Followers

Wednesday 25 July 2012

KU AKUI PART 1


         
    


 Adi Irwansyah, senyuman yang terlukis diwajahnya menunjukkan yang dia sedang bahagia. Semua orang yang melintasi di depannnya di tegur. Kalau boleh semua yang berkerja di Syarikat T.MZN Holding mahu ditegurnya. Semalam dia menghabiskan masa bersama insan yang di cintainya dalam diam. Perasaan yang di rasai dari hari ke hari semakin mekar berputik di hati. Sejak Nadia masuk berkerja kali pertama di syarikat ayahnya hatinya sudah terpaut pada Nabila.

“Hai…senyum pagi nampak?” tegur Rizal yang mengekori langkah Adi sehingga ke bilik. Rizal mendengar siulan dari bibir sahabatnya.

“Aku rasa aku dah jatuh cintalah Zal” ujar adi dengan senang hati.

“Sejak bila sahabat aku ini kenal erti cinta? Bukan kau susah ke nak dekat dengan perempuan. Semua perempuan yang dekat dengan kau mesti kau reject mereka kata kau tak bersedia lagi lah..tak nak ada komitmen la..Sekarang ini lain pulak aku dengar.”

“Kau kan workholic dalam kerja bila masa pulak kau jatuh hati ini?

“Kau dah terima Sue ke?” Duga Rizal.

“Aku jatuh cinta bukan dengan Sue lah” ngomel Adi Irwansyah.

“Habis tu kau jatuh cinta dengan siapa?

Rizal melihat sahabatnya masih tersenyum, sambil badan Adi bersandar perlahan.

“Tengku Nadia Nadirah Tengku Mizan” perlahan suara Adi memberi tahu bahawa gadis yang disebutnya tadi telah mencuri hatinya.

Rizal diam. Nama yang meniti di bibir sahabatnya. Tidak disangka Adi yang selama ini workholic boleh jatuh cinta pada anak majikannya.

“Kau sedar tak ini yang kau jatuh cinta dengan siapa?” Tanya Rizal kepada Adi.

Rizal hanya memandang Adi. Jelas dia tidak menyangka yang Adi boleh jatuh cinta dengan perempuan seperti Nadia. Dia akui yang Nadia cantik dan boleh membuat orang seperti dia dan Adi jatuh cinta pada dirinya.Tapi dengan apa yang di dengar dari orang yang Nadia telah banyak membuat hati orang terluka dengan penolakkan cinta darinya. Dia tidak mahu sahabatnya turut mengalami nasib yang sama. Dia tidak mahu Adi kecewa.

“Kau yakin yang Nadia akan terima kau?”ujar Rizal

Adi bangun dan melangkah dekat dengan Rizal yang masih duduk. Dia pasti sahabatnya risau akan dirinya. Dia tahu sahabatnya tidak mahu dia di kecewakan oleh Nadia. Memang benar ramai yang melamar Nadia, setiap lamaran yang ditujukan pada gadis itu pasti di tolak mentah-mentah.  Dia yakin setiap penolakkan yang di lakukan gadis itu pasti berkaitan dengan kejadian yang dialaminya. Walaupun dia tidak yakin dengan keputusannnya. Tapi dia dapat rasakan kehadiran cinta yang di tunggunya. Dia tidak boleh menipu dirinya lagi, sudah lama dia mahu memberitahu Nadia tapi setiap kali mahu memberitahu Nadia pasti ada sahaja halangannya. Kali ini dia nekad untuk meluahkan isi hatinya pada Nadia.

Rizal ketawa kecil. Kuasa cinta boleh mengubah seseorang. Sempat Rizal bermonolog di dalam hatinya.

Sejak di kenal Adi setiap wanita yang hadir meluahkan isi hati mereka pasti akan di tolak dengan lembut supaya mereka tidak terasa dengan penolakan Adi. Dan sejak Nadia mula bekerja di syarikat ini nama itu sering bermain dan meniti di bibir sahabatnya.

“Kau kenal akukan Zal…malah kau seorang sahabat yang sangat memahami aku. Kau tahu semuanya tentang aku dan keluarga aku. Dan sebab itu lah aku tak mahu kau di kecewakan oleh Nadia. Kau tahu kan apa yang dia alami selama ini, dia tolak semua cinta yang hadir untuk dia disebabkan dia benci lelaki Adi. Aku tak mahu kau kecewa gara-gara masalah ini. Sebab aku kenal kau dan memahami kau lah aku nasihat kau” sambung Rizal lagi.

“Tapi aku cintakan dia Zal” perlahan tapi cukup sampai di pendengaran Rizal.

“Aku faham perasaan kau terhadap dia tapi kau boleh buat lagi pilihan selain lain dia Adi.Macam mana dengan penerimaan keluarga kau dan Tengku pada kau?"

 "Dan kau yakin ke yang Tengku Mizan akan terima kau?” Sengaja Rizal menimbulakan persoalan. Dia cukup kenal dengan sahabatnya ini kalau dah berkenan di hati mahu dia usahakan sampai dapat.

“Keluarga aku tak payah risau aku rasa umi aku selalu merestui pilihan aku Zal. Aku yakin itu.”

Tengku Mizan dan isterinya?”Soalan Rizal membuat Adi terdiam.

“Aku akan cuba berjumpa tengku dan luahkan apa yang aku rasa terhadap anak mereka.. tapi aku perlu sokongan dari sahabat baik aku” pinta Adi Irwansyah pada Rizal.

Lama Rizal terdiam. Dia masih memikirkan akan penerimaan keluarga Tengku dan Nadia terhadap sahabatnya.

“Aku akan sentiasa tolong dan sokong kau di satu sudut. Aku selalu ada jika kau perlu pertolongan dari aku Adi. Kau pasti dengan hati kau Adi?”

“Aku pasti Zal dan terima kasih atas sokongan kau dan aku akan pastikan suatu hari nanti aku pasti perlu pertolongan dari kau Zal”

Mereka berpandangan lalu sama-sama tersenyum.


  



           Tuk…tuk…” Pintu yang di ketuk berkali-kali dari luar tidak di hiraukan oleh Tengku Nadia Nadirah. Nadia membiarkan tanpa sahutan, dibiarkan sahaja pintu pejabatnya berbunyi.Dia memandang kearah pintu yang tadi berbunyi terkuak dari luar dan terpancul wajah sahabat baiknya memerangkap PA iaitu pembantu perbadinya.

           “Hoii... Nad!”

           “Naik kebas tangan aku ketuk pintu kau, kau langsung tak menyahut suruh aku masuk” marah Allysha Farhana pada sahabatnya yang hanya mendiamkan diri.


           ‘Eehh! Kenapa pulak dengan si Nad ini, biasanya kalau kena sembur dengan aku gerenti dia akan sembur aku balik’  bisik hati Allysha Farhana. Farhana berjalan kearah Nadia yang hanya memerhatikannya, Allysha Farhana terus duduk tanpa meminta izin dari Nadia.
            
            Setelah lama mereka mendiamkan diri. Nadia mula memulakan bicaranya. 

           “Hana..aku nak cari dia. Aku nak cari dia Hana.”    

“Maksud kau Nad,kau nak cari Adi?” potong Allysha Farhana.
“Apa yang buat kau nak cari Adi balik? Bukan kau ke yang suruh dia lupakan kau dan suruh dia pergi jauh dari kau. Sekarang kau sibuk nak cari dia” Allysha Farhana menyoal Nadia.

 
“Kenapa kau nak cari dia?"

            "Kau jangan cakap kat aku yang kau dah mula merasa sunyi atau lebih tepat lagi kau dah mula cintakan si Adi” Allysha Farhana berkata sinis kepada Nadia.


            Allysha Farhana sudah mengingatkan Nadia jangan bertindak melulu hanya kerana kenangan lalu. Dia juga sudah menegaskan yang Nadia sudah jatuh cinta kepada Adi tapi temannya tetap menafikan perasaan yang mula berputik di hatinya.

            Tiap kali kalau dia membangkitkan soal Adi kepada Nadia, pasti temannya akan mengamuk dan menuduh dia suka menjaga tepi kain orang. Sekarang penafian yang diucapkan memakan diri Nadia sendiri cinta yang berada di depan mata di halau pergi begitu sahaja.


          “Aku tahu sekarang mesti kau marah dekat aku sebab degil tak mahu dengar nasihat kau. Aku tahu mesti kau cakap padam muka kat akukan?” Soal Nadia pada Allysha Farhana. 

 
          “Disebabkan masa lalu aku,aku masih trauma untuk menerima cinta hadir di dalam hati aku Hana. Aku tak mahu kejadian lalu berlaku lagi dalam hidup aku” nada suara itu kedengaran sayu.

             Allysha Farhana mengeluh panjang. 
 
“Nad kau ini cepat sangat buat penilaian. Tak semua lelaki macam bekas tunang kau si Izham Hazwan. Aku tengok Adi itu memang iklhas dan tulus mencintai kau. Dia cinta kau bukan sebab kau kaya atau anak kerabat diraja. Tengok kau dah menyesal sekarang.” Allysha Farhana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Allysha Farhana tahu Nadia menolak cinta Adi disebabkan masih takut sejarah pahit yang pernah dia laluinya.

“Kau cakap senang la..,Hana yang lalui semua kekecewaan itu aku..,yang sakit hati itu aku..,yang menaggung malu itu aku. Aku tolak cinta Adi sebab aku tak mahu hati aku sakit lagi. Aku Cuma nak lindungi diri aku dari terluka buat kali kedua. Memang aku dah berikar yang aku tak akan jatuh cinta lagi tapi perhitungan aku silap, akhirnya cinta yang aku takut itu kembali mengetuk hati aku setelah lama aku mengunci hati aku untuk jangka masa yang lama.” Mutiara-muatira jenis sudah kelihatan di pipi Nadia.

 
Allysha Farhana yang melihat temannya meluahkan isihatinya terus bangun dan memeluk temannya. Dia tahu yang Nadia terluka dan trauma semasa majlis perkhawinan yang diharap dan diidamkan gagal.
 
Sanak –saudara dan sahabat sudah memenuhi rumah banglo dua tingkat itu.Wajah Nadia berseri-seri dia tidak sabar mahu menjadi isteri kepada tunangnya. Dalam menanti bakal suaminya dia ditemani oleh temannya.

          “Amboii….tak sabar errkk kau nak jadi isteri orang?” Soal Hana.


          “Betul memang aku tak sabar nak sandang gelaran Puan Tengku Nadia Nadirah” ucap Nadia dengan riang.

          “Kenapa kau cemburu ke aku nak khawin?” balas Nad pada sahabatnya.

           Allysha Farhana mencebikkan bibirnya.

          "Tak ada aku nak cemburu dekat kau menghabiskan beras aku je" sambung Hana.

         "Akuuu...rasa kauuu...”


          Belum sempat Farhana bersuara, Nadia dan Farhana berpandangan antara satu sama lain,mereka bagai ada terdengar jeritan dari arah bawah. Nadia yang sudah bangun ketika itu ditegah oleh Farhana menyuruhnya duduk.

 
“Biar aku tengok apa yang berlaku kat bawah itu kau tunggu aku kat sini” Arah Farhana pada Nadia.

Nadia yang menanti di dalam dalam biliknya mula resah dan hatinya mula berkata,

‘Hisshh mana pulak si Hana ini lama sangat kat bawah aku dah jadi rasa tak sabar nak tahu apa yang berlaku kat bawah itu kenapa macam ada kekecohan je kat ruang tamu.’Tanpa menunggu temannya kembali Nadia terus meluru ke arah pintu dan mula melangkah menuju kearah ruang tamu.

            Nadia yang mendengar setiap ucapan yang dilafazkan oleh seorang wanita yang mengakui yang tunangnya telah membuat dia mengandung dan cuba menghalang penikahan ini.Nadia yang mendengar terkaku di tepi tangga sambil melihat pergaduhan yang berlaku di rumahnya ketika ini.

           “Iz… you tak boleh khawin dengan Nadia. Sebab sekarang I tengah mengandung anak you” ucap wanita itu kepada Izham Hazwan sambil tangan wanita itu erat mengenggam erat tangan Izham Hazwan.

           “Apa semua ini Iz? Betul apa yang dia ini cakap tentang kau?” Tengku Mizan menyoal bakal menantunya.

           Uncle semua yang saya cakap memang betul uncle sekarang saya memang tengah mengandungkan anak Izham Hazwan.Usia kandungan saya dah masuk 2 bulan. Walaupun saya tahu yang dia sudah bertunang dan dia janji dia akan mengkhawini saya selepas dia berkhawin dengan Nadia kelak.”

            “Apa betul yang dia cakap Iz? Kau nak khawin dengan dia walaupun Iz dah khawin dengan anak uncle? Betul anak yang ada dalam perut dia adalah anak Iz?” dengan nada marah Tengku Mizan menyoal Izham. Dia tidak dapat menerima anaknya diperlakukan seperti itu.

            Izham Hazwan yang dari tadi berdiam diri hanya menggangguk kepalanya tanda semua yang dinyatakan oleh wanita yang mengaku mengandung anaknya. Semua tetamu dan kaum keluarga terkejut dengan anggukan dari Izham yang mengakui semua tuduhan yang di lemparkan ke atasnya adalah benar. Izham Hazwan hanya mampu menunudukan wajah ketika itu. Dia tidak berani bersuara  kala itu.

Nadia yang melihat tunangnya mengakui semua yang dikatakan oleh wanita itu adalah benar. Airmatanya kini laju membasahi pipinya dia tidak menyangka tunang yang dia percaya dan di cintainya ternyata seorang yang tega mengkhianati cinta yang diberi dengan tulus. Tanpa disedarinya Nadia mula melangkah perlahan-lahan akhirnya dia berdiri dihadapan Izham. Tangannya mula menyeka airmata yang mengalir dipipi tanpa disedarinya tangannya mula diangkat ke muka Izham Hazwan.

Pang!!

            “Aku tak sangka aku jatuh cinta dengan orang yang salah selama ini. Aku tak sangka kau sanggup khianati cinta yang aku bagi dekat kau.Mulai detik dan saat ini aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku.Kau paham!!” Jerit Nadia pada Izham Hazwan lalu berlari menaiki tangga.

            Allysha Farhana tersentak dari lamunan tentang kejadian yang menimpa Nadia setelah terdengar esakan dari Nadia. Lantas memeluk temannya dengan erat.

 
Allysha Farhana tahu sejak kejadian itu hati Nadia seolah mati dan tidak punyai perasaan cinta lagi di hatinya. Dia tahu setiap ada lelaki yang mahu mendekati Nadia, dia akan bersikap kaku dan tidak pernah membalas setiap kata cinta yang hadir.

Sudah lama Allysha Farhana tidak melihat Nadia menangis seperti ini. Kali terakhir dia melihat adalah semasa Nadia di kecewakan oleh bekas tunangnya.

           “Kalau kau nak menangis dibahu aku, aku sedia pinjamkan. Mendengar segala rintihan dan tangisan kau kawan. Jangan kau tahan airmata kau dari keluar” kata Allysha Farhana. Sebaik mendengar kata-kata dari Farhana, Nadia terus mengetatkan pelukan di tubuh temannya itu. Dia melepaskan semua rasa yang ada di dalam hatinya ketika ini.

            Teresak-esak Nadia mula bersuara.

“Aku ini memang degil tak nak dengar cakap kau tentang Adi. Aku juga yang halau dia dari hidup aku. Bukan itu je aku buat kat Adi. Aku hina dia. Keluarga dia. Cakap yang dia dan keluarga dia hanya nak tumpang kesenangan aku. Aku ucap lagi yang aku langsung tidak punyai perasaan cinta dekat dia dan dia tidak layak terima cinta aku.Tapi setelah dia pergi jiwa aku mati. Aku kesunyian tanpa dia. Hati aku sering meronta merindui dia aku bodoh disebabkan perkara lalu aku nafikan perasaan aku yang mula berputik untuk dia. Aku nak cari dia Hana.” Kata Nadia sambil menolak lembut tubuh Allysha Farhana.

            “Kau nak cari dia kat mana? Kau tahu ke dekat mana dia tinggal sekarang?”Soal Allysha Farhana.

            “Aku rasa, aku tahu Adi ada dekat mana sekarang ini” jawab Nadia dengan yakin yang dia tahu di mana Adi berada.

            Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Tercetus ketawa antara mereka setelah Nadia dengan yakinnya tahu di mana Adi berada.





  


bersambung.....


Karya terbaru dari MSF selamat membaca....terima kasih kerana sudi membaca karya kami
~~~~FIKA RAINA~~~~~

4 comments:

  1. ada beberapa tanda baca kena edit....cuba semak lagi okey...permulaan yg baik...gud luck...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu Bunga.....Ria Natsumi saya peminat awak..hehe
      terima kasih atas teguran ria...maaf masih ada la tanda bacaan insyallah saya akan perbaiki dari hari ke hari...terima kasih sudi komen untk cite yg tak seberapa ini...

      ~~~~FIKA RAINA~~~~~

      Delete
  2. best.. mcm sedih pun ade....

    *da bergenang air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...Arina
      Besttt ...terima kasih dik...sedih dia akan datang haha...terima kasih sekali lagi sudi drop komen adik terus menyokong saya...

      ~~~~FIKA RAINA~~~... :D

      Delete