelanggan setia saya pun boleh tahan juga ramainya. Encik ambil dulu sebungkus dua untuk isi perut. Kang pengsan pula Encik menunggu nanti!" Beritahu Dania sambil tangannya membungkus nasi lemak. Cekap, pantas dan cermat. Kecekapan Dania itu menghiburkan hati Khaliff. 

Zaman sekarang, susah betul hendak mencari perempuan yang cekap melakukan kerja-kerja dapur. 

"Takpe, saya tunggu. Kalau ada pelanggan lain yang nak cepat, awak bagi dulu pada mereka." Balas Khaliff, lembut. Dania sekadar mengangguk. 

Dia bukan apa, cuma rasa tidak selesa kerana lelaki itu berdiri mengadapnya sambil memeluk tubuh kemudian matanya asyik merenung ke muka Dania. Serba salah jadinya hendak membuat kerja. Dania menayang muka selamba dan tangannya semakin laju membungkus nasi lemak. Pelanggan mula mengerumuni gerai Dania, tidak menang tangan dibuatnya. Kewujudan Hayati langsung tidak memberi fungsi untuk memudahkan kerjanya kerana modus operandi gadis itu hanya mengorat lelaki ini. Mata Hayati tidak lepas memandang wajah lelaki itu sambil tersenyum miang. 

Dania mendongak kepala. Matanya dan lelaki itu bertaut lagi. Saling berbalas senyum. Lelaki itu masih sabar menanti. Hai, kesian pula bila tengok muka dia. Asyik tersenyum je, langsung tak marah apabila tempahannya lambat disiapkan. Ada juga manusia terlebih sabar macam begini dalam dunia.'

 “Abang dah kahwin ke, belum?” Hayati bertanya. Dania hanya membiarkan perbualan itu. 

“Belum.” Hayati tersengih mendengarnya. Yes! Hayati menjerit perlahan. 

“Hehehe…..abang, belum ada calon isteri lagi?” Perigi mula mencari timba. 

“Belum.” Jawab Khaliff, ringkas. Dia menjawab ala kadar kerana pandangannya lebih tertumpu pada Dania dari gadis yang bersolek tebal ini. Yes! Hayati menjerit kecil lagi. “Saya masih solo abang.” Beritahu Hayati.

 Khaliff hanya mengangguk dan senyum. Hayati sudah perasan. Alahai, peluang baik yang terbuka luas. Tepat jam 9.05 pagi, barulah Dania berjaya menyiapkan 50 bungkus nasi lemak yang telah di tempah oleh lelaki yang setia menunggu selama hampir satu jam tanpa jemu. Muka pun asyik tersenyum memanjang. Ada juga manusia macam ni dalam dunia. Penyabar tahap gaban. Kalau aku, dah lama aku bakar gerai ni! 

"Err, semuanya RM100. Maaflah, encik. Lambat siapkan, biasalah pagi-pagi selalunya ramai yang datang membeli, semuanya nak cepat sebab mereka tu pergi menoreh lah, hantar anak sekolah lah!" Cerita Dania. 

Hayati yang sedari tadi melirik lelaki ini terus menyampuk. "Hmm, betul tu. Kami minta maaflah ya abang sebab biarkan abang menunggu lama! Err, lupa pula saya nak tanya, nama abang apa ya?” Soal Hayati ramah. 

Khaliff senyum."Err, nama saya Khaliff. Tak apa, saya faham. Sejak makan nasi lemak Dania semalam, saya terbayang-bayang je. Sebab tu, pagi-pagi lagi saya datang membeli. Saya pun membeli banyak ni untuk pekerja-pekerja saya. Nampaknya selagi saya berada di kampung ni, saya pun dah menjadi salah seorang pelanggan setia Dania sekarang." Beritahu Khaliff sambil matanya menghala ke arah Dania yang sibuk mengemas gerai nasi lemaknya yang sudah habis jualan. Dania yang mendengarnya mengangguk dan senyum sahaja. Segan sebenarnya kerana lelaki ini kelihatannya terlebih sudah dalam memuji. Khaliff masih memandang Dania. 

Orang lain yang tanya dia, tapi menengoknya orang lain. Kuat betul tarikan gadis ayu bernama Dania ini. Cantik, berwajah lembut dan berjaya memakukan pandangannya biarpun hanya memakai t shirt yang tiada jenama dan track suit. Tudung pun di sarungkan ikut suka hatinya dan kelihatan senget. 

"Err, Khaliff....boleh kita berkenalan? Saya Hayati!" Hayati menghulurkan tangannya membuatkan Khaliff tersentak. Dia terus menyambut salaman tangan itu. 

"Sure,why not...Err, Dania tak nak berkenalan dengan saya ke? Saya Khaliff..."Ucap Khaliff  setelah berusaha sedaya upaya menarik tangan yang dipegang kemas oleh gadis yang bernama Hayati itu. Kemudian menghulurkan tangannya kepada Dania pula. Berharap agar Dania menerima salam perkenalannya ini. Berkerut dahi Dania dibuatnya. Salam bermakna harus bersentuhan dan berpegangan tangan. Aduhai, aku masih belum mahu mencemari kesucian tanganku ini, dengan sentuhan lelaki yang tidak berhak. Kurang ajarkah aku, kalau aku berterus terang?' fikir Dania.

 "Err, maaflah. Saya tak boleh bersalaman dengan awak. Haram hukumnya,"tegur Dania. 

Hayati terlopong mendengarnya. 'Minah ni sombongnya, kalau aku salam tangan dia sampai ke petang pun aku sanggup! Alah, dosa sikit ja karang taubatlah masa tua! Ya Allah, manusia...manusia...itu pun kalau umur panjang. Mati bukan kenal muda atau pun tua. Bila Izrail datang memanggil, jasad terkubur diperbaringan. Seluruh tubuh akan menggigil....' 

Khaliff terkedu mendengarnya. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dan air mukanya sedikit berubah. Dania terus berkata, "encik janganlah terasa hati, saya ni sebenarnya bukannya nak tunjuk alim. Saya pun bukannya bagus sangat. Tapi tak salah kalau kita saling ingat mengingati sesama kita." 

"Err, tak apa. Maafkan saya. Saya faham, saya memang salah. Err, esok boleh tak kalau awak bungkuskan nasi lemak 100 bungkus? Ni saya bayar siap-siap. Saya belikan nasi ni untuk pekerja binaan saya. Mereka semua tu, memang suka makan nasi lemak awak ni. Pandai awak masak, jatuh cinta saya dibuatnya..." puji Khaliff dengan ikhlas. 

Dania terkesima mendengarnya. Bukan kerana sebutan 'jatuh cinta' itu tapi, pesanan nasi lemak 100 bungkus esok. 

"Encik ni, biar betul? Nasi lemak 100 bungkus esok?"Soal Dania dengan mata yang terkebil-kebil. Khaliff mengangguk. 

"Emm, tapi saya datang pukul 10. Kasihan pula tengok awak tadi, mana nak siapkan tempahan saya, mana nak siapkan tempahan pelanggan tetap awak." Dania memanjat kesyukuran. Baguslah kalau Khaliff datang ambil tempahan pukul 10.00 pagi. Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa kalutnya aku tadi. 

"Err, kalau macam tu saya pergi dulu. Terima kasih," ucap lelaki itu. 

Hayati melambai Khaliff. "Sama-sama Khaliff! Datang tau esok, saya tunggu awak." Laung Hayati dengan gaya over acting gediknya. 

Khaliff  hanya tersenyum sebagai balasan. Dania menyambung kerjanya seperti biasa, namun sedikit pun tidak berpaling apabila lelaki itu yang menekan hon. Hanya Hayati sahaja yang melambai-lambai.

 "Hensemnya! Aduhai, kalau aku dapat dia," Puji Hayati dengan penuh dramatik. Dania tidak pedulikan kata-kata itu. Biarlah si Hayati ni merapu sorang-sorang dia.

 "Nah, upah kau sebab tolong aku...." Dania menghulurkan sedikit duit untuk Hayati. 

"Tak payah. Aku dah banyak duit. Aku datang tolong kau pun sebab Encik Khaliff tu. Agak-agak, dia tu suka aku tak? Berkat aku letak bedak simply CT ni! Esok, aku datang lagi tau, tolong kau. Tak sabar nak jumpa Khaliff tu! Dia tu bagaikan prince charming aku tau! Aku akan pastikan dia jatuh cinta dengan aku. Aku sanggup tau berkorban masa tidur aku demi untuk dia? Sekarang ni nak balik sambung tidur balik. Huargghhh......" Hayati menguap luas tanpa menutup mulut. 

Dania bagaikan terpukau dek bau itu. Mak oi bau, Allah sahaja yang tahu betapa busuknya. Sah, dengan gigi tak bergosok terus datang ke sini. Inilah yang dikatakan cantik pada luaran semata-mata agaknya? Sabar jelah wahai hidung...




BERSAMBUNG.... ;D

6 comments:

  1. Just curious sikit...kenapa prolog dgn bab 1 & 2 ni nampak langsung x ada perkaitan watak2...kabur sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prolog tu, maybe ada cerita di sebalik kisah dania ini.
      Prolog tu kisah silam.
      Yg dania ni kisah sekrg... Ada juga kan cerita yg buat mcam tu. Prolog di ambil dr bahgian tgh mss

      Delete
  2. setuju dengan eijan...konfius ni...prolog lain...lagi satu tajuk novel pun mcm terasa lain je dari cite ni...eeemmm...maybe masih awal kot..so kena tunggu bab seterusnya la...baru leh faham kaitan antara prolog n tajuk cite ni..

    ReplyDelete
  3. sabar je la ngan hayati tu..
    patut hayati ngan budin, baru sesuai.
    baik betul dania. suka dgn watak dia.

    ReplyDelete
  4. hEHEHE.... Prolog itu akan terjawab apabila anda membaca dan terus membaca.....

    ReplyDelete