Followers

Wednesday 13 June 2012

MR. OREO - PART 1











Pada waktu lunch di cafe di penuhi dengan pelajar-pelajar UPM,  aku dan kawan-kawanku pergi ke cafe untuk membeli makanan masing-masing. Perut ku berbunyi syahdu ..ula la la... ketika sedang beratur ku terpandang seseorang yang sungguh ayu berpakaian baju kebaya purple. Dia sedang membeli makanan bersama kawan-kawannya yang tidak aku kenali. Aku melihatnya tanpa berkelip-kelip mata, mata aku tertumpu padanya.

Sahabatnya di sisi si dia pelik melihat tingkahlaku yang macam tak pernah nak jumpa perempuan. Aku melihatnya sampai dia selesai membeli dan dia berjalan di sebelahku, tiba-tiba Azzah tergelincir dengan pantas aku sambutnya tanpa hiraukan orang di sekeliling. Suasana di cafe menjadi sunyi melihat aksi kami berdua,mata kami bertentangan satu sama lain dan aku rasa seperti aku dan dia saje berada disitu tanpa ada orang lain disitu. Beberapa minit kemudian aku terdengar satu suara sedang memanggilku.

Hafiz!!!!Hafiz!!!! aku pun tersedar dengan muka kemerahan menahan malu tapi hatiku berkata “buat cool sudah la bukan sengaja ..aku hanya tolong dia saje”..Aku bangunkan Azzah, aku bertanya.
“Awak okey ke? “Azzah terdiam seribu bahasa.
“Awak okey ke tidak nie?"

"Ada sakit mana-mana tak?” Aku bertanya lagi dengan wajah yang cemas.
“Aaaaaaaaaaaa.. sssaya.. saya okey ..tak ada apa-apa luka atau sakit” Azzah menjawab setelah dia berasa ok.

Aku angguk cakap okey dan aku beredar dari situ tanpa menjamah apa-apa dan beberapa saat kemudian aku menoleh belakang dan aku senyum serta melihat Azzah pandang balas dengan senyuman yang manis.

Azzah duduk termenung di bilik asrama dah seminggu kejadian dia diselamatkan oleh Hafiz..Tapi susah nak meluputkan pekara itu. Azzah hairan dengan dirinya selamanya ramai yang cuba mendekatinya tapi dia tidak pernah membalas perasaan mereka tapi kenapa dengan Hafiz dia merasa lain ada sesuatu yang terbit dari hatinya. Waktu Hafiz memegang kejap tangannya dari terjatuh dia merasa debaran di hati semakin laju dan memuncak di kala renungan mata Hafiz.

“Adakah ini cinta? Cinta yang selama ini di nantikannya? Adakah Hafiz insan yang di tunggu-tunggu selama ini?” bisik hati Azzah bila bersendirian.

Tiba-tiba ada seorang mahluk tuhan yang paling comel yang bernama Dhiya ,melihat Azzah yang duduk termenung di dalam bilik mereka.

“Woiii kau tak ada kerja lain ke selain termenung ini mesti ingat mamat Oreo tu kan?” Sergah si Dhiya tanpa mempedulikan persaan orang. Nasib orang yang di sergah tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama jalan dah.

“Aku da agak dah kau da jatuh cinta dengan Hafiz, kan?” Tambah si Dhiya.

     
“Mana ada Dhiya kau ini memandai je!” Potong Azzah.


“ Tak payah nak malu-malu dengan aku la Azzah.  Semua rahsia kau aku ada tau!” K ata Dhiya.


“Dah la malas aku nak layan kau tidur lagi bagus esok aku ada kelas” kata azzah dengan mimik muka yang nak tidur. Cepat-cepat Azzah pejam mata, kalau tak lagi banyak si Dhiya tanya.


''elehh...saje nak elak dari aku la tu” bisik hati Dhiya.
 



************************


Hafiz memandang Azzah dari jauh. Dia ketawa kecil melihat telatah Azzah yang sedang asyik ketawa bersama rakan baiknya, Dhiya Umairah merangkap sepupu Azzah.

Biskut oreo ditangan Hafiz perlahan-lahan masuk ke dalam mulut.
Ada sesuatu yang mencuit hatinya.


Hafiz berjalan menghampiri Azzah.


“Hai awak” sapa Hafiz. Dia menghadiahkan satu senyuman yang cukup manis kepada Azzah.


Azzah berpaling apabila mendengar ‘sesuatu’. Dia terkedu. Hafiz.???Dhiya yang berada disisi Azzah turut terpaku.


Azzah memandang kiri kanan. Dia tegur aku ke? Detik hati Azzah.


“Awak cakap dengan saya ke?” soal Azzah. Dia mununding jari kearah mukanya. Takut silap orang pulak.


“Yap” sekali lagi Hafiz tersenyum. Dia mengangkat tangan ke arah Dhiya tanda menegur gadis genit itu.


Dhiya disisi Azzah hanya tersenyum.


“Ya ada apa?” soal Azzah cuba menutup debar dihati. Dhiya ditepi sudah tersengih-sengih.


“Nak jumpa awak boleh tak?” lembut Hafiz meminta izin. Berkerut dahi Azzah.


“Eh bukan dah jumpa ke sekarang? Kenapa awak tak Nampak saya sekarang ni” Azzah loyar  buruk atau erti kata lain dia cuba menutup gugup bila berjumpa dengan Mr. oreo nya itu. Nak masuk dalam dairi la tentang hal ini. Hehehe

“Apa?” soal Azzah sebaik sahaja dia jauh dari Dhiya. Dari jauh dia melihat Dhiya sedang skodengnya. Cis tak boleh bagi aku change dating dengan Mr.Oreo aku la Dhiya ni.


“Boleh saya mintak number phone awak tak?” Soal Hafiz dengan senyuman.


Apa mamat ni suka makan coklat ke senyuman manis je dia bagi aku. Nanti saya kena kencing manis sebab tengok senyuman awak siapa nak tanggung. Azzah tersengih.

“Azzah?” Hafiz memanggil lembut Azzah. dia melambai-lambai di depan muka Azzah. Azzah seperti berangan sesuatu.


“Hah?!!?” Azzah blur. Adeh ni la berangan lagi. Dia menepuk dahinya.


Hafiz ketawa kecil.


“Saya nak mintak nombor telefon awak boleh” ulang Hafiz sekali lagi. Azzah dah ternganga.

Mr.Oreo mintak nombor aku? Biar betul? Kecik tapak tangan besar tapak kaki saya tadahkan…hahaha…tapi…

Azzah sudah terbayangkan wajah abangnya.Adeh kacau betul la abang muhklis ini.. waktu macam ini pulak muka dia muncul dalam kepala otak ini. Sekali lagi Azzah mengetuk kepalanya perlahan.


“Kenapa ni? awak sakit kepala ke? Nak saya hantar pergi hospital tak?” soal Hafiz dengan perasaan yang caring.“Mr .oreo aku charming la” bicara hati Azzah.


“Eh, tak..tak...Ini hah ada nyamuk pulak” Seloroh Azzah sambil menepis-nepis sesuatu.Berkerut dahi Hafiz. Macam-macam hah la Azzah ni.


“So boleh tak?” ulang Hafiz.

“Tak boleh la. Abang Azzah tak bagi Azzah bagi nombor telefon dekat orang yang tak dikenali la. Maaf” sayu je suara Azzah.


Kalau awak tak mintak pun memang saya nak bagi pun.Amboi Azzah gatai no..bisik nakal hati Azzah.Azzah berlalu sambil berkata pada Hafiz.

“Ok la daaa..saya ada hal..” Azzah mengundur ke belakang mencari Dhiya yang sedang skodengnya dari tadi. Adeh tak boleh harap punya sepupu.


“Azzah!!!” jerit Hafiz. Hafiz mengeluarkan sesuatu dari beg nya. Azzah menoleh apabila mendengar jeritan Hafiz.


“Nah untuk awak” Azzah melihat tanpa berkelip. Azzah Nampak sesuautu yang di pegang oleh Hafiz.


"Oreo?"


“Untuk saya?” soal Azzah blur. Azzah dah tentu dia bagi kau. Tak kan la untuk Dhiya pulak. Ish kalau untuk Dhiya berguling kecewa Azzah dekat situ juga.Hehehe.


Azzah hanya memandang ke arah Oreo yang berada ditangan Hafiz.Lama.


“Oreo ni selamat tak?” Azzah pandang muka Hafiz. Terkedu Hafiz dengan pertanyaan Azzah.


“Maksud Azzah??” Hafiz dah blur.


“Hafiz tak tiup yang ‘bukan-bukan’ kan dekat oreo ni. yelah Azzah takut nanti Azzah bertambah gila syok dekat Hafiz pulak” selamba Azzah.


“Bukan-bukan’ tu macam mana?”


“Azzah takut Hafiz bomohkan Azzah je” meletus ketawa Hafiz. Okey ni memang tak boleh bla.


“Hafiz tak bomohkan Azzah pun. Kalau Hafiz bomohkan Azzah nanti Azzah ajak Hafiz lari kahwin Thailand pulak”Azzah tertunduk malu. Apa la cakap macam tu pulak. Alamak Azzah dah pandai malu-malu la. Memeng respon yang baik.Kalah perangai kak Rina.Haha.


“Okey la Azzah nak balik. Bye” Azzah berlalu. Segan gila kot. Macam tahu je yang aku suka dekat dia.

“Dah jom bla” Azzah menarik tangan Dhiya yang menyorok dekat belakang pokok.apa pun tak boleh.


“Eh dah habis ke drama cinta?” sakat Dhiya. dia tersengih-sengih.


“Banyak la kau punya drama cinta. Jom balik”


“Kejap-kejap” langkah Azzah terhenti. Dhiya berlari ke arah Hafiz yang masih terpaku di tempat tadi.

Klik!!! terkejut Hafiz akibat dari flash kemara yang tiba-tiba.


“Ini gambar untuk bagi dekat balai polis.Takut tiba-tiba kau dah buang tabiat nak bawa lari anak dara orang. Lagi satu ni gambar aku nak bagi dekat semua kaum kerabat kami biar depa semua pi cari hang. Duk gatai sangat nak mengorat anak dara orang no. Jaga hang” Dhiya dah siap cekak pinggang. Saja nak gertak si Hafiz ni nak tengok dia berani ke tak.


Adeh asal la keluarga si Azzah ni garang-garang. Mati kot aku di kerjakan nanti. 


“Ini untuk siapa ni?” Dhiya terpandang oreo ditangan Hafiz.


 “Erkkk…untuk Azzah”

“Kalau nak ngurat Azzah kena ada pengeras untuk aku jugak. Anggap je Oreo ni pengeras untuk aku” Dhiya mengambil biskut oreo ditangan Hafiz.

Mak oi ganas gila sepupu dia ni. desis Hafiz.


“Sebagai ganti aku bagi kau ni” Dhiya menghulurkan secebis kertas kepada Hafiz.


“Ini nombor telefon Azzah, call bila kau free. Okey la aku nak bla dulu” Dhiya berlari kearah Azzah yang sudah pun berpeluk tubuh. Jeles la tu. Hahaha.


“Aku dapat Oreo” Dhiya menayangkan oreo ditangan. Azzah mencebik.


“Oreo aku tu!!!” jerit Azzah. dia cuba merampas oreo ditangan Dhiya.


“Eleh tadi tak nak ambil . Jual mahal konon.” Oreo ditangan Dhiya beralih tangan.



Dhiya mengeluarkan sesesuatu dari poket seluarnya. Sesekali dia ketawa melihat sesuatu dikaca screen telefonnya.


“Kau tengok apa tu?” soal Azzah. Hairan apabila melihat Dhiya ketawa sendirian.


“Kau nak tengok tak?” Dhiya sudah mengangkat kening.


“Mesti la”


Terbuntang mata Azzah apabila melihat screen telefon Dhiya.


“Dhiya!!!” jerit Azzah. Dhiya sudah pun berlari kehadapan.


Ting tong punya Dhiya dia pergi rakam kejadian tadi.

“Aku dah sent dekat semua” jerit Azzah.


Habis la aku. Detik hati Azzah. Tak sampai sepuluh saat telefon nya berbunyi. Mesej dari Nadia. Mak ai sekali masuk 3 mesej dari Nadia.


“Oit bercinta tak ingat dunia. Weh tak ajak pun aku join sekaki.Aduh melepas drama siaran langsung. Ini tidak adil. Ini tiada adil bagi ku.!!!” Jerit Nadia denagn lantang.


“Aku tak kira. Sekarang jugak aku pergi tempat kau.”


“Azzah, aku bawak kak rina dan ziqah sekali ni.”


Belum pun sempat Azzah nak balas mesej Nadia. Tertera nombor kak  Arina di screen. Alamak kak Arina call.


“Dhiya kau kejam” jerit Azzah. Sebelum menjawap panggilan dari kak Nurul Arina.
Azzah hanya mampu mengigit kuat bibirnya. Menahan geram dengan si kaki buli ni. Dhiya ketawa. Seronok dapat mengenakan Azzah.

Hafiz memandang cebisan kertas yang diberi oleh Dhiya. Perlahan-lahan nombor tersebut ditekan.
Dadanya menahan debar. Menanti sambutan dari Azzah.


“Hello rumah mayat serdang. Nak tuntut mayat ke?” terkedu Hafiz.


“Rumah mayat?” soalnya hairan.


“Ya, disini rumah mayat serdang. Ada apa yang boleh saya bantu?”


“Eh maaf-maaf silap number” cepat-cepat Hafiz menekan punat merah di telefon nya.


"Rumah mayat?"Adeh aku terkena la ni.
 



****************
 


Tiba- tiba aku teringat pada adik sepupu aku yang belajar di Universiti Putra Malaysia(UPM) iaitu Azzah, lantas aku mendail nombor telefon Azzah.Sementara panggilan di jawab aku mula memanaskan air panas dalam jag elektrik untuk buat air horlicks. Itulah air kegemaran aku sebelum tidur.air ini mamat wajib ada. Aku lihat jam yang terletak elok di dapur, sekarang dah pukul 9.00 malam, rakan ku Fykah, Nisa dan Dira tak balik kerja lagi. Selalunya kalau mereka balik lambat, dia orang akan telefon aku. Mungkin sekejap lagi mereka balik kot.

“ Salam kak rina, rindddddddddddddddddduuuuuuuuuuuuuuuu!!!”Azzah menjerit bagai nak rak.


Aduh, terkejut aku dibuatnya oleh Azzah. Nasib baik jantung aku masih berdegup kalau tak dah lama aku jalan..haha. nasib baik air aku but nie masih terkemas elok dekat meja.

“Waalaikumusalam, adik comel akak, apa khabar? Sihat? Macam mane study?ok tak? Akak pun rindu adik”ha, ambik kau soalan aku yang super direct nie.haha

“ So far sihat kak…tak ada sakit lagi. Study ok Cuma banyak tugsan yang perlu di siapkan, letih dengan aktiviti persatuan pantun.. akak sihat tak” Azzah berkata dengan riangnya. Alahai adik, kalau boleh akak pun nak happy macam kau dik, tak ada masalah. Aku mengeluh.

“Alhamddulah akak sihat, Cuma biasalah penat berkerja je..hehe.. hurm.. ape khabar ehem-ehem2 adik tu sihat tak?”, aku sengaja mencipta soalan lain supaya azzah tidak kesan perubahan aku yang sudah mengenang kejadian tadi pagi.

“Erk…akak, ehem-ehem adik siapa kak, tak fahamlah” azzah berasa pelik. Akak aku yang seorang nie benggong ke ape tnye pasal ehem-ehem. Mana azzah ada ehem-ehem..layankan je lah akak aku nie, kalau tak layan merajuk pulak. Apelah nasib aku dapat akak sepupu macam nie.

“ Ala.. Mr. oreo adik tu.. tak salah akak dia senior adik. Alaa.. siapa nama dia..haaaa.. akak ingat nama dia Hafiz, betul tak?” aku pernah dengar si Azzah nie minat dengan senior dia dekat UPM tapi suka dalam senyap la .haha. itu pun aku dapat sms video dari adik aku, Dhiya.

“Ha! Hafiz..tak adalah kak, kita orang kawan je.. mane ada kaple-kaple”adeh akak aku nie suka main serkap jarang je lah. Dah tentu si Hafiz tu senior dia dekat UPM. Tapikan aku memang minat dia pun tapi senyap-senyap je. Eh kejap mana akak aku tahu pasal Hafiz.pelik aku di buat nya. kena selidik nie jadi detective conan.

“ Ala… buat-buat kura dalam perahu, pura-pura tak tahu, jangan nak tipu ye…sorang suka berpantun, sorang kaki jiwang.. memang padan kamu..eh adik, akak doakan nie..” Pecah terburai aku ketawa kenakan si Azzah nie..haha, nak ketawa guling-guling boleh tak. Haha..adeh tak tahan perut aku tahan ketawa.


Tapi memang betul mereka padan sangat macam peribahasa melayu bagai pinang dibelah dua. Haha. Aku tengok handset aku macam tak ada orang, aku berasa pelik. Rupanya si Azzah dah tutup handset sebab malu la itu. Baik Arina pergi tengok cerita Bunga-bunga cinta, ada. Faedah sambil tekatan remote control yang terletak meja ruang tamu.



 

***************
 



Pada petang itu bertungkus lumus Arina menyiapkan makan malam untuk adik-adik kesayanganya. Hai Arina adik-adik datang baru dapur nak berasap ke? Jangan amal sangat petua kau yang konon-konon tunjuk skill memasak lepas kahwin.Macam mana pakwe nak melekat? Eh Arina jangan lupa buah hati kau si Miqael yang tengah outstation di London tu.Hai pura-pura lupa nampak!

“Dhiya, Nadia dengan Ziqah tolong akak hidang makanan atas meja”. Arina menyuruh budak-budak bertuah menolongnya.


“Ai ai Kapten!” Nadia bercakap dengan penuh semangat siap buat tabik spring lagi tu! Mana tak semangat kalau sambal belacan kegemaranya dah mengeluarkan aroma yang boleh menyengat semua hidung manusia normal. Mentang- mentang la Cik Nadia ni bakal polis kalau bercakap dah macam bagi arahan kawad budak tadika!

“Baris cepat angkat makanan ke meja, cepat angkat!” Nah cukup harakat, cukup dengung sampai naik sengau Nadia memberi arahan ala ala polis pencen. Sepantas kilat Azzah meluku kepala sepupunya itu.


“Kau ingat aku dengan Dhiya anak buah kapten Hassan ke apa? Nak bagi arahan bagai”.Azzah menjelirkan lidah kepada Nadia.


“Aku ingat kau anak buah Kapten Nadia sebab tu aku bagi arahan”. Nadia menjawab sambil ketawa. Azzah hanya mencebik sambil menjulingkan matanya ke atas. Hai Azzah cukup 44 hari kau amal juling mata alamat jadi Kassim Selamat la kau. Kesian Hafiz dapat bakal bini mata juling!hehe.


“Dhiya kau nampak tak apa yang aku nampak?” Nadia buat sengih jahat.


“Aku sentiasa nampak apa yang kau nampak. Al maklumlah kita kan sehati berdansa!” Dhiya dah angkat kening.

 Awan hitam dah mula timbul atas kepala budak berdua ni. Tak lain tak bukan sah ada agenda! Dua manusia ini memandang ke arah Haziqah yang tengah terbongkang tidur di atas sofa sambil pegang cik yam dia tu. Dhiya dah buat isyarat mata tanda memberi restu dan menyuruh Nadia meneruskan plan otak geliga mereka.

Dengan perlahan-lahan Nadia menghampiri Haziqah yang tengah buat kilang taik mata kalau kilang taik emas nak juga aku join. Ni hampeh! Ooo adik tidur ye bukan nak tolong memasak. Macam mana la adik aku ni boleh ada pakwe. Pemalas ya ampun nih! Dengan kegagahan tangan Nadia yang berotot, eh bukan berotot tapi yang kuat dia terus memicit hidung adiknya. Rasakan!


“ Aaaaaaaaaaaaaaaaa”. Keluar sudah jeritan batinku hasil dendangan tak merdu Haziqah.


 Oksigen, oksigen! Haziqah rasa macam nak minta nyawa sebab tak boleh bernafas. Terpisat-pisat dia membuka mata memandang lembaga mana yang tak bermoral ni. Cis kura-kura punya kakak! Ada niat nak membunuh aku ke apa.

“ Kak nad nak bunuh adik ke?” Haziqah memuncungkan mulutnya.Habis comel la tu. Dah boleh kawan dengan Donald Duck dah ni sebab seiras.


 Dhiya dan Azzah yang dari tadi sibuk jadi pemerhati dah start gelak guling-guling kat atas lantai. Arina yang di dapur hanya mampu tersenyum sebab dah masak mencecah tahap rentung dengan perangai adik-adiknya yang kuat menyakat.

“Wahai adik-adikku cukuplah tu menyakat Ziqah. Jom kita makan”. Arina tersenyum manis.


“Jom!!!!!!!” serentak berkumandang suara empat makhluk comel.Comel ke? Tolong setuju. Mereka pun makan dengan riuhnya.




 

 **********************





Setelah mentari melabuhkan tirai, suasana semakin kelam menandakan malam sudah tiba. Bulan juga sudah mula memunculkan diri dan bintang-bintang kelihatan bersinar-sinar di langit. Kenapa sastera sangat ni? Semua kaum hawa yang berada di rumah sewa dua tingkat milik Arina itu sedang merehatkan diri masing-masing selepas menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Sudah menjadi rutin Arina mengimamkan solat jika Azzah dan adik-adiknya bermalam di rumahnya. Kakak mithali la katakan.

“Weh kau dengan Hafiz merangkap Mister Oreo kau tu apa cerita?” Nadia memulakan sesi jom korek rahsia sepupu.


Azzah meliarkan pandangan mencari kelibat Arina dan Haziqah. Fuhhh! Nasib baik diorang takde. Malu la aku kalau diorang dengar pasal Hafiz cinta hati aku ni.Azzah bermonolog sendiri.


“Kau nak cerita apa? Cerita biskut oreo ada la”. Azzah masih nak jual mahal. Jual mahal la takan nak jual selonggok singgit kan? Buat jatuh saham ja.hehe.


“Ceh nak jual mahal tak nak cerita pulak. Dengar kata ada orang tu di lamar guna pantun.” Nadia sudah tersenyum memerli.


Azzah sudah menjegilkan matanya yang bulat itu kepada Dhiya.Ciss mulut paip bocor punya Dhiya! Itu pun nak cerita dekat Nad. Confirm aku kena bahan lepas ni.Desis Azzah di dalam hati.


Azzah mengimbas kembali keadaan ketika Hafiz cuba melamarnya untuk menjadi kekasih.Dhiya pula dengan senang hati lagi gembira menceritakan kembali situasi itu kepada Nadia kembar tak seirasnya. Nama pun geng mana boleh rahsia rahsia nanti tak berkat. Teori mana la kau pakai ni Dhiya.





 

********************

Hari ini hari terakhir pelajar-pelajar UPM exam selepas itu cuti seminggu.Aku bercadang tak mahu balik ke rumahku dan aku ingin pergi bercuti di kampung halaman Azzah untuk berjumpa dan berkenalan dengan keluarga Azzah. Sebelum bermulanya cuti seminggu Hafiz dengan berani matinya melamar Azza.

Hafiz menarik nafas bagi menenangkan dirinya.Biskut Oreo di tanggan di jamah perlahan.Hish sempat lagi si Hafiz ni makan Oreo.


Hitam hitam si biskut oreo,


Walaupun hitam manis hingga menjilat jari,


Sudikan Azzah menjadi Puan Oreo,


Buat Hafiz hingga akhir nanti?” Hafiz sudah mula menjual pantunnya siap melutut sambil menyua biskut oreo kepada Azzah.Berjangkit dari Azzah la ni suka berpantun.

Azzah terkejut arnab mendengar pantun Hafiz.Eleh suka cakap suka kan. Nak buat buat terkejut pulak Azzah ni.Azzah menggarang pantun di dalam otaknya yang sedia serabut untuk di balas kepada Hafiz.Malu nak cakap straight to the point la tu.Haha.

Dhiya dan Nadia kaki pembuli,


Biskut oreo dekat di hati,


Kalau orang kat sana suka orang kat sini,


Tuan punya diri lagilah sudi.


Berbalas juga pantun daripada Azzah kepada Hafiz.Dengan pantas Azzah menyambar biskut oreo di tangan Hafiz lalu di telan.Oii cik kak kalau ye pun kau kunyah la dulu baru telan.

Hafiz tersenyum- senyum macam baru menang loteri eh loteri haram.Err macam kera kena belacan sesuai tak?Hehe.

"Terima kasih awak sebab sudi terima diri ini yang serba kekurangan walaupun pada hakikat dan realitinya saya sangat kacak lagi bergaya.Saya akan cuba bahagiakan dan sukakan awak seperti mana saya suka oreo malah lebih dari itu.Janji awak kena suka saya dan oreo.Oreo sahaja tak boleh biskut tiger mahupun biskut kering Hup Seng tau”. Kalau si Hafiz ni start menjiwang bukan setakat ais kat kutub boleh cair, Piramid pun boleh roboh.Eh budak berdua ni macam terlupa kewujudan Nadia dan Dhiya sebagai pemerhati yang tengah tahan gelak.








 

Pada keesokkan hari Hafiz pergi rumah kak Rina untuk merayu padanya ikut sekali balik ke kampung bersama.Puas aku memujuk Kak Rina kerana aku ingin benar ikut meraka balik ke kampung halaman Azzah yang sangat indah dan cantik suasana ,pemandangannya sejuk mata melihatnya.

Aku berkata pada Kak Rina.

“Akak boleh saya ikut balik kampung sekali?nak jugak hirup udara segar di kampung kak Rina..asyik duduk bandar je yang penuh pencemaran dan kesesakkan lalu lintas.Sementara itu boleh saya kenal dengan keluarga akak dan Azzah lebih rapat.Mana la tahu kan nanti kami berdua ada jodoh” Dengan coolnya cakap tapi dalam hati malu beb..hanya Allah saja tau.Hehehe.
“Ermm ... nak ikut tue boleh akak no halnya tapi akak kena tanya dengan keluarga di kampung dulu.Macam mana?"

"Nanti kalau dah dapat persetujuan dari keluarga di kampung akak suruh Azzah mesej Hafiz."

"Amboi-amboi Hafiz gatai bebenor kamu yea?Ada hati nak nikah dengan adik akak nie..” Kak Rina membalas dengan ketawa.Hehe.
“Ala akak kalau ada jodoh apa salahnya kan.Nanti akak pun senang tak payah jaga adik akak yang nakal ini” Kata Hafiz dengan sengih.Hehe.

“Nakal-nakal tapi comel lepas  itu baik hati pulak sebab tu yang saya sayang kat dia” Hafiz berkata di dalam hati kecil.Selepas  selesai bincang dengan kak Rina, aku pun pulang ke rumah.



******************

 

Selepas Hafiz balik, Arina mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon kampung kerana ingin beritahu ada tetamu jauh nak datang bergurau senda dan berkenalan dengan keluarganya.Kak Rina berkata  dengan alsan ada orang jauh nak datang  meminang Azzah sebab tu dia datang nak tengok.keadaan kampung dengan rumah ... pecah perut diorang ketawa.

Akhirnya keluarga Azzah bersetuju.Arinan terus memberitahu Azzah yang mengatakan keluarga mereka sudi terima kedatangan Hafiz.Azzah yang mendengar dengan cepat mengambil telefon bimbitnya terus menghantar mesej dekat Hafiz.

Azzah : awak keluarga saya setuju awak datang rumah saya.


Hafiz : yeke?? alhamdulilah bestnye dapat ikut.. boleh jumpa mak,ayah,abang ,dan kakak ipar.


 Azzah'. hehehe :D

Azzah: gatal!! cubit kang baru tau.


Hafiz : gatal pun akan menjadi bakal suami awak jugak nanti..insyaallah B-) hehehe.


Azzah : amin.. heee :-P



**********************
 

Keesokan hari nya dengan penuh semangat waja Hafiz dah muncul di rumah sewa kak Rina sebelum subuh lagi.Punya la excited pakcik yang sorang nie.Dia angkut sekali kawan serumahnya yang bernama Adi.


“Woii yang kau dah terpajak kat rumah orang nie pepagi buta apasal” Runggut Adi kepada  Hafiz. Dengan muka tersengih Hafiz membuat muka dona sambil mengangkat dua jari tanda peace.


“Alaaaa.. kalau kau mengantuk bro pergi sambung la tido balik kat atas kereta tue.”


“Malas la aku nak layan kau nie Hafiz bukan main lagi tahap dewa cinta kau tuk si Azzah tu ye.”


“Beb kau tak tahu aku susah gila nak usha dia baru dapat beb.Punya la susah nak pikat dia dengan abang dia yang macam king control" Ulas si Hafiz lagi.


“Beb kau memang betul-betul serius ke dengan si Azzah tue?Bukan kau susah ke nak dekat dengan  perempuan selama ini?”


“Aku pun tak tahu la Adi tapi aku memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia di waktu aku cuba selamatkan dia tempo hari di cafe UPM dulu.Saat yang tidak dapat aku lupakan, Adi” Dengan bersemangat nya Hafiz menceritakan saat detik hatinya di palu nada cinta.


“Alahai mamat nie jiwang gila kalau cerita bab dia dengan si Azzah” Adi  berkata di dalam hati.

“Woi lama lagi kew kita nak terpacak kat sini...aku rasa kau call jew la pengarang jatung kau tu suruh semua isi rumah nie bersiap.Aku dah letih dan mengantuk nie” kata Adi kepada Hafiz.


Belum sempat Hafiz mengetuk pintu rumah sewa Arina.Pintu dah di buka dari dalam dengan muka terkejut. Sempat lagi Hafiz cover maco padahal terkejut gila.

“Hai kak Rina..errkk salah Assalamualaikum Kak Rina..selamat pagi” Dengan muka yang tersenyum sambil melihatkan giginya yang rata di depan Kak Rina.


“Haaaa!! yang kau dah terpacak kat sini pepagi buta siapa suruh!!.. aku kan dah cakap yang kau tak boleh ikut walaupun Azzah dah bagi tahu yang keluarga kita orang dah bersetuju nak kau ikut tapi Kak Rina tetap tak mahu bawak korang tahu!!” jerit Kak Rina..!!...Dalam hati Rina dah gelak  dengan muka si Hafiz yang mendung, Rina terus mengusik si Hafiz.


“Alaaaa Kak Rina bagi lah saya ikut.Saya janji tak banyak perangai kat kampung nanti” Janji Hafiz dekat Arina.Rina yang sengaja buat cara macam berfikir dengan meletak satu jarinya di mulut nya.


"Hhhmmmmm...."

“Aku hanya boleh kata yang kau terpacak je buat apa angkat la barang kita orang bawak masuk ke dalam kereta!!...” Kata Rina denagan nada tegas. Hafiz yang blurrr dan sedih tiba-tiba melompat-lompat setelah menerima kata putus dari kak Rina...dengan muka yang tersenyum sampai ke telinga.


Adi teman serumah Hafiz hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Hafiz.Hafiz dan Adi melakukan tanpa sebarang rugutan mereka berdua memasukan semua barang sebelum berangkat. Waktu Adi hendak memasukan barang tiba-tiba dia terlanggar seseorang daari arah bertentangan dan selamba Nadia aka Nurul Nadia Qistina menjerit dengan lantangnya.

“Hoiiii!!!! takde mata ke main-main langgar orang nie?mata tu letak kat mana haa?"


Habis terabur biskut Oreo aku sambil mengutip Nadia mencebik dan membebel sendiri kerana hati Nadia tengah sakit kerana  biskut Oreo kegemaran nya jatuh!. Adi yang melihat Nadia terpaku dan terpegun melihat. Nadia yang sedang mencebik bibirnya.


“Aduhhh comelnya dia buat macam itu” Bicara hati Adi dengan sendirinya.


Walaupun kasar tapi di mata Adi,  Nadia seorang gadis yang comel dia merasa hatinya da bernyanyi nadaaa..nadddaaa cinta.Hafiz yang terdengar nada Nadia yang marah segera mendapatkan kawannya.
“Woii!! yang kau pergi langgar minah polis ini kenapa tengok sarang tebuan da bising!!” bisik Hafiz di telinga Adi Irwansyah

“Comelnya awek ini Fiz..siapa dia? kalau macam ini tak sia-sia aku datang teman kau Fiz.


Aku rasa aku dah jatuh cinta lagi la. Kau tolong la aku berkenalan dengan awek tu kau tolong kenenkan aku dengan dia” sambil mata Adi masih melihat Nadia yang melangkah selamba tanpa memandang Adi.Laju gerak Nadia masuk ke dalam kereta.Hafiz yang mendengar permintaan Adi terus meluku dahi Adi.


“Adoiii sakit la aku kau buat macam tu Hafiz sampai hati kau luku aku"' kata Adi.


“ Kau tu la da buang tebiat apa nak aku kenen kau dengan bakal polis tak mahu aku.”


“kalau kau nak kat dia kau sendiri je pikat dia...dah la garang semacam mana ada orang nak dekat dia.”

“Eehh aku nak apa, hanya orang bodoh je tak perasaan yang dia tu comel.”

“Lantak kau la Adi.Kalau nak juga kau usaha la sendiri jangan kau kaitkan aku sudah!” potong Hafiz.


“Kau tak tolong pun aku boleh buat sendiri la.”


“Hey! ini Adi Irwansyah bin Dato Khalid, sekali aku ayat dia gerenti dia akan jadi awek aku tau”dengan bangganya Adi berkata begitu.


“Eleh okey aku nak tengok...well we see sama ada kau akan dapat dia atau sebaliknya.”


“Okey aku sahut cabaran kau Hafiz...”kata Adi.



*******************


Selepas mengerjakan solat subuh secara berjemaah Hafiz masuk semula ke bilik yang di sedia oleh ayah dan ibu Azzah untuk mereka.

“Hisshhhh budak ini kalau aku tak kejutkan mahu bom meletup belum tentu dia nak bangun” Hafiz tersenyum sumbing dia mendapat akal untuk mengenakan Adi.

“Nanti kau Adi.” bisik hati Hafiz. Hafiz keluar dari bilik menuju ke dapur. Bila sampai dapu,  dia melihat mak cik Amera Sakinah dan anak-anak daranya sedang menyediakan sarapan pagi untuk seisi rumah.

Bila mata Hafiz terpandang buah hatinya azzah sedang membancuh air. Hati nya terasa sejuk dan mula megalamun.” ahaiiii bila la si Azzah sayangku ini nak jadi bini aku,  mesti tiap-tiap hari aku di merasa air tangan nya dan di belai bagai raja”. Mak cik Amera Sakinah sedar Hafiz sedang memandang anak daranya lalu berdeham.
“Eeeheemmmmm” mak cik Amera Sakinah memberi hint agar Hafiz tersedar dari lamuanan. Bagai tersedar dari mimpi Hafiz tersengih-sengih melihat mak cik Amera Sakinah mengeleng-gelengkan kepalanya, lalu bertanya.
“Aaa'ahhh, ini da berdiri macam tiang bendera kat dapur tangga ini nak Hafiz ada hajat apa sudi mencemarkan duli datang ke dapur” Hafiz tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi sambil menunujukkan dua jari tanda peace.
“Errrr..eeeerrrr saa...yaaa..saa...yyaa....ahhhh saya,saya.saya,,,,” Hafiz bercakap dengan gagap-gagapnya.
“ Hafiz nak apa ini” sergahan mak cik amera sakinah mengejutkan Hafiz.Dengan lancarnya.

“Saya nak minta garam mak cik?” Dengan sekali lafaz Hafiz.Eerrkk macam nak nikah lak.
“Kamu nak buat apa dengan garam tu hafiz??” Mak cik Ameera Sakinah bersa pelik.
“Eerrr..errr... saya nak..nak....nak bagi ikan keli mati mak cik” fuhh nasib baik idea spontan keluar dari kepala Hafiz.
“Ahh tunggu kejap mak cik suruh Azzah ambik kan untuk kamu” kata mak cik Amera Sakinah.

“Azzaaaah....tolong ambikkan budak Hafiz ini garam lepas ambik bagi kat dia terus...” kata mak Azzah, lantas Azzah menjawab.
"Baik mak" ketika Azzah memberi botol garam pada Hafiz.

 Hafiz sempat kenyit matanya pada Azzah sambil membuat flying kiss buat Azzah. Azzah yang malu tertunduk sambil menghulurkan botol garam pada Hafiz. Hafiz melihat wajah Azzah bertukar merah tanda gadis pujaannya sedang malu. Sebelum beredar Hafiz sempat membisikan sesuatu di telinga Azzah. 

“Abang sayang dan cinta kamu wahai bidadari ku” tambah berbahang wajah Azzah mendengar bisikan di telinga nya serta deruan nafas hafiz hangat di pipi nya.

Azzah dengan pantas sambil menundukan wajah, Azzah beredar dari situ dan masih sempat mendengar terima kasih padanya.Sebelum beredar dari dapur Hafiz menguatkan suaranya.
“Terima kasih mak cik,”sayang mak cik tambah kata hati Hafiz.

 “Sama- sama. Hafiz” kata Mak cik Ameera Sakina sambil mengacau sambal udang yang berada di kuali.


Bersambung.....


~~ SALAM.. ok hari nie nak post mini novel MR OREO. macam biasa lah kalau ad salah silap sila tegur dan kami amat hargai komen yang mebina dari anda. kerana kami masih belajar~~~

p/s:SALAM.. ok hari nie nak post mini novel MR OREO. macam biasa lah kalau ad salah silap sila tegur dan kami amat hargai komen yang mebina dari anda. kerana kami masih belajar.

 Nie mini novel pertama dari warga MSF. maaf lah kalau ada versi lengakap atau tak lengkap. maaf ye... tukang editor penat.. hihi. nak tahu ape akn jadi seterusya?pada adi?hafiz n semua nye.. nantikn part 2 akn datang...ok love much dari saya admin arina. hihi

9 comments:

  1. Rumah mayat serdang..hahahah...mati2 si hafiz tu ingt no si azzah...

    ape ape pun...best...tip top (Y)

    duble thumbs up..(Y) (Y)...

    hoho....x sbr nk tggu next krya...huhu...
    <3 <3 <3 <3

    ReplyDelete
  2. hehehe...2 2 pun boleh... =)

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    best dah..ok dah....

    ^_^
    nnt polish biar dia meletup...
    hehehh...
    (Y)

    ReplyDelete
  4. nice jak... cerita tak berat sangat untuk permulaan ni.. =)

    admin kalau dah tak penat, cer edit kasik spacing antara dialong.. sedap sikit baca. hehehe..

    btw, keepidap yaw, nice one.. ^_^

    ReplyDelete
  5. dear sayang... boleh tak bagi tahu kasik spacing antara dialog..
    maaf saya tak faham...n tuntut ilmu nie hihi

    ReplyDelete
  6. tu mcam macam amne nk kasik spacing antara dialog

    ReplyDelete
  7. my dear..mcm bse akn ada komen yg pdas dri sy...muhahaha..kjam2...ada bbrapa dialog yg sy x fham..ada kkliruan pda ayt..xpe2..msh blh dperbaiki...apa2 pn...wrga MSF sy ni lcu2 blka..hhehehe...:)

    ReplyDelete
  8. lawak..dr mula cerita sampai habis sy x henti gelak..
    best..

    ReplyDelete