Followers

Sunday 24 June 2012

KASIH SI KEMBAR PART 1



Megat Ihsan  baru selesai bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah pagi tadi.Syarikat yang diusaha hasil titik peluhnya sendiri tanpa bantuan dari mamanya.Dia yang baru keluar dari bilik mesyuarat melangkah menuju ke biliknya.

 “Tuan Megat..ada sampul di atas meja Tuan Megat saya dah letak diatas meja Tuan Megat”.Setiausahanya, Maria  berkata sebelum Megat Ihsan masuk ke biliknya.

“Ya,terima kasih.Maria”..ucap Megat Ihsan dengan tersenyum.Lantas Megat Ihsan meneruskan langkahnya ke biliknya.

Dia dapat melihat sampul surat yang dinyatakan oleh Maria tadi.Dia terus duduk di kerusinya lalu mencapai surat itu.

“Urrmm..takde  nama pengirim pada sampul surat ni?Surat apa ni?”.soal Megat Ihsan sendirian sambil membelek-belek sampul surat itu.

Tersirap darah Megat Ihsan apabila dia melihat isi kandungan sampul surat tersebut.

Dia bagaikan tidak percaya apa yang dilihat di sampul surat itu, yang mengandungi gambar isterinya sambil berpelukan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Hancur hatinya saat itu apabila isteri yang amat dia sayangi selama ini sanggup menduakan cintanya.Wajah Megat Ihsan merah padam.

“Perempuan tak sedar diri..Aku sanggup belakangkan keluarga aku untuk  hidup dengan kau,ini yang kau balas dekat aku..Memang betul kata mama aku, yang kau ini bukan perempuan baik untuk keturunan aku.”ucap Megat Ihsan dengan perlahan sambil menumbuk cermin yang berada di ruangan bilik pejabatnya, sehingga menyebabkan tangannya berdarah.Mukanya berkerut menahan sakit tetapi tidak sesakit di dalam hati.  


************************************


Rahmah Khalissa yang berada di dapur sedang bertungkus-lumus menyiapkan makan malam untuk keluarganya.Dalam dia memasak,ada seorang anak kecil yang berusia lima tahun menarik bajunya.

“Ibu…ibu.. adik dengan kakak laparlah?Si kembar menyoal ibunya.Rahmah Khalissa memandang kembarnya dengan penuh kasih sayang.Dia tersenyum manis.

“Alala…anak ibu berdua ni dah lapar ye..kejap lagi kita makan..kita tunggu ayah dulu..Mesti ayah dalam perjalanan balik.Sabar ye sayang.”jelas Rahmah Khalissa kepada kembarnya sambil mencium kedua-dua pipi si kembar sebelum menyelesaikan tugasnya..

‘’Kakak!!..Bawak adik naik ke atas..Nanti ayah dah balik, ibu panggil anak-anak ibu nanti?.”tambah Rahman Khalissa.

“Baik ibu..’’ jawab si kakak sambil mengangguk kepalanya.

“Adik jom kita naik atas dulu..’’ ajak si kakak kepada adiknya sambil menarik tangan adiknya untuk keluar dari dapur.

“Tak nak,adik nak tunggu ayah kat sini!”ujar si adik kepada kakaknya.Si kakak pun mengalah.

Rahmah Khalissa tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala melihat gelagat kembar kesayangannya.Sudah mencecah 6 tahun usia perkhawinannya dengan Megat Ihsan.Syukur kepada hadrat Ilahi kerana  dikurniakan anak kembar yang comel.Sekarang usia mereka sudah 5 tahun.

Rahmah Khalissa memanggil kedua-dua anak kembarnya, yang sedang bertengkar diruang tamu lalu mendepangkan tangannya.

“Kakak,adik mari dekat ibu sayang..”

Si kembar yang sedang bertengkar tadi saling berpandangan dan terus meluru mendapatkan ibu mereka.Rahmah Khalissa mengeratkan pelukannya terhadap kembarnya.

“Ibu sayang anak-anak ibu ini..Esok kalau ibu ditakdirkan  tak ada lagi di sisi adik dan kakak.. ibu nak kamu berdua  jaga antara satu sama lain..Dan jangan lupa, jaga ayah untuk ibu.”pesan Rahmah Khalissa kepada si kembar.

“Biar adik sayang ibu ,kakak sayang ayah..”ujar si adik.

“Mana boleh macam tu..kakak nak sayang dua-dua mana boleh pilih-pilih..kan bu??..’’ bidas si kakak pada si adik.

Si adik mencebikkan bibirnya apabila kakaknya  berkata seperti itu.

“Kakak dengan adik mana boleh gaduh-gaduh macam ini.. Bila besar nanti, Ibu nak kamu berdua saling bertolak-ansur dan sayang antara satu sama lain..Kalau adik mahupun kakak ada buat salah..ibu nak kamu berdua saling memaafkan antara satu sama lain..anak ibu baik kan.”jelas Rahmah Khalissa kepada si kembar sambil mengucup ubun-ubun anaknya.Si kembar hanya mengangguk-angguk kepalanya.

Entah kenapa pada malam ini…Dia merasa tidak sedap hati, seperti ada sesuatu yang bakal berlaku..Rahmah Khalissa lantas merungkaikan pelukan terhadap si kembar, apabila anaknya mendengar deruman enjin suaminya.

“Ibu…ibu ayah dah balik itu!.” Teriak anak-anaknya dengan riang sambil berlari untuk mendapatkan ayahnya.

Setelah usai Megat Ihsan memakir keretanya, dia melihat kembarnya meluru berlari mendapatkannya.Dia tersenyum lantas dia mendepangkan tangannya untuk menyambut kembarnya.Dia memeluk si kembar lalu mencium kedua-dua pipi anaknya.Hilang penat lelahnya serta masalahnya tadi, apabila melihat wajah si kembar yang cukup ceria.Terasa damai hatinya.

“Anak ayah berdua dah makan??..”ujar Megat Ihsan.

“Belum ayah..kami tunggu ayah..”si kembar menjawab serentak.Megat Ihsan tersenyum.

“Kalau macam tu..kakak dengan adik tunggu kat meja makan dulu..ayah nak naik atas jap..nak mandi..nanti kita makan sama ye sayang..”ujar Megat Ihsan.Si kembar mengangguk kepalanya..


*********************************


Sewaktu hendak naik ke atas, dia melihat isterinya sedang menunggu kepulangannya seperti biasa.Selama 6 tahun membina mahliga bersama, Rahmah Khalissa tidak pernah sekalipun tidak menyambutnya pulang dari kerja.Namun pada saat ini dia merasa benci yang amat sangat terhadap isterinya, apabila terkenangkan gambar isterinya yang berpelukan dengan lelaki lain di office.


 “Assalamualaikum abang..”ujar Rahmah Khalissa dengan wajah yang manis, sambil menghulurkan tangan kepada suaminya.

“Hhhmm…”jawab Megat Ihsan terus berlalu naik ke atas tanpa mempedulikan huluran tangan isterinya.

 Riak wajah Rahmah Khalissa berubah. Dia berasa hairan dengan perlakuan aneh suaminya.Selalunya pasti akan ada pelukan dan cium yang hangat di dahinya.Tapi hari ni dia berasa ada yang tidak kena dengan suaminya sejak  sampai ke rumah.Lantas dia mengekor suaminya naik ke bilik mereka.Belum sempat Megat Ihsan menutup pintu biliknya, ada tangan yang menghalang, lalu dibiarkan pintu itu terbuka.Rahmah Khalissa  yang telah berada di bilik itu segera menutup pintu lalu mendekati suaminya bagi menanyakan segala yang ada di fikirannya.

“Abang…kenapa ini??..Lissa tengok muka abang macam ada masalah je??..” Jelas kerisauan terpamer di wajah Rahmah Khalissa.


Megat Ihsan memandang tajam isterinya.Wajahnya yang putih mula kemerah-merahan menahan marah.


“Aku tak sangka kau sanggup menduakan cinta aku..Tak cukup ke kasih sayang aku berikan kepada kau..Kenapa kau cari jantan lain jugak..Tak cukup sempurna ke aku di mata kau, Lissa..??!!!..Jawab!!!..jawab Lissa!!!…Aku kata jawab la!!!!..”.tengking Megat Ihsan kepada Rahmah Khalissa sambil mencengkam kedua-dua bahu isterinya.


Tengkingan Megat Ihsan itu membuatkan Rahmah Khalissa terperanjat.Sungguh dia tidak menyangka perwatakan Megat Ihsan yang baik dan ceria itu boleh berubah  sekelip mata.Wajah Rahmah Khalissa pucat lesi.


“Apa yang abang cakap ni...Lissa tak paham??..Mana ada Lissa menduakan cinta abang..”jawab Rahmah Khalissa dengan tenang sambil meminta suaminya menjelaskan perkara sebenar.

Megat Ihsan merungkaikan cengkaman tangannya di bahu isterinya, lantas dia menuju ke meja solek dan membuka briefcase nya untuk mengambil gambar yang diterimannya pagi tadi.Gambar tersebut dilemparkan ke muka isterinya.

“Sekarang..,kau nak cakap ape lagi..Dah terbukti yang kau curang dengan aku..Aku  tak sangka kau semurah itu..Sanggup berpelukan dengan lelaki lain.Aku menyesal tak ikut kata mama aku dulu sebelum menikah dengan kau!!....Perempuan murahan..”marah Megat Ihsan sambil merenung tajam ke arah isterinya.

Rahmah Khalissa tergamam melihat gambar-gambar yang dilemparkan oleh suaminya tadi di kutipnya.


**********************************


Ya, dia mengaku yang di dalam gambar itu adalah dia dengan Zainal yang sedang berpelukan tapi, ketika itu Zainal hanya ingin menyelamatkan dia daripada dilanggar motosikal.Bukan seperti yang digambarkan oleh suaminya.Air mata mula menitis lembut dipipi Rahmah Khalisah.

Airmata mula menitis lembut dipipi Rahmah Khalissa.Dia mendekati suaminya lantas mengenggam kedua-dua tangan suaminya.Namun telah direntap oleh Megat Ihsan.Dia berasa jijik tangan disentuh oleh isterinya ketika itu.

“Bang..ini bukan seperti yang abang sangkakan…Ini salah faham bang..,Lissa boleh jelaskan pekara sebenarnya.. Memang benar dalam gambar itu Lissa bang..Tapi maksud gambar itu bukan seperti yang abang fikirkan..Kalo abang tak percaya..abang boleh tanya mama…..”.belum sempat Rahmah Khalissa menjelaskan Megat Ihsan terus merengus marah..

“Arrggghhh...!!!!.Kau jangan nak babit-babitkan mama aku ye…Kau yang buat salah..Sekarang kau nak tuduh mama aku yang hantar semua gambar-gambar tu kat aku..Apa faedahnya??..”.Marah Megat Ihsan kepada isterinya.Wajahnya masih tegang sehingga menampak urat-uratnya.

“Bukan macam itu bang..,Lissa tak menuduh sesiapa pun dalam hal ini..,yang Lissa nak tegaskan Lissa di perangkap bang..Gambar itu mesti diambil masa Zainal tolong Lissa..”.jelas Rahmah Khalissa.

“Kau ingat aku nak telan je semua penjelasan kau itu haa!!..Kau masih nak nafikan ke Lissa..Kau ni kan sama saja dengan perempuan yang aku kenal..Hanya nak harta aku je!!..”.. Lantang kedengaran suara Megat Ihsan bergema disetiap penjuru biliknya.Rahmah Khalissa hanya mendiamkan diri.

“Betul kan  apa yang aku cakap kat kau?.Kenapa kau diam?.Kau takut rahsia yang selama ini kau rahsiakan dah terbongkar kan?.Kalau kau tak bahagia dengan aku.., kenapa harus kau buat macam ini??..”.desak Megat Ihsan sambil melihat isterinya masih membisu.

“Aku tak sanggup nak jadi lelaki dayus dan aku tak sanggup nak simpan perempuan murah macam kau ini!!!..”.kata-kata Megat Ihsan bagaikan petir yang menyambar hati Rahmah Khalissa bagai terbakar hangus dengan kenyataan suaminya.

Lama Rahmah Khalissa memandang suaminya tanpa berkelip.Kejam ucapan yang dikeluarkan.Tidakkah dia tahu setiap helaan nafasnya adalah cinta  buat suaminya.Segala hidupnya dan jiwa raganya telah diserahkan buat suaminya setelah ijab dan qabul dilafazkan..

Tidak cukup kuatkah cintanya kepada suaminya selama ini ..Sampai suaminya tega menuduh dia curang, sedangkan tiada sekelumit pun rasa di dalam hatinya untuk mengkhianati kepercayaan dan cinta suaminya.

Melihat isterinya yang bagaikan terkaku..,lantas Megat Ihsan menghampiri isterinya.., lau bahu isterinya digocang-goncang.

“Kenapa kau...kenapa kau sanggup lukakan hati aku…kenapa kau sanggup curang dengan aku..,Baik mulai sekarang aku tak nak tengok kau tinggal lagi kat rumah aku..Aku benci kau.!!!..benciii..!!! kau tahu!!!..”.jerit Megat Ihsan sambil teresak-esak.

Kali pertama dia menitiskan air mata sebab seorang perempuan yang amat disayangi.Lantas dia menyapu air matanya.

“Kau dengar sini baik-baik aku Megat Ihsan bin Megat Aziz dengan ini mence…”.belum sempat Megat Ihsan meneruskan ayat seterusnya, lantas isterinya memotong.

Rahmah Khalissa menjerit sambil air mata masih setia mengalir di pipi.

“Jangan!!..Jangan!!.. Jangan sama sekali abang ucapkan kata-kata itu.., walaupun sekarang abang dah benci Lissa.. Seberapa banyak penafian yang Lissa cuba nyatakan pada abang, abang tetap  tak akan dengar penjelasan dari Lissa..Abang tetap menyatakan  Lissa yang salah dalam hal ini..Kalau itu yang abang nak..Lissa akan turuti kemahuan abang untuk keluar dari rumah ini..Tapi satu je, tolong jangan rampas status Lissa untuk menjadi isteri abang dunia dan akhirat.”..ujar Rahmah Khalissa dengan suara yang sayu.

“Sebelum Lissa pergi..Lissa nak abang tahu yang Lissa sangat bahagia hidup dengan  abang dan anak-anak kita..”tambah Rahmah Khalissa.Megat Ihsan hanya memandang isterinya sekilas.


“Kau tak payah cakap banyak lagi..Baik kau pergi dari sini sekarang jugak!!!..”.teriak Megat Ihsan menghalau isterinya.


*********************************


Megat Ihsan terus mencapai beg yang berada diatas almari lalu memasukan semua baju-baju isterinya..Setelah itu, dia melempar beg itu ke arah isterinya.

Rahmah Khalissa yang  melihat terus airmatanya mengalir deras di pipinya.Dia mengutip beg yang dilemparkan oleh suaminya dan mula melangkah perlahan-lahan ke arah pintu bilik mereka.

Sebelum keluar Rahmah Khalissa berpusing kearah suaminya yang menghadap ke arah dinding bilik terus mengambil tangan suaminya.., lalu dicium tangan suaminya lama dan berkata.

"Maafkan Lissa selama  berada di dalam rumah ini..,halalkan makan minum Lissa ampunkan segala dosa-dosa Lissa.., Izinkan Lissa keluar dari rumah ini dengan redha abang..Terima kasih sebab abang sudi menjaga Lissa..”…Rahmah Khalissa bangun lalu mencium kedua-dua belah pipi suaminya sebelum melangkah..Tanpa menoleh kebelakang lagi.

“Bencinya abang pada Lissa’’ bisik hati Rahmah Khalissa.

Megat Ihsan yang kaku dan terasa hatinya bagai ditusuk pisau yang menghiris hatinya dengan setiap kata-kata isterinya.Dia bagai mahu mengalah  dan memeluk isterinya tadi tapi ego sebagai lelaki perlu dijaga dia tak mahu isterinya memperlakukan dia dengan sewenang-wenangnya..Dia ada maruah yang perlu dijaga..


Rahmah Khalissa turun satu persatu tangga dengan berhati-hati sambil membimbit beg pakaiannya.Sampai saja dibawah…Dia memandang keseluruh rumah yang pernah dihuninya saat matanya terpandang meja makan..

Air matanya laju mengalir deras di wajahnya apabila melihat wajah anak-anak kembarnya yang sedang menangis di meja makan..

Dia tahu anak-anaknya sudah mendengar pertengkaran dia dan suaminya…, lalu dia meluru mendapatkan kembarnya dan memeluk kedua-dua dengan erat.., sambil mencium pipi mereka sambil berpesan pada anak-anaknya.


‘’Kakak…adik…ibu nak pergi sekejap..Nanti ibu balik ambik sayang..,sayang tinggal dengan ayah yea.., jangan nakal-nakal bila ibu tak ada..Dengar cakap ayah yea sayang..’’. kata Rahmah Khalissa pada si kembar.

Dia kemudian  bangun dan mula melangkah ke arah pintu utama.., belum sempat dia melangkah keluar..Kakinya dipeluk oleh Fika Farisya.


“Ibu…ibu nak pergi mana?.Kalau ibu nak pergi  bawak adik dengan ibu.., adik tak mahu tinggal dengan ayah?..Ayah jahat buat ibu menangis..”.petahnya si adik berkata-kata.

“Sshyyy…sayang tak baik cakap macam itu.., sayang tunggu ibu kat rumah ini..Nanti ibu mesti balik ambik adik..Ibu janji..”ujar  Rahmah Khalissa sambil memeluk dan menyeka airmata anaknya.

“Tak nak..Nanti ibu tak balik lagi..Adik tak kira..Adik nak ikut ibu jugak..”.kata si adik.

“Nanti siapa nak main dengan kakak kalau adik ikut ibu kesian kakak tinggal sorang-sorang..Nanti kakak  tak ada kawan nak main..”.. Tegah  Rahmah Khalissa.

Dia tidak mahu anaknya mengikut dia..Sebab dia juga belum tahu arah tujunya yang masih kabur dan dia tidak mahu anaknya hidup susah..Belum sempat Rahmah Khalissa memujuk anaknya terdengar suara suaminya di tingkat atas.

“Kau bawak dia sekali dengan kau,kau dengan dia sama.., degil macam kau!!.. Biar kakak aku yang jaga kat sini!!!..” Teriak suaminya dari tingkat atas.

Wajah Rahmah mendung sambil menjenguk ke tingkat atas sama ada bayangan suaminya ada ataupun tidak.

Rahmah Khalissa tidak menyangka suaminya percaya akan gambar-gambar itu daripada mendengar penjelasan darinya.Begini akhirnya mahligai yang dijaga dan disirami dengan kasih sayang..

Sebelum melangkah keluar dari rumah.., Rahmah Khalissa  memeluk kembarnya yang seorang lagi yang tetap berdiri di sebelah meja makan.Dia mencium kedua-dua belah  pipi anaknya sambil berbisik perlahan pada anaknya.

“Kakak!!.. ibu sayang kakak.., jaga diri.., solat jangan lupa.., kakak selalu ada dalam hati ibu..Biar pun kita berjauhan mungkin suatu hari nanti…Sebelum ibu menghemfuskan nafas ibu yang terakhir kita akan bertemu lagi..”ujar ibunya sebelum keluar dari rumah.

Fhyka Arissa memandang adik kembarnya dalam dukungan ibunya..Adiknya langsung  berhenti menagis.Dia masih berdiri tegak disebelah meja makan sambil melihat bayangan adik dan ibunya hilang dari pandangan matanya.
Dan di sebalik tingkap langsir ada sepasang mata memerhatikan kedua beranak itu.

Bersambung..........


********************************************


p/s: selamat terhibur dengan karya yang tak seberapa dari saya….maaf andai karya saya membosankan anda semua....di sini saya mengharap komen-komen dari anda bagi meningkatkan hasil mutu penulisan saya….so apa tggu lagi sila2 la komen….hehe…terima kasih….peace………  >_____<….                                                                                                                                                             

3 comments:

  1. salam...
    citer ni okey..
    cuma ria nak tegur...
    kesalahan tanda baca sahaja...
    gud luck kak...
    all the best utk fyka juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ria..thanks..Ni sume hsil kje dri wrga MSF..Diorg da bwat yg terbek..gud luck kt diorg gak.. :D jwb bg phak..hehe..

      Delete
    2. tq fyka sbb jawab tuk pihak kami.. sayang fyka hihi

      Delete