Followers

Friday 28 September 2012

AKU YANG BERDOSA BAB 1






Di dalam sebuah kelab, kedengaran muzik yang kuat membuat manusia di  dalamnya bagaikan orang gila yang terangguk-angguk mengikut alunan. Pengujung tidak putus-putus masuk ke kelab yang sememangnya amat terkenal di ibu kota.

Kelihatan gadis dan lelaki leka berpeleseran menari sambil meneguk minuman keras. Warga kota menghilangkan tekanan pada malam minggu, hari-hari biasa, dengan menari, menjerit dan berhibur sehingga subuh menjelang.

Mawarnis duduk di satu sudut sambil kepalanya digoyangkan menghayati rentak yang di mainkan oleh DJ kelab itu. Dia senang berkunjung ke kelab dan terasa bebas berada di situ. Pasti semua masalah yang dihadapinya bagaikan berterbangan hilang entah ke mana.

“Hai..sayang!”

Sentuhan lembut yang dirasai dari arah belakang membuatkan dia segera menoleh.
Bibir Mawarnis mengukir senyuman manis sebaik saja terpandang jejaka yang sering menemaninya hampir setiap malam di kelab itu.

“Kenapa you lambat dear?”, tanya Mawarnis sambil tangannya mencapai minuman keras. Dia meneguknya dengan rakus.

“Sorry dear, I lambat. Maklumlah I kena tunggu Mummy I masuk tidur dulu baru I boleh jumpa you sayang.”, Balas Randy lalu melabuhkan punggungnya di sisi gadis yang dikenali setahun lalu. Tangan Randy memaut mesra bahu Mawarnis. Randy mengambil kotak rokok lalu disuakan sebatang rokok kepada Mawarnis. Tangannya masih setia memaut tubuh  Mawarnis sambil dia turut menggoyangkan kepala mengikut retak muzik yang sedang rancak.

“Mana Sally?”, tanya Mawarnis yang separuh menjerit di cuping telinga Randy untuk melawan bunyi muzik yang kuat di kelab itu. Mawarnis nampak Randy menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

“Apa kata sayang call dia.”, ungkap Randy di cuping telinga Mawarnis.

“Tadi I dah call dia”, kata Mawarnis. Dia kata on the way ke sini. Sepatutnya dia dah sampai. Biasanya di antara kami berempat, dia yang sampai dulu”, sambung gadis manis itu lagi.

“Sayang tak payahlah risau pasal mereka. Apa kata kita menari, hilangkan tekanan”, bisik Randy sambil tangannya meliar mengusap pipi Mawarnis. Randy terus menarik lembut tangan Mawarnis ke pentas dipenuhi orang yang sedang khayal menari tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Mereka dengan dunia mereka.

Hampir setengah jam Mawarnis dan Randy menari mengikut rentak yang dimainkan. Kini Mawarnis terasa kakinya lenguh kerana terlalu banyak melompat dan menari. Dia rasa letih dan mood dia bagai hilang untuk meneruskan lagi tariannya. Mawarnis memeluk leher Randy dan berkata dengan manja.

“Dear, I penatlah. You menarilah sorang-sorang ye? Nanti I join balik”, Mawarnis cuba merungkai pelukan Randy di pinggangnya.

“Oh, come on sayang! Kita baru nak enjoy. Malam masih muda sayang”, pujuk Randy. 

Tangannya masih memeluk erat pinggang Mawarnis biarpun gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tiba-tiba perasaannya tidak sabar untuk memiliki Mawarnis menguasai diri.

“Please dear, I penat sangat ni ”, rayu Mawarnis minta dilepaskan.

“Okey..but you hutang I tau”, dengan rasa terpaksa Randy melepaskan tangannya dari pinggang Mawarnis. Dia yakin tidak lama lagi gadis itu bakal jatuh ke dalam pelukannya. Tidak lari gunung yang di kejar.

Mawarnis melangkah ke tempat mereka biasa duduk. Di situ dia melihat Sally yang sedang duduk , terangguk-angguk mengikut rentak muzik sambil bercakap di talian. Dia pasti Sally sedang bercakap dengan  Lufie. Sampai saja di sana, dia terus melabuhkan punggung duduk di sisi kawannya.

“Wei! Apasal kau lambat pulak hari ini?”, tanya Mawarnis sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah kawannya itu.

“Sorry lar Mawar... Kau macam tak faham pulak keadaan aku macam mana . Lainlah kau Mawar. Kau bebas nak keluar ke mana-mana. Tak ada siapa yang akan soal siasat kau.”, ujar Sally.

“Daddy kau sporting. Tak macam ibu dan ayah aku , 24 jam asyik membebel kat telinga aku ni!” , protes Sally meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Wei Sally! Siapa kata tak ada orang membebel dekat aku?”, tanya Marwanis.

“Daddy aku kalau tahu aku keluar malam, mesti dia akan membebel kat telinga aku ni” , ungkap Marwanis pada temannya itu.

“Okay, kita tutup pasal cerita ni! Jangan cerita tentang perkara ni lagi. Kita datang ke sini nak enjoy, bukannya nak buat perbahasan tentang family kita.”, kata Mawarnis.

“Hilang mood aku , kalau asyik bercerita pasal parents kita”, protes Mawarnis pada Sally. Mawarnis melihat Sally mengangkat tangan tanda mengikut saranannya.

“Mawar! Cuba kau tengok apa yang Randy buat dekat awek tu?” , Sally bersuara sambil mata mereka menghala ke arah Randy yang rancak menari dengan seorang gadis. Sally memandang Mawarnis dan cuba mengesan riak cemburu di wajah sahabatnya tetapi hampa. Bukan riak cemburu yang terukir di wajah Mawrnis tetapi sebuah senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

“Wei Mawar, apasal kau senyum? Kau tak marah ke tengok Randy tengah peluk mesra awek tu?” , tanya Sally. Matanya  masih memandang perlakuan Randy yang asyik merangkul pinggang gadis itu. Tangan jejaka itu meliar di setiap lekuk tubuh gadis itu.

 Randy langsung tidak menghiraukan perasaan sahabatnya yang turut melihat perlakuan mereka.

“Kau tak cemburu ke Mawar, tengok Randy buat kau macam tu?” , tanya Sally kehairanan. Sally pelik melihat Mawarnis sedikit pun tidak cemburu melihat Randy yang sedang menari sambil memeluk pinggang gadis itu. 

Mawarnis tersenyum lebar lagi. Kepalanya menoleh pada Randy bersama gadis yang sedang khayal dengan muzik yang dimainkan. Dia sudah arif benar dengan  perangai  Randy yang memang suka mengambil kesempatan ke atas gadis berdahi licin. Semua dia nak sapu. Dia cukup faham dengan perangai Randy yang satu itu. Baginya itu hak masing-masing. Dia tidak akan sesekali marah atau cemburu.

“Cemburu? Sorry to say Sally. Itu bukan aku”, balas Mawarnis selamba sambil mengambil gelas yang mengandungi minuman keras di meja yang sedang mereka duduk. Diteguknya minuman itu dengan rakus. 

“Sikit pun aku tak cemburu”, sambung Mawarnis lagi.

“Ikut suka kau la Mawar. Tapi kalau  boyfriend aku, memang dia menempah maut lar jawabnya! Memang dia sengaja nak merasa parang aku, kalau perangai dia macam Randy kau tu!”, jari telunjuk Sally mengarah ke arah Randy.

“Cool beb, janganlah marah . Jom kita minum dulu.” , Mawarnis melagakan gelasnya dengan gelas Sally. 

“Beb, lepas ini kita balik terus ke? Tak ada plan ke malam ini?”, tanya Sally.

Mawarnis menggelengkan kepalanya. Jika dia balik pasti dia akan sunyi di rumah besar itu. Hanya dia, Pak Mamat dan Mak Mimah saja yang ada di rumah. Dia bosan untuk pulang ke rumah. Daddy asyik sibuk dengan perniagaannya sejak mummy meninggal dunia.

*******

Dato Khalil menghempaskan briefcase ke sofa. Rasa marah kini membara di dalam hatinya. Dia ingin segera bersemuka dengan anaknya.  Anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan anaknya itu dituruti sahaja. Tidak pernah dia melarang kehendak anaknya itu. Puas dia mencari Mawarnis di ruang tamu namun tidak kelihatan.

“Tentu dia keluar dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu.”, Dato Khalil berkata. Geram dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu.

Sudah hampir setahun anaknya menamatkan pengajian di luar Negara, namun tidak pernah terfikir untuk membantunya di syarikat. Puas dia memujuk dan memaksa anak tunggalnya itu bekerja di syarikat miliknya tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh  Mawarnis untuk mengelak.

 “Mimah, mana Mawar?” , Dato Khalil menyoal pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan air untuknya. Jelas sekali wajah dan suara Dato Khalil sedang menahan marah.
 
“Saya tidak pasti Dato. Petang tadi dia ada, tapi tadi kawan-kawannya yang menjemput dia. Sampai sekarang dia belum balik lagi Dato”, ujar Hamimah dengan wajah gerun.

“Dahlah!” , regus Dato Khalil. Dato Khalil mengambil keputusan menunggu sahaja kepulangan Mawarnis. Dia mencapai akhbar. Namun akhbar itu tidak langsung menarik minatnya. Fikirannya kusut dan kuathir memikirkan hala tuju anak tunggalnya itu.





Bersambung.... :D
    

7 comments:

  1. eh...lagu kesukaan kiter ada di sini. suka. suka. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak mar..suka erkk lagu aku yg berdosa DJ pun suka jgk.. :D

      Delete
    2. em2 bru ada kesmptan kak long singgh kt cni.suke bace ctr ni best.

      Delete
  2. Replies
    1. *salam White coklet amboii suka erkk.. Dj pun suka jgk karya kamu tak sabo nak baca next N3 dari kamu chaiyok2 WC..:D

      *salam Runna Qizbal insyallah akan ada next n3 lagi :D

      *terima kasih rieha farihah sbb suka setia menyokong blog ini... :D insyallah ada n3 baru lagi

      Delete