Followers

Tuesday 31 July 2012

KASIH SI KEMBAR PART 4







 Sejak keluar dari dewan peperiksaan mata Zafril melilau mencari Fika Farisya. Perasaannya mula risau mengenang kejadian pagi tadi di dewan peperiksaan.Terbit rasa bersalah kerana memarahi Fika dan berlalu meninggalkan gadis itu tanpa pamitan darinya. Pagi itu dia marah dengan perangai Fika yang sabar tak bertempat tu,bukan sekali Shahrini dan kawan-kawannya menganggu Fika. Mereka seperti sengaja mencari pasal dengan Fika. Memang dia dan Fika pengawas di sekolah tetapi bila tiap kali kalau Shahrini membuat onar pada Fika, pasti Fika akan menengahnya membuat report kepada guru disiplin.

Dalam diam dia mencari-cari Fika. Dia terlihat kelibat Shahrini yang bermuka masam menuruni satu-persatu tangga sekolah. Dia lantas memanggil Rini. Dia yakin melihat wajah masam Rini pasti baru lepas bergaduh dengan seseorang. Seseorang yang sedang dicarinya sekarang.

“Rini!! Nanti dulu aku nak tanya kau sesuatu ini," panggil Zafril.

Shahrini yang mendengar namanya dipanggil terus berpaling ke arah suara itu. Dia melihat jejaka idamannya sedang menuju kearahnya. Muka yang masam tadi digantikan dengan senyuman mengoda .Macam lah kalau kau senyum mengoda itu boleh goda si Zafril itu. Zafril yang melihat senyuman mengoda dari Shahrini meluat melihatnya. Kalau diberi pilihan tak hingin dia nak bercakap dengan perempuan gedik ni. Dia cuma terpaksa untuk bercakap dengan Rini kerana mahu bertanya dimana keberadaan Fika.

“Rini..saya…"

Belum sempat ayat yang mahu dilengkapkan.Shahrini terus memotong

“Rini tahu sebab apa Zaf panggil Rini,sebab Zaf nak belanja Rini kan?”

 “Zaf tak payah malu-malu nak cakap perkara itu, Rini dah tahu yang Zaf ada hati dengan Rini kan?” sambung Shahrini. Zafril yang mendengar terasa loya .Hisshh…Simpang malaikat 44 belum tentu aku pilih dia andai dia wanita terakhir yang berada di bumi ini.

“Eeehh…tak bukan itu yang Zaf nak cakap dengan Rini,” ujar Zafril yang memotong percakapan Rini. Kalau dibiar mahu perasan minah ini. Ada hati dengan Zafril konon.

“Zaf nak tanya,Rini ada tak nampak Fika sebab dari tadi Zaf cari dia tak jumpa?"

Shahrini yang meluat mendengar lelaki idamannya bukan mencarinya tapi mencari musuhnya.Shahrini memuncungkan mulutnya. Dia tidak tahu kenapa Zafril tidak memandang dirinya.Dia punya segalanya hanya dia yang padan dengan Zafril Zafuan bukan Fika. Perasan cantik lah itu,cantik pun tak guna kalau tak ada budi bahasa.

“Aku tak nampak!” rengusnya.

“Kau pergi lah cari sendiri,” Shahrini tiba-tiba melenting pada Zafril.

Dengan muka selamba Shahrini terus melangkah meninggalkan Zafril.Tidak jauh Shahrini melangkah,dia berpaling.Zafril yang masih berdiri di situ hanya memandang ke arah Shahrini.
  
“Mudah-mudah kau berjaya jumpa ‘awek kesayangan’ kau Zaf. Itu pun kalau kau berjaya jumpa dia lah,” Shahrini berkata sinis pada Zafril.

“Datang bulan sabit ke perempuan ini?” Tiba-tiba melenting tak tentu pasal tadi elok je tergedik-gedik depan aku,tapi bila nama Fika timbul terus berubah jadi hulk.

Zafril yang melihat kelibat Shahrini hingga hilang dari pandangan.Zafril mengerut dahinya.

Tadi bukan main lembut gedik semacam tapi bila nama Fika meniti di bibirnya terus berubah lembut ke kasar.Zafril hanya menggeleng kepalanya.Dia terus  melangkah menuju ke kantin sekolah dia pasti Fika berada disitu sedang menunggunya.

Zafril tersenyum sebaik terlihat kelibat Fika Farisya yang sedang duduk di kantin sekolah mereka.Dia mencepatkan langkahnya untuk cepat sampai ke kantin.Fika masih tidak perasaan akan kehadirannya disitu.Zafril terus melabuhkan punggungnya di sebelah Fika.

“Fika..” Zafril bersuara perlahan dan lembut tapi tetap tidak ada sahutan dari Fika. Dia melihat Fika seperti memikirkan sesuatu sampai kehadirannya tidak di sedari oleh gadis itu.

“Woiii perempuan! Kau kenapa? Aku cari kau lepas exam tadi. Kenapa kau tak tunggu aku?”

“Jumpa-jumpa kau dah ada duduk kat sini sambil termenung,aku yang dah duduk kat sebelah kau langsung kau tak perasan,bila aku panggil kau langsung tak menyahut.”Zafril bersuara.Nadanya tidak puas hatinya pada Fika Farisya.

 “Tadi masa aku cari kau,aku jumpa Rini tadi. Kalau kau tengok muka dia masam gila masa itu, lepas aku tegur terus tergedik-gedik. Belum sempat aku keluarkan soalan dia terus  perasan .Ada hati nak suruh aku belanja dia.”

“Eeee…geli aku nak keluar dengan perempuan macam dia."Zafril bercerita bagi menceriakan Fika.

Fika Farisya diam. Dia langsung tiada hati mahu menjawab pertanyaan dari Zafril Zafuan dikala ini. Dia merasa tidak sedap hati sejak malam semalam lagi.Ingatan pada ibunya begitu mengasak mindanya dikala ini.Satu keluhan perlahan dilepaskan.Matanya di pejamkan  untuk mencari ketenangan, namun fikiran dan hatinya tidak tenang.

Zafril yang duduk di sebelahnya dapat menangkap kegelisahan Fika Farisya.Dia tahu pasti sahabatnya risau akan ibunya di rumah. Bahu Fika di cuit perlahan.

"Fika kau kenapa? Dari kita datang sampailah dah habis paper exam aku tengok kau gelisah aje. Kau tak happy ke yang kita dah habis jawab semua kertas peperiksaan SPM?" Soal Zafril yang terus merenung wajah dan menanti jawapan dari Fika.

Fika Farisya mengetatkan ikatan dirambutnya,dia mengeluh.Dahinya berkerut seribu. Matanya dihala ke arah gate sekolah. Bibirnya diketap.

“Aku asyik teringatkan ibu aku Zaf” Fika Farisya memulakan bicaranya.

“Pagi tadi lepas aku dah siapkan sarapan didapur,aku pergi panggil ibu di dalam biliknya. Aku nampak ibu aku menangis lagi dan termenung.”

"Aku risau lah Zaf,"

“Aku tak sempat nak tanya ibu kenapa dia masih menangis,sebab aku dah lambat ke sekolah tapi hati aku kuat menyatakan yang ibu aku rindu dekat ayah dan kakak kembar aku Zaf."

 "Lagi satu masa aku minta tolong ibu buatkan lauk ikan keli sambal ijo kegemaran aku.Aku rasa senyuman ibu dan pelukan ibu macam senyuman dan pelukan terakhir darinya,"ujar  Fika Farisya meluahkan apa yang dirasanya.Dia terus memandang Zafril Zafuan yang berada dihadapannya.

“Zaf, aku nak balik” jelas getaran pada nada suara Fika Farisya.

"Aku rasa macam ibu panggil aku aje.”

“Aku nak balik sekarang jugak Zaf,’’ Fika Farisya terus bangun dari kerusi yang didudukinya. Belum sempat Fika Farisya bangun dari kerusinya Zafril Zafuan menarik
tangan Fika hingga Fika terduduk semula di kerusi.

“Ehhh kau jangan nak cari kerja, kau tak nampak ke? Langit kat atas itu dah gelap. Aku rasa nak hujan. Ayah aku kan dah pesan dekat kita, dia minta kita tunggu dia sampai dia datang.”

 “Kau tak payah risaulah.  Aku yakin  ibu kau tak ada apa-apanya lagipun sekarang aku yakin ibu aku ada temankan ibu kau kat rumah.”

“Mungkin ayah aku dalam perjalanan nak ke sini,mungkin sebentar lagi ayah aku sampai,sabar lagi pun kita memang nak balik."

Zafril memujuk sahabatnya supaya tidak risau akan ibunya.Fika Farisya sudah mula tersenyum.Dia mengangguk tanda setuju dengan pendapat Zafril.Sejak bila pulak Si Zafril ini pandai memujuknya.

“Habis apa rancangan kau lepas ini?"

“Aku rasa aku nak cari ayah dan kakak kembar aku lah Zaf?"

“Apa kau ada kembar?Kenapa aku tak tahu?”Zafril mengerut dahinya selama dia berkawan dengan Fika tidak pernah dia ketahui yang sahabatnya adalah anak kembar.
 
“Macam mana kau nak tahu, kau tak pernah tanya pun?”usik Fika.

Zafril memucungkan mulutnya.

“Kau tahu ke kat mana ayah dan kakak kembar kau tinggal sekarang?"

“Entah aku tak tahu mereka ada di mana, tapi aku yakin yang mereka masih
tinggal di rumah lama kami.”

“Aku nak ibu aku jumpa mereka, itu permintaan ibu aku sebelum dia menutup mata.Aku nak satukan keluarga aku balik Zaf,”suara Fika mula bernada sayu.

“Kalau macam itu biar aku teman kau pergi cari mereka, boleh lah aku jumpa kakak kembar kau nanti mana lah tahu ada jodoh dapatlah aku jadi abang ipar kau nanti.”

 “Lepas ini kau kena panggil aku abang," ujar Zafril yang cuba menceriakan lagi suasana.

 “Uuuiikkss…tak ingin aku nak ber..abang..abang dengan kau.Tapi kalau kau jadi abang ipar aku pun best jugak,boleh aku suruh kau jaga kakak aku itu.”

 “Ini yang buat aku sayang kat kau ini.Nasib baik kau ada kembar kalau tak kempunan aku nak cari yang sama perangai dengan kau,tapi aku yakin yang kakak kau itu orangnya mesti lemah lembut kan tak macam kau kasar,” seloroh Zafril.

Fika mencebikkan bibirnya. Dan tersenyum melihat sahabatnya mula beranggan akan kakak kembarnya.

"Tapi sebelum itu aku nak tanya kau apa kau dah buat kat Rini sampai muka dia monyok semacam,bila aku sebut nama kau je terus dia melenting marah aku.”

"Mudah-mudahan kau berjaya jumpa 'awek kesayangan' kau Zaf,"Zafril mengajuk semula perkataan yang Shahrini sebut padaanya tadi.

Fika hanya tersenyum mendengar pertanyaan dari Zafril tentang Shahrini. Dia tahu pasti ketika ini Shahrini terperanjat dengan perubahannya. Biar dia rasa,selama ini dia banyak mengalah dan bersabar. Kali ini dia tidak akan teragak-agak untuk mengajar orang seperti Shahrini dan kawan-kawannya.

“Hhmm…aku baru ‘brainwash'dia kat tandas tadi.”

“Siapa suruh dia kacau aku lagi. Sabar aku dah habis untuk dia orang so, apa lagi kena la Shahrini and the geng tadi.”

Zafril yang mengerti maksud Fika. Terus tergelak dan mengangkat ibu jari tanda bagus. Tidak di sangka akhirnya kesabaran Fika menipis juga. 

'Rini padan muka kau kan dah kena dengan tebuan yang berbisa,itu lah siapa suruh kau jolok," Zafril berkata kepada Fika sambil ketawa. Fika yang mendengar turut ketawa. 

"Dah..dah..jom..”ajak Fika.

Zafril yang tidak dapat menangkap maksud Fika terus mengerut dahinya.Tanda dia tidak faham dengan ajakan Fika.Fika yang nampak muka blurr sahabatnya terus menepuk bahu  Zafril.

“Adoiii….kau ini Fika cuba lah berlembut dengan aku sikit,ini tak asyik nak berkasar je
 kalau dengan orang lain boleh pulak kau berlembut errkk,”protes Zafril.

“Alaa..aku tepuk sikit je dah mengaduh sakit, kalau macam ini macam mana kau nak
 lindungi kakak kembar aku nanti.”Fika yang mengjoketkan keningnya.

“Dah..jom lah perut aku dah lapar ini dari tadi duduk tunggu kau kat sini,” ajak Fika.

“Kau memang asyik makan je kerja kau tapi badan tak naik-naik pun," perli Zafril pada Fika.

“Ada aku kisah”jawab Fika Farisya.

Serentak, mereka bangun dan menuju ke dalam kantin sekolah untuk membeli makanan. Dari jauh ada sepaasang mata yang melihat kemesraan di antara Zafril dan Fika. Dia melihat pasangan itu bagai susah dipisahkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memisahkan mereka berdua tapi semua usahanya menemui jalan buntu.Hatinya terbakar melihat gelak ceria Fika disamping Zafril. Dia benci Fika Farisya.


****************


Dalam mereka berborak Fika terpandang kelibat Haji Hassan.Keceriaan di wajah Fika hanya seketika.Dia melihat riak risau di wajah Haji Hassan.Haji Hassan menghampiri Fika dan anaknya.Haji Hassan memberi senyuman pada Fika,tapi senyuman dari Haji Hassan nampak tiada seri.Fika hanya membalas senyuman Haji Hassan,tapi senyuman darinya hambar.Di kala ini hatinya tidak tenang.

Haji Hassan memberi isyarat pada Zafril agar anaknya bangun untuk  memberi dia duduk disebelah Fika.Sebaik Haji Hassan melabuhkan punggungnya di kerusi.Dia memberi nasihat supaya Fika beristifar dan sabar dengan apa yang akan dikatakan sebentar lagi.Jelas tergambar keresahan di wajah Haji Hassan.Dia lihat Haji Hassan menarik nafas perlahan.

“Fika...Pak Hassan nak beritahu sesuatu.Pak Hassan harap Fika bersabar.Pak Hassan tahu Fika seorang anak yang kuat,tabah..”

Haji Hassan teragak-agak untuk memberitahu berita tentang apa yang terjadi di rumah tadi.Berita dari isterinya yang menyatakan bahawa Lissa sudah meninggal ketika dia muncul di hadapan pintu dapur rumah Fika.Berat mulutnya untuk memberitahu Fika bahawa ibunya Rahmah Khalissa sudah tiada di dunia ini.

Fika Farisya masih merenung wajah Haji Hassan.Tiada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulutnya.Degupan jantungnya semakin deras di rasakannya.Perlahan-lahan Haji Hassan bersuara.

“Fika...tadi masa Pak Hassan sampai di rumah.Pak Hassan terdengar jeritan dan tangisan di rumah kamu,bila sampai di depan pintu dapur rumah kamu Mak Tija beritahu pada Pak Hassan yang ibu Fika dah tak ada.Ibu Fika dah meninggal,”jelas Haji Hassan.

Mulut Fika sedikit terlopong,lama dia memandang Haji Hassan untuk memastikan kesahihan cerita yang disampaikan oleh Haji Hassan padanya.Akhirnya,perlahan-lahan kepalanya digeleng-gelengkan.

“Tak Pak Hassan tipu…..Pak Hassan tipukan....”Fika Farisya terus menggeleng-geleng kepalanya.Suaranya mula bergetar.


Bersambung.....


Salam semua ini je yang sempat FR buat untuk kalian.Semoga terhibur ketika membaca cite si kembar :D. Terima kasih sudi menyokong FR dan mengikuti setiap cerita yang di tulis oleh FR. Setiap komen dari pembaca sanagt FR hargai untuk meningkatkan lagi mutu tulisan FR.Selamat membaca..... <3 <3

2 comments:

  1. nak lagi..kesian mak fika..tak dpt dia nak jumpa ayah dgn kakak fika kan..kesian kat die..cik writer,buatlah dorang sekeluarga jumpa balik..

    ReplyDelete
  2. Salam arifuka kashirin....

    Terima kasih sudi membaca kaarya yg tak seberapa ini...hihi memang kesian tgk keluarga si fika ini apa lah FR ini suka main2 pisahkan dia org..hihi~~~ nantikan bab seterusnya dik terima kasih arifuka~~~

    ~~FIKA RAINA~~

    ReplyDelete